in_soff
wadah mujahidah kontemporari...
Wednesday 6 June 2012
Tuesday 5 June 2012
HIKMAH MAKANAN HALAL LAGI BAIK
Firman Allah S.W.T yang bermaksud: Wahai orang yang beriman, makanlah kamu daripada rezeki yang baik-baik yang kami kurniakan kepada kamu.
Ungkapan “halal lagi baik”, bermaksud halal dari sudut sifat makanan itu dan baik bermaksud makanan yang berzat. Ini bertujuan apabila makanan itu dimakan, ia bukan sahaja mengenyangkan bahkan pada masa yang sama dapat memenuhi keperluan jasad manusia dari sudut mineral dan vitaminnya.
Hal ini jelas bermaksud Islam amat menganjurkan penganutnya mengamalkan sistem pemakanan yang seimbang.
Makanan yang halal, berkat dan seimbang sangat berkait rapat dengan perangai dan tingkah laku manusia seharian. Makanan yang halal dapat menjana kekuatan jiwa manusia malah dapat mempertingkatkan produktiviti seseorang dalam rutin hariannya.Makanan yang halal juga dapat melahirkan insan yang berakhlak mulia dan insan yang patuh dan tunduk pada perintah Allah SWT.
Pertumbuhan dan kesihatan badan yang kita perolehi hari ini adalah hasil daripada pemakanan kita sebelum ini, jadi untuk menjamin kesihatan rohani dan jasmani kita pada masa hadapan mulalah merancang makanan bermula sekarang.
FACEBOOK, MANFAAT ATAU MUDHARAT MENURUT PANDANGAN ISLAM
Sejarah facebook diasaskan oleh Mark Zuckerberg bersama teman-teman sebiliknya dan rakan-rakan sekursus
sains komputer pada 4 Februari 2004[1].Matlamat
facebook juga adalah unutk memberi kuasa kepada pengguna untuk berkongsi dan
membuatkan dunia lebih terbuka dan dapat dihunbungkan[2].Pengguna
facebook sehingga februari 2012 berjumlah 833.9 juta orang di seluruh
dunia.Bagi negara Malaysia pula,hari ini sudah ramai
mempunyai akaun facebook di laman sosial. Pengguna facebook
di Malaysia kini telah mencecah hampir 12.37juta[3]orang sehingga 7 Mac 2012 iaitu dengan peningkatan
sebanyak 809 ribu orang sejak 6 bulan yang lalu. Laman SocialBakers.com melaporkan, Malaysia kini berada di tangga ke-17
pengguna facebook paling ramai di dunia dansekaligus menjadi negara Asia
Tenggara ke-4 paling ramai, dibelakang Indonesia, Thailand dan Filipina.Kumpulan
umur terbesar adalah di antara 18-24 tahun iaitu seramai 4.17 juta
pengguna.Dari sudut jantina pula,53% adalah lelaki manakala 47% peratus adalah
perempuan.
Dengan tercipta dan
lahirnya laman sosial ini,pernahkah kita memikirkan apa kegunaan sebenarnya?adakah
ia memberi banyak manfaat kepada kita?wujudkah kebaikan untuk diri sendiri,
masyarakat dan negara atau sebaliknya.Saya salah seorang daripada tenaga
pengajar dari kolej komuniti dan sepanjang pemerhatian dan temulbual yang
dijalankan, boleh dikatakan hampir semua tenaga pengajar dan pelajar kolej
mempunyai akaun facebook.
Apa yang saya lihat,
majoriti pengguna facebook adalah dikalangan remaja dan belia.Sedikit
kajian dan pemerhatian yang dilakukan, di sana terdapat banyak
keburukan-keburukan facebookkepada
golongan ini iaitu dari sudut ketagihan melayarinya.Apabila terlalu asyik dan
seronok dengan facebook,ia boleh menyebabkan ketagihan seperti ketagihan
dadah atau menghisap rokok.Boleh juga menimbulkan kemarahan sekiranya diganggu
ketika bersosial di laman tersebut.Adalah tidak mustahil ada yang menjadi gila
disebabkan obses terhadap laman social tersebut.Ada yang mengurung diri dalam
bilik berhadapan dengan komputer buat beberapa hari berterusan kerana
melayarinya.Mereka juga sanggup menghabiskan banyak wang dan masa berharga mereka
semata-mata untuk melayari facebook di
internet.Islam melarang kita membazirkan masa dan wang dengan perkara yang
tidak berfaedah hingga lupa Pencipta.Seperti mana firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:-
“Sesungguhnya membazir itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu
adalah sangat ingkar kepada Tuhannya”.
(Surah al-Isra’ : 27 )
Tambahan pula apabila
berkenalan dengan kawan-kawan yang menjadi tempat yang boleh meluahkan perasaan
kepada yang ‘handsome’ dan cantik, mereka akan sentiasa ‘chatting’,
‘update status’,‘upload’ gambar supaya menarik minat pembaca
terutama orang yang mereka sukai.
Di samping itu,facebook
boleh menggangu kesihatan manusia.Sudah pasti akan memberi kesan kepada
kesihatan samada fizikal ataupun mental. Hal ini kerana terlalu khusyuk
mengadap komputer mampu memberikan impak yang buruk terhadap tubuh badan. Sakit
sendi, pening kepala, terjejasnya penglihatan, obesity,penghadaman(duduk
terlalu lama),penyakit mata(terlalu lama memandang komputer) atau penyakit
saraf dan sakit belakang.Jika tidak menjaga kesihatan, ini boleh menjejaskan
seseorang itu untuk melaksanakan ibadah kepada Allah seperti solat fardu, puasa
dan sebagainya.
Kadangkala facebook juga boleh mencetuskan kemarahan,dendam
dan perselisihan faham yang boleh mengakibatkan pergaduhan antara manusia.Misalnya
status yang di'update' boleh mengudang kemarahan orang
lain.Gambar-gambar yang memalukan yang ditayangkan kepada umum.Komen-komen yang
boleh menyakitkan hati dan menguris perasaan seseorang.Ini menambahkan lagi
sifat mengumpat dalam diri seseorang untuk memberi komen terhadap gambar,
video, artikel dan maklumat yang di letakkan di dalam facebook.Apabila
pembaca lain membaca komen-komen di dalam facebook, timbul pelbagai sangkaan
yang tidak baik.Islam sangat melarang kita untuk buruk sangka, mengumpat atau menghina
seseorang terutama sesama islamsehingga menjatuhkan maruah seseorang seperti
mana firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:-
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah sesuatu kaum menghina
kepada kaum yang lain, karena barangkali yang dihinakan itu bahkan lebih baik
dari yang menghinakan. Jangan pula golongan wanita menghina kepada golongan
wanita yang lain, karena barangkali yang dihinakan itu bahkan lebih baik dari
yang menghinakan.” (Surah
Al-Hujurat ayat 11).
“ Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan buruk-sangka
(kecurigaan), Karana sebahagian dari buruk-sangka itu dosa. dan janganlah
mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah
seorang diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati?Maka
tentulah kamu merasa jijik kepadanya.dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya
Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang”. (surah al-Hujarat :12)
Di dalam hadis 40 (Nawawi )yang mana nabi bersabda berkenaan dengan
ukhuwah dan hak-hak seorang muslim :
Keburukannya lagi ialah mudah terdedah dengan jenayah siber. Remaja
yang ketagih facebookakan mudah terjerat dengan jenayah siber seperti penipuan,pornografi,buli
siber dan lain-lain. Kes melibatkan jenayah siber sudah banyak kali didedahkan
di dalam media cetak atau media elektronik,namun ia tidak diambil serius oleh
ibu bapa dalam mengawal akses internet anak mereka. Banyak juga kes buli yang
diambil melalui telefon yang dimuatnaik dan dikongsi di dalam facebook.Ini
bukan sahaja mengaibkan mangsa,malah ia turut memalukan pelaku dan
keluarga.Akibatnya,hukuman akan menanti si pembuli.Ada sebahagian yang berlaku di dalam facebook
menggunakan profile yang menipu,bukan orang yang sebenar dan menyebabkan
mereka mudah untuk menyebarkan maklumat, berlakon dan mudah untuk menipu orang
lain.Ada juga lelaki yang menyamar sebagai perempuan untuk menjadi friend
atau sebaliknya. Rasulullah sangat melarang kita untuk menipu seperti mana
hadis nabi :
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. lalu
berdekatan dengan selonggok makanan lalu baginda memasukkan tangannya ke dalam
longgokan itu.Tiba-tiba jari baginda terkena sesuatu yang basah. Baginda
bertanya: “Apa semuanya ini wahai tuan punya makanan. Orang itu menjawab:
“Terkena hujan, wahai Rasulullah.” Baginda bersabda: “Mengapa tidak kamu
letakkan di atas supaya orang ramai dapat melihatnya. Sesiapa yang menipu
maka dia bukan dari kalanganku”. (Riwayat
Muslim dan al-Tirmizi)
Disamping itu
juga,facebook mudahnya tersebar sesuatu maklumat keseluruh dunia tetapi
sesuatu maklumat yang diperolehi hendaklah ditapis dan disiasat dahulu.Ini kerana banyak
maklumat yang tersebar di facebook berbentuk penipuan, provokasi dan
sebagainya.Islam mengajar kepada kita supaya menyiasat dahulu sesuatu berita
yang diperolehi dan jangan cepat-cepat mempercayai berita tersebut seperti mana
firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:-
“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik
membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan
suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan
kamu menyesal atas perbuatanmu itu. (surah
al-hujarat :6)
Trend
sekarang ini ialahtagging gambar
tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.Ini boleh menambahkan dosa
kepada seseorang.Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar
merupakan satu fungsi mudah untuk menyebarluaskan gambar seseorang termasuk
diri sendiri kepada kenalan dan rakan-rakan yang lain.Kita haruslah sedar
bahawa setiap gambar yang di’tag’, akan muncul dan boleh dilihat oleh
semua friend, dan rakan kepada friend tersebut juga boleh
menontonnya.Ini boleh menjadi dosa, kerana sebahagian individu di dalam gambar
terbabit mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat.
Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram di sisi
agama.Sebagai contoh yang lain, seorang individu terbabit berada di dalam
rumah, bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna
kerana di dalam rumah sendiri atau di dalam keadaan ‘candid’, tetapi
akibat ketidakperihatinan sebahagian ahli keluarga terhadap hal aurat
menyebabkan gambarnya yang sedemikian
tersebar. Terdapat juga gambar yang mengaibkan orang lain disiarkan walaupun
menutup aurat, tetapi dalam situasi mengaibkan. Mungkin ia tidak mengaibkan
individu yang menyiarkannya kerana dia dalam keadaan baik dan bagus. Namun
rakannya yang berada dalam situasi mengaibkan, tambahan pula dia kini merupakan
‘seseorang’ yang terhormat, punyai kedudukan baik di mata masyarakat dan apabila
gambar sedemikian disiarkan, ia mencemar nama baiknya. Keizinan daripada pihak
lain perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum disiarkan di dalam facebook.Islam
sangat melarang kita membuka aib seseorang, jika kita mengetahui seseorang itu
pernah melakukan dosa, jangan disebar luaskan dosanya kepada orang lain.Di sana
terdapat adab-adab dalam bermasyarakat(sulaiman endut m/s 317).Menutup
aib seseorang sangat dituntut oleh agama sepertimana sabda nabi:
(Riwayat
Muslim)
Sekiranya semua yang disebut tadi dikongsi
di facebook, kita bimbang individu terbabit tergolong di dalam kategori
penyebar dosa dan aib. Nabi s.a.w memberi peringatan :-
“Setiap umatku (boleh) diampunkan kecuali mereka
yang mendedahkan (dosanya),ada di kalangan yang mendedahkan ini , melakukan
suatu dosa di waktu malam, berpagi-pagi sedang Allah menutup keaiban dosa itu,
namun tiba-tiba dia mendedahkan seraya berkata :" Wahai fulan, semalam aku
lakukan itu dan ini" maka terhapuslah tutupan Tuhannya dan jadilah ia
membuka (rahmat) Allah yang(sebelum ini) menutup keaibannya”. (
Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Selain itu juga,mereka yang selalu melayari facebook kebanyakannya
akan mengurangkansosialisasi.Masa yang dihabiskan untuk facebook adalah
sangat banyak. Apatah lagi,di dalam facebook terdapat pelbagai jenis
"games" yang mampu melekakan mereka terutama remaja.Apabila
ini berlaku,remaja mula kurang melakukan aktiviti sosial bersama rakan-rakan
sebaya,tidak berminat untuk menghadiri kenduri,solat di masjid atau
majlis-majlis lain. Tambahan pula,ia juga akan mengurangkan masa remaja bersama
keluarga.Para remaja lebih cenderung duduk di rumah sambil melayari facebook
berbanding mempunyai masa berkualiti bersama ahli keluarga.Islam sangat
mementingkan penjagaan masa dalam kehidupan tetapi ramai orang suka membuang
masa seperti mana firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:-
“Demi masa.Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,
kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati
supaya mentaati kebenaran dan nashat menasihati supaya menetapi kesabaran”. (Surah
Al-Asr :1-3)
Dan Rasulullah s.a.w sejak
awal lagi telah memberikan amaran kepada kita mengenai pengabaian masa. Seperti
mana sabda Nabi:
“Dua nikmat
yang selalu dilalaikan iaitu masa sihat dan masa lapang.” (Hadis
Riwayat Bukhari).
Disamping itu,Islam sangat menggalakkan kita berkenal-kenalan
sesama manusia dengan menjaga batas-batas pergaulan seperti mana firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:-
“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang
laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan
bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal”. (surah al-hujarat :13 )
Setelah di perjelaskan tentang keburukan facebook,di sana
terdapat peranan yang bermanfaat daripada facebook yang boleh digunakan untuk
kebaikan umat Islam.Islam menggalakkan kita berkenalan dan berkomunikasi sesama
manusia tetapi dengan syarat perlu menjaga adab pergaulan antara lelaki dan
perempuan.Kelebihanfacebook boleh menghubungi teman lama yang
terpisah.Mempertemukan sahabat lama yang terpisah. Kita boleh mencari kembali
rakan-rakan sekolah melalui jaringan antara satu sama lain sambil berhubung
boleh mengenang kembali kisah lama. Kisah manis, masin, pahit, tawar dan
sebagainya.Ini dapat mengeratkan lagi silatulrahim dan tali persaudaraan sesama
Islam, mengikuti perkembangan aktiviti kawan-kawan, masyarakat dan pemimpin.Ini
bertepatan dengan hadis nabi :-
“Dari Abu
Hamzah, Anas bin Malik r.a, khadam kepada Rasulullah SAW, bersabda Nabi SAW :
Tiada beriman sesaorang kamu, sehinggalah ia mencintai saudaranya sama seperti
ia menyintai dirinya sendiri”. (Riwayat
bukhari dan Muslim)
Sekiranya sahabat bermesej,jawablah pesan dari teman anda jika mereka menanyakan
sesuatu. Abaikan saja jika ada yang mengirimkan pesanan negatif dan jangan
membuang waktu anda dengan melayani orang tersebut. Sama sahaja di dunia nyata
mahupun dunia maya juga dalam bersilaturahim untuk teman atau saudara, walau
sekadar bercakap-cakap, Islam sebagai agama yang sempurna mengajarkan adab
bertemu iaitu “mengucapkan salam”. Adab memberi salam dan bertanya
khabar (Ismail Kamus).Dengan mengucapkan salam bererti anda mendoakan semoga
sahabat atau tuan rumah memperolehi keberkatan dan keselamatan, sebagaimana
firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:-
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah
kalian memasuki rumah yang bukan rumah kalian sebelum meminta izin dan memberi
salam kepada penghuninya”.
(Surat
An-Nur ayat 27)
Di samping itu juga boleh membantu untuk mempromosikan sesuatu.
Melalui laman sosial, entri terbaru boleh dikhabarkan kepada rakan-rakan di
laman sosial. Barangan,perkhidmatan,ceramah,seminar, majlis-majlis ilmu, kempen-kempen
yang baik dapat disebarkan. Misalnya kempen jalanraya, ceramah maulidurasul dan
sebagainya.Jelas di situ bahawa facebook mudah menyebarkan maklumat.Sebagai
contoh, di waktu dulu ketika ingin melakukan majlis jemputan kahwin perlu
mencari alamat rakan-rakan masing-masing. Tapi kini dengan kecanggihan laman
sosial, kad kahwin boleh di letakkan di sana dan dimaklumkan kepada
rakan-rakan. Mudah dan cepat.Kes-kes penipuan dan wajah penjenayah juga dapat
disebarkan dalam usaha membanteras jenayah. Kalau kita bijak mencari kawan
facebook yang sesuai, kita akan mendapat maklumat terkini dengan cepat. Ada
rakan-rakan yang rajin berkongsi berita dan maklumat untuk dikongsi bersama.
Sebagai contoh, laman sosial dapat menggantikan tv untuk mengetahui berita terkini..Peristiwa
terkini dapat diketahui serta merta. Ilmu dalam bidang perubatan, teknologi,
agama dan sebagainya juga dapat
disebarkan.Seseorang itu boleh
memanupulasi akaun facebook untuk manfaat umat Islam melebihi kepentingan
peribadi. Justeru, ruang yang ada wajar digunakan untuk mempromosi kefahaman
dan dakwah Islam melalui tulisan, video, audio dan sebagainya.Seperti mana
hadis nabi :-
“Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR.
Bukhari)
Sebagai pengguna facebook, kita hendaklah menghargai tulisan
ilmiah, audio dan video yang bermanfaat
yang dikongsikan bersama.Mungkin dengan membaca atau mendengar video
yang dikongsikan ini menambahkan lagi iman dan meningkatkan lagi ketaqwaan kita
kepada Allah.Selain itu ia boleh berubah seseorang daripada kurang baik kepada
lebih baik dengan membaca tulisan tersebut.Sepertimana firman Allah,
“Kami (Allah) mencatat apa-apa yang telah
mereka lakukan dahulu-dahulu dan apa-apa yang merupakan bekas dari
amalan-amalannya itu” (Yaa Siin ayat 12).
“Akan diberitahukanlah kepada manusia pada
hari kiamat itu apa-apa saja amalan yang dilakukannya dahulu atau belakangan” (Al-Qiyamah ayat 13).
Setiap amalan berbentuk kata-kata yang baik,percakapan
yang elok, penulisan yang bermanfaat dianggap sedaqah di dalam Islam.Sepertimana
hadis nabi :-
(Riwayat Bukhari dan Muslim )
Pengguna facebook dinasihatkan agar mengurangkan
perkara-perkara yang remeh temeh berkaitan peribadi yang membuang masa diri
dan orang lain. Tidak memasukkan perincian peribadi yang sensitif khususnya
seperti akaun bank, taraf kesihatan dan sebagainya. Cukuplah dengan sekadar
menyatakan nama, tarikh lahir dan
pendidikan.Di samping itu juga,pengguna tidak terlibat dengan
permainan-permainan dan aplikasi yang
bercanggah dengan Islam seperti kuiz ramalan nasib,judi dan
sebagainya.Diingatkan juga supaya berhati-hati dan menyedari bahawa maklumat
kita di facebook boleh menjadi database pihak asing atau musuh kita
untuk memantau kehidupan dan informasi peribadi kita jika tidak dikawal.
Database sebegini sebenarnya amat bernilai bagi musuh Islam untuk menjatuhkan
umat islam.Justeru, maklumat sebegini amat banyak digunakan untuk sebarang
tujuan kejahatan dan kemaksiatan.
Pada kesimpulannya, facebooksebenarnya dapat memberikan
banyak kebaikan kepada setiap individu sekiranya digunakan dengan betul akan tetapi
kebanyakannya tidak memanfaatkan kemudahan seperti ini dengan sebaik-baiknya
sehinggakan ada di antara mereka yang salah guna sehingga mencetuskan
kontroversi dan perbalahan sesame sendiri.Oleh itu, penggunaan facebook
ini adalah berdasarkan kepada niat seseorang.Jika niat seseorang perbuatan itu
baik maka baiklah atau sebaliknya.Sepertimana hadis nabi :-
Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : " Aku
mendengar Rasulullah SAW bersabda : - ' Sesungguhnya amalan-amalan itu adalah (
bergantung ) kepada niat, dan hanyasanya bagi setiap manusia itu apa ( balasan
) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya,
maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya.Dan barangsiapa yang
berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang
perempuan yang ingin ia menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia
berhijrah kerananya.'
(Riwayat Bukhari dan Muslim )
Justeru itu, kematangan berfikir seseorang sangat penting bagi yang
menggunakan laman web sosial untuk menilai kebaikan dan keburukan setiap
aktiviti di alam maya. Pendek kata, apa yang penting ialah semua pihak perlu
berhati-hati, cermat dan bertanggungjawab ke atas segala maklumat yang ingin dikongsikan
dan disebarkan agar ia tidak membawa padah kepada diri sendiri dan orang lain.
Bibliografi
1.
Al-Qur’an al-karim.
2.
Al-Bukhari, Muhammad bin Ismail, 1999.Sahih al-Bukhari.1998M
1419H, Arab Saudi :Bait al-Afkar al-Dauliyyah.
3.
Muslim.Sahih Muslim.1998M 1419H, Arab Saudi : Bait al-Afkar
al-Dauliyyah.
4.
Al-Tirmizi,Abu ‘Isa Muhammad ‘Isa bin Saurah , Jami al-Tirmizi.
Arab Saudi : Bait al-Afkar al-Dauliyyah.
5.
Ismail Kamus, Indahnya Hidup Bersyariat,Telaga Biru Sdn.
Bhd, 2009.
6.
Sulaiman Endut, Asas –asas Fardu Ain,Pustaka Haji Abdul
Majid Sdn.Bhd.2009.
7.
Zahazan Mohamed, Hadis 40 Imam Nawawi,Kaula Lumpur,Telaga
Biru Sdn.Bhd.
8.
An-Nawawi, Terjemah Hadiths Arbaa’in An-Nawawi,Al-I’tishom Cahaya
Umat,2008.
10.
www.facebook.com
Monday 4 June 2012
OH HIDUP SAAT INI...
assalamualaikum pembuka bicara,
mujahidahbest memulakan langkahnya,
ayuh rakan juga taulan semua,
berkongsi dan berbincang bersama-sama...
mujahidahbest memulakan langkahnya,
ayuh rakan juga taulan semua,
berkongsi dan berbincang bersama-sama...
Subscribe to:
Posts (Atom)