Masjid Sultan Muhammad II Telipot KB

Friday 9 March 2018

Sebelum tahun 1978, di dalam bandar Kota Bharu, ibu negeri Kelantan Darul Naim yang bersejarah ini hanya mempunyai dua buah masjid sahaja, iaitu Masjid Muhammadi yang terletak di tengah-tengah bandar Kota Bharu dan Masjid Langgar yang terletak di Kampung Langgar. Kedua-dua Masjid itu telah berusia lebih dari 100 tahun. 






Masjid-masjid inilah yan gmenjadi tumpuan umat Islam dalam bandar Kota Bharu menunai Fardhu Jumaat mereka, menyebabkan keadaan menjadi begitu sempit duntuk menampung umat Islam yang begitu ramai. Kebanyakkan mereka pada hari Jumaat terpaksa sembahyang di kawasan lapang di luar masjid kerana di ruang dalam masjid telah penuh dengan para jemaah. Demikian juga setiap kali Hari Raya, baik Aidil Fitri atau Adha masjid menjadi limpah degan para jemaah.

Sebahagian dari mereka terpaksa berkejar untuk sembahyang Jumaat di masjid-masjid lain yang terletak di pinggir bandar, seperti Masjid Bunut Payong, Masjid Pintu Geng, Masjid Kubang Kerian (lama), dan Masjid Lundang, malah ada juga yang terpaksa pergi sembahyang di masjid-masjid yang lebih jauh seperti Masjid Kota.

Perkara ini memang tidak dapat dielakkan, kerana walaupun umat Islam yang menjadi penghuni bandar kian bertambah dengan seajarnya dari masa ke masa, tapi ruangan masjid tidak bertambah degan sewajarnya dan bilangan masjid juga tidak bertambah dalam kawasan bandar sejak sekian lama.

Mengikut banci Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan untuk tujuan pengutan zakat fitrah pada tahun 1967 jumlah umat Islam dalam Mukim Langgar ialah seramai 10,000 itu wajib berjumaat , maka sudah tentu sebuah Masjid Langgar tidak meampu untuk menampung mereka pada setiap Jumaaat, walaupun kemudiannay Masjid Langgar itu telah diperbesarkan sehingga memenuhi seluruh tapakanyayang ada seluah 277 depan, malah masjid itu masih tetap kecil jika dibandingkan dengan penduduknya yang begitu ramai.

Pada tahun 1968 telah timbul ura-ura untuk mendirikan sebuah Masjid Langgar yang baru yang lebih besar, tapi kemudiannya rancangan itu terpaksa dibatalkan kerana melibatkan begitu banyak pengambilan tanah-tanah penduduk tempatan sekitarnya yang terpaksa menelan perbelanjaan yang besar pula. Justeru itu masalah kelebihan jemaah jika dibandingkan dengan ruang masjid yang sempit terus berkekalan tanpa dapat diselesaikan.

Pada tahun 1972 timbul kembali rancangan untuk membina Masjid Langgar. Kali ini cadangan masjid baru itu akan dibina di atas tapak masjid lama yang sedia ada setelah masjid itu dirobohkan nanti. Kos pembinaan masjid itu dianggar sebanya RM200,000.00 yang akan dipohon daripada Kerajaan Pusat.

Tapi bila rancangan untuk merobohkan Masjid Langgar yang telah berusia begitu lama dikaji dan diteliti semula, maka rancangan tersebut terpakdsa diketepikan, kerana dua sebab yang pendint, pertama bangunan masjid lama itiu telah berusia lebih dari seratus tahun tidak wajar lagi dirobohkan kerana ia telah merupakan sebahagian daripda bahan sejarah Islam negeri ini, dan kedua pembinaan masjid baru di atas tapak yang seida ada yang sempit itu tidak dapat menyelesaikan masalah kekurangan ruangan untuk para jemaah bersembahyang. 

Setelah membuat kajian yang teliti maka Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan di bawah kepimpinan Yang Di Pertuanya Yang Berhormat Mulai Tengku Aziz bin Tengku Mohd Hamzah, Tengku Sri Utama Raja yang sangat mengambil berat dalam usaha pembinaan Masjid Telipot telah membuat keputusan untuk membina sebuah masjid baru bukan ditempat yang sama tapi di tempat lain yang lebih luas dalam Mukim Langgar juga, dengan itu setiap hari Jumaat boleh lah diadakan sembahyang Jumaat pada dua buah masjid yang berasingan dalam masa yang sama. Dengan itu masalah melimpah ahli jemaah dapat diatasi.

Tapak baru yang dicadangkan oleh MAIK itu ialah di atas bekas tapak Pejabat Pertanian yang terletak di Jalan Telipot, kepunyaan Kerajaan Negeri yang akan dibini masjid baru untuk dijadikan tempat Jumaat kedua bagi Mukim Langgar, dan bukannya mengganti Masjid Langgar yang sedia ada itu.

Tapak baru yang dicadangkan itu jauh lebih luas daripada tapak Masjid Langgar yang sedia ada, iaitu kira-kira seluas 750 depa, dan bangunan masjid baru yang akan dibini itu nanti dijangka dapat menampung kira-kira seribu orang untuk satu-satu waktu. 

Sebelum cadangan ini dikemukakan dengan rasmi untuk mendapat kelulusan Kerajaan Negeri, tinjauan awal telah dibuat dengan menemui Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Kelantan ketika itu, Allahyarham Dato' Hj. Ishak Lotfi bin Omar. Dalam perbincangan awal itu, atas pandangan beliau sendiri, kawasan cadangan untuk membina Masjid baru Telipot itu telah diperluaskan sekali ganda lagi menjadikan keluasan semuanya kira-kira 1 1/2 ekar (1 ekar 480 depa).

Tapak Masjid Telipot ini telah diluluskan dengan rasminya oleh Kerajaan Negeri pada tahun 1978.