Wednesday 11 May 2011

TEKNIK KOTOR UMNO BN NAK TUMBANGKAN PR DI SELANGOR





 DALAM BLOG MILOSUAM telah mendedahkan sepucuk surat yang membuktikan wujudnya pakatan jahat antara Kementerian Dalam Negeri dan UMNO Cawangan Hulu Selangor untuk mendapatkan kewarganegaraan bagi sejumlah warga asing terpilih untuk membantu kemenangan Barisan Nasional pada pilihan raya akan datang rujuk sini [Rampas Selangor]
Malangnya surat yang dipaparkan sebelum ini tidak lengkap, iaitu hanya memaparkan sebahagian kandungannya. Hal ini membawa kepada pertikaian di dalam entry sebelum ini. Kali ini MiLo SuaM dedahkan paparan keseluruhan surat yang dimaksudkan semoga semua pembaca berpuas hati.

Surat tersebut ditandatangani oleh, Dato Haji Idris bin Haji Abu Bakar Ketua UMNO Bahagian Hulu Selangor. Rujuk link ini untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi[UMNO Hulu Selangor].



ReJaM© "Lebih banyak lagi pendedahan taktik jijik misi tawan Selangor akan dibuat, tunggu..."
 

ANAK TAIB MAHMUD CERAI ISTERI TALAK SATU

Setelah tersiarnya penceraian anak lelaki taib mahmud ini kita terperanjat dengan tuntutan  bekas isterinya iaitu Rm400 juta satu angka yang sangat tinggi mungkin  yang paling tinggi dan tidak pernah dituntut mana-mana individual sebelum ini.kita tertanya-tanya berapakah asset anak taib ini?


KUALA LUMPUR, 11 Mei — Anak Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir menceraikan isterinya Datin Seri Shahnaz Abdul Majid dengan talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini.
Mahmud Abu Bekir membuat lafaz itu di hadapan Hakim Mohamad Abdullah, yang membenarkannya selepas berpuas hati bahawa tidak boleh menyelamatkan perkahwinan mereka.
Dalam pada itu, Bernama melaporkan bahawa Ketua Hakim Syarie Wilayah-Wilayah Persekutuan, Datuk Mohamad Abdullah membenarkan lafaz itu selepas berpuas hati bahawa perkahwinan pasangan itu menyaksikan perpecahan dan tidak dapat dipulihkan.
“Mahkamah mensabitkan gugur lafaz talak kali pertama berjumlah satu dan memerintahkan Shahnaz untuk beredah tiga kali suci,” kata Mohamad.
Katanya, mahkamah turut berpuas hati bahawa pada ketika ini Shahnaz selaku defendan dalam keadaan suci selain tidak melakukan sebarang hubungan sebagai suami isteri dan tidak hamil.
Mahmud Abu Bekir, seorang ahli perniagaan yang diwakili peguam Saadiah Din, memfailkan permohonan penceraian pada 14 Februari lepas mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam selepas dikatakan berlaku ketidaksefahaman antara pasangan itu.
“Saya, Mahmud Abu Bekir Taib menceraikan isteri saya, Shahnaz Abdul Majid dengan talak satu,” katanya dan kemudian dilihat menandatangani borang yang berkaitan.
Shahnaz yang merupakan kakak kepada penyanyi Datuk Sheila Majid, mendakwa suaminya itu gagal menjalankan tugas sebagai suami dan tidak memberikan nafkah batin sejak 2001.
Dalam prosiding sama, mahkamah membenarkan hak penjagaan anak tunggal pasangan itu, Raden Murya Abdul Taib Mahmud, 18, diletakkan dalam jagaan ibunya selain membenarkan Mahmud Abu Bekir melawat dan bermalam dengan anak lelakinya itu pada bila-bila masa yang sesuai.
Mahkamah juga menetapkan 27 Jun ini untuk sebutan bagi kes tuntutan mutaah sebanyak RM300 juta dan harta sepencarian bernilai RM100 juta terhadap ahli perniagaan itu.
Plaintif menyatakan jumlah tuntutan tersebut adalah munasabah kerana mereka telah berkahwin lebih 19 tahun dan menyatakan defendan mempunyai pendapatan serta harta mencecah berbilion ringgit.
Plaintif juga memohon aset milik defendan seperti tujuh buah kereta mewah, beribu hektar tanah di Sarawak dan saham dalam 15 syarikat diisytiharkan sebagai harta sepencarian.
Beliau turut menuntut sebanyak 50 peratus ke atas semua harta-harta itu, selain lain-lain perintah atau relif atau apa-apa yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
 Malaysian insider

AGENDA UTUSAN DITETAPKAN NAJIB-Hatta Wahiri

KUALA LUMPUR, 11 Mei: Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Mohamad Hata Wahiri berkata, agenda mingguan akhbar Utusan Malaysia ditetapkan oleh Biro Politik Umno yang dipimpin oleh Presidennya, Datuk Seri Najib Razak.

Hatta dalam wawancaranya dengan laman web, Free Malaysia Today (FMT) (gambar) berkata, Ketua Pengarang Utusan yang ada sekarang akan menerima arahan dari mesyuarat Biro Politik Umno yang bersidang setiap hari Isnin malam.


Yang hadir dalam mesyuarat itu adalah Najib, timbalannya, Tan Sri Muhyidin Yasin, naib presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishamudin Husein dan Datuk Seri Safie Apdal serta Setiausaha Agung, Datuk Tengku Adnan Mansor dan Ketua Penerangan, Datuk Ahmad Maslan.

Agenda mingguan yang diputuskan dalam mesyuarat ini akan disampaikan kepada Ketua Pengarang Utusan melalui pejabat Perdana Menteri.

Hata telah dipecat oleh Utusan 1 Mei lalu, dua hari sebelum Hari Kebebasan Akhbar sedunia yang disambut pada setiap 3 Mei. Alasan Utusan adalah kerana Hata memalukan Utusan dalam kenyataan-kenyataan medianya.

"Utusan akan melaksanakan isu yang diarahkan selama tiga hari sebelum menghentikan sepenuhnya kecuali menerima sokongan kuat dari pemimpin utama BN," laporan laman web itu.

Utusan mendapat serangan dari pelbagai pihak sejak kebelakangan ini ekoran tindakannya mensensasikan pelbagai isu yang dianggap tidak wajar.

Yang terbaru isu "Kristian menjadi agama rasmi" sehingga MCA, rakan kongsi Umno dalam Barisan Nasional (BN) juga tidak percaya lagi kepada akhbar itu.

Selepas mendapat reaksi negatif, Najib sendiri seolah-olah tidak bersetuju dengan laporan itu dan meminta isu itu dihentikan.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat ketika menjawab soalan wartawan tentang isu ini berkata, "Takkan saya nak percaya Utusan kalau MCA pun tidak percaya."

Utusan juga menjadikan agenda menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila mendakwa Anwar menggelarkan Perdana Menteri Najib sebagai 'pundi kutty' satu kenyataan mencarut dari bahasa Tamil.

Namun begitu, Anwar menafikan dakwaan itu kerana beliau menggelarkan pundi kutty kepada tindakan bejat BN bukannya kepada Najib.

Menurut FMT lagi, Hatta berkata, semasa Utusan dipimpin oleh Datuk Khalid Mohamad, perkara yang berlaku dalam Utusan sekarang tidak berlaku.

Ia hanya mula berubah selepas kekalahan teruk BN dalam pilihan raya umum 2008 dan Khalid telah digantikan oleh Datuk Aziz Ishak sebagai Ketua Pengarang.

"Menurut Hata, Aziz tidak mempersoalkan arahan editorial yang ditetapkan oleh Biro Politik Umno yang bermesyuarat setiap Isnin malam bagi membincangkan agenda mingguan akhbar itu," lapor FMT.

Namun begitu, strategi ini telah memberikan kesan buruk kepada Utusan apabila jualannya jatuh merudum dan akhbar ini dilaporkan mengalami kerugian RM20 juta sejak 2009.

"Data dari Audit Bureau of Circulation (ABC) menunjukkan jualan harian akhbar ini jatuh 20 peratus antara Jun 2006 hingga Jun 2010," lapor FM

KENDERAAN DATUK SRI ANWAR DISABOTAJ

Berbagai cara untuk cuba menjatuhkan Ds Anwar Ibrahim ini tapi tidak sedikitpun mengetarkan beliau malah beliau semakin lantang mengkritik kerajaan BN ini dan beliau bersama dalam PAKATAN RAKYAT berusaha menumbangkan KERAJAAN BN ZALIM ini pada PRU 13 nanti.
Pemandu peribadi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesyaki terdapat usaha jahat mensabotaj kenderaan yang lazimnya digunakan majikannya itu sehingga berlakunya kemalangan pada 19 April lalu.NONESehubungan itu Abdullah Sani Said yang telah berkhidmat selama 28 tahun dengan Anwar tampil membuat laporan di Balai Polis Merchant Square, Petaling Jaya pada jam 3.30 tadi.

Beliau mendakwa tindakan merosakkan kenderaan Mercedes Benz S350 itu sebagai satu bentuk ancaman.

Menceritakan kemalangan kira-kira dua minggu lalu, Abdullah Sani berkata, di petengahan jalan ketika membawa Datuk Seri Wan Azizah Ismail dan setiausaha politik kepada Menteri Besar Selangor Faekah Husin daripada program parti di Chemor, Perak, kereta yang dipandunya terhuyung-hayang.
NONESelepas itu, kata Abdullah Sani, sebuah lori memotongnya sehingga memaksa beliau menghentikan kereta itu secara mengejut dalam kejadian di Lebuhraya Utara-Selatan itu.

Kereta mewah itu bagaimanapun bergoyang dan kedengaran letupan datang sebelah belakangnya.

Selepas meletakkan kereta di tepi tepi jalan, beliau mendakwa menjumpai beberapa bahagian cakera brek di merata-rata tempat, sekali gus menjadikan kereta itu tidak boleh bergerak lagi.

Bagaimanapun, menurut laporan polis, kejutan besar datang apabila mekanik biasanya memaklumkan bahawa pin pada nat untuk menyokong cakera brek telah dikeluarkan.

Katanya, beliau dimaklumkan, adalah mustahil nat itu boleh terkeluar dengan sendirinya tanpa dilakukan seseorang.

Justeru, beliau percaya terdapat usaha mencederakan atau membunuh Anwar.

Katanya, berdasarkan maklumat mekanik itu kepadanya, terdapat unsur sabotaj dengan mengambil kira kenderaan itu selalu digunakan Anwar.

Memasukkan pengakuan mekanik itu dalam laporan polisnya, Abdullah Sani berkata beliau kini risaukan keselamatan Anwar dan keluarganya
.