Pages

Thursday, October 20, 2011

Apa hala tuju hidup kita?

بسم الله الرّحمن الرّحيم
السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته

merenung kejadian diri kita sebagai manusia, tidakkah kita melihat kebesaran ALLAH?


Alhamdulillah, dalam setiap apa yang kita buat, bacalah basmalah! ^_^ Tetapi pastikan apa yang kita nak buat itu tidak melanggar perintah ALLAH dan Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam. Dan saya mulakan entri ini juga dengan salam.. jawab jangan tak jawab! ^_~

Hati, sesuatu yang abstrak. Tetapi, kita boleh kenal hati kita melalui amal perbuatan kita, kan? Saya merujuk hadis Nabi SAW, yang mafhumnya, "Ketahuilah bahawa di dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik, maka baiklah seluruh jasad, dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Jadi jangan lupa, sentiasalah ubati hati kita! Bersihkan hati kita.. Bawa hati kita kepada sang Pencipta yakni Allah Subhanallahu wa Taala ^_^

Hari ini, saya nak berkongsi sedikit perkongsian yang saya dapat daripada senior saya, Ustaz Yusri. Sangat menarik pendekatannya. Saya coret ia di sini agar mudah-mudahan, ia menjadi tanbih untuk saya menempuh hidup yang sementara sahaja ini, dan perkongsian ilmu buat sahabat-sahabat yang dikasihi Allah! ^^,

Sepanjang perkongsian ini, saya nak sahabat-sahabat tanamkan 2 perkara iaitu, ikhlas dan senyum. InsyaALLAH mudah kan? =)

Dan sepanjang perkongsian ini juga, mari kita sama-sama tenangkan hati dan minda.. Dengan membaca surah Al-Fatihah, dan istighfar 3 kali. Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. (Ar-Ra'd 13 : ayat 28)

Mari kita sama-sama mentadabbur bicara ALLAH =)

A018

Tidakkah engkau mengetahui bahawa segala yang ada di langit dan di bumi tunduk sujud kepada Allah dan (di antaranya termasuklah) matahari dan bulan, dan bintang-bintang, dan gunung-ganang, dan pokok-pokok kayu, dan binatang-binatang, serta sebahagian besar dari manusia? Dan banyak pula (di antara manusia) yang berhak ditimpa azab (disebabkan kekufurannya dan maksiatnya); dan (ingatlah) sesiapa yang dihinakan oleh Allah maka ia tidak akan beroleh sesiapapun yang dapat memuliakannya. Sesungguhnya Allah tetap melakukan apa yang dirancangkanNya. (Al-Hajj 22:18)


A101

(Dia lah) yang menciptakan langit dan bumi. Bagaimanakah Ia mempunyai anak sedang Ia tidak mempunyai isteri? Ia pula yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dia lah Yang Maha Mengetahui akan segala-galanya. (Al-An'aam 6:101)


Dalam hidup ini, kita perlu sentiasa diingati, dinasihati. Jadi, kita perlu buka hati kita, bersedia, untuk menerima peringatan dan teguran yang baik ^_^

Jika kita fail di dalam exam, kita boleh ulang exam semula, atau ada peluang lain.. Tetapi jika kita fail exam akhirat, kita akan fail selama-lamanya.. akibatnya, meranalah kita di akhirat kelak. Apabila kita teliti kembali hidup kita di dunia ini, sebenarnya tempoh kita hidup di dunia ini adalah sementara cuma. Kenapa dikatakan begitu? Kerana setelah kita meninggal dunia, kita perlu menempuh alam barzakh (alam kubur), berkumpul di padang Mahsyar, mizan, dan lain-lain, sehinggalah akhirnya kita akan melalui صراط, jika jatuh, masuklah ke dalam neraka; tetapi jika kita dapat meneruskan perjalanan, syurga lah tempat tinggal kita yang abadi.. Subhanallah! Beriman kepada Allah dan hari akhirat.

Kerana kehidupan di akhirat yang lebih panjang dan kekal abadi, tidak hairanlah apabila dikatakan manusia yang sentiasa mengingati mati dan bersedia untuk menghadapinya, adalah orang yang bijak. Di akhirat kelak, kita tiada kesempatan dan ruang lagi untuk beramal soleh. Lebih lanjut, klik (^_^) dan =)

Baiklah, pengisian di atas, baru warm up, belum kemuncaknya lagi! Kita teruskan memberi rohani dan jiwa kita makan, sebagaimana kita memberi jasad kita makan (",)

Bayangkan.. anda melihat TIANG GOL. Lengkap tak permainan bola sepak tanpa tiang gol? Setakat ini, setahu saya, tiada padang bola tanpa tiang gol. Jika ada padang bola, tetapi tiada padang gol, tidak menjadilah permainan bola sepak. Dan setelah seseorang pemain menjaringkan gol, penonton akan bersorak "GOL!!!" dengan penuh semangat dan gembira sekali.. dan kemungkinan ada juga yang melompat-melompat kegembiraan, ye tak? ^^,

Fenomena di atas boleh kita ibaratkan seperti hidup kita. Pemain bola sepak, matlamatnya adalah untuk menjaringkan gol, dan dia akan gembira apabila matlamatnya itu tercapai dengan beberapa usaha gigih. Oleh itu, hidup perlu ada matlamat. Dan insyaALLAH, kita akan bekerja dan berusaha ke arah matlamat kita itu. Dan semestinya bagi seorang muslim, matlamat hidupnya adalah untuk mencapai redha ALLAH. Setiap apa yang kita buat di dalam hidup ini, bukan sahaja mengambil kira matlamat di dunia bahkan mencakupi matlamat akhirat! Allahuakbar! ^^,

Ustaz kemudiannya berkongsikan tips kejayaan ukhti Madihah yang mendapat 20A dlm SPM, iaitu JAGA HUBUNGAN DENGAN ALLAH dan JAGA HUBUNGAN DENGAN MANUSIA, atau dalam bahasa arabnya adalah hablum minallah wa hablum minan nas.

JAGA HUBUNGAN DENGAN ALLAH
  • Jaga ibadah
  • Jaga aurat dan jauhi zina
  • Jaga pemakanan

JAGA HUBUNGAN DENGAN MANUSIA
  • Berbuat baik kepada ibu bapa
  • Hormat guru dan ilmu
  • Berfikiran positif

Jaga ibadah. Antara ibadah di dalam Islam misalnya adalah solat. Kita bukan setakat menunaikan solat, tetapi kita juga perlu khusyuk di dalam solat, solat sebagaimana solat Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam, solat berjemaah, solat di awal waktu, solat di surau/masjid bagi lelaki khususnya, dan lain-lain. Selain itu, berusahalah untuk qiamullail di malam hari. Peringatan untuk diri saya juga. Sama-sama ye kita saling mengingati kerana ALLAH ^_^

Jaga pemakanan. Makanlah makanan yang halal dan berkhasiat, baik untuk tubuh badan. Mari makan! ^_~

Berbuat baik kepada ibu bapa. Ustaz kata, tidak ada ayat Al-Quran yang menyuruh kita berbakti kepada ibu bapa tetapi, ada ayat Al-Quran yang menyuruh kita untuk berbuat baik kepada ibu bapa. Kerana kita tidak akan mampu untuk membalas jasa mereka justeru, berbuat baiklah kepada mereka. Salah satu firman ALLAH tentang ibu bapa, surah Al-Israa', ayat 23-24. Tiada siapa yang lahir tanpa ibu dan ayah, melainkan Nabi Adam, Hawa dan Nabi Isa. Walaupun ada di antara kita yang ibu bapanya tidak seperti ibu bapa orang lain, atau tidak seperti yang dia harapkan, memang hakikat itu pahit, tetapi yakinlah bahawa sesungguhnya ini adalah perintah ALLAH, Tuhan yang kita sembah, kepada-NYA kita mengabdikan diri. ALLAH Maha Mengetahui.. Surah Luqman : ayat 14-15.

Hormat guru dan ilmu. Sahabat-sahabat tahu kan cara-cara untuk menghormati guru? ^_^ Selain itu, cinta akan ilmu, tak letak buku merata-rata, dan kalau dah habis periksa, janganlah biarkan atau tinggalkan nota-nota dan buku-buku di luar dewan periksa..

Berfikiran positif. Atau bersangka baik (husnus zhon) dan berlapang dada. Berusahalah untuk tidak meletakkan sangka buruk di hadapan. Sangat indah kalam-NYA; Surah Al-Hujuraat : ayat 12.

Wallahua'lam. InsyaALLAH, setakat ini dahulu. Doakan kebaikan buat saya, dan ayuh kita saling mendoakan satu-sama lain! ^_^ Mudah-mudahan Allah kuatkan tautan hati kita semua..dan diredhai-NYA, amin.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...