““Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu agar dimasukkan ke dalam Surga dan aku berlindung kepada-Mu dari siksa Neraka. ” (HR. Abu Dawud no. 792, Ibnu Majah no. 910, Ibnu Khuzaimah no. 725, dishahihkan oleh Ibnu Khuzaimah, Imam an-Nawawi dan Syaikh al-Albani)

Tuesday, May 17, 2011

cara mengatasi marah





1. Mengubah Poisisi

Rasullulah SAW bersabda: Apabila salah seorang di antara kamu marah, dan ketika itu dia di dalam keadaan berdiri, maka hendaklah dia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah dia berbarinng.(Riwayat Muslim)

2. Berwuduk

Rasullullah SAW bersabda: Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu, apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk. (RIwayat Abi Daud)

3. Berlindung Kepada Allah Daripada Syaitan

Digalakkan supaya kita membaca doa bagi menghilangkan rasa marah iaitu :

اعوذ بالله من الشيطان الرجيم،اللهم اغفرلي ذنبي واذهب غيظ قلبي وأجرني من الشيطان الرجيم

(A’uudzubillahi minasy syaithoonirrojiim, allahummaghfirli dzanbi wadzhab ghoidho qolbii, wa ajirnii minasy syaithoonirrojiim)

Maksudnya :
Aku berlindung kepada Allah dari syaitan yang terkutuk, Yaa Allah ampunilah dosaku dan hilangkanlah kepanasan hatiku dan lepaskanlah aku dari syaitan yang terkutuk.

4. Berfikiran Positif
Anggaplah sesuatu perkara yang terjadi itu adalah ujian bagi kita dan semoga kita dapat melepasi ujian tersebut. Apa yang kita fikirkan memang benar-benar mempengaruhi fikiran kita. Apabila perkara yang difikirkkan kita adalah baik, maka kita cenderung melakukan perkara yang baik juga dan begitulah sebaliknya. Ini sebabnya mengapa Allah SWT dengan murah hati memberikan kita pahala apabila kita berniat untuk melakukan kebaikkan.

5. Maafkan Orang Lain
Maafkan selalu kekurangan orang lain yang mungkin membuat anda marah. Yakinkan diri bahawa setiap manusia pasti memiliki kekurangan masing-masing. Ini kerana tiada insan di duania yang sempurna kerana kesempurnaan itu hanya terletak pada Allah SWT.

6. Meluahkan Perasaan
Kita boleh meluahkan perasaan dengan menceritakan sesuatu yang terjadi pada diri kita kepada seseorang yang kita percayai. Kemungkinan dengan ini, sedikit sebanyak membantu mengurangi beban yang ada di hati. Namum kita harus cari masa dan tempat yang bersesuaian untuk meluahkan perasaan..


oleh itu, terimalah bahawa segala kekurangan yang diberikan oleh Allah pasti mempunyai hikmahnya yang tersendiri. Banyak perkara buruk yang berlaku dalam kehidupan kita sebenarnya membawa seribu erti untuk kita terokai dan kita hayati. Jesteru, sama0-samalah kita beristifar dan berdoa agar sentiasa dijauhi daripada sifat amarah.

No comments:

Post a Comment