GURU DAN CABARAN SEMASA


Sunday 15 March 2015

CARA-CARA MEMBINA BLOG



Cara-Cara Membina Blog 
Merancang
Penyedian awal dalam membina sebuah blog ialah merancang dan membuat draf bagi memudahkan proses kemaskini untuk jangka masa panjang. Beberapa perkara yang terlebih dahulu ditetapkan ialah:

1. Jenis Blog

Mengetahui topik yang akan dimasukkan ke dalam blog samada ia adalah sebuah blog peribadi, perniagaan atau membincangkan topik semasa dan lain-lain. Reka bentuk blog akan dibina bersesuai dengan topik yang dibincangkan.

Blog pilihan saya  adalah sebuah blog peribadi yang dibina khusus untuk melengkapkan tugasan yang diberikan. Reka bentuknya adalah ringkas dengan berlatar belakang warna putih dan tidak akan dimuatkan dengan banyak elemen tambahan supaya mudah dilayari.

2. Platform / Pelantar

Mengetahui pelantar yang patut digunakan adalah penting kerana ciri dan proses mengemaskini bagi tiap-tiap pelantar blog adalah berlainan. Di sini, saya telah  memilih blogger sebagai pelantar utama kerana ia adalah percuma, mudah dilayari serta senang untuk dikemaskini.

3. Membuat Draf Dan Penyediaan Awal

Draf awal bagi struktur blog adalah penting supaya proses menulis dan pengisian dapat dilakukan dengan mudah dan tersusun. Ini termasuk mencipta halaman utama yang mesti ada pada setiap blog, kategori dan sebagainya. Salah satu halaman penting yang diwujudkan dalam blog sayal adalah halaman profil.

Bagi pelantar blogger, elemen tambahan dinamakan gadget. Gadget mestilah bersesuaian dengan tema dan jenis blog.

Satu akaun khusus diperlukan untuk membina blog di blogger.com. Ia adalah perkhidmatan percuma yang disediakan oleh google, jadi satu akaun google diwujudkan terlebih dahulu. Akaun ini juga diguna pakai sebagai email utama.



MEMBINA
Proses mendaftar adalah mudah dan cepat. Setiap pengguna yang mempunyai akaun google akan dapat membina blog secara percuma di blogger.com.



 



1. Log masuk ke dalam blogger dan klik pada butang new blog. Satu paparan membina blog akan tayangkan. Isi maklumat yang perlu termasuk tajuk dan nama blog kemudian klik pada create blog.

2. Sebelum membina blog, pilih template atau reka bentuk yang sesuai. Template ini boleh diubah mengikut kesesuian.

3. Mengubah reka bentuk dan memasukkan elemen tambahan dapat dilakukan di satu paparan khusus seperti di bawah.
 

KEMASKINI
Proses menambah kandungan dan kemaskini boleh dilakukan secara terus pada halaman utama.

1. Untuk membuat post yang baru klik pada icon yang tertera seperti di dalam gambar.
 
2. Satu ruangan yang dipanggil editor akan muncul. Tajuk dan isi dimasukkan kemudian klik pada icon publish untuk menyelesaikan proses penambahan atau kemaskini.
 
3. Proses kemaskini boleh dilakukan dengan memilih kandungan yang ingin diubah daripada senarai post yang ada. Paparan editor akan muncul dan klik pada publish setelah selesai.




 
PENGGUNAAN

1. Untuk membaca artikel yang telah dimasukkan ke dalam blog ini, pelawat boleh memilih topik dari senarai post yang ada di sebelah kanan blog. Ia telah dikelaskan mengikut masa artikel tersebut ditulis.

2. Pelawat juga boleh meninggalkan komen pada setiap artikel dengan mengisi ruangan komen di bahagian bawah blog.

3. Setiap cadangan dan kritikan boleh dihantar terus ke email saya di halaman hubungi saya atau pun dengan mengisi borang di sebelah kanan blog.
Bottom of Form