23 Oktober, 2010

SPM: Subjek Sejarah Wajib Lulus Mulai 2013




‘Berita baik’ kepada bakal calon SPM 2013. Semakin bertambahlah beban dan tekanan kepada guru-guru yang mengajar subjek sejarah…AbuAqil

--------------------------------

KUALA LUMPUR: Mata pelajaran Sejarah akan menjadi subjek wajib lulus di peringkat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai 2013.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, subjek syarat wajib lulus itu sama sepertimata pelajaran Bahasa Malaysia sebagai syarat untuk mendapatkan sijil SPM.

Pengumuman itu dibuat Muhyiddin semasa menyampaikan ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung Umno ke-61 di sini, Sabtu.

Selain itu Timbalan Presiden Umno itu berkata, kementeriannya akan membuat penambahbaikan kandungan mata pelajaran Sejarah dengan memberi penekanan terhadap aspek-aspek berkaitan Perlembagaan negara.

"Ini bertujuan untuk membentuk kefahaman yang mendalam terhadap pembentukan negara bangsa yang kita cintai ini," katanya.

Pada masa ini Sejarah merupakan mata pelajaran teras yang wajib diambil di peringkat sekolah menengah.

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share