Monday, April 27, 2009

Masalah Folder Options yang Hilang.

Asslamualaikum dan selamat sejahtera.

Adakah anda pernah mengalami masalah Task Manager dan Folder Option yang hilang daripada komputer anda?

Adakah masalah ini dikatakan menganggu kehidupan anda? Ya atau tidak. Secara pastinya, anda mungkin risau sehinggakan tidak mampu makan dan minum. Masalah ini berpunca daripada serangan Virus yang dahsyat sehinggakan mengubah struktur Registry dalam sistem pengoperasian anda.

Apabila komputer dimasuki virus, anda pasti akan melaksanakan scan terhadap komputer anda. Tetapi malangnya pula, virus telah hilang tetapi virus tersebut telah meninggalkan kesan yang mendalam kepada komputer anda.

Jangan risau saudara. Masalah ini bukan masalah yang berat dan memerlukan kepada format semula. Kita hanya perlu menjalankan beberapa langkah yang diberikan di bawah agar masalah ini dapat dipulihkan semula.


Cara-caranya ialah:

1) Start>Run.
2) Taipkan gpedit.msc.
3) Pergi ke User Configuration>Administrative Templates>Windows Component>Windows Explorer.

4) Pada panel kanan, lihat kepada "Remove the folder options menu item from menu tool".
5) Klik kanan dan pergi kepada properties.
6) Tukar setting daripada Enabled kepada Not Configured dan Disabled.



Tuesday, April 21, 2009

Fakta @ Auta

Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

:) Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

:) Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan

:) Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

:) Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

:) Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

:) Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

:) Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

:) Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

:) Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

:) Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

:) Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.


http://www.izoblog.com/kategori/jangan-ketawa/page/2

Wednesday, April 15, 2009

Kalau Berani Jangan Gelak.

Murid-murid: Selamat pagi, cikgu.

Cikgu: (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat ke?

Murid-murid: Selamat pagi, petang dan malam, cikgu!

Cikgu: Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.

Murid-murid: Selamat sejahtera cikgu!

Cikgu: Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?

Murid-murid: Faham, cikgu!

Cikgu: Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.
Murid-murid: (senyap)

Cikgu: Pandai!
Murid-murid: Bodoh!

Cikgu: Tinggi!
Murid-murid: Rendah!

Cikgu: Jauh!
Murid-murid: Dekat!

Cikgu: Keadilan!
Murid-murid: UMNO!

Cikgu: Salah!
Murid-murid: Betul!

Cikgu: Bodoh!
Murid-murid: Pandai!

Cikgu: Bukan!
Murid-murid: Ya!

Cikgu: Oh Tuhan!
Murid-murid: Oh Hamba!

Cikgu: Dengar ini!
Murid-murid: Dengar itu!

Cikgu: Diam!
Murid-murid: Bising!

Cikgu: Itu bukan pertanyaan, bodoh!
Murid-murid: Ini ialah jawapan, pandai!

Cikgu: Mati aku!
Murid-murid: Hidup kami!

Cikgu: Rotan baru tau!
Murid-murid: Akar lama tak tau!

Cikgu: Malas aku ajar kamu!
Murid-murid: Rajin kami belajar cikgu!

Cikgu: Kamu gila!
Murid-murid: Kami siuman!

Cikgu: Cukup! Cukup!
Murid-murid: Kurang! Kurang!

Cikgu: Sudah! Sudah!
Murid-murid: Belum! Belum!

Cikgu: Mengapa kamu semua bodoh sangat?
Murid-murid: Kenapa kami pandai sangat?

Cikgu: Oh! Melawan!
Murid-murid: Oh! Mengalah!

Cikgu: Kurang ajar!
Murid-murid: Cukup ajar!

Cikgu: Habis aku!
Murid-murid: Kekal kami!

Cikgu: O.K. Pelajaran sudah habis!
Murid-murid: K.O. Pelajaran belum bermula!

Cikgu: Sudah, bodoh!
Murid-murid: Belum, pandai!

Cikgu: Berdiri!
Murid-murid: Duduk!

Cikgu: Saya kata UMNO salah!
Murid-murid: Kami dengar KeADILan betul!

Cikgu: Bangang kamu ni!
Murid-murid: Cerdik kami tu!

Cikgu: Rosak!
Murid-murid: Baik!

Cikgu: Kamu semua ditahan tengah hari ini!
Murid-murid: Kami semua dilepaskan tengah malam itu!

Cikgu: (senyap dan mengambil buku-bukunya keluar)

Monday, April 13, 2009

Status YM di dalam Blog

Ni ha...

Aku nak kongsi skek ilmu yang aku dapat sepanjang berkecimpung dalam dunia blog ni.

Sebut Yahoo Messenger je, aku rase semua orang tahu mengenai kewujudannya dan juga pengaruhnya terhadap manusia di abad ini. Pernahkah kita melawat blog rakan dan juga orang lain? Adakah kita mahu berbual dengan empunya blog itu secara langsung? Bagaimana kita tahu status dia sama ada dia online atau offline. Jadi di sinilah ceritanya bermula.

Ni la gambar ketika OFFLINE:



Yang ni pula, gambar ketika ONLINE:



Apa yang penting, anda hanya perlu COPY dan PASTE je code HTML kat bawah ni dalam ruang Elemen Page dalam Blog tu.


<a href="ymsgr:sendIM?ID ANDA"> <img src="http://opi.yahoo.com/online?u=ID ANDA&m=g&t=2&l=us"/>
</a>



Lepas tu, tukar ID ANDA kepada ID anda sendiri.

Sunday, April 12, 2009

Doa Belajar Imam Al-Haddad

Niat adalah inti utama ibadat. Tanpa niat yang betul dan ikhlas, amalan yang baik sekalipun tidak akan diterima oleh Allah. Oleh itu, apabila kita mencari ilmu, tidak kira ilmu berkaitan Islam atau pun bukan, maka adalah penting bagi kita untuk sentiasa memeriksa niat kita itu. Sesuatu ilmu itu menjadi ilmu sekular apabila ia membawa kita jauh dari mengingati Allah, sama ada Geografi, Fizik, Matematik, bahkan ilmu fiqh, hadith, al-Quran, dan sebagainya.

Oleh itu, Imam Abdullah bin Alawi al-Haddad (iaitu Imam al-Haddad; 1044-1132H) sangat menggalakkan anak-anak muridnya untuk membaca satu doa yang dibaca sebelum memulakan sesi pembelajaran. Dan doa ini adalah antara doa yang selalu diulang-ulang oleh para pelajar di Darul Mustafa, Tarim.

Doa yang diajarkan oleh Imam al-Haddad itu adalah seperti di bawah ini:



Doa Belajar oleh Imam al-Haddad - Ustaz Fauzi


Aku niatkan untuk belajar dan mengajar,
mengambil dan memberi manfa'at,
mengambil dan memberi peringatan,
mengambil faedah dan memberi faedah,
berpegang teguh pada Kitab Allah
dan sunnah Rasulullah sallahu alayhi wassalam,
menyeru kepada petunjuk,
menunjuk ke arah kebaikan,
menuntut dan mencari keredhaan Allah,
mendekatkan diri dan mendapatkan balasan dari-Nya.
Amin.



Thursday, April 2, 2009

Usrah Hari ini...

Asslamualaikum.

Kita sudah pun berada di dalam bulan April. Janganlah kita menyambut hari April Fool kerana terdapat keburukan padanya.

Bagi pelajar Institut perguruan, kita berada di alam kesibukan dengan lambakan kerja yang tertangguh. Termasuklah diriku. Aku tengah berusaha menyiapkan kerja yang diberikan. Lantas, aku tidak menghiraukan masa yang berlalu. Waktu bermain di padang, telah aku habiskan di depan komputer. Kesibukan yang melampau telah membelenggu diriku ketika ini. Inilah waktu klimaks bagi pelajar institut perguruan seperti aku.

Alhamdulilah. Aku dapat juga hadir ke masjid walaupun aku sibuk. Alangkah beruntungnya aku pada waktu usrah berlansung, aku telah menyedari sesuatu yang aku sendiri lupa iaitu tanggungjawab kita kepada Allah. Naqib yang mulia telah meningatkan aku tentang sesuatu perkara yang penting ini.

Sesibuk mana pun kita, sebanyak kerja mana pun kita, tanggungjawab kepada Allah adalah perlu diutamakan. Apabila kita mula sibuk dengan masalah dunia, secara tidak disedari kita melupakan tanggungjawab utama kita iaitu tanggung jawab kepada Allah. Solat dan bacaan Al-Quran entah ke mana hilang daripada hidup kita. Apa yang dikatakan oleh Sayyid Hassan Al-Banna, tiada satu hari tanpa Al-Quran. Astagfirullah...aku terkena dan terasa pada ketika itu. Sibuk inilah ujian Allah. Allah mahu menguji sejauh mana kekuatan iman kita.

Siapa yang memberi idea dan tenaga untuk kita menyiapkan kerja kursus tersebut jika tidak dengan keizinan Allah. Betapa lemahnya iman kita. Minda beranggapan jika kita meningalkan perintah Allah, kita akan dapat menyiapkan kerja. Itu baru tanggungjawab sebagai pelajar. Bagaimana pula tanggung jawab sebagai pemimpin dan guru nanti?

Itulah serba sedikit yang saya dapat kongsikan bersama rakan-rakan semua. Inilah hidayah Allah. Janganlah kita anggap bahawa datang ke masjid hanya untuk solat semata-mata. Tetapi sebenarnya terdapat infiniti hikmah yang kita tidak tahu di sebaliknya. Usrah selepas maghrib tadi benar-benar memberi petunjuk dan peringatan kepadaku. Syukran Ya Allah. Alhamdulillah...

Wednesday, April 1, 2009

Dari Hadramaut ke MPI

Apabila menjelangnya maulidur rasul, pasti waktu itulah kita sibuk menunjukkan yang bahawasanya kitalah orang yang sangat mencintai Nabi Muhammad S.A.W. Setelah berlalunya bulan ini, kita akan mula melupai kekasih Allah itu. Sepatutnya Nabi Muhammad adalah merupakan Role Model kepada kita semua. Tetapi apa sudah jadi kepada kita pada hari ini, BARAT adalah idola kita. Lama-lama diri kita kita akan jadi BERAT.

Jika ditanya mengenai cinta kepada Nabi, pasti semua akan berkata "Ya...Kami sayang akan Nabi". Tetapi setakat manakah sayang kita kepada baginda. Kadang-kadang selawat kepada junjungan besar Nabi Muhammad selepas solat pun kita malas dan terlupa. Itu belum dikira lagi dengan sunnah Nabi. Alangkah jauhnya diri kita dengan Nabi.

Cita-cita dihati ingin memasuki syurga. Pasti semua orang berhajat sebegitu termasuklah orang-orang bukan Islam. Tetapi hati kita masih lagi sayang akan benda-benda lain seperti harta benda, anak-anak, isteri, suami, ibu dan bapa dan sebagainya. Bagaimanakah kedudukan Nabi di dalam hati kita? Dimana tempatnya? Adakah sebaris dengan ibu ayah atau artis-srtis tempatan Malaysia? Nabi Muhammad mempunyai tempat yang sangat tinggi dalam setiap individu Muslim. Segala apa yang dilakukan dan dituturkan melambangkan keperibadian yang mulia.

Al-quran diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. Tetapi adakah kita mengetahui hukum hakam apakah yang 100% telah diterangkan oleh Allah di dalam Al-Quran? Adakah jual beli? Adakah arak dan zina? Hukum yang sempurna dinyatakan di dalam Al-Quran adalah mengenai hukum Faraid. Jika kita benar-benar sayang kepada Nabi pasti kita akan mengetahui segala apa yang telah diajarkan Nabi kepada kita.

JIka kita mempunyai teman wanita, pastilah kita akan mengetahui segala apa yang berkaitan dengannya. Malah latar belakang keluarga turut diketahui. Tetapi kita pada hari ini berbeza pula. Kita sayangkan Nabi tetapi sejarah Nabi kita tidak tahu. Siapa Ibu dan Ayahnya. Bagaimana sifat mulianya? Apa yang kita tahu adalah artis janda berkahwin dengan anak muda. Jutawan bernikah dengan penyanyi popular Malaysia. Itulah kita pada hari ini.

Alam ini tidak akan wujud jika tiadanya Nabi Muhammad S.A.W. Ini adalah kerana ketika Nabi Adam memohon ampun kepada Allah selepas menderhakai perintah-Nya, Nabi Adam telah mengangkat kepadalanya ke langit untuk memohon ampun. Ulama mengatakan bahawa Nabi Adam terpandang kepada suatu nama. Nama yang mulia itulah yang letaknya sebaris dengan nama Allah. Tidak lain ianya adalah kekasih Allah iaitu Nabi kita Nabi Muhammad S.A.W.

Pernahkah kita mengetahui tentang bilangan sunnah nabi dalam setiap amal ibadah? Ulama telah mengira sunnah tersebut. Terdapat 500 sunnah yang terdapat dalam SOLAT manakala terdapat 200 sunnah dalam berwuduk. Tetapi kita pada ini tidak mengetahui walaupun sedikit. Betapa malunya kita. Sedangkan mulut berkata "Kami sayang Nabi" tetapi manakah buktinya. Sama-sama kita fikirkan.


P/S: Saya menulis semula ceramah yang telah disampaikan oleh seorang penceramah dari Hadramaut, Yaman yang datang ke MPI untuk menyampaikan kuliah maghrib.