PENDIDIKAN ISLAM
Blog ini memberi info mengenai sirah nabi Muhammad s.a.w ..... Jom kita kenali nabi kita Nabi Muhammad s.a.w....
Thursday 27 June 2013
Nota
Nabi Muhammad S.A.W
dilahirkan sebagai anak yatim.Bapanya Abdullah bin Abdul Mutalib telah
meninggal dunia ketika dalam perjalanan pulang dari Syam.Di pertengahan jalan
beliau jatuh sakit, lalu meninggal dunia dan dikebumikan dikebumikan di sebuah
tempat yang bernama Yathrib.
Selepas dilahirkan,
baginda hanya tinggal beberapa hari sahaja bersama ibu kandungnya.Ini kerana
baginda diberikan kepada seorang wanita kampung untuk disusui.Memang menjadi
adat orang-orang Arab di Kota Mekah, apabila seseorang bayi dilahirkan, dia
akan diberikan kepada wanita kampung untuk disusui agar fasih berbahasa dan
penerapan nilai-nilai murni masyarakat kampung dalam diri dan jiwa kanak-kanak
tersebut.
Baginda tinggal bersama
ibu susunya Halimatussaadiah di perkampungan Bani Saad sehingga berusia 4
tahun.Keluarga Halimah ada memelihara kambing.Semenjak kecil lagi iaitu seusia
4 tahun baginda, telah menolong ibu susunya mengembala kambing dengan kerelaan
dirinya sendiri tanpa dipaksa.Secara tidak langsung dalam usia yang begitu muda
baginda sudah pandai mengembala kambing.
Semasa umurnya 4
tahun,berlaku satu peristiwa yang sangat aneh.Ketika sedang bermain-main
bersama kawan-kawan dan saudara susuannya, datang dua malaikat menyerupai
manusia.Lalu ditangkapnya baginda dan dadanya dibelah.Dikeluarkan hatinya dan
dibersihkan menggunakan air zam-zam.Selepas itu dimasukkan iman dan
ihsan.Seterusnya dicantumkan semula dada baginda tanpa sebarang kesan.Selepas
peristiwa tersebut Halimah terus menghantar baginda pulang kepada ibu kandungnya
Siti Aminah kerana bimbang dengan keselamatan baginda.
Selepas pulang ke Mekah
di samping ibu kandung dan datuknya, baginda masih juga mengembala kambing.Nabi
tinggal bersama ibunya selama 2 tahun.Siti Aminah telah kembali ke rahmatullah
ketika usia nabi 6 tahun.Baginda mendapat gelaran anak yatim piatu dalam usia
yang masih kecil.
Kini, baginda tinggal
pula bersama datuknya Abdul Mutalib.Abdul Mutalib sangat sayang kepada
baginda.Hanya kepada datuknya sahaja tempat baginda bergantung kasih.Abdul
Mutalib seorang pembesar Quraish yang sangat dihormati dan disegani.
Wednesday 26 June 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)