Latest Entries »

About Me

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Pengawas Kluster Sek. Men. Teknik Perdagangan Johor Bahru ini terdiri dari 2 orang guru penasihat iaitu Puan Normaliza dan En. Saiful Azri. Manakala ahli Lembaga Pengawas terdiri daripada 44 orang.

MakLuMaT PENTING!!!

Untuk mencari maklumat pengawas, Sila pergi ke 'Blog Pencari' dan klik mengikut bulan. SeLaMaT MeNcUbA!!

Thursday, September 10, 2009

Bidang Kuasa Dan Tugas Ahli Lembaga Disiplin dan Pengawas

Ketua Pengawas
1. Memastikan aktiviti Lembaga Pengawas berjalan dengan lancar.
2. Memastikan ahli Lembaga Pengawas menjalankan tugas yang telah ditetapkan.
3. Mempengerusikan Mensyuarat Lembaga pengawas
4. Menyelia aktiviti Lembaga Pengawas
5. Mengadakan perbincangan dgn Exco Tertinggi utk membuat tindakan yang melibatkan
kepentingan semua pengawas.
6. Mengetuai segala upacara rasmi Lembaga Pengawas.
7. Menjadi lambang kecekapan Lembaga Pengawas
8. Mnjadi teladan dan panduan kepada ahli Lembaga Pengawas dan pelajar lain.

Penolong Ketua Pengawas
1. Mnjlnkan semua tugas-tugas Ketua Pengawas sewaktu ketiadaan beliau
2. Membantu Ketua Pengawas dalam pelbagai aspek Lembaga Pengawas
3. Membantu menyelesaikan masalah yang berkaitan ahli Lembaga Pengawas
4. Menjadi teladan kepada ahli Lemabaga Pengawas dan pelajar lain.

Setiausaha
1. Membuat urusan surat menyurat berkenaan Lembaga Pengawas
2. Menguruskan Mesyuarat Lembaga Pengawas
3. Menyediakan Minit Mesyuarat
4. Membuat laporan bagi setiap aktiviti yang dijalankan
5. Memastikan pengurusan Lembaga Pengawas didokumenkan
6. Menyediakan jadual bertugas pengawas

Bendahari
1. Menyimpan rekod kewangan Lembaga Pengawas dengan baik
2. Mengutip bayaran yuran bulanan, dan lain-lain bayaran setelah mendpt keizinan dari guru pengawas.
3. Menjadi penasihat kepada Ketua Pengawas dan Pen. Ketua Pengawas.
4. Menyerahkan rekod kewangan kepada guru penasihat bila diperlukan.
5. Memastikan keadaan kewangan Lembaga Pengawas dalam keadaan stabil.
______________________________________________________________________________________

Exco Disiplin
1. Membantu pihak sek. dalam menguatkuasakan Peraturan Sekolah.
2. Menjalankan pemeriksaan terhadap pelajar apabila diperlukan.
3. Berbincang dgn pljr yang bermasalah dgn cara diplomasi.
4. Memastikan disiplin pelajar dalam keadaan terkawal bagi membentuk persekitaran yang harmoni.

Exco UPLP
1. Merancang segala aktiviti Lembaga Pengawas
2. Memastikan semua aktiviti berjalan dengan lancar
3. Mengemaskini Papan Kenyataan Pengawas

Exco Blok
1. Memastikan blok dalam keadaan bersih dan terkawal
2. Melaporkan sebarang salahlaku/vandalisme yang telah dilakukan pelajar
3. Melaporkan sebarang kerosakan
4. Memastikan pelajar tidak berada di dalaam tandas selepas waktu rehat
5. Memastikan kelas dalam keadaan senyap semasa ketiadaan guru

Exco Perhimpunan
1. Membuat persiapan Dewan setiap kali perhimpunan rasmi.
2. Memastikan dewan dalam keadaan bersih sewaktu upacara rasmi.
3. Melaporkan sebarang perlakuan negatif di dalam dewan.

Exco Akademik
1. Memastikan semua ahli Lembaga Pengawas menyerahkan salinan keputusan ujian dan peperiksaan.
2. Menyediakan pelbagai nota-nota ringkas untuk pengawas.
3. Membuat kelas tambahan subjek teras dan elektif kepada semua pengawas.
4. Menyediakan sedikit nota untuk di tampal kedalam bilik pengawas.

Exco Point
1. Menguruskan kertas tolak point
2. Tugas tolak point pelajar waktu pagi dan rehat

0 comments:

Post a Comment