Allah Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Karim..rasanya lama sangat saya tak update blog ni. Sampaikan kawan saya tanya pasal blog saya ni, aktif ke tidak. Ada. Tapi tuan blog ni la yang tak ada masa. Maklum la, tuan blog ni dia rajin study la kononnya, kan dah dekat hujung-hujung pengajian ni perjalanannya makin mencabar, makin berat. Jadi, mana nak ingat dah blog ke apa. Tapi takpa, lepaih ni kita cuba la update sikit-sikit yang mana patut. Insya ALLAH.
Alhamdulillah, saya lani pun dah tahun akhir semester akhir kat UTHM ni. Dah dekat 3 tahun dah dok sini. Macam-macam dok rasa. Kadang tu cemuih, kadang tu dah nak dekat-dekat nak abih ni, mula la rasa nak dok sini lagi la. Bukan apa, kita dok ulang-alik kat situ berkali-kali, jadi serupa dah sebati dah dengan situ tu. Dulu masa awal-awal jangan cerita la, rasa pelik dok tempat orang ni ( kalau orang penang kata serupa jakun), makanan dia pun tak boleh nak masuk. Lani, ceruk-ceruk kampung semua dah pusing, makanan jangan kata la, tak kena sambal tempe kicap kat Taman Universiti tu, tak stabil perut.
Nanti-nanti ni, saya belum tentu datang sini lagi. Kalau diizinkan ALLAH sampai, sampai la. Lepaih abis nanti, mula la teringat kan, kat mata ni dok nampak UTHM.
Ulang alik masuk pintu ni tiap-tiap hari. Kena lambai sikit kat pengawal.
Bagi yang tak ada moto dengan kereta, ni dia bas ni. Sikun Jaya. Dari kolej Taman Universiti nak ke dalam kampus 1km ja. Tapi yang ni la pengangkutan saya tiap-tiap hari. Susah? Dah redah dari tahun 1 lagi.
Gambar atas ni la perpustakaan UTHM. Kalau orang tanya, memang dok cerita pasal perpustakaan ni la. Besar? Memang besar. Tapi hati saya yang tak besar nak ke sini selalu. Kenapa? Sejuk yang amat.
Yang ni pulak fakulti tempat kursus yang saya ambik, Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar (FKAAS). Besar? Besar jugak ni pun. Nanti dok terbayang, naik lif turun lif. Tu tak kira buang masa berjam-jam kat kaunter masa insert delete subjek. Tapi apa pun, tu jadi kenangan nanti.
Harap ALLAH bagi kemudahan untuk saya untuk tamat pengajian ni dengan baik. Saya tau, mencari ilmu ni kita perlu lalui perjalanan yang sukar. Jadi, berharap pada ALLAH itu perlu. Hanya ALLAH yang dapat membuka jalan bagi kita dan mempermudahkan dalam urusan kita. Tambah lagi, semester akhir ni, saya dengan projek sarjana mudanya. Eh, kena banyak sabar. Tapi tak apa, lumrah. Semua orang rasa, bukan saya sorang pun. Walauapapun, tugas perlu diselesaikan, harapan dan kepercayaan perlu dibalas, tanggungjawab jangan diabai. Sekian.
Assalamualaikum.