Jumaat, 22 Ogos 2014

AMDI T.O.W TEAM @ SUKUM 2014

Tahun 2014 merupakan tahun yang bertua
h kepada AMDI T.O.W. TEAM kerana telah terpilih mewakili Universiti Sains Malaysia (USM) dalam Sukan Staf antara Universiti Malaysia (SUKUM) 2014. Edisi ke-39 ini, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai telah menjadi tuan rumah.
AMDI T.O.W TEAM telah diundi berada dalam kumpulan B bersama dengan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang juga merupakan Naib Johan Tarik Tali SUKUM 2013 dan Universiti Putra Malaysia (UPM).
Diberi gelaran "Budak Baru", USM berjaya menewaskan UPM 2-0 pada perlawanan pertama peringkat kumpulan. Keesokkannya, USM tewas kepada USIM 2-0 menempatkan USM di tangga kedua kumpulan dan seterusnya layak ke peringkat Suku Akhir.
Dengan pengalaman yang masih cetek & kemahiran yang masih banyak perlu diperbaiki, USM tidak gentar bertemu dengan UKM di Suku Akhir namun terkandas jua walaupun memberi sedikit saingan. Maka berakhirlah aksi AMDI T.O.W TEAM dalam acara ini.
Berikut adalah pencapaian semenjak AMDI T.O.W TEAM ditubuhkan pada tahun 2010:
2011 NAIB JOHAN TARIK TALI TOTUSM37.
2012 JOHAN TARIK TALI HARI WARGA STAF USM.
2013 TEMPAT KETIGA TARIK TALI TOTUSM39.
2014 JOHAN TARIK TALI TOTUSM40.
2014 SUKU AKHIR TARIK TALI SUKUM39.
Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjadikan AMDI T.O.W. TEAM ini seperti sekarang. Insya-Allah, semoga pasukan ini akan mengorak langkah lebih jauh dalam Tarik Tali.
AMDI!!! HOOOUUU!!!


Selasa, 28 Januari 2014

BISUL - (RELATED TO DIABETES MELLITUS)

Apa itu Bisul?

Penyakit bisul merupakan kumpulan nanah terkumpul di dalam rongga yang terbentuk oleh tisu akibat proses jangkitan (biasanya disebabkan oleh bakteria atau parasit) atau sebarang bahan asing (contohnya. luka tikaman/tembakan). Ia merupakan sistem ketahanan diri tisu untuk menghalang penyebaran bahan berjangkit kepada bahagian badan yang lain.

rujukan : http://ms.wikipedia.org/wiki/Bisul

AMARAN! JIKA KURANG SEMANGAT NAK TENGOK BISUL PECAH, JANGAN DUK BACA NAAA..

Tanggal 13 Disember 2013 menyaksikan aku terpaksa bercuti sakit selama seminggu kerana bisul pecah. Lokasi bisul amat tidak strategik, menyukarkan untuk aku bergerak, apatah lagi nak naik motor. Memang menyakitkan setelah kali terakhir aku kena penyakit bisul ni kalau tak silap masa Darjah 4 di zaman dulu kala. Masa tu, Allah saja la yang tahu betapa sakitnya bila Ummi aku "dressing" luka bisul (ummi aku jururawat, memang kerja dia).

Ia bermula dengan bengkak menggunung, pada asalnya kecil sahaja dalam 1cm. Saban hari, bengkaknya makin besar sehingga secekak tangan (kira-kira dalam 4-5cm, sebelum aku dah tak boleh tidur pada malam sebelum bisul tu pecah.

Bengkak Bisul pada 12 Disember 2013

Malam Khamis tu memang cukup menyeksakan bila tempat bengkak bisul tu berdenyut-denyut sepanjang malam. Rupa-rupanya, bisul tu nak pecah pada pagi penghulu segala hari.

Keadaan Bisul sebelum betul-betul nak pecah pada 13 Disember 2013.

Perghh.. Aku dah tak tahan. Aku minta isteri aku ambil jarum dan cucuk di puncak gunung bisul tu bagi pecah. Nanah keluar macam telur pecah, memang banyak. Lepas semua nanah keluar, barulah keluar darah dan air bisa kejernihan. Aku tekap dengan gouze bagi betul-betul kering, sehingga menampakkan kawah bisul sebesar ibu jari tangan dengan kedalaman yang amat mengerikan.

Pada hari tu aku terpaksa pergi ke klinik untuk dapatkan rawatan. Bila doktor tengok bisul tu, langsung dia minta untuk uji kandungan gula dalam darah. Keputusannya : 17.0 mmol/L. Masya-Allah, tingginya!!. Apa yang aku makan sampai result gula dalam darah setinggi tu. Kebetulan pada masa tu aku memang tak makan lagi dari semalam, memang keputusannya sah untuk FBS (Fasting Blood Sugar). Diagnosis doktor : Bisul - retaled to DM (Diabetes Mellitus). Kena rujuk pula ke hospital berdekatan.

Doktor preskribkan kepada aku Metformin 500mg, sebiji makan dua kali sehari untuk sebulan, Sultamicillin 356mg sebiji makan dua kali sehari untuk seminggu dan Fusidic Cream. Dan, bermulalah lembaran baru dalam gizi pemakanan aku untuk tempoh sehingga bisul sembuh... dan mungkin selamanya.



Luka bisul pada 16 Disember 2013

Inilah keadaan selepas 4 hari luka bisul. Empat kali sehari cuci sendiri di kawasan luka tu. Pada hari keempat ni nanah masih duk ada di tepi tebing kawah luka dan sebelah dalam.


Luka bisul pada 17 Disember 2013

Dalam tempoh berehat, aku ada juga ambil pemakanan tambahan Gamat Gamogen. Memang cukup efektif dalam proses penyembuhan bisul dan mengawal kandungan gula dalam darah.

Luka bisul pada 21 Disember 2013

Lepas lapan hari dengan pantang makan kaw-kaw nya, minum gamat gamogen dan ubat kencing manis, proses penyembuhan menunjukkan tanda-tanda yang cukup positif, walaupun masih pedih bila buat cucian luka.

Luka Bisul pada 23 Disember 2013

Pada masa ni, aku dah boleh bergerak dengan baik dan mula naik motor tapi dengan kadar yang cukup berhati-hati. Kawah bisul pun dah timbul keluar dan nanah dah tak banyak.

Luka Bisul pada 3 Januari 2014

Lepas 2 minggu lebih, luka bisul dah jadi besar hujung kuku jari kelingking. Muat-muat handyplast. Jadi, aku dah tak guna gauze untuk tutup luka. memadai guna Handyplast ja..


Luka Bisul pada 7 Januari 2014

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah S.W.T. Luka bisul dah bertangkup setelah hampir 3 minggu selepas pecah. Seminggu selepas tu, aku mula meng"aktif"kan diri dengan senaman di Makmal Fitness..

Rabu, 7 Ogos 2013

KERATAN AKHBAR - SINAR HARIAN 6 JANUARI 2013 (AHAD)


KERATAN AKHBAR - SINAR HARIAN 17 MAC 2013 (SABTU)


MALAM MUTIARA PENGHARGAAN - BERGAMBAR DENGAN DUA TOKOH BESAR

Alhamdulillah pada 12 Januari 2013 yang lalu, Malam Mutiara Penghargaan Silat Cekak Ustaz Hanafi Pulau Pinang 2013 berjaya dianjurkan di Kepala Batas, Pulau Pinang. Walaupun program namanya makan malam, tapi pada malam tu aku hilang rasa lapar sebab perasmi program yang hadir ialah Tun Abdullah Ahmad Badawi, Mantan Perdana Menteri Malaysia dan juga YM Syeikh DR. Haji Md Radzi bin Hj Hanafi, Pewaris Mutlak Silat Cekak. Tapi yang paling best dan semestinya kenangan sepanjang zaman ialah bila sesi bergambar dengan tokoh-tokoh ini. Hehehe.. bila lagi..




"SUCI DALAM DEBU"

Semalam memang teruk kena buli. Ada ke patut dia paksa aku buat 'popia gula' ni??