Wednesday, January 26, 2011

Siapa Si Pari-Pari Kayangan

Sebelum aku pergi dengan lebih jauh di arena blog ini, aku nak cerita serba sedikit tentang diri aku, siapa aku, apa kerja aku, apa aktiviti harian aku dan sebagainya.
Aku dilahirkan pada era 80an...Aku ada 2 orang adik lelaki dan 2 orang adik perempuan dan masih mempunyai Abah dan Mak tercinta. Aku dibesarkan di Batu Gajah Perak sehinggalah pada awal tahun 2010 aku berhijrah ke Kota Metropolitan ini untuk memperjudiakan nasib aku demi masa depan dan juga rezeki. Pernah berada di Sintok Kedah untuk 3 tahun demi ilmu yang tidak ternilai. 
Sebelum berangkat ke Kota Metropolitan ini, aku pernah bekerja kilang, selama lebih kurang 5 tahun dengan 2 kilang yang berlainan(cukuplah, tobat aku tak mau kerja kilang dah, lebih rela gantung diri....huhuhu...)
Di Kota Metropolitan ini, aku melakukan 4 kerja dalam sehari...kira superwomen la ni kan...semua ini aku lakukan demi untuk menampung keperluan hidup aku dan juga keluarga di kampung. 
Bermula seawal 6.00 pagi, sesudah solat Subuh, aku terus buat Sandwich (sardin dan telur) untuk diletakkan di gerai nasi lemak makcik aku seterusnya ke pejabat dan melakukan rutin harianku sebagai seorang pekerja yang terpaksa membayar KWSP melalui potongan gaji aku setiap bulan. Company tempat aku bekerja ni, hanya sebuah company milik Bumiputera sepenuhnya dan tidaklah segah MK Land mahupun konglomerat yang lain namun aku enjoy dengan kerja aku (kekadang je).. 
Habis tugasan di pejabat, aku terus ke gerai untuk meniaga bebola ayam, kentang goreng dan juga goreng pisang (berniaga dengan Cik Said, dengan modal dan upah dikeluarkan oleh Mak Uda aku dan juga Uda. 
Kat bawah ni lah insan yang telah banyak membantu aku sepanjang aku ingin memulakan kehidupan secara berdikari jauh dari keluarga. Dengan merekalah aku menumpang kasih sayang, dan dengan merekalah kadang-kadang aku mengadu susah senang walaupun kasih sayang mereka tak sehebat kasih sayang yang Mak dan Abah aku berikan namun aku tetap sayang dengan mereka berdua. Merekalah Uda dan juga Mak Uda aku, Uda ni adik kandung Abah aku so tu sebab dia macho kurang sikit dari Abah aku...(heheheh...Uda, jangan marah arrr....)
Dah ke laut plak....berbalik kepada aktiviti harian aku, seusainya aku berniaga bebola ayam, kentang dan pisang goreng (budak sekolah menengah balik, akupun habislah berniaga) aku terus ke rumah Uda aku untuk ambil upah meniaga dan terus ke Pusat Tuisyen Mawar cawangan BRP untuk memulakan sesi aku sebagai seorang pendidik sehingga jam 10.00 malam. Settle semua kerja aku, terpaksa memanjat tangga setinggi 4 tingkat untuk sampai ke rumah aku...jenuh memanjat tangga tapi tak juga kurusnya...huhuhu...
Selesai membersihkan diri, aku terus beradu...penat, ngantuk dan sebagainya...Jadi aku akan ikut mood la untuk update blog aku ni..
Walaupun masa siang aku pack dengan pelbagai aktiviti, dan mungkin orang lain akan kata aku ni hamba duit, aku tak kisah sebab aku enjoy, bahagia dan gembira dengan kehidupan aku ni. Bertambah kebahagiaan dan kegembiraan aku jika dapat menggembirakan mak, abah dan adik-adik aku.
Okaylah, masa untuk aku beradu telahpun tiba, esok nak kena bangun awal, konon nak puasa sunat, dah minta tolong housemate aku gerakkan aku, harap-harap tertunailah hasrat aku nak berpuasa sunat ni. 
Nanti ada masa, aku nak story pula tentang kehadiran lelaki-lelaki yang HAMPEH dalam hidup aku sebelum aku bercerita tentang insan-insan kesayangan aku. 
So....check it out soon....
Good Nite...Sweet Dream...
Muarghhhhh!!!!!!!!!!

No comments:

Post a Comment