Refleksi PdP

                         
Alhamdulillah, secara keseluruhannya kami menganggap bahawa PdP ini berjaya. Ini kerana 90% murid iaitu 22 daripada 24 orang murid berjaya mencapai objektif pembelajaran yang dirancang. Diantara kekuatan yang dikenalpasti ialah suara guru yang jelas membolehkan murid-murid memahami arahan dengan mudah.Guru juga mempraktikkan pengajaran berpusatkan murid dimana ia dilihat sebagai sesuatu yang rasional bagi memilih strategi pengajaran yang digunakan. Ini kerana pengajaran berpusatkan murid merangsang murid untuk aktif dalam mengambil bahagian semasa PdP dilaksanakan. Murid juga saling berkomunikasi, dan berusaha  untuk maju.

Aktiviti yang dipilih pula sesuai dengan minat dan keupayaan murid. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan melibatkan murid dan jelas menunjukkan bahawa mereka dapat member respon setiap kali soalan diajukan.Terdapat beberapa strategi dan langkah digunakan untuk mempertingkatkan lagi PdP. Antaranya ialah penggunaan teknik teater pembaca dimana ia menarik minat murid untuk melibatkan diri.


Suasana komunikasi yang baik antara guru dengan  murid dapat menjayakan objektif yang hendak dicapai.Unsur-unsur jenaka dan kecindan yang  diselitkan  dapat mengurangkan situasi tegang dan tekanan kepada murid.Nilai murni turut diselitkan untuk melahirkan insan yang harmonis dan seimbang dari segala aspek.Penggunaan masa yang panjang juga dapat membantu proses PdP berjalan dengan lancer. Secara tidak langsung guru berpeluang memantau aktiviti pembelajaran murid terutamanya aktiviti dalam kumpulan.

Disebalik kekuatan PdP ini, terselit juga kelemahan yang boleh dilihat. Kelemahan yang ketara ialah dari aspek penyediaan lembaran kerja untuk penilaian murid. Lembaran kerja untuk aktiviti pengayaan bagi murid yang cerdas terlalu mudah.dan mereka dapat menyelesaikannya dengan cepat. Keadaan ini  membuatkan mereka berasa bosan dan wujud ruang untuk berbuat bising dan mengusik rakan-rakan yang lain.

Selain itu, penglibatan murid yang aktif juga menyebabkan kelas agak bising kerana masing-masing bersaing untuk menarik perhatian guru serta mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang dirancang.

Untuk mengatasi kelemahan ini, pada pandangan kami, guru perlu bijak memainkan peranan serta peka dengan setiap perlakuan murid. Guru perlu sentiasa memantau murid dan sekiranya perlu murid-murid yang tidak mendengar arahan perlu diberi hukuman agar semua murid berwaspada dan memberi komitmen semasa guru mengajar.Dari segi latihan pula, guru perlu menyediakan latihan yang mencabar mengikut aras pemikiran murid. Dengan cara ini, murid yang cerdas tidak akan berasa bosan.

No comments:

Post a Comment