Khamis, 10 Disember 2009

Pantun

Cincin berlian manis dijari
Labuci dan manik indah dibaju
Sudah lama daku mencari
Destinasi ilmu tempat dituju

Pencuci mulut hidangannya buah
Nasi putih berlaukkan kari
Kenali dirimu rasa bertuah
Belajar kendiri menguji diri

Gembira di hati mendengar berita
Ceria diwajah dihati bersemi
Mendapat restu suami tercinta
Anak-anak pula dapat memahami

Hidup di dunia meniti zaman
Aman dan bahagia hendaknya kita
Segulung ijazah menjadi idaman
Bergelar siswazah menjadi cita-cita

Membaca cerita siLebai Malang
Kasihan sungguh asyik teraniaya
Usia dan masa bukan penghalang
Azam dan usaha InsyaAllah berjaya

Tiada ulasan: