Paradigma Minda 2009 . @Hak cipta tidak terpelihara. Semua Ilmu milik Allah semata-mata. Nyatakan rujukan.

Aku Pasti Mati..



Aku Pasti Mati dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sambir, Asajaya, Samarahan, Sarawak..
Wahai Mutalib Bin Raemah, dari ALLAH Engkau datang dan kepada Allah jua kau dikembalikan. Bersedialah untuk bersemadi di dalam kubur yang sempit dan gelap ini. Apabila datang dua malaikat Allah yang bernama Mungkar Dan Nangkir, maka jangan lah engkau merasa gentar. Jawab soalan kedua – duanya. Siapa tuhanmu? Allah tuhanku, siapa nabimu, Muhammad Rasulku, apa agamamu, Islam agamaku, dan mana kiblatmu, Kaabah kiblatku, maka apabila engkau telah lancar menjawab soalan kedua – dua malaikat Allah, maka kedua – dua malaikat itu memberitahumu bahawa engkau sebenarnya telah dihidupkan atas Islam dan engkau mati sebagai orang islam. Kelak engkau dibangkitkan di padang masyhar dengan akidah islam yang engkau percayai itu. Sesunguhnya janji ALLAH itu pasti.

Wahai Mutalib bin Raemah tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan
yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam
alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula
untuk berkumpul di Padang Mahsyar.

Insaflah wahai Mutalib bin Raemah , bahawa mati ini adalah benar,
soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar,
bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar, berkumpul dan
berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala
amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan
neraka adalah benar. Bahawa senya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu
juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang
yang di dalam kubur.

Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu
disisi Allah Taa la. Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua
yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Taala 

menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada

kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini. Mudah-mudahan
Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima
segala amal kebajikan kamu.

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak
disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.
Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalham
dulillahi rabbil alamin
. Al-Fatihah..
Setiap yang bernafas, Pasti akan Mati - "Kullu nafsin za iqatul maut"




0 Comments:

Post a Comment