Tuesday 29 April 2014

Saidatina Khadijah r.a - Tokoh Usahawan Wanita Islam Terulung

Siti Khadijah Binti Al-Khuwailid begitulah nama diberi, beliau merupakan seorang isteri, sahabat, dan kekasih yang penyayang kepada baginda Rasulullah s.a.w. Namun, di sebalik sifatnya yang lemah lembut dan penyayang itu, beliau merupakan seorang ahli perniagaan wanita yang amat dikenali sekitar tahun 585 masihi, selepas mewarisi perniagaan bapanya.
Dalam situasi masyarakat Arab pada zaman itu yang gemar memandang rendah terhadap kemampuan kaum hawa, Khadijah masih dapat berdiri seiring dangan mereka. Kehebatannya dalam bidang perniagaan merupakan sesuatu yang amat mengkagumkan pada ketika itu. Di sini ingin kami rungkaikan satu persatu akan kehebatan bagaimana cara Siti Khadijah berniaga.
PERTAMA : Saidatina Khadijah telah menggunakan konsep ‘empowerment’ dalam perniagaannya. ‘Apakah konsep yang dimaksudkan itu?.’
Konsep ini amat bertentangan dengan konsep berniaga secara kuku besi atau autokrasi, ini kerana beliau membenarkan para pekerjanya untuk berfikir, bertindak, dan mengambil keputusan dengan bebas. Dengan sikap yang sedemikian ia memberikan satu sumbangan yang positif dalam pengukuhan dan kemantapan sesebuah organisasi untuk berkembang.
Kita boleh mengambil contoh dalam hal ini, di mana ketua bagi sesebuah organisasi tidak harus  mengekang dan menghadkan kebolehan para pekerjanya, agar suasana bekerja dengan tenang dan aman dapat berjalan dengan lancar serta bakal mengaut keuntungan yang banyak apabila dapat bekerjasama dengan baik.
Dalam konteks bisnes, Khadijah telah memberikan kuasa sehingga ke tahap yang tertentu kepada para pekerja dan ‘mudarib-nya’ iaitu (rakan kongsi yang mempunyai kepakaran dalam pengurusan)  untuk menjalankan bisnesnya. Ini terbukti, apabila rombongan para pekerja dan mudarib-nya berniaga, beliau tidak turut serta bersama mereka.
Dalam konsep ‘Mudarabah’, perniagaan dikendalikan oleh mudarib dan para pekerja yang diberi kuasa untuk melanjutkan ‘empowerment’. Namun begitu, pemantauan yang berterusan tetap di jalankan.
KEDUA Konsep Mudarabah ini adalah sangat bermanfaat kepada ekonomi sesebuah Negara kerana ia menggalakkan sifat keusahawanan, mengurangkan kebergantungan terhadap subsidi, dan menambahkan peluang pekerjaan untuk membantu mereka yang tidak berkemampuan.
Dalam pada itu, bagi Rasulullah s.a.w sendiri, selain daripada faedah kewangan, beliau juga turut mendapat faedah tidak ketara di atas kontrak mudarabah bersama Siti Khadijah berkaitan peranan strategik dan operasional yang dijalankan oleh Siti Khadijah.
KETIGA : Intipati kejayaan Siti Khadijah seterusnya adalah, kesinambungan perniagaan dan rancangan pewarisan atau ‘succession planning’.


Ia memberikan peranan penting dalam meneruskan perniagaan. ‘Succession planning’adalah satu proses dalam mempersiapkan orang lain sebagai pengganti kepada  individu tertentu untuk sesebuah institusi. Dalam fahaman ini, institusi yang dimaksudkan itu adalah perniagaan Siti Khadijah.
Gangguan terhadap perniagaan selepas bersara atau meninggal dunia dapat dicegah sekiranya, ‘succession planning’ dijalankan. Dalam situasi  ini, Siti Khadijah telah mengahwini Nabi Muhammad s.a.w kerana sifat baginda yang mulia dan secara tidak langsung menjadikan Nabi Muhammad s.a.w sebagai tunggak yang akan menggantikannya dalam urusan perniagaannya kelak.
Jika kita menganalisis perniagaan Siti Khadijah, dapat dilihat jelas di sini bahawa ia berada di fasa perluasan. Sebelum perniagaannya memasuki fasa kemerosotan, beliau telah mencari pengganti yang sesuai dan berkelayakan agar hayat perniagaannya dapat dipanjangkan.

Monday 14 April 2014

Erti Kehidupan






  • Teruskanlah berbuat baik, berkata baik, memberi nasihat yang baik...walaupun tidak ramai orang mengenalimu, cukuplah Allah mengenalimu lebih daripada yang lain... Jadilah seperti jantung yang tidak terlihat tetapi terus berdenyut setiap saat hingga membuat kita terus hidup menjelang akhir hayat

Allah menyukai orang-orang yang baik, bertakwa dan tidak terkenal yang bilamana mereka tiada, mereka tidak akan dicari, dan bilamana mereka ada, mereka tidak dikenali.
(Sedutan hadith yang panjang riwayat Umar bin Khattab r.a)
Mudah-mudahan mereka-mereka itu adalah kita insyaAllah, aamiin…

Monday 24 March 2014

FAKTA TENTANG SENYUM

FAKTA TENTANG SENYUM DARI SUDUT KESIHATAN

1.     Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Janganlah kamu meremehkan kebaikan apa pun, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang manis (wajah ceria dan senyuman).” – Hadis Riwayat Muslim.
2.     Senyum merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman yang dapat merangsang seluruh tubuh melaui sistem saraf otak dan juga hormon-hormon. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak. Ini sangat bermanfaat dalam mengelakkan tekanan darah yang tinggi ke otak.
3.     Apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.
4.     Senyuman bukan hanya sekadar reaksi terhadap sesuatu, malah ia juga terlibat dalam penghasilan endorphin yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu merasa lebih selesa dengan diri sendiri.
5.     Ketawa (berperasaan gembira) sebanyak 100 kali dalam tempoh 24 jam mempunyai manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam selama 10 minit. Hal ini demikian kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Seterusnya, kedua-dua kadar ini akan turun lebih rendah daripada paras sebelum ketawa.
6.     “Tawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.” – Riwayat Tirmidzi.
7.     Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ‘stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.
8.     Apabila kita senyum, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-interferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi untuk melawan penyakit).
9.     Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan.
10.   Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan bahan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, arthritis dan ulser.
11.   Senyuman dan ketawa adalah senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ia ibarat urutan terhadap organ-organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan daya tumpuan belajar. Ia juga melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi, membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.
12.   Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan.
13.   Senyum mampu menjadi penawar kepada penyakit rohani yang kronik. Ia juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah dan memulakan sebuah ukhuwwah.
14.   Dalam ajaran Islam, senyum mempunyai kedudukan yang setaraf dengan bersedekah. Sabda Rasulullah SAW: “Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah.” (HR Tirmizi dan Abu Dzar)


Tuesday 11 March 2014

Islam Itu Indah

I LOVE ISLAM

Rancangan Allah itu adalah lebih baik dari rancanganmu,jadi tetaplah berjuang dan berdoa hingga kau menemukan bahawa ternyata memang Allah memberikan yang terbaik untukmu.




Biodata Diri

Nama : Norshahira Binti Murad

Umur : 21 tahun


Tempat Lahir : Perak Darul Ridzuan





kucingku
Diriwayatkan Ali bin Al-Hasan dan Anas menceritakan bahawa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bekas”. Lalu Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun terdapat seekor kucing datang dan menjilati bekas air tersebut. Melihat kejadian itu, Nabi berhenti sehinggakan kucing tersebut berhenti minum lalu Rasulullah berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis”.


script language="JavaScript" src="http://adiwidget.com/js/aditopleft.