Tugasan 3 - Ulasan Pembentangan Kolokium

Ulasan Kajian Tindakan
Kolokium Diploma Pendidikan Lepas Ijazah Januari 2009
Tarikh : 26 – 27 Oktober 2009
Tempat : Palm Garden Hotel IOI Resort, Putrajaya.

Tajuk 1
Meningkatkan Minat dan Kefahaman Pelajar Dalam Mata Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Khususnya Bagi Tajuk Pertolongan Cemas Tingkatan 1 dan Tingkatan 2, Sekolah Menengah Kebangsaan Puchong Utama 1, Puchong, Selangor.

Pembentang:
Siti Nadia Binti Khalid
Yusnaini Binti Abd Hamid

Kajian yang telah dilakukan oleh kedua-dua pembentang ini bertujuan untuk memberikan tumpuan kepada penambahbaikan kepada kaedah pengajaran guru mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan dengan menumpukan kepada tajuk Pertolongan Cemas Tingkatan 1 (DRABC) dan Tingkatan 2 (TOTAPS) melalui kaedah simulasi.

1.0 Objektif Kajian

Terdapat 3 objektif kajian yang diberi penekanan dalam kajian ini. Antaranya adalah seperti berikut :

1. Meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar terhadap tajuk Pertolongan Cemas Tingkatan 1 dan Tingkatan 2.

2. Menerapkan kaedah pengajaran baru bagi subjek Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan khususnya tajuk Pertolongan Cemas ke arah perubahan kaedah pengajaran yang lebih efektif.

3. Menyediakan satu proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar (student centered)

2.0 Pernyataan masalah

1. Apakah kaedah pengajaran yang paling efektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan khususnya tajuk Pertolongan Cemas?

2. Sejauhmanakah kaedah pengajaran berasaskan simulasi dapat meningkatkan tahap pengajaran guru bagi tajuk Pertolongan Cemas

3.0 Metodologi Kajian

1. Menggunakan Model Kemmis dan McTaggart (1988) sebagai panduan kajian.

2. Kaedah pengumpulan data yang digunakan ialah pemerhatian, temubual, ujian penilaian dan catatan buku rekod guru.

3.1 Sampel
Pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 2

3.2 Setting
Dalam bilik darjah

4.0 Pengumpulan dan penganalisisan data

Kajian ini dilakukan secara kolaboratif oleh 2 orang guru yakni pengkaji di dalam kelas Tingkatan 1 Gigih dan 1 Hebat (kelas gabungan) dan Tingkatan 2 Gigih dan 2 Hebat (kelas gabungan) dengan menggunakan kaedah pemerhatian, temubual, ujian penilaian serta buku rekod guru.

5.0 Implikasi Kajian

Pengkaji mendapati pelajar lebih memahami pembelajaran dengan menggunakan kaedah simulasi ini memandangkan pelajar sendiri melakukan dan memainkan peranan semasa pembentangan simulasi. Keadaan ini secara tidak langsung dapat membantu guru memperbaiki kaedah pengajaran yang digunakan.

6.0 Penilaian terhadap kajian tindakan ini

Kajian ini dilihat dapat memberi kebaikan kepada guru dan pelajar. Melalui kaedah simulasi yang digunakan telah memudahkan guru untuk memberi kefahaman kepada pelajar mengenai tajuk tersebut.

Tajuk 2
Meningkatkan Kefahaman dan Minat Pelajar dalam Subjek Sains Tingkatan Dua Melalui kaedah Kooperatif di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pelek, Sepang

Pembentang:
Wan Norsalina Wab Hussin
Nor Asmah Binti Buang

Kajian yang telah dilakukan oleh kedua-dua pembentang ini mempunyai tujuan utama untuk mempraktikkan pengajaran berpusatkan pelajar di samping meningkatkan kefahaman dan minat pelajar mengenai topik-topik dalam subjek Sains.

1.0 Objektif Kajian

1. Menarik minat pelajar untuk mempelajari subjek Sains melalui kaedah kooperatif RoundRobin.

2. Meningkatkan kefahaman pelajar mengenai subjek Sains melalui kaedah kooperatif RoundRobin.

3. Melihat keberkesanan pengajaran berpusatkan pelajar melalui kaedah kooperatif RoundRobin.

2.0 Pernyataan masalah

1. Para pelajar cepat bosan terhadap pembelajaran dan pengajaran.

2. Kurangnya daya tumpuan menyebabkan mereka kurang faham terhadap pengajaran sains yang kompleks.

3. Kaedah pengajaran yang kurang berkesan


3.0 Metodologi Kajian

Pengkaji menggunakan kaedah kualitatif dan kuantitatif yang dijalankan secara pemerhatian, temu bual, penilaian pembentangan kerja kumpulan dan soal selidik

3.1 Setting

Dalam bilik darjah

3.2 Sampel

Kajian ini dilakukan terhadap 70 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar Tingkatan 2.

4.0 Pengumpulan dan penganalisisan data

Menggunakan teknik pemerhatian, refleksi, dan perancangan dan perlaksanaan melalui kaedah kooperatif RoundRobin untuk meningkatkan kefahaman dan minat pelajar pada subjek Sains ini.

5.0 mplikasi Kajian

Melalui pemerhatian yang dijalankan selepas perlaksanaan kaedah ini, pelajar didapati menunjukkan minat yang mendalam serta berani untuk memberi pendapat masing-masing sekaligus meningkatkan keyakinan diri

6.0 Penilaian terhadap kajian tindakan ini?

Kajian ini dapat menunjukkan bahawa kaedah pembelajaran kooperatif mampu meningkatkan kefahaman dan pelajar dalam mata pelajaran Sains .

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to "Tugasan 3 - Ulasan Pembentangan Kolokium"

Post a Comment