PENGENALAN
Manhal merupakan satu markaz yang di letakkan di bwh badan pengetahuan dan penyelidikan PMRAM.Ia bertindak sebagai tempat mengumpul dan mengeluarkan apa jua kajian ilmiah demi menjelaskan kekusutan yang di hadapi oleh masyarakat umum.Pada tahun 1995, secara rasminya MANHAL telah di tubuhkan tetapi ia tidak dpt beroperasi sepenuhnya kerana kekurangan jertera penggerak untuk melaksanakan misi yang cukup rumit dan berat itu.MANHAL mula membuka era barunya dan beroperasi dengan dedikasi di bawah pimpinan Ustaz Kamaruzzaman Abdul Ghani iaitu pengarah MANHAL pertama.
OBJEKTIF
- Menjadi suara rasmi kepada Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) di dalam menyuarakan pendangan dan pendapat dalam perkara yang berkaitan dengan ajaran Islam.
- Mewujudkan suasana pengkajian ilmu di kalangan masyarakat Azhari.- Melahirkan generasi ulama' yang berfikiran matang dan terbuka dalam menyuarakan pendapat.
MOTO
“Membentuk Dengan Acuan Al-Azhar”
AKTIVITI
- Mengadakan kajian-kajian ilmiah. - Menyumbang kajian dan artikel untuk suara kampus,majalah dan akhbar tempatan. - Mengadakan kerjasama dengan institusi luar bagi mendapatkan bahan kajian dan penyelidikan. - Menyemak buku dan artikel yang ingin disebar secara umum. - Mengkaji,mengumpul dan menyelaras hasil pengkajian mahasiswa/wi al-Azhar
PENGURUSAN
Lembaga Pengarah
Menentukan dasar dan perjalanan MANHAL serta melantik anggota Lembaga Pengarah dan Fellow
Lembaga Pengurusan
Melaksanakan keputusan yang dibuat oleh lembaga pengarah dan menguruskan perjalanan MANHAL
Fellow
Menjalankan kajian ilmiah serta mengemukakannya kepada masyarakat secara umum
Sahabat (Anggota Terbuka)
Menyertai program khusus yang dilaksanakan oleh pihak pengurusan untuk memantapkan kemahiran
|