Thursday, February 23, 2012

lokasi: tanjung tuan PD & Melaka
penggemar aktiviti memerhati burung boleh bergembira kerana dapat menyelami pengalaman indah dengan menyaksikan beratus-ratus Raptors migrasi terbang merentasi Selat Melaka dalam perjalanan tahunan mereka kembali ke hemisfera utara. Tanjung tuan adalah tempat terbaik untuk melihat kejadian alam yang saban tahun ditunggu-tunggu ini.

Friday, February 17, 2012

Realiti atau fantasi!!!

Beruang yang dijumpai pada 14/2/2012 tempoh hari telah mati akibat kelaparan. Kelaparan ini didorong oleh kerakusan manusia yang telah menceroboh habitat haiwan berkenaan bagi tujuan pembalakan. Mengapa hal sebegini masih terjadi??. Sesuatu kawasan yang hendak dibalak perlulah dijalankan kajian terperinci terlebih dahulu. Jika terdapat hidupan liar yang terancam seperti beruang,harimau,tapir dan sebagainya, haiwan tersebut hendaklah dipindahkan bagi mengelak hal sebegini terjadi. Inilah akibat daripada ketamakan manusia mengejar harta kekayaan didunia ini tanpa menghiraukan makhluk yang juga ingin hidup dibumi Allah ini. Sebagai akhir kata, kita dijadikan oleh Allah sebagai khalifah dibumi ini untuk memakmurkan alam ini dan bukan untuk memusnahkannya. 

Tuesday, February 14, 2012

apakah yang menyebabkan beruang mencari makanan di ladang kelapa sawit? kehilangan tmpat tinggal seperti apa yang diberitahu bahawa kebanyakan kawasan hutan telah diterokai? persaingan? pencemaran? pemburuan?..dsb...Ladang kelapa sawit di Malaysia telah menyebabkan fragmentasi habitat kepada beberapa spesies hidupan liar di negara kita...dan inilah yang menyebabkan banyak berlaku konflik diantara manusia dan hidupan liar yang kian menjadi-jadi. Di akhir artikel ini ada menyebut supaya PERHILITAN segera memantau beruang tersebut bagi mengelak gangguan haiwan berkenaan ketika mereka mencari rezeki. Adakah salah beruang tersebut juga ingin mencari rezeki setelah habitat mereka dirampas oleh manusia?? fikir2kan!!!

we need more scientist and expertise in conservation biology.