Blogger Layouts

Sunday, June 5, 2011

Antara Asrama dan Rumah Sewa

Assalamualaikum w.b.t..

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan Rahmat-Nya dapat lagi diri ini peluang untuk melangkah bebas di Bumi-Nya ini..walaupun keadaan diri yang kurang sihat tidak membataskan diri untuk terus melakukan segala urusan sebagai khalifah Allah.

Balik Bangi tak sampai seminggu lagi dah kena serang dengan selesema..Allahu Akbar,, xpela kifarat dosa mungkin.. Kadang2 terfikir juga sepanjang hampir 3 tahun tinggal di Bumi Bangi kerana menuntut ilmu..baru perasan yang setiapkali masuk je semester baru pasti selesema akan menyerang.. Bukan menyalahkan takdir tapi sebenarnya baru terfikir dan baru sedar..hehe..selama tak pernah ambil tahu pun..Demam biasa je..masih boleh bangun dan kuat semangat lagi..mungkin saya tak sesuai untuk tinggal di sini...?? ermm mungkin juga..xpela dah last semester pun..hanya tinggal beberapa bulan je lagi..lepas raya InsyaAllah jika tiada apa2 hal akan tamatlah pengajianku selama 3 tahun di sini.. Mudah2an segala2nya berjalan lancar dan dapt sambung Degree pula tahun depan..Amin..

Semester terakhir kali ini tak sama dengan semester yang lepas2 sebab kali ini tak tinggal kat asrama dah..tapi duduk kat rumah sewa..tak dapat dah duduk hostel..suasana yang berbeza bila dibandingkan dengan tinggal kat hostel.. sebabnya kat hostel tak boleh masak dan buat kerja2 rumah yang sepatutnya.. makan tido jo la kojo ekau..hehe.. tapi bila kat rumah sewa terasa macam dah ada family dan terasa seperti kat rumah.. mana taknya pagi2 bangun..tangan dah gatal nak buat macam2..sama macam kat rumah..pagi dah bangun tolong mak buat sarapan ke basuh baju ke..takde nak tido balik pas subuh..tak pernah dibuat dari kecil sampai besar..tapi semenjak tinggal kat hostel tetiba rasa cam hobi pula tido balik lepas subuh nie..haishh..sebab dah tak tahu nak buat apa..tue masa cuti je la..

Nak dibandingkan tinggal diluar asrama dengan tinggal didalam asrama lagi seronok ke tak.. tak tahu la nak cakap macammana..sama je rasanya..sebab Hostel kami letaknya diluar kolej..tak pernah lagi rasa Hostel dalam kawasan kolej.. Bezanya mungkin Hostel ada peraturan dan undang-undang yang perlu dipatuhi dan keselamatan terjamin (terjamin ke??).. kalau rumah sewa nak keluar masuk ikut suka hati..takde orang nak marah..tapi keselamatan pula kurang yakin.. hmmm.. Maybe it's just for 5 month.

Dalam rumah nie ada 10 orang.. kami bertiga bersama Ct & Suzy.. lagi 7 orang tue adik junior, yang semua panggil kami "kakak".. tapi mereka nie suka keluar,maklumlah dah berpunya..bila hari Sabtu dan Ahad memang kami bertiga saja lah yang ada kat rumah..mereka semua mesti balik rumah sebab masing2 tinggal dekat2 sini je..Macam saya rumah jauh, nak balik selalu memang TAK la..takde kerja nak balik rumah selalu..so just stay here.. lagipun MAK pesan tak payah la nak balik selalu..pelajaran lagi penting..nak balik nanti cuti semester kan ada, cuti la puas2.. ermm yela mak..

Mungkin kena simpan plan nak balik rumah selalu..sebab tak lama lagi dah habis belajar dah..Tak sangka dah jadi super senior kat kolej dan dah hampir 3 tahun tinggal kat sini.. cepatnya masa berlalu.. Mudah2an segala Ilmu yang telah dipelajari dapat dimanfaatkan untuk masa depan InsyaAllah..mudah2an segala cita2ku tercapai.. Cita2 hampir tercapai walaupun bukan sepenuhnya sebab dah nampak untuk ke arah merealisasikan impian.. Tapi satu je lagi tak ku temui entah di mana beliau berada.. Dimanakah bakal ZAUJ ku.. sehingga ke hari ini belum jua ku temui.. InsyaAllah akan terus diusahakan..Mencari dan terus mencari..mudah2an ku temui yang terbaik hadiah dari-Nya..Amin..

Kejar Cita-Cita dan Cinta Allah dahulu baru kejar Cinta.. ^_^

Trio
At Alamanda Putrajaya..
few years a go.. hehe..

No comments:

Post a Comment

Daisypath Happy Birthday tickers