Rabu, 27 Mei 2015

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI SMK BANDARAYA KOTA KINABALU










Tarikh: 16 Mei 2015 (Sabtu)
Tempat: Kompleks Kerajaan Persekutuan Sabah
Masa : 8.00 pagi

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Pengetua (Puan Rafidah hj. Karaman), Puan Nong Zubaidah Sipil, Encik Saliman Samin, guru-guru dan pelajar SMK Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah kerana ruang dan kesempatan kepada saya untuk mengendalikan Program Jerayawara Bahasa buat kali pertama di sekolah ini. Tidak ketinggalan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar sekolah berdekatan yang turut serta dalam program pagi ini. Semoga segala input yang disampaikan dapat menyuntik semangat kalian dalam menghadapi peperiksaan SPM kelak sekali gus melonjakkan prestasi mata pelajaran Bahasa Melayu yang cemerlang. Terima kasih juga kepada Pengetua kerana mengikuti ceramah saya dari mula hingga akhir dan syabas kerana satu-satunya Pengetua yang turut mengajarkan Bahasa Melayu di Semerbak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan