Friday, June 15, 2012

Dollar Cost Averaging atau Pemurataan Kos Ringgit


“Sepanjang pemerhatian saya selama 60 tahun ini di Wall Street, orang tidak berjaya meramalkan apa yang akan terjadi dalam pasaran saham.”

– Benjamin Graham, pengarang “The Intelligent Investor”

Melabur akan menjadi begitu mudah kalaulah kita boleh meramalkan bilakah masa terbaik untuk membeli atau menjual. Walau bagaimanapun, meramalkan masa yang sesuai untuk melabur dalam pasaran adalah mustahil dan ramai yang telah mengalami kerugian besar kerana mencubanya dan gagal. Salah satu cara untuk mengharungi naik turun pasaran saham yang sentiasa berlaku ini ialah dengan menggunakan kaedah pemurataan kos ringgit. Kaedah ini memastikan kita mendapat faedah daripada pulangan sejarah yang mantap yang ditunjukkan dalam jangka panjang dan melindung nilai kesan kemerosotan dan sedikit aliran menurun dalam jangka pendek.

Dollar Cost Averaging atau pun Pemurataan kos Ringgit merupakan satu teknik pelaburan yang bertujuan untuk mengurangkan pendedahan kepada risiko yang berkaitan dengan membuat satu pembelian tunggal yang besar dengan melaburkan jumlah tetap dalam pelaburan tertentu (misalnya, pelaburan emas) pada selang masa yang tetap (sama ada bulanan atau suku tahunan), tanpa menghiraukan harga semasanya. Sebagai contoh, anda boleh memilih untuk memperuntukkan sebahagian daripada gaji anda untuk membeli 1/4 emas kijang setiap suku tahun.

Nota : Jumlah dan kekerapan pelaburan anda bergantung pada sumber kewangan dan matlamat masa depan anda.

Bagaimana Pemurataan Kos Ringgit Berfungsi

“Simpan sedikit simpan selalu – pemurataan kos dolar (ringgit) berkesan jika anda terus menggunakannya.”

– Paul Clitheroe, “Ten Key Steps to Wealth”, 2002.

Untuk menjelaskan pemurataan kos ringgit secara mudah, katakan anda mahu melabur RM10,000. Daripada melaburkan jumlah ini sekali gus dan menanggung risiko memasuki pasaran ketika harganya melambung, anda mengambil keputusan untuk melaburkan secara berkala.

Disini saya mengambil contoh dengan menggunakan harga Kijang Emas. Jadual dibawah adalah berdasarkan nilai kijang emas yang sebenar pada masa berkenaan. Sila rujuk laman web Bank Negara Malaysia (BNM). Dengan menganggarkan dalam setahun hanya 4 kali pembelian syilling kijang emas dilakukan. Sila lihat senarai harga dibawah:-

Syilling Kijang Emas

Tahun 2006

Tahun 2007

Tahun 2008

Tahun 2009

Tahun 2010

Tahun 2011

Tahun 2012

Kita ambil contoh purata 1/4 oz Kijang Emas yang dibeli dari tahun 2006 ke tahun 2011 adalah:

(RM589+RM641+RM798+RM900+RM1,064+RM1,268) / 6 = RM876.67

Jadi purata nilai 1 syiling 1/4 oz Kijang Emas yang dibeli dalam tempoh 6 tahun adalah RM876.67.

Katakan pada 2/4/2012

Dalam contoh ini, dengan menggunakan kaedah pemurataan kos ringgit, kos purata seunit yang dilaburkan hanyalah RM0.1923, dan bukannya RM0.2549 jika pelabur melaburkan jumlah sekali gus pada bulan Januari. 

Strategi Pelaburan Jangka Panjang

“Disiplin adalah kunci kejayaan untuk pelabur jangka panjang. Dia tidak boleh jatuh ke dalam perangkap menguruskan pemegangannya berpandukan tajuk berita akhbar, petikan, ramalan tanpa menggunakan fikiran, gerak hati atau keputusan tempoh yang lepas.”

– Frank Armstrong, pengarang “The Informed Investor.”


Walau berapa pun jumlah wang yang dilaburkan, pemurataan kos dolar adalah strategi jangka panjang. Meskipun pasaran kewangan cenderung untuk turun naik, namun ia selalunya bergerak dalam arah yang sama dalam tempoh masa yang agak panjang. Pasaran turun dan pasaran naik boleh berlanjutan selama berbulan-bulan, bahkan adakalanya bertahun-tahun. Disebabkan arah aliran ini, pemurataan kos dolar tidak akan cukup berkesan jika digunakan untuk jangka pendek sahaja. Sebagai contohnya, pelabur mungkin memilih untuk membuat 10 pembelian dana unit amanah dalam sebulan. Walaupun kemungkinan besar harga belian unit tidak akan sama bagi setiap urus niaga dalam tempoh masa yang pendek itu, namun perbezaannya tidaklah besar.

Namun begitu, dalam tempoh kitaran pasaran yang lebih panjang, anda mungkin akan menempuh pasaran naik dan pasaran turun, dengan harga sekuriti tertentu mengalami perubahan yang besar. Pemurataan kos ringgit akan menolong memastikan kos purata
seunit anda mewakili kedua-dua harga pasaran naik dan diskaun pasaran turun, berbanding dengan hanya harga yang biasanya dibayar oleh pelabur dalam pasaran naik.



Petua untuk Anda Bermula 

“Mereka yang menyertai program pelaburan akan mempunyai lebih banyak wang apabila mereka bersara daripada mereka yang tidak menyertainya langsung.”

- Penulis kewangan Australia, Noel Whittaker.

Jika anda berminat dengan pemurataan kos ringgit, berikut ialah beberapa petua untuk menolong anda menjadikan strategi ini bermanfaat kepada anda:
  1. Bermula secepat mungkin. Semakin lama anda perlu mengharungi turun naik pasaran, semakin banyak peluang yang anda ada untuk membina akaun yang besar.
  2. Terus menggunakannya. Pemurataan kos ringgit adalah strategi jangka panjang. Pastikan anda mempunyai sumber kewangan dan disiplin untuk melabur secara berterusan dalam segala jenis pasaran, tanpa menghiraukan turun naik harga.
  3. Bersedia menghadapi kerugian. Pemurataan kos riggit tidak menjamin bahawa portfolio anda sentiasa untung sahaja dan tiada kerugian. Walaupun anda membayar kos purata yang lebih rendah daripada harga purata unit, anda masih boleh mengalami kerugian jika anda memilih masa yang tidak sesuai untuk keluar dari pasaran, terutamanya ketika harga rendah.
Membina kekayaan dengan melabur dalam pelaburan emas adalah lebih kepada soal kesabaran dan kegigihan daripada soal kemahiran pelaburan. Keputusan besar yang mesti dibuat ialah sama ada anda sanggup melepaskan kepuasan serta-merta untuk mencapai matlamat kewangan jangka panjang anda. Jika anda sanggup, maka pemurataan kos ringgit boleh menjadi cara yang sangat berkesan untuk menolong anda mencapai matlamat anda itu.

Monday, June 11, 2012

Merancang perbelanjaan haji dengan 1 Dinar


Mengerjakan haji merupakan salah satu daripada Rukun Islam yang lima. Setiap orang Islam yang mempunyai kemampuan, diwajibkan mengerjakan haji sekali seumur hidup. 

Firman Allah s.w.t :

“Menjadi suatu kewajipan ke atas setiap manusia (orang-orang mukmin) pergi mengerjakan haji ke Baitullah, iaitu bagi mereka yang mempunyai kemampuan. Barangsiapa yang kufur (ingkar), maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu pun) daripada pihak lain (alam).” 


Melalui graf diatas, kita akan dapat lihat bahawa setiap tahun kos menunaikan haji dalam bentuk dinar emas menunjukkan penurunan.

Saya akan berkongsi dengan anda, bagaimana kos haji dapat dikurangkan sekiranya anda menyimpan didalam denominasi dinar emas yang paling rendah iaitu 1 dinar. 

Mari kita buat sedikit pengiraan berdasarkan harga Public Dinar:-


Tahun           : 2009
Kos 1 Dinar : RM466.00
Kos Haji       : RM9,980.00
Formula       : RM9,980.00 / RM466.00 = 21.42 keping
Jumlah Dinar yang diperlukan adalah 22 keping



Tahun           : 2010
Kos 1 Dinar : RM544.00
Kos Haji       : RM9,980.00
Formula       : RM9,980.00 / RM544.00 = 18.55 keping
Jumlah Dinar yang diperlukan adalah 19 keping


Tahun           : 2011
Kos 1 Dinar : RM640.00
Kos Haji       : RM9,980.00
Formula       : RM9,980.00 / RM640.00 = 15.59 keping
Jumlah Dinar yang diperlukan adalah 16 keping


Tahun           : 2012
Kos 1 Dinar : RM716.00
Kos Haji       : RM9,980.00
Formula       : RM9,980.00 / RM716.00 = 13.94 keping
Jumlah Dinar yang diperlukan adalah 14 keping.

Berdasarkan penggiraan diatas, kita dapat anggarkan bahawa pada tahun 2013, kos menunaikan haji hanya memerlukan lebih kurang 12 keping dinar emas. tetapi ini adalah HANYA anggaran sahaja 

Ini kerana harga RM9,980.00 adalah harga yang telah diberi subsidi oleh kerajaan kepada bakal jemaah yang baru pertama kali menunaikan haji. Bagaimanapun untuk individu yang ingin mengerjakan haji buat kali kedua pula akan dikenakan bayaran RM14,880 tanpa sebarang subsidi. Untuk tahun-tahun seterusnya, masih tidak dapat nak dipastikan sama ada kos haji ini masih dapat dikekalkan dibawah paras RM10,000 atau pun tidak. Jumlah subsidi pun belum dapat dipastikan juga. Ini pun belum kira inflasi lagi. Jadi saya sarankan kepada sesiapa yang memang telah melabur dalam dinar emas, supaya teruskan melabur. Biarkan berlebih, jangan kurang.

Untuk makluman anda, berdasarkan laporan akhbar, tempoh menunggu untuk melaksanakan ibadah haji selepas pendaftaran dibuat di Tabung Haji adalah 36 tahun. Sesiapa yang sudah mendaftar awal, memang bagus. Tapi cuba anda bayangkan jika anda mula mendaftar di Tabung Haji pada umur 30 tahun, kalau nak tunggu 36 tahun lagi umur anda sudah menjadi 66 tahun. Kalau daftar pada umur 35 atau 40 pula bagaimana?. Dengan tahap kesihatan yang tidak beberapa baik. Kita pun tak tahu sama ada kita masih lagi sihat bertenaga atau pun tidak untuk mengerjakan ibadat haji.

Jadi jika anda ada membuat simpanan dinar emas yang banyak, anda boleh menunaikan haji dengan lebih selesa. Anda boleh mendaftar pakej-pakej VIP seperti dibawah. Kalau anda menabung dengan dinar emas, memang tidak ada masalah. Kalau harga pakej naik setinggi mana sekali pun, anda masih boleh tersenyum kerana harga emas juga akan meningkat dalam masa yang sama juga.

Yealah, dah bertahun-tahun buat simpanan dan pelaburan kemudian ada duit lebih, apa salahnya kalau ambil pakej yang selesa sedikit, betul tak? Untuk keselesaan kita jugakan?!.. Bukannya untuk orang lain. Oleh itu, anda boleh daftar untuk pakej haji seperti berikut:-

Pakej Baiduri

Pakej Fairus

Pakej Fidaus

Pakej Nilam

Pakej Zamrud

Pakej Almaas

p/s : Untuk maklumat lanjut mengenai pakej-pakej ini sila rujuk di sini : KLIK

Jadi tepuklah dada, tanya selera. Saya pasti anda boleh tentukan yang mana satu yang sesuai dan terbaik untuk anda.

Oleh itu, marilah kita mula menyimpan dinar sebagai persediaan kita untuk menunaikan haji.. Mulakan niat di dalam hati untuk menyimpan dinar, untuk membiayai kos haji. InsyaALLAH, akan dipermudahkan segala urusan dan proses anda untuk mula menyimpan.

Sekiranya anda yakin dengan emas dan juga berminat untuk mendapatkan dinar emas, jangan malu-malu untuk menghubungi saya, Nitiffi Mohamad Anuar di talian 0173358655.

Sumber : Arkib Utusan Malaysia - 20/04/2012

Sunday, June 10, 2012

Risiko pelaburan EMAS

Sama seperti pelaburan-pelaburan yang lain, pelaburan emas ini juga ada risikonya. Antara risiko-risiko adalah jatuh muflis. masalah tekanan perasaan, ditipu, masalah kawalan diri, keselamatan dan lain lain lagi. Jika ada sesiapa yang mengatakan kepada anda bahawa pelaburan emas tiada risiko, saya sarankan supaya anda jauhkanlah diri anda dari individu tersebut.

Ini adalah antara keratan-keratan akhbar mengenai mangsa-mangsa penipuan yang dilaporkan oleh akbar-akbar tempatan:-











Inilah realiti didunia yang kita diami sekarang, semua orang akan cuba mengambil kesempatan untuk menipu kita. Ada sahaja yang akan memerhati segala tindak tanduk dan perbuatan kita, menunggu masa dan peluang mengenakan kita semasa kita leka dan lalai.

Pada pendapat saya. pelaburan emas ini sebenarnya mudah dan "straight to the point". Kita tidak perlu menjadi seorang pakar matematik atau pun pakar ekonomi untuk melabur didalam emas. Melabur dalam emas ini, adalah semudah a,b,c. Anda tidak percaya? Biar saya terangkan dengan lebih lanjut.

Untuk melabur emas:-
  1. Anda perlu ada ilmu.
  2. Anda perlu ada modal.
  3. Anda perlu tahu entry dan exit point pelaburan anda. (Tahu bila nak beli dan bila nak jual).
  4. Anda perlu tambah ilmu lagi dengan membaca buku-buku mengenai pelaburan emas atau pergi ke seminar pelaburan emas.
  5. Perlu ada disiplin dan tahu kawal diri supaya JANGAN TAMAK!!
Masalah yang selalu dihadapi oleh bakal-bakal pelabur adalah ada segelintirnya mudah percaya dengan kata-kata dan janji-janji manis broker-broker atau agen-agen dengan skim pelaburan yang mereka tawarkan. Mereka terus terima bulat-bulat dengan apa yang diberitahu tanpa menyelidik latar belakang broker atau agen, syarikat pelaburan, produk pelaburan, risiko dan perkara-perkara lain lagi.

Bukannya susah pun, nak selidik. Sebagai permulaan, anda boleh dapatkan maklumat melalui internet. Selepas itu boleh cuba buat semakan di Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Kemudian anda cuba dapatkan maklumat dari buku-buku atau pun bertanyakan kepada mereka yang arif tentang pelaburan tersebut.

Itu sahaja! Macam mana, mudah bukan? Jadi jangan main terjah sahaja..

Saturday, June 2, 2012

Emas sebagai alternatif pelaburan

MINGGU ini saya bercerita sedikit tentang emas sebagai pelaburan. Sebenarnya emas sudah menjadi bahan pelaburan sejak harganya mula-mula diselaraskan pada tahun 1717 oleh Sir Isaac Newton.

Pada tahun 1971, emas tidak lagi terikat dengan Dolar Amerika dan diperdagangkan secara bebas. Pada 6 Oktober 2009 baru-baru ini, harga emas di pasaran emas dunia melonjak sebanyak AS$24.60 kepada AS$1,041.80 seauns sehari.

Enam bulan dulu harga terendah emas ialah AS$868.70 dan setahun dulu harganya ialah AS$709.50 seauns. Dalam masa setahun harga emas naik sebanyak 46.8 peratus. Lima tahun dulu harga terendahnya ialah AS$412.10 iaitu kenaikan sebanyak 152.8 peratus.

Secara purata seseorang yang melabur jangka panjang mendapat pulangan purata dalam masa lima tahun sebanyak 30.5 peratus. Rasanya pelaburan di pasaran saham sendiri tidak boleh memperolehi keuntungan sebanyak itu.

Tidak ramai yang sedar akan pulangan yang lumayan daripada pelaburan emas. Cara yang baik untuk melabur emas ialah dengan membeli syiling emas atau emas keping selain barang kemas.

Untuk makluman, suatu auns bersamaan dengan 31.10 gram. Bagaimana pun harga jualan emas di institusi kewangan berbeza-beza kerana harga emas bukannya sesuatu yang terkawal.

Banyak kos perkhidmatan seperti insurans diambil kira oleh institusi-institusi ini. Syiling dan emas keping ini boleh diperolehi di bank-bank seperti Maybank dan OUB.

Ada juga yang menggunakan buku pas seperti Public Bank tetapi pelanggan tidak menyimpan dan melihat emas sebenarnya hanya jumlah dan harga semasa pembelian dimasukkan ke dalam buku pas.

Kini ada pembelian dan penjualan boleh juga dilakukan dengan Koperasi Etika Emas yang mempunyai cawangan di seluruh negara.

Kenaikan harga emas tertakluk lazimnya atas tiga faktor utama. Pertama penyusutan nilai dolar Amerika. Apabila nilai dolar Amerika susut harga emas akan naik, apabila dolar Amerika stabil harga emas akan susut.

Emas bertindak sebagai pelindung nilai menentang dolar Amerika. Pada masa ini dolar Amerika lemah dan menunjukkan tanda-tanda akan menjadi lebih lemah.

Ada juga ura-ura negara Asia Barat dan China akan menggunakan mata wang lain selain dolar Amerika disebabkan kelemahan dolar Amerika ini. Walaupun peralihan kepada mata wang selain dolar Amerika (euro misalnya atau mata wang bentuk baru) bukan sesuatu yang boleh berlaku dengan segera, berita itu telah cukup untuk melonjakkan harga emas dunia.

Faktor kedua ialah harga emas akan naik selari dengan kadar inflasi. Apabila inflasi naik, harga emas akan naik selaras dengan inflasi.

Dalam keadaan negara-negara di dunia termasuk kuasa-kuasa ekonomi besar menyuntik pakej rangsangan ekonomi dengan besar seperti AS$787 bilion pakej rangsangan Amerika Syarikat kesannya ialah peningkatan inflasi.

Amerika hanya mengecap duitnya sesuka hati dan ini akan menyebabkan nilai duitnya akan turun.

Faktor ketiga ialah kenaikan harga petroleum akan menyebabkan harga emas naik selari dengan kenaikan kos penghasilan dan penghantaran barangan, jika harga petroleum jatuh. dijangka emas juga akan turun tetapi pada tahap minimum.

Terdapat beberapa cara untuk melabur dalam bentuk emas dan diterangkan secara lengkap di dalam www.gold.org/value. Orang ramai boleh melabur secara langsung dengan membeli emas bulion (jongkong), syiling emas, dinar emas, atau secara tidak langsung melalui gold futures, options, waran atau sijil pelaburan.

Salah satu cara paling popular dan cepat berkembang dalam sekuriti bursa di seluruh dunia yang dikenali dengan nama Gold ETF (Exchange Traded Fund).

Antara bursa saham dunia yang menawarkan Gold ETF ialah di Australia, Amerika Syarikat, Perancis, Hong Kong, Jepun, Mexico, Afrika Selatan, Switzerland, Singapura, Turki dan United Kingdom. ETF ini dalam bentuk sekuriti dan disokong 100 peratus oleh emas secara fizikal.

Pelaburan secara ini berkembang dengan pesat sehingga 38 peratus daripada pelaburan yang dikenal pasti terdiri daripada sekuriti bentuk ini. Di sini belum ada lagi Gold Emas ini diperdagangkan di bursa kita.

Melihat pergolakan yang berlaku sekarang terutama sekali tergugatnya kedudukan Dolar Amerika ekoran krisis ekonomi yang berpunca di Amerika, daripada mereka dan merebak ke seluruh dunia. Orang ramai sudah tentu mencari sesuatu bentuk pelaburan yang lebih selamat daripada pergolakan harga.

Allahyarham Dato’ Salleh Majid
Bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia)

Gandakan nilai harta dengan melabur emas


Saranan Salleh

PERTAMA kali dalam sejarah harga emas melepasi AS$1,800 seauns. Ini berikutan kebimbangan pelabur di Amerika Syarikat selepas had hutang negara tersebut dinaikkan buat kali ke 75 dan kemungkinan kelegaan kuantitatif dilakukan lagi.

Emas dilihat sebagai pelaburan yang selamat memandangkan ketidakupayaan kerajaan tersebut mengatasi masalah ekonominya.

Tindakan pelabur ini telah membuatkan Certified Gold Exchange dan J.P.Morgan Chase & Co mengemaskinikan ramalan kenaikan harga emas kepada AS$2,500 seauns.

Sejak 10 tahun lalu harga emas telah meningkat sebanyak 700 peratus (%). Kebimbangan pelabur bukan saja tertumpu kepada apa yang sedang berlaku di Amerika tetapi merebak kepada krisis hutang euro.

Setakat ini Portugal, Ireland, Greece, Sepanyol dan Itali telah mengalami masalah defisit dan kemasukkan Itali, ekonomi ketiga terbesar di Eropah telah menambahkan kebimbangan para pelabur.

Minggu lepas kita telah dikejutkan dengan keruntuhan pasaran saham dunia, seluruh dunia, bukan di Amerika sahaja, malahan Eropah dan Asia hilang nilai modal pasaran bernilai hampir AS$4.4 trilion.

Walaupun keputusan Federal Reserve di Amerika tidak menaikkan kadar faedah melegakan pasaran sementara tetapi dari segi asas, Amerika dan Eropah masih lemah.

Walaupun kejatuhan di Malaysia dari segi peratusan lebih rendah daripada lain-lain bursa, tetapi dianggarkan RM91 bilion telah lenyap daripada nilai modal pasaran saham kita.

Apabila pasaran saham runtuh, pelabur lari mencari tempat yang selamat dan salah satu yang paling selamat ialah emas.

Beralih kepada pelaburan emas di Malaysia, pelaburan emas belum begitu menyerlah terutama sekali di kalangan orang Melayu.

Kebanyakan orang Melayu gemar membeli barang kemas yang dicampurkan dengan logam lain dan bukan seperti emas ketul yang ketulenannya di paras 999.99.

Apabila barang kemas dijual balik potongan sebanyak 30 sehingga 40 peratus dikenakan daripada harga semasa. Oleh itu ada baiknya melabur dengan emas yang ketulenannya 999.99.

Pada sesiapa yang berminat boleh memiliki syiling emas melalui Maybank dan buku simpanan melalui Public Bank.

Saya ingin menyarankan koperasi-koperasi melabur dalam emas. Kita lihat lima tahun dulu harga emas seauns ialah AS$520 dan hari ini sudah mencecah AS$1,800.

Pelaburan inilah yang bukan saja boleh menguntungkan koperasi sendiri tetapi juga ahli-ahlinya.

Keahlian keseluruhan koperasi di negara kita tidak kurang daripada 8 juta orang. Bayangkan kita dapat meningkatkan kekayaan orang Melayu berlipat kali ganda apabila melabur dengan emas.

Memang benar sistem ArRahnu sudah lama diwujudkan selaku pajak gadai Islam dan penggadai memperoleh setakat 65% daripada nilai emas yang dipajakkan.

Pada waktu yang sama upah simpan antara 0.5 sehingga 1% dikenakan untuk kadar maksimum selama 6 bulan.

Bagi pihak koperasi, ia boleh memberikan pinjaman untuk membeli emas yang disimpan selaku cagaran oleh koperasi dan ahli diberikan 65% daripada nilai emas yang disimpan dan boleh mengenakan sedikit faedah yang jauh lebih rendah daripada upah simpan melalui ArRahnu.

Kita mempunyai satu-satunya badan koperasi yang memiliki kaitan dengan beberapa koperasi yang lain dan diurus dengan betul serta berhati-hati dalam porfolio pelaburannya iaitu Angkasa.

Angkasa boleh mengambil langkah awal ini yang bakal menguntungkan sejumlah besar keahlian koperasi negara ini. Sekian lama orang Melayu tidak begitu mengambil berat tentang pelaburan emas tulen ini dan banyak pengaruh seperti FOREX yang mengalih perhatian orang Melayu kepada satu-satu pelaburan yang berisiko tinggi.

Satu-satu syarikat bumiputera yang terbabit dengan urusan jual beli emas ini ialah syarikat Serambi Emas yang mempunyai akses kepada London Gold Bullion Market dan pasaran emas di Switzerland, Jepun, Australia dan Dubai.

Sekarang majlis penerangan tentang pelaburan emas sedang giat dikendalikan untuk meningkatkan kefahaman masyarakat tentang pelaburan emas.

Inilah satu-satunya peluang bagi masyarakat Melayu melipatkan gandakan nilai harta mereka. Usaha-usaha yang lepas telah menunjukkan yang kita masih lagi jauh ketinggalan dari segi memiliki kekayaan.

Allahyarham Dato’ Salleh Majid 

Bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia)

Sumber : Arkib Utusan Malaysia - 18/08/2011

Elok melabur dalam bentuk emas


MINGGU lepas saya dijemput oleh TV3 menerangkan tentang emas sebagai pelaburan alternatif dalam program Bijak Wang. Minat dengan pelaburan emas memang sedang meningkat. Melalui program tersebut pun ada beberapa penonton yang menelefon bertanyakan beberapa perkara tentang emas.

Saya diminta menerangkan mengapa wajar melabur dengan emas. Emas sebenarnya ialah suatu komoditi yang tidak luntur ditelan zaman. Walau tertanam beribu-ribu tahun sekalipun, emas tetap berkilau.

Tidak ada negara yang mata wangnya tidak tertakluk kepada turun naik nilai emas, termasuklah negara kita semasa krisis 97/98 yang mana mata wang kita dikatakan menjadi bahan spekulator dan pernah jatuh ke paras serendah RM4.50 untuk satu dolar Amerika.

Mata wang dunia tidak lagi disokong oleh emas dan negara seperti Amerika Syarikat didapati boleh mengeluarkan seberapa banyak wang sesuka hati mereka.

Sekian lama mata wang dolar Amerika digunakan untuk segala-galanya daripada rizab negara kepada dagangan dunia.

Boleh dikatakan tidak ada urusan yang tidak lepas daripada dolar Amerika sehinggalah Kesatuan Eropah menghasilkan Euro yang menjadi pencabar kepada kedudukan dolar Amerika.

Apabila berlaku krisis ekonomi pada tahun 2008 yang berpunca di Amerika, dolar terus tertekan kedudukannya selaku mata wang utama. Tambahan pula negara seperti China yang banyak membeli Bil Perbendaharaan Amerika Syarikat merasa bimbang mengenai penurunan nilai dolar dan menyarankan penggunaan mata wang alternatif untuk perdagangan.

Pada waktu sama China juga mengajak negara-negara Asia Barat mengubah haluan menggunakan mata wang lain selain dolar Amerika.

Suasana begini dicampur dengan defisit kerajaan Amerika yang berjumlah trilion dolar menyebabkan ramai orang membeli emas selaku pelindung atau insuran.

Mereka yang mengambil langkah perlindungan ini bukan saja orang individu tetapi juga negara. Selasa minggu lepas, Bank Negara India telah membeli 200 tan emas dari Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) dan ia telah melonjakkan harga emas pada hari itu. Dikhabarkan IMF akan menjual sebanyak 200 tan lagi. Kenaikan permintaan ini menyebabkan harga emas terus meningkat.

Minggu lepas sehingga semalam (Jumaat) emas naik dari AS$1,091 (RM3,815) seauns kepada AS$1,106 (RM3,871).

Bagaimanapun mereka yang ingin membeli emas patut melihat pembeliannya untuk disimpan selama 365 hari. Bukan untuk dijual minggu depan atau bulan depan kerana dengan mengambil sikap demikian segala turun naik harga (volatiliti) dapat diatasi.

Misalnya sejak setahun lalu, harga emas naik sebanyak 52 peratus dari AS$734.90 (RM2,572) seauns kepada AS$1,116.80 (RM3,908) seauns.

Kalau emas tidak penting mengapa kerajaan India membeli 200 tan emas minggu lepas?

Kebimbangan akan kejatuhan nilai matawang dolar Amerika dan kemungkinan pemulihan mungkin akan mengambil masa lebih lama daripada dijangkakan kerana pengangguran di AS hampir mencecah 10 peratus dan masalah yang membelenggu sektor perumahan belum dapat diatasi lagi.

Kerajaan China juga menasihatkan rakyatnya menyimpan 5 peratus daripada wang simpanan mereka dalam bentuk emas dan ini bakal menaikkan lagi harga emas.

Kita ingat semasa zaman ramai pelarian meninggalkan negara asal mereka seperti semasa perang Vietnam. Mereka yang lari daripada Kemboja membawa bersama emas dan apabila sampai di sini mereka menggunakan emas tersebut untuk memulakan perniagaan dan hidup baru.

Contohnya di kawasan Kota Tinggi, Johor. Ramai orang Kemboja yang memiliki perniagaan seperti barang kemas dan perniagaan kain. Emas diterima di mana-mana tidak kira di negara mana sekalipun, emas tetap emas.

Seperti yang pernah dinyatakan dahulu, emas boleh dibeli secara buku pas dan secara syiling atau keping (wafer) dari bank-bank perdagangan. Selain itu, barang kemas juga suatu pelaburan dalam "bentuk emas" walaupun ketulenan emas pada barang kemas adalah rendah daripada emas keping iaitu 91.6 peratus bagi barang kemas dan 99.99 bagi syiling dan emas keping.

Bagi Bursa Malaysia pula, mungkin Dana Dagangan Bursa Emas (Gold Exchange Traded Fund) mungkin boleh difikirkan selaku salah suatu tawaran di bursa kita.

Dengan adanya ETF Emas ini dapatlah lebih ramai pelabur melabur dalam emas dengan modal yang lebih rendah.

Allahyarham Dato' Salleh Majid

Bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia)

Sumber : Arkib Utusan Malaysia - 14/11/2009