Tuesday 22 January 2013

PeNyAkIT ItU RaHmAt ^_^

Hari ni nak wat perkongsian ttg seorang pesakit ni..rasa kagum dengan dia..beliau adalah seorang pesakit tetraplegia..apa itu tetraplegia? kalo nak tahu ,tetraplegia ni pesakit tidak mampu untuk bergerak ..hanya bahagian atas je boleh gerak..kawalan untuk membuang air besar dan kecil pun tak boleh nak kawal..susah kan...tapi pesakit ni...sangat tabah menghadapi penyakit ini..

Tabik spring gak kat pesakit ni..jika ditanya perasaannya..dia akan kata dia terima sakit itu seadanya..malah dia gembira dengan keadaan dia sekarang..

Kadang-kadang bila fikir semula..kalo Allah nak beri kita musibah..secara kita tidak sedar atau jangka ia akan berlaku begitu sahaja. begitu juga pesakit ini..mulanya kisah hidup dia adalah selepas SPM dia tidak sedar bahawa dia ada ketumbuhan..selama 2 atau 3 bulan dia koma..sedar-sedar dari koma dia hilang ingatan...kalo kita ditempatnya agaknya apa reaksi kita?

Bayangkan segala kenangan manis dan pahit kita yang ingin kita jadikan kenangan pergi begitu sahaja tanpa kita inginkan..agak-agak sedih dan tertekan tak hidup kita?

Bagi pesakit ni ..semuanya ia terima..periang dan ceria sahaja pesakit ni..jikalau dia tidak mendapat penyakit ni sudah pasti dia akan menjadi seorang yang berjaya..seorang yang sangat suka menulis lagu, mendengar lagu, dan menari zapin..semasa ingin diberikan rawatan..(meningkatkan daya ingatannya) dengan membaca dan melihat filem pendek, seterunya ditanyakan soalan...dia menghadapi kesukaran dalam mengeja.kesan daripada penyakit yang dialami..

Semasa itu, saya ada berikan kata semangat padanya...dia kata mungkin dia dpt penyakit ini kerana dia ada banyak dosa..jadi saya berikan kata perangsang..
"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya" (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Tersenyum dia mendengar..dalam hati ni..ya Allah..sangat kagum padanya..tabahnya dia..hingga diri ni terasa kerdil kerana diri ni amat  banyak dosa yang terkumpul... 

Semoga pesakit ini akan selalu dalam rahmat Allah dan berjaya dunia dan akhirat.. ^_^ 

No comments:

Post a Comment