Sunday 31 October 2010

Kisah si Sabtu

siapa si Sabtu tu?
korang tak kenal?
mama pun tak kenal.hehehe
yang mama kenal Isnin je.hehe
my arwah bapak yang hebat lagi kacak bergaya.ekeke

Sabtu-30.10.2010, papa ada study group.kekononnya jadik mentor pada kawan-kawan lah.
oleh kerana carrymark dia paling power dikalangan kawan-kawan, maka kengakwan dia yang tak study lagi gelabah ayam sbb exam tuk paper QMT adalah sabtu depan. olehkerana papa seorang yang hensem baik hati, maka dia volunteer nak jadikan kengkawan protege.hikhik
so, semalam dari pagi-pagi morning(kul 9pagi) sampai ke petang(kul 5lebih) papa jadik mentor.
mama dan zahra??
lepak umah kak ngah mama tuk buat cookies.
13.11.2010 nanti, anak kakak sepupu mama berkhatan. kakak sepupu mama,kak hendon nak buat majlis sikit. so, mak dengan baik hatinya nak sponsor cookies tuk hidang atas meja.
makanya, anak-anak pompuan mak jadik mangsa keadaan.tak lah. kami ikhlas sebenarnya.
semalam, kami 5 beradik (Kak Anjang tak join sekaki sbb dia rewang umah jiran dia) bertungkus-lumus buat 6 jenis cookies. biskut kelapa, biskut coklat,biskut cornflakes oren, semprit, dahlia & tat jem.
macam nak patah pinggang okeh. mama siap berlunjur bagai sebab kaki dah cramp duduk mengacu cookies.letih yang amat dengan zahra dok aseklah bergaduh dengan kazen2 dan anak2 sedara dia. sekejap-sekejap menangis.geram jek.

malam pulak, kami gi melawat baby mia yang kiut,anak dara kesayangan kawan blogger, Eida.
sila salahkan mama sebab mama langsung tak ingat nak bawak keluar kamera cikai mama tuk snap pic Mia.bad me.bad me!!!
takpe, mama berjaya cilok pic Baby Mia tuk korang dari FB mama dia.hikhik

[ni Mia masa baru lahir]

semalam, baby Mia dah lain sket muka. pakai pinky lagi.mmg terserlah ke'gegel'annya.teringat masa Zahra baby dulu.hikhik
tapi, mama langsung tak sempat nak dukung dan gomol-gomol baby Mia. dengan papa nak cepat sbb ada emergency kat opis dia, dengan zahra nak itu-ini,dgn sedara-mara Eida dok gilir-gilir dukung baby Mia.
takpe, next time, mama jenguk lagi.
eida a.k.a ninot,panggilan family mama tuk eida. eida ni, bukan jek kawan tuisyen mama, dia gak sepupu kepada abang ipar mama. sebab tu kami bleh rapat.dan kebetulan pulak, kawan-kawan sekolah menengah ninot adalah kawan2 sekolah rendah mama.hehehe
hope, persahabatan kami bersambung ke anak-anak kami pulak.heee :D

balik dari umah ninot, mama dan Zahra terus tidur, dan papa gi opis tuk setelkan emergency tu.bukan papa tu pasukan penyelamat ke hape.papa kan coordinator warehouse, if anything berlaku kat warehouse papa kena bertanggungjawab. papa balik dari opis kul 2lebih.mama dah selamat beradu.sedar-sedar,papa dah terbongkang atas katil Zahra sbb mama & zahra dah kongker katil.hikhik

apa kami buat Ahad??next entry lohh...
nanti takde story-mory nak habaq kat korang plak.hehe






love: mamazahra ^__^

Tragedi Oktober

malang memang tak berbau.
kalo khamis, cik Persona nyaris-nyaris kena hentam dgn lori dari belakang masa otw balik rumah dari opis gara-gara ada seorang pembonceng motor yang tak reti nak ikat topi keledar dia baik-baik sampai terpelanting betul-betul depan cik Persona.mama nak elak pun tak boleh, sebab lori treler sikit punya laju, yang mama sempat buat,brek jek.mujur treler kat belakang tak hentam cik Persona. Allah masih sayangkan mama & baby dlm tummy.Alhamdulillah.

dan..sekali lagi, malang tak berbau..
Jumaat pas abes kerja terus menghala ke GM tuk bertemu nett.byk kali plan nak jupe, baru dpt jumpa.
pas jumpa nett, terus nak balik umah sebab tak solat Asar lagi.
masa keluar dari GM Klang tu, ada pulak kereta yang buat short cut tuk across ke bangunan sebelah kiri.
tak pasal-pasal mama langgar kereta dia.
mama memang tak sempat nak elak, hanya mampu brek sekuat hati sampai perut boleh cecah stereng.
mujur baby dlm tummy masih aktif bergerak.masyaAllah.punyalah takut...
inilah kereta yang tetiba melintang depan mama...


pemilik adalah chinese couple.
derang marah-marah salahkan mama, cakap mama bawak sikit punya laju.
masyaAllah, apalah kudrat seorang ibu mengandung nak bawak laju.
mama rasa, mama dah cukup berhati-hati. mama memang takut drive laju-laju ni. dan bukan tabiat mama, tuk drive laju-laju.
mama kan amatur lagi.lesen P pun baru jek abes March lepas.
mentang-mentanglah mereka berdua & naik pulak kereta besar, senang jek nak salahkan mama.
tapi, mama tetap cakap, derang tak sepatutnya across jalan tu.derang sepatutnya ikut jln yg betul, masuk depan GM buat u-turn kat roundabout kecik tu baru masuk kiri, bukan main ikut suka mana nak u-turn.

inilah keadaan kereta kami.ni mama dah undur sikit.
mama punyalah panik masa ni.
mama takut apa-apa yg buruk jadi pada cik Persona Non Grata kesayangan mama neh.

mujur luka-luka pada cik Persona sikit jek.



meh,. fokus sikit...

Alhamdulillah, cik Persona,mama & baby dlm tummy tak pape.
cuma Toyota cina tu kemek.
tp, memang bukan salah mama.huhuhu
memula cina tu mintak ganti-rugi sbb dia cakap mama salah.
so, mama call papa, papa cakap jangan bayar sbb dia yang salah.
so, amma cakap kat cina tu mama taknak bayar sbb amma tak salah.
so, dia cakap.kalo camtu dia nak report.so, mama ikut jek.
mama amik detail cina tu, nama,no phone, plat kereta.
papa suruh mama balik umah dulu, then baru gi report dgn papa.
masa mama sampai rumah. cina tu sms,
"Puan, minta maaf atas kemalangan tadi, saya akan repair kereta puan sekira ada celak atau rosak. sy tidak membuat report.ada apa2 pls call me.yang penting sekali, kita semua selamat.tq"
so, kami tak jadi report.
mama call dia, if mama dah repair cik Persona sok, mama akan call dia tuk claim.setel.
tapi, masa drive balik rumah dari GM tu, serius menggeletar kepala lutut. macam fobia pun ada.

malam tu, papa bawak gi makan.kononnya nak hilangkan gelabah ayam mama la.
makan kat Topoi Western, Restoren Wahieda.
serius memang tragedi oktober lah.
makanan hampeh sungguh.
mama rasa, kuah black pepper mama masak lagi sedap tau.

carrot susu tuk papa & tembikai tuk mama. air OK.
menu yg papa order pun, papa kata OK.tapi, knowing papa lah kan.dia mmg tak penah cakap makanan tak sedap.ekeke

grilled chicken paling hampeh mama pernah makan.
mama cuit 2,3 hiris terus tolak tepi. bagi papa rasa pulak.
pertama kali lah, papa cakap, makanan tak sedap.so, mmg betul-betul punya tak sedap lah ni.
tapi, mama peliklah...sikit punya ramai yg mkn kat situ order western.tekak derang dah kebal ke hape ntah.
yackks!!


love: mamazahra ^__^

Friday 29 October 2010

Catlinaflybaby Celebrates......Beautiful Mom-To-Be

Lamanya mama tak join contest.
contest anjuran Catlinaflybaby ni cam menarik jek..
selagi masih sempat, nak gak join.hehe
contest ni Contest bermula pada 15 Oktober - 30 Oktober 2010!12 noon ..sempat lg korang nak join.hehe


Contest ini di sponsor oleh :-






dan...

The Honeybunch Marketplace: http://saleathoneybunch.blogspot.com/

Kategori (A)Contest Bergambar

------------------------------------------




syarat-syarat Contest :-
1.Peserta mestilah seorang blogger.Tampalkan badge contest di atas beserta link entry ini pada side bar blog anda. ** Dah siap!! **
2.Linkkan badge dan entry ini ke dalam entry anda. Entry bertajuk "Catlinaflybaby Celebrates......Beautiful Mom-To-Be " sahaja diterima. ** Siap!! **
3.(a)Copy dan paste badge/banner sponsors (beserta link) ke dalam entry dan side bar ** Siap,bebeh!! **
(4).Wajib klik di SINI. ** Beres!! **
dan.....
(5).Kemudian,upload sekeping(1) sahaja gambar ketika anda pregnant dengan pose menarik.Tempoh pregnant ialah dari tahun 2008 - terkini(2010).Nyatakan bilakah tarikh anda melahirkan(bagi yang sudah melahirkan) @ EDD(Expected Due Date jika sedang preggie) dan juga nama anak anda(jika sudah melahirkan).

 ni ler pose paling menarik pernah mama amik.wakaka
hasil tembakan budak 10tahun yg kena paksa amik gambar.hikhik

picture taken: 26.10.2010 masa ni dah 26weeks++
E.D.D : 24 Januari 2011

6.Tinggalkan link entry anda di ruangan komen dan nyatakan seperti ini:
"Saya dah buat no. (4) & no.(5)...and yes!! I want to join Category A!"


hadiah adalah sgt kebabom.hebat, meletops!!

Teaser

Produk tajaan KedaiGambarKami dan Catlina

1 x Photobook 20 pages worth RM119.00



1 x Strawberry Lotion worth RM39.00

1x Strawberry Lip born Lip Balm worth RM24.00
[dah lama tak beli lip balm neh.masa zmn muda remaja dulu, mmg selalu sapu kt bibir mama yg mungil neh.ekeke.rasa stoberi,manis-manis sedap]
Top refferer juga mungkin akan dapat hadiah menarik!!!

bagi yang tak dapat join kategori A, bleh jek join kategori B, tapi takleh tamak tau.takleh join 2 kategori sekaligus.hehe

Kategori (B)Lucky Draw


------------------------------------------

4B.Buat langkah no. 1-3 di atas.


5B.Kemudian klik SINI.Kemudian tinggalkan komen beserta link blog anda di entry contest ini,nyatakan


"Saya dan buat no(5B) dan saya nak join Kategori B!".
Itu sahaja.Apa yang best mengenai kategori lucky draw ni?Semua boleh join yang ni!(Blogger lelaki, blogger perempuan yg belum kawen/belum preggie etc...)




okeh, good luck to mama & baby DZ dlm tummy!!!



love: mamazahra ^__^

Thursday 28 October 2010

ch33zy lov3r


entry tuk cheezy lover ataupun dalam bahasa jawe nya, penggemar keju tegar.muahaha
bagi yang suka keju cam mama neh, bendalah ni memang mama carik tiap kali gi pasaraya.hehe
ye!!mama tahu tak berkhasiat tuk baby dlm tummy..tapi, serius sedaplah...

baik korang try.kang meleleh air liur tu.hehe
mama dah rasa classic cheese & chili flava.
dua-dua memang sedap.zahra pun suka.mana ada budak kecik tak suka jajan ye tak??hehe

tapi, memang sedap tau.terasa keju dia.
tak masin sangat, tak muak.pendek kata, memang sedap hingga menjilat jari lah.
ofkos lah kena jilat jari kan, sebab cheese dia melekat kat jari.hehe
lagi-lagi makan sambil ngadap PC/laptop, memang terangkat lah.heee :D

korang pi try seniri lah!!!


love: mamazahra ^__^

Simple Birthday Party tuk Nur Dhia Zahra

dah berkepam gambar besday party zahra yg simple neh mama perap.
sampai sebati semua rasa dan bau.hikhik
gambar semua takde watermark sbb gambar ni straight amik dari phone.
memula mama tak plan pun nak buat besday party tuk zahra.
tapi, sebab insiden yg berlaku dihari jadi zahra tu.
maka, mama buat lah jugak party yg simple tuk meraikan besday girl ni.
mama buat Sabtu 23.10.2010 lepas solat maghrib.
memula cuma nak ajak family ibuzahra, andak,kak hendon dan kak ngah mama jek.sebab derang jek lah yg duduk dekat-dekat rumah mak.
lagipun, mama tak larat nak masak banyak sangat.
tapi, papa suruh jek jemput adik-beradik mama yang lain.so, last minit tu mama jemput jugak.
makanan yang mama sediakan pun simple jek.
dah kata, simple party kan...

ni lah menu tuk hari tu..

wedges buatan sendiri & nugget ayam, cicah ngan sos cili & mayonis

bihun seafood yg mama masak sendiri jugak


satay yang mama beli jek kat DIY satay

chicken spagetty masak sendiri

big apple donut 12pcs

lengkung agar-agar sirap dan tembikai [dah abes dikerjakan zahra dan abg2 sepupunya ptg tu jugak.hikhik]
gambar besday girl.happy 3rd birthday sayang!!!mama love u so much.mmuuaahhh
[gambar gelap sbb amik guna henpon chokia.gambar yg terang sket ada dlm kamera abg ipar mama.ntah bile dia nak bagi ntah.hehehe]

pecan butterscotch,secret recipe tuk besday girl.yummehh!!!

mama,adik baby,BIRTHDAY GIRL dan papa :)

Zahra dan nenek

antara tetamu yg datang...kak hendon dan anak2,aminin&aula, family ateh dll

ibu zahra, andak nora & andak awi...

gambar lain, lenkali mama update lagi.
tgk gambar gelap gelita jek, dah hilang mood nak tepek.hukhuk

 



love: mamazahra ^__^

Tuesday 26 October 2010

Cuti-Cuti Cinta



selamat malam :)
mama tengah membizikan diri jaga anak dara nan seorang ni.
jgn harap dapat ngadap PC dgn tenang.dapat blogwalking sikit-sikit jek.hukhuk
tu pun baca ala kadar, takde nak tinggal komen segala.
mmg tak tenanglah nak berblog sekarang ni.
sementara papa sedang tekun mengulangkaji tuk final exam. ** Alhamdulillah, satu paper dah lepas. **
mama ambil-alih tugas melayan budak kecik sorang neh.hehe
sekejap-sekejap nak makan honey star, sekejap-sekejap suruh mama kunyahkan maruku.
sekejap-sekejap kang nak susu pulak.
mana tak bizi.
ni pun, baru jek berkaraoke melayan nursery rhymes dgn Zahra.terpekik terlolong dua-beranak.hikhik
now, proses mem'back up' data masih in progress.
so, mama belum boleh upload gambar lagi, nak edit bubuh watermark lagi lah tak boleh kan.
so, dengan ini mama nak umumkan bahawasanya, belog ~Our Lil Sweet Home~ sedang cuti-cuti cinta mesia dari sebarang entry terkini lagi sensasi.
gambar-gambar akan dikepam jadik pekasam.
bile dah cukup time, baru mama update entry.OK??

selamat malam semua. tidur lena-lena ye!!! ** mama sorang jek tak dapat tidur lena sbb adik baby zahra ni makin aktif diwaktu malam.mama takleh nak tidur, dok kaleh kanan-kaleh kiri.letih.mata pun dah jadik mata panda neh.hukhuk**

nite,all~~

p/s: dah nonton movie cuti-cuti cinta??kami dah...boleh tahan lah.cuma kurang khusyuk sbb besday girl buat hal,takmo dok diam.hikhik

love: mamazahra ^__^

Tiada mood tuk blogging :(

jangan salah sangka ye..
mama bukan nak stop blogging.
blogging adalah darah daging hobi mama.
sejak zmn FP,Blogdrive,Friendster lagi mama dah start blogging.
memang dah jadi rutin.rasa lain kalo tak update.
ada banyak sangat story-mory nak cerita, tapi tak sempat nak update.
sebab, PC kat umah buat hal lagi.
ada plak virus yg dah serang windows.
mama dah hantar kedai, dia reinstall jek CD windows dan suruh back up semua data sebelum reformat.
tapi, mama tak sempat lagi nak back up sbb perlu pindah file sikit-sikit dlm pendrive tuk burn dlm CD guna lappy papa. PC mama takde CDRW . bila nak copy dlm pendrive amik masa gak la.maklumlah, pendrive yg ada cuma 8gb, data yg nak di back up plak lebih dr 20gb.
dgn papa bz study tuk final exam lagi, takde chance mama nak guna lappy papa.huhuhu
so, pc ni kejap-kejap reboot.
anytime jek nak kondem tuk di reformat.
harap sempatlah nak backup semua gambar.
ada banyak mama nak cerita.insiden sedih yg berlaku dihari jadi zahra, simple besday party tuk zahra, kisah ditempat kerja dll.
mama update kendian.
nak backup gambar masuk pendrive pun kena tunggu zahra tidur dulu sbb cik kak tu jeles kalo mama ngadap PC, lagi nak edit gambar & upload dlm blog.mmg tak sempat lah.
ni pun, mujur terjaga.dpt lah jenguk blog kawan2 sikit.
sowi, entry basi mama update kendian.
sok pagi, papa ada final exam.1st paper. kul 9pagi. GOOD LUCK,papa!!!


love: mamazahra ^__^

Thursday 21 October 2010

Saat dan Ketika ni

ececeh, tajuk entry cam tajuk lagu jek.ekeke
saje jek layan jiwang karat memalam jumaat nan indah ni.
saat dan ketika ni.... zahra dah lena dibuai mimpi. skang ni, rajin tul bedak kecik tu ngigau time tidur.
ntah apesal ntah. ibuzahra cakap, sbb dia dah kurang tidur siang. sebab tu tidur malam smp mimpi-mimpi.entah lah..ye lah kot..
saat dan ketika ni jugak... papa baru nak lena.sok kalih kiri-kanan dari tadi.hehehe
papa kena tidur awal sebab sok awal pagi, papa nak bangun study tuk final exam.
papa nyer 1st paper 26-10-2010 neh.tengah gelabah lah tu.banyak lagi chapter tak cover.hehehe
orang dah lama tak study, bila jadik student semula gelabah gila lah nak exam.
hope papa dapat lah buat exam dia. semangat gila nak maintain 3.5 above CGPA dia. carry mark pun sebok dia maintain supaya dapat gak 3.5 semester ni.good luck,papa!!!

okeh, saat dan ketika ni...mama masih ngadap komputer. jakun sebab dah lama tak ngadap komputer. ye lah, dekat 3minggu takleh nak ON.windows problem.
malam semalam, bawak gi kedai tuyk install semula windows vista. tak pasal-pasal RM10 cina tu charge. lantaklah, janji leh ngadap internet memalam kan.hehehe
tapi, tauke cina tu ada gak cakap yang PC ni bebila masa akan rosak balik kalau tak reformat.
sementara dia hidup ni, tauke tu suruh buat back up.
punyalah semangat nak buat back up malam ni, papa pun gigih dok bawak kuar CD kosong nak burn semua harta karun dalam PC ni.sekali, langsung takleh nak burn.
bukan sebab CD jahanam ke hape, rupanya DVD/CD ROM ni takleh nak write.hampagas betul.
musnah harapan nak wat backup.
korang tau, apa yang patut mama buat?? copy semua harta karun dlm pendrive. maknanya, mama kena beli pendrive baru.pendrive yang ada ni, cuma 8gb.mana nak cukup.harta karun ni dekat 20gb. ada ke jual pendrive tuk 20gb??
atau..mama kena beli external hard disk?? skang ni, external hard disk leh dpt yg capacity dia besar kan??
duit bakal terbang lagi lah nampaknya ni..alahai..
baru berangan nak angkat beli Nokia C3 dan netbook.nampaknya, pendam jek la hasrat tu. kasi PC ni sihat walafiat dulu.huhuhu
dah, malas nak cerita pasal PC. lantak pi lah ngan PC neh.selagi bleh digunapakai, gunakan habis-habisan.hehe

meh imbas kenangan lalu.. ececeh, ayat skema disitu.ekeke
saat dan ketika ni... 3tahun lepas, 21-10-2007 mama baru jek blek beraya dari rumah adik-beradik mama, dan dok ngadap TV menyaksikan angkasawan negara mendarat dari angkasa lepas.
sambil-sambil papa urut belakang badan sebab dah mula sakit-sakit. pastu mak sapu kat perut minyak masak yang dicampur jerangau dan benglai sambil baca doa tuk kurangkan sakit,  sbb zahra dah mula mengeras dalam tummy mama...
teringat balik kenangan 3tahun lepas tu. terasa cepat betul masa berlalu...
sebab saat dan ketika ni... zahra dah besar panjang..tengah tidur lena atas katil mama.hehehe
esok.. 22-10-2010, tepat jam 5.05petang genaplah anak dara kesayangan mama, Nur Dhia Zahra binti Md Zahari 3tahun. macam tak percaya jek... **nilah, ayat tetiap tahun dok ulang bile tiba hari ulangtahun Zahra**
serius, mama macam masih tak percaya...anak yang mama kandung dalam perut selama 39minggu++, mama dah lahirkan dan dah besar pun. siap banyak pulak cakap sekarang ni
baru jap tadi, before dia tidur Zahra dok tanya ulang-ulang benda yang sama.hehe
masa Zahra lom pandai cakap last year, mama dok sibuk tanya bile lah Zahra nak pandai bercakap. tahun ni, mama pulak dah tak larat nak jawap soklan ulang-ulang Zahra tu.ekeke
kelakar bila ingatkan balik...
setiap tahun, mama harapkan yang terbaik tuk Zahra. rasanya, semua parent camtu kan?? bukan mama sorang jek kan...

tahun ni, mama jugak harapkan camtu..harap Zahra akan terus jadi anak yang terbaik buat mama dan papa, Zahra akan jadi kakak yang bertanggungjawab, jadi cucu kesayangan nenek, nenek jauh&atuk, jadi cicit kesayangan yoyot, jadi anak sedara kesayangan makcik&pakcik, jadi sepupu kesayangan dan jadi kawan yang baik... mama taknak Zahra garang-garang dengan orang yang tak berapa kenal, taknak Zahra buat muka sombong dgn orang yg jarang jumpa..mama nak Zahra ramah-tamah dan hormat orang tua..

okeh la, dah panjang sgt mama merepek ni, sok sambung entry tentang besday girl lagi eyh.samada mama buat atau tak besday party tuk zahra..tungguuuuu!!!

my lil sweet adorable princess ever!!!love u!!!

love: mamazahra ^__^

Sakit Lagi


[ihsan:yahoo image]

ni bukan kes sakit hati tau.
ni sakit yang betul-betul punya.tak tipu punya tau.
hari ni, ada check up kat klinik desa. normal check up.
pastu tatau plak aineh kena amik suntikan kancing gigi.

[ihsan:yahoo image]

sikit punya sakit tau suntikan ni.
bukan sebab nurse tu cucuk kuat-kuat, tapi mmg bisa ubat tu.
sampai nak angkat lengan sendiri pun tak boleh.
sengal-sengal jek tangan ni.
nurse tu memang dah cakap, suntikan ni sakit sikit.so, kalo tak larat baik gi MC jek.
memula tu, gigih lah takmo MC.nak gak masuk opis.
tak sampai 10minit lepas cucuk tu, dia punya sakit datang.
terus laju jek nak MC.hahaha

rehat sepuas-puasnya lah hari ni.
bantai tidur dari kul 11pagi sampai 1tghari.hahaha
puas hati!!!

p/s: esok jgnlah ada meeting.tangan masih sakit neh.huhuhu



love: mamazahra ^__^

Wednesday 20 October 2010

20.10.2010

cantik kan tarikh neh??
ada ke yang nikah hari ni?? punyalah taksub kat tarikh.ekeke
padahal mama pun sama...
gigih pilih tarikh tunang dan nikah sendiri semata-mata nak keramatkan tarikh yang best tuk diingati.egege
macam mama dan papa dulu, pilih 24-06 sebagai tarikh tunang semata-mata nak sama ngan tarikh besday mama dan nak nikah gak 24-12 sempena besday papa.gedik kan?gedik kan?hahaha.cuba korang bayangkan betapa menyampahnya kakak-kaka mama yang jelez sbb tak bleh pilih tarikh kahwin sendiri.hikhik
mama lah orang pertama dalam keluarga yang pilih tarikh sendiri tuk kawen, padahal kakak-kakak dan abang-abang dulu jangan harap nak pilih tarikh sendiri masa tunang atau kahwin.semua orang tua yang tetapkan. dan derang kena redha walopon tarikh tu cam tak best langsung.muahaha
sian kan.sian kan??hikhik
dah lah.mama bukan nak story pasal tarikh istimewa mama pun..
Hari ni...20.10.2010 adalah hari ulangtahun kak lang mama, SALINA BINTI ISNIN yang ke-45.
moga dipanjangkan umur , dilimpahkan rezeki yang halal & bahagia bersama suami, anak-anak, anak menantu & cucu.amin ya rabbal alamin~

perasan tak, hari ni gak 20.10.2010 genap setahun pemergian abang mama, Khambali bin Isnin.
semoga rohnya tenang disana dan ditempatkan dikalangan hamba-Nya yang beriman.
Al-Fatihah


love: mamazahra ^__^

Tuesday 19 October 2010

Jatuh Cinta Lagi

mama jatuh cinta lagi...
cinta pandang pertama...
sekali terpandang, terus jatuh cinta...
dia nampak sweet sangat pada mata mama dari depan ke, belakang ke,tepi ke...sweet sgtlah!!!
kalo pandang sebelah mata pun dah ketaq..sampai termimpi-mimpi tau!!!HOT gitu!!
sejak nampak dia buat permata kali, terus teringat-ingat...
kalo bleh nak sangat kat dia...tolonglah!!!
wahai papa, izinkan mama dapatkan dia eyh....pleaseee!!!!
serius..mama takleh menahan diri dah...
dah jatuh cinta sekali lagi..huuuuuuu
walopon mama tahu, dia ada kekurangannya...taklah PERFECT mana.
tapi, mama tetap nak kat dia!!!!

siapa dia tu??? gojes sgt ke??
sampai mama angau neh??

^

^

^

^

^

^

^

^

^

^

^

tengoklah...betapa sweetnya dia...
Nokia C3 hot pink :P
i loikeeee~
pandangan dari depan dah bleh buat mama cair tau...
wah...body belakang dia pun sweet kan???
dari tepi pun mengancam...auwww!!


ramping jek...i likeee~

harap dapat memilikinya dlm waktu terdekat  :))
itu pun, kalo papa izinkan lah...
features yg mengagumkan...warna yg sangat HOT...cuma dia ada kekurangan sikit, no 3G.susah woh kalo kena gi otstesen.xdapat menatapi wajah-wajah kesayangan mama..huhu

so, berbaloi tak nak miliki dia???

love: mamazahra ^__^

3 hari lagi

lagi 3 hari, anak dara kesayangan mama ni nak masuk 3tahun.
papa plan nak bawak dia gi jalan-jalan cari makan, makanya papa suruh mama apply cuti.
tetapi memandangkan cuti tahun mama dah nak pupus, maka tak dapatlah mama nak cuti on friday tu.
so, mama plan nak celebrate simple-simple jek besday cik kak tu. hanya 3 of us.
wiken nanti baru bawak besday girl jalan-jalan beli hadiah besday.
ada byk sgt plan dalam pale hotak mama yg geliga ni, sampai tatau nak buat pilihan.
skang mintak tlg korang, kalo ada idea bernas.plzz!!!!

Plan A
celebrate kat secret recipe
beli 1 slice jek kek kesukaan mama zahra
** acara WAJIB **
makan-makan & amik gambar
pastu bawak zahra gi MPH, kasi chance dia pilih buku kesukaan dia sebagai hadiah
hadiah sebenar,tunggu wiken.surprise!!
setel!!

Plan B
celebrate kat McD/KFC/Pizza
beli kek baskin robbin/secret recipe
** acara WAJIB **
setel!!

Plan C
celebrate kat Afnan Tomyam ** besday girl & papanya tekak melayu.manjang nak nasik**
beli kek baskin robbin/secret recipe
** acara WAJIB **
setel!!

tatau nak pilih!!!tolongggg!!!!


love: mamazahra ^__^

Opocot,mak kau!!

1) Name one person who made u laugh last night?
 Zahra…dia nyanyi lagu “ibu,engkau ratu hatiku” versi Zahra yg sgt lawak…wakaka..tp, tetap tersentuh  hati gak la.uhuk ** nanti mama share video tu eyh!!! **
 
2) What were u doing 1 hour ago?
Tengah gigih draft report, pastu curik2 survey barang baby tul lil DZ online sambil mengunyah samosa kentang yg sgt lazat.nyum-nyum ** mana tak gemuk??? **

3) What was da last thing you said out loud?
discuss ngan team leader pasal audit dari tempat duduk sendiri sbb malas nak berdiri.muahaha **mana vuntot tak labor**

4) Where's da next place you're going to?
Nak gi mkn lorr…tp tgh dok pikir nak lunch kat mana area port klang neh!!!udah bosannn!!!

5) What was da last thing u paid for?
Samosa kentang..3biji=RM1 plus dapat free sebiji vadeyy.yummeehh!!!

6) Where were u last nite?
ofkos, Bilik tidur (*__*)

7) What's da best ice-cream flavour?
World class chocolate & chocolate chip, baskin robbin.br belasah ahad lepas.nyum-nyum :)

8) Do u wanna cut your hair?
Nope!!!nak simpan panjang, pastu nak potong after deliver baby DZ

9) Do u love to 'melatah'?
Tak sukeee!!! Tapi, asek melatah jek tanpa rela.boleh???hehehe
Sbb mama memang cepat terperanjat ** penakut sebenarnya** , so bile terkejut, terus laju jek melatah walopon dah berkali-kali kena sound ngan mak,tak elok melatah.hikhik

10) If that so(melatah), what will u said out loud?
Ayat selalu sebut “opocot,mak kau!!!” atau apa jek perkataan yg tengah terpikir masa tu. Sbb tu tak suke melatah, nanti terbongkar rahsia.ekeke

11) What does da last text-msg received say?
selain Facebook alert sms :P, last sms terima dari opismet-Kak CT bagitau condition abah dia. ** moga pakcik cepat sembuh ye!!!**
12) Will u get married in da future?
masyaAllah, mintak jauh lah.kawen cuma sekali jek tau seumur hidup!! Tp, kalo amik gambaw kawen sekali lagi, nak lah!!!hikhik ** gataii **

13) Do u chew on your straw?
Tak sukee!!!lagi best kunyah air batu.i loiikeee~

14) Do u make-up your own words?
Ye lah, takde ciplak memana maa!!

15) Is there anyone u like/love right now?
Of koz.chenta hatiku…. Zahari,Zahra & lil Z dlm tummy :)

16) Tag to other 5 bloggers/more
i) Lily mamazara
ii) Eida mamadanish&si kecik yg baru lahir semalam :)
iii) Kak daia mummy dania,alisya&eryna
iv) Puteri1 a.k.a Mama aqilah & lil bb dlm tummy
v) Dan..semua follower yg sweet :)

** tapayah link pun kowang tahu sape korang kan???ekeke **malas senarnyee.ngeee**


love: mamazahra ^__^

Monday 18 October 2010

Kaitan Tabiat Semasa Mengandung dengan Jantina Bayi dlm kandungan??

korang pernah dengar tak,pasal kaitan tabiat masa mengandung dengan jantina bayi yg kita kandung??
selalunya kita dengar dari orang tua-tua pasal benda ni.
tak tahu samada teori ni betul atau kebetulan atau tak benar sama sekali...

tiap kali mengandung, [macamlah dah seploh kali ngandung.haih!!] kompom ada sedara-mara, kakak-kakak,abang-abang atau ipar-duai mama akan cakap benda ni.
kaitan tabiat/rupa paras mama masa mengandung dgn jantina baby dlm tummy.
antaranya....

1. kalo melawa jek time peknen..tandanya, nak dpt bb gegel dan kalo selekeh jek, nak dpt bb boboy [padahal, masa ngandungkan zahra dulu mama rasa selekeh sgt.pakai apa jek yg jumpa.main sanggam jek, janji leh masuk tang perut.hehehe.tp, gegel gak pun.cam takleh caya jek kan teori ni???kali ni nye peknen, mama suka jek melawa.kalo bleh, nak pakai baju baru manjang *sampai kena leter ngan papa.ahaks*.pastuh suka sgt mekap.adekah pompuan lagi???]

2. perut melebar..tandanya bb gegel dlm tummy & kalo perut runcing ke depan iaitu dari belakang tak nampak cam peknen..tandanya bb boboy [part ni, mama serius tak perasan.mama rasa same jek.kalo org lain yg peknen pun, mama takleh bezakan.hikhik.so???lelaki ke pompuan neh???egege]

3. punggung melebar, anak pompuan..dan punggung tak lebar, anak lelaki [mama rasa, time peknen kompom lebor la vuntot mama.tak penahnya kecik-molek.hikhik.adakah NDZ dlm tummy mama.wallahualam]

4. muka berseri-seri, bb gegel..dan muka kusam&berkerak, baby boy [yang ni no komen!!!tak dapat bezakan...sbb mama rasa cantik berseri jek muka aiii!!!sila tampar mama laju-laju.hahaha.padahal, muka dah lebar setalam.hikhik]

5. kulit cantik,halus&lembut..akan dapat baby girl dan kulit berkerak kat pelepat ketiak,leher,peha..akan dapat anak lelaki [tapi kan, mamanya celah pelepat skang ni serius berkerak cam tak mandi  dua minggu.padahal, tiap kali mandi mama dah sental abes-abesan guna berus dawai badan tp tetaplah berkerak.huhuhu.part yg paling sedih, papa pun tegur.hukhukhuk..so, adakah MDZ dlm tummy mama???kuang3]

6. masak terlebih manis, nak dpt bby girl (walopon korang rasa tak manis sgt pun!!!) dan masak lebih masin (walopon korang rasa dah kurangkan masin, tp org yg rasa tu rasa masin sgt2),akan dapat baby boy... [part ni, memang salu mama kena.walopon mama rasa masakan mama dah sehabis sedap dah, tp org yg merasa akan cakap masin...adakah baby boy dlm tummy mama ni????]

ye..mama mengaku, bedak capuk-capuk sbb dah berpeluh sakan,katanya nak solat zuhur dah.hikhik
tapi, tetap berseri kan????cepat angguk!!!kang mama babap!!

mancung ke depan kan perut mama???vuntot tak lebor setalam kan???
nak gak cakap baby dlm tummy adalah Muhammad DZ..hahaha

tak lebar kan perut mama???ke lebar???adekah Nur DZ dlm tummy???

kulit kusam ke?berkerak ke???oh tidakkk!!!!

mama tak kesah lah, janji baby sehat sempurna dlm tummy mama.tul tak??


p/s: Ahad ada appointment tuk 3D scan.nak tgk adik baby Zahra???tungguuu!!!



love: mamazahra ^__^

Bulan Bahasa & Bulan Membaca 2010

Bulan Oktober ni bulan membaca kan???
mama ada terbaca status kawan mama, dia seorang cikgu.so, rasanya dia lg arif kot.muahaha
nampak sgt lah, yg mama ni tak mengikuti perkembangan semasa ye tak???
ehhh!cakap bebaik sikit eyh...tp, mama mmg suka membaca tau.
tu salah satu hobi mama.
selain buku motivasi&buku agama, mama suka baca magazine cam mingguan wanita, aniqah,anis,pa&ma,mamy&baby etc.
kalo bleh, mama pun nak galakkan anak-anak mama tabiat suka membaca gak.
sejak zahra umur 6bln lagi, mama dah start belikan zahra buku.
masa dia kecik dulu, dia byk tgk gambar jek la.
skang ni, dia mmg dah kenal byk benda dlm buku tu.
tapi, satu jek yang mama tak suka.zahra ni kalo waktu siang, malas tul membaca.dia kan membaca bila malam jek, time nak tidur.
sekejap jek, pas baca sikit-sikit, terus tumbang.ekeke
time ni, dia lak yg ajar mama...Cc...cheese...
tapi kan, byk gak benda yg jarang zahra nampak live, dia tak tahu...takpe, zahra sayang..go slow eyh!!!
cepat jek zahra baca, dah Ss dah..hehe
cane tak abes cepat, sikit punya byk yg zahra skip.ekeke

muka pun muncung-muncung jek bile mama suruh abeskan baca..hahaha

selain masa nak tidur, dalam kereta pun Zahra suka membaca.
tapi, mama yg jadik mangsa lah.
kena bacakan tuk zahra..hehe
ni la, buku kesukaan zahra bile dlm kereta.sementara tunggu papa isi minyak kereta, atau papa singgah toilet kt petrolstation atau lampu merah...
dari kulit ke kulit mama kena baca tuk zahra...

buku Teater Muzikan Tun Mahathir ni mmg ada dlm kereta jek.
sebab anytime zahra cakap, "ma..nak baca..."
kompom, mama kena bacakan...


love: mamazahra ^__^

Chicken Lasagna dan potato salad

okeh, inilah menu lunch kami 3 beranak sabtu lepas.
sesekali, orang jawa nak jadik omputih.ekeke
ekceli, sabtu tu cam malas nak masak.kononnya takmo lunch sbb dah bekfes nasi lemak ayam.
sekali, lapar pulak pewot.
pastu dok carik apa bahan ada dalam peti.nampak cam bahan-bahan tuk buat western lunch ada cuma tak bape lengkap.so, belasah jek la..
mama gi dapur terus rebus kentang & lasagna.
maka, jadiklah chicken lasagna & potato salad versi mama.hentam jek la.

menu ni sesuai tuk makan 4org dewasa.
jom kita tengok apa bahan2nya...

bahan-bahan potato salad
2biji kentang saiz besar gabak[rebus tanpa buang kulit]
1bj telur [rebus.kalo ada telur dr rumah org kawen, lg senang citer.ekeke]
serbuk lada hitam,lada putih&garam [secukup rasa]
mayonis [4sudu makan]

cara-cara nak buat
lenyek kentang&telur guna senduk jek.jgn halus sgt, bg ketul2 sikit, baru sedap.hehehe
gaulkan dgn mayonis & rasakan dgn serbuk lada&garam
kalo ada daun sup bleh tabur, kalo xde biarkan jek.tu pun dah sedap.hehe

bahan-bahan lasagna ala mama
4keping lasagna [rebus sampai lembut]
** jgn sampai lembik, nanti koyak.agak2 jek eyh**

sos putih
2kpg cheese [lg byk lg sedap & pekat sos putih tu.yummehh!!]
susu segar/susu cair 1/2cwn [mama guna susu cair.tu jek yg ado]
serbuk lada hitam&putih, garam
** didihkan semua bahan dgn api kecil**

sos lasagna
1/2cwn ayam kisar
1senduk cili blender
1paket bolognaise sos [kalo rajin, buat seniri kuah spagetty.lagi bagus kalo ada balance kuah spageti mlm td.hehe]
** masak cam biasa.kalo guna sos segera. panaskan butter, masukkan cili,bile dah masak cili, masukkan ayam kisar&sos segera.dah siap!!!**

cara-cara nak buat
lapiskan sekeping lasagna, pastu bubuh sos lasagna,pastu sos putih.
ulang sampai abes ekk.
kalo ada balance sos putih tu, tuang jek.
bakar 15minit jek dlm oven

inilah menu orang malas.hikhik (*__*)


love: mamazahra ^__^

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!