Monday 14 February 2011

Selamat Menyambut Maulidur Rasul


assalamualaikum, 
selamat menyambut maulidur rasul kepada semua umat islam,
esok kita akan bersama-sama menyambut maulidur rasul,
tidak kira dimana kita berada..

teringat zaman kanak-kanak dulu,
ekot berarak bersama-sama penduduk kampung,
sangat seronok, siap ada pertandingan sepanduk, 
kalau menang dapat hadiah laaa... 
heee....

masok tahun nei, 8 tahun dah tak sambut
maulidur rasul di tempat sendiri,
5 tahun sambut kat Miri, 
berarak bersama-sama member kat skolah...
2 tahun sambut kat KL, tapi dok umah jaa,
and tahun nei sambut kat Temerloh plak..

InsyaAllah,
tahun depan dapat lah sambut kat tempat sendiri,
coz tahun nei aku dah nk bis study...
nak balik ke pangkuan mak ayah dah...
rindu tau... 

apa-apa pon...
walau dimana kita berada, sama-sama lah kita 
menyambut maulidur rasul dengan 
penuh keinsafan...
amin....







TIDAK MEROKOK SIHAT SEPANJANG HAYAT


Merokok meningkatkan risiko sehingga 10 kali ganda mendapat lebih daripada 40 jenis penyakit serius seperti penyakit kanser paru-paru, emfisima, penyakit jantung dan strok. Merokok boleh menjejaskan hampir semua organ atau tisu di dalam badan. Terdapat 4 000 jenis bahan kimia dalam asap rokok. 200 daripadanya adalah toksik dan 63 lagi boleh menyebabkan kanser (karsinogenik).


BERHENTI MEROKOK
  • Merokok memberi kesan buruk kepada keluarga dan orang sekeliling kita.
  • Ibu mengandung yang merokok atau terdedah kepada asap rokok boleh menyebabkan bayi lahir tidak cukup bulan, rendah berat badan atau mati dalam kandungan.
  • Kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok akan kerap mengalami batuk, selsema, jangkitan telinga, hidung dan tetak.

PETUA 10 M UNTUK BERHENTI MEROKOK
  1. Melengah-lengah
  2. Minum banyak air
  3. Menarik nafas panjang
  4. Membuat sesuatu
  5. Menjauhkan diri dari tempat orang merokok
  6. Mengunyah sesuatu
  7. Membasuh tangan
  8. Mandi dengan kerap
  9. Melakukan senaman
  10. Memohon doa


Friday 11 February 2011

TERIMA KASIH SAYANG

Haa... 
entry aku kali nei,
xde kena mengena dengan kesihatan 
Okay!!!


erm... 
07/02/2011
hari keramat dalam kehidupan aku...
07/02/1990
hari aku di lahirkan...
terima kasih kepada yang wish
 befday aku...

terharu...
mak n ayah pagi2 kol wish befday,
n pagi2 gak dengar ceramah,
kalau balik kampung jangan 
macam dulu lagi... 
then....
banyak lg lah....


Pos Laju...
10/02/2011
aku dapat satu bungkusan yang 
BESAR!!!

TERIMA KASIH SAYANG
hadiah yang sangat b'makna 
dalam hidup aku,
aku xkan lupa sampai bila2,
sayang awak ketat2....
heeee.....

semOga huBUngan kiTa 
KekaL samPAi
ke Akhir
Hayat
amin




Wednesday 9 February 2011

ASMA

APA ITU ASMA?
  • Asma ialah penyakit kronik saluran pernafsan di dalam paru-paru.
  • Asma menyebabkan penyempitan saiz dan bentuk saluran udara paru-paru, yang membawa kepada kesukaran bernafas.
  • Saluran pernafasan pesakit asma sensitif kepada bahan-bahan alahan tertentu yang boleh menyebabkan saluran pernafasan menjadi sempit.
PENCETUS SERANGAN ASMA

keratan rentas paru-paru
  • Alahan kepada batuk, debu dan bulu binatang.
  • Merokok dan menyedut asap rokok.
  • Makanan tertentu seperti kacang ais dan susu.
  • Perubahan cuaca.
  • Aktiviti fizikal atau senaman keterlaluan.
  • Tekanan perasaan.
  • Jangkitan saluran pernafasan, batuk dan selsema.
GEJALA ASMA
saluran pernafasan

  • Batuk pada waktu malam atau sejuk.
  • Susah bernafas.
  • Nafas berbunyi.
  • Rasa ketegangan di dada.
 heeee.... bukan asma yg nei...

    Monday 7 February 2011

    DENGGI SEMAKIN MERBAHAYA

    APAKAH PENYAKIT DENGGI?

    • Penyakit denggi adalah sejenis penyakit yang di sebabkan oleh sejenis kuman yang dipanggil virus denggi.
    • Virus ini sangat halus dan tidak boleh di lihat dengan mata kasar kita.
    • Orang yang sihat boleh menghidap penyakit ini melalui gigitan nyamuk aedeas yang mengandungi virus denggi.
    • Penyakit ini sering kali menyerang kanak-kanak di bawah umur 15 tahun, TETAPI orang-orang dewasa juga boleh di jangkiti.
    • Penyakit ini di anggap paling merbahaya sekali di masa ini kerana sehingga sekarang belum lagi ada ubat untuk merawatnya. Ianya boleh membawa maut. Oleh itu, cara yang paling berkesan sekali untuk menjauhkan penyakit ini ialah dengan mengawal pembiakan nyamuk aedes yang menjadi pembawa penyakit ini.
    TANDA-TANDA PENYAKIT DENGGI
    Takut tak??
    1. Demam kuat yang mengejut.
    2. Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot, sendi-sendi dan biji mata.
    3. Berdarah pada badan, hidung dan mulut.
    MENGENALI NYAMUK AEDES

    1. Nyamuk ini di panggil nyamuk aedes.
    2. Ianya senang di kenali dengan belang hitam putih di kaki nya.
    3. Aedes biasanya menggigit pada waktu siang (awal pagi dan awal senja).
    4. Aedes membiak di dalam takungan air jernih dalam rumah dan luar rumah.
    5. Aedes tidak boleh membiak di air kotor seperti di dalam longkang di luar rumah.
    TEMPAT-TEMPAT PEMBIAKAN NYAMUK AEDES.
    • Tayar terbiar.
    • Pasu bunga.
    • Tong drum.
    • Botol atau gelas yang mengandungi air.
    • Saluran air hujan.
    • Perangkap semut.
    • Kolah mandi.
    • Tin.
    AWAS!!!!
    ANDA AKAN DI DENDA JIKA ANDA DIDAPATI MEMBIAK NYAMUK AEDES DI KAWASAN RUMAH.


    THE END





    Sunday 30 January 2011

    DEMAM KUNING ITU YELLOW FEVER

    Demam Kuning adalah penyakit jangkitan virus yang boleh menggugat kesihatan awam di zon endemik terutama di Afrika dan Amerika Selatan yang mana virus jangkitan ini sentiasa ada walaupun sudah lama dibasmikan. Penyebab utama penyakit Demam Kuning adalah disebabkan oleh jangkitan virus dari famili "Flaviviridae" yang di bawa oleh nyamuk dari hutan ke kawasan kampung atau bandar. Demam Kuning juga boleh di hasilkan oleh spesis nyamuk biasa terutamanya nyamuk Aedes aegypti yang juga merupkan pembawa virus ini. Negara kita telah mengambil langkah kawalan yang ketat terhadap Demam Kuning. Pengawasan jangkitan Vektor dijalankan di semua pintu masuk seperti di pelabuhan dan lapangan terbang bagi memastikan negara kita bebas jangkitan Demam Kuning.

    Tanda-tanda Demam Kuning:
    • Demam mendadak.
    • Sakit belakang serta sengal-sengal otot.
    • Loya
    • Lemah
    • Menggigil
    • Sakit kepala
    • Muntah-muntah
    Tempoh inkubasi Demam Kuning adalah antara 3-6 hari atau lebih selepas di jangkiti.Kebiasaanya Demam Kuning akan terasa berkurang dalam tempoh 3-4 hari setelah dijangkiti, namun tanda-tanda jangkitan akan muncul kembali selepas beberapa jam seperti penyakit kuning (jaundice), muntah-muntah dan pendarahan akan kelihatan. Kematian akan berlaku selepas 7-10 hari dijangkiti penyakit ini. Setakat ini tiada rawatan khusus untuk penyakit Demam Kuning.





    Saturday 15 January 2011

    KENAPA KITA PERLUKAN VITAMIN??



    Penghadaman makanan yang tidak sempurna:



    Ini boleh terjadi bila anda tidak mengunyah makanan dengan secukupnya atau anda makan dengan kadar yang agak cepat. Saiz partikel makanan yang agak besar tidak boleh di cerna dengan sempurna oleh sistem penghadaman anda. Orang yang bergigi palsu harus lebih berhati-hati dengan situasi begini.

    Pemakanan dan peminuman:

    Minuman yang terlalu panas atau pengambilan kopi, teh, jeruk dan rempah ratus yang berlebihan boleh menyebabkan berlakunya radang pada saluran penghadaman anda. Oleh itu penyerapan vitamin akan berkurangan.

    Pengambilan alkohol:



    Alkohol yang berlebihan merosakkan hati dan pancreas. Organ-organ ini penting dalam proses penghadaman makanan. Pengambilan alkohol yang banyak dan berterusan meningkatkan keperluan vitamin-vitamin thiamin, niacin, pyridoxin,asik folik, vitamin B12, vitamin C dan vitamin A.

    Merokok:



    Sekiranya anda seorang perokok, keperluan vitamin C dalam badan anda meningkat. Sebatang rokok dikatakan  bersamaan dengan 30mg vitamin C.

    Proses pemasakan:

    Makanan yang dengan lama boleh kehilangan vitamin-vitamin B kompleks dan C. Ada juga vitamin B yang dirosakkan oleh radias yang di hasilkan oleh ketuhar gelombang mikro.

    Makanan yang di proses:

    Penyejukbekuan makanan yang mengandungi vitamin E mengurangkan kandunganya bila ia dikeluarkan dari freezer.

    Pengambilan antibiotik:



    Antibiotik membunuh semua kuman termasuk kuman-kuman baik di dalam perut. Kuman-kuman ini membantu menghasilkan vitamin-vitamin B.

    Sakit:

    Pembedahan menyebabkan badan anda memerlukan lebih zink, vitamin E dan sebagainya. Tulang yang patah memerlukan kalsium, vitamin D dan C yang lebih banyak.

    Tekanan:



    Badan anda memerlukan lebih vitamin B kompleks dan C dalam keadaan anda tertekan (strees).

    PMT (Pre-Menstrual Syndrome):

    Tanda-tanda seperti sakil kepala dan sebagainya semasa datang haid dapat dikurangkan dengan pengambilan vitamin B.

    Mengandung:

    Keperluan semasa mengandung adalah lebih tinggi. Anda perlukan lebih vitamin B, A, D, E dan mineral-mineral kalsium, zat besi, magnesium, zink dan phosporus.