MURTAD, berasal daripada perkataan Arab, bererti kembali atau orang yang kembali. Maksud dari perkataan ini ialah orang yang kembali ke agama asalnya setelah menerima Islam sebagai agamanya. Dari perspektif yang lain murtad bolehlah diertikan sebagai seorang Islam yang meninggalkan agama Islamnya tanpa mengira sama ada dia berasal daripada keturunan yang beragama Islam ataupun bukan dari keturunan beragama Islam.
Murtad bukan merupakan perkara baru dalam kehidupan umat Islam. Hal ini telah wujud dan berlaku sejak zaman permulaan Islam lagi, iaitu ketika Islam mula mengembangkan sayapnya di kepulauan Arab, di kalangan penganut agama Yahudi dan Nasrani.
Pada peringkat permulaan pengembangan, iaitu ketika Islam mula tersebar di kota Makkah, masalah murtad atau keluar dari agama Islam tidak timbul. Hal ini kerana orang yang memeluk Islam pada ketika itu benar-benar melakukannya kerana Islam. Mereka menganut agama Islam kerana yakin akan kebenarannya. Mereka memeluk agama Islam bukan kerana kepentingan atau sebab-sebab lain. Mereka yakin hanya Islam agama yang menjamin kebahagiaan dunia dan akhirat.
Mereka rela menanggung keperitan hidup atas nama Islam. Mereka juga rela diseksa dan sanggup dibunuh semata-mata kerana iman dan ketaqwaan. Hal ini terbukti melalui sikap Bilal bin Rabah, Ammar bin Yaasir, Suhaib Ar-Rumi dan ramai lagi yang teraniaya kerana memeluk Islam.
Apabila Islam mula tersebar luas di kepulauan Arab, semakin ramai yang menerima Islam sebagai agama. Tetapi tidak semua mereka yang menerima Islam itu semata-mata untuk Islam. Diantara mereka ada yang berkepentingan, atau mungkin kerana ikutan. Lantaran itu iman dan keyakinan mereka tidak tebal dan mereka mudah murtad, meninggalkan agama Islam.
Apabila berlaku sesuatu yang tidak menyenangkan dalam Islam atau apa yang mereka hasratkan tidak tercapai, mereka pun mencari jalan pendek mengisytiharkan diri keluar daripada Islam dan kembali kepada agama asal mereka ataupun menganut agama yang lain. Inilah dimaksudkan murtad.
Hal ini masih berlaku sekarang. Cuma pada hari ini ramai orang Islam dilahirkan oleh ibubapa mereka yang beragama Islam. Mereka menjadi Islam baka atau Islam keturunan.
Allah S.W.T dan RasulNya tidak memaksa manusia supaya menerima Islam sebagai agamanya. Tidak ada paksaan dalam soal memilih agama. Tetapi apabila manusia memilih Islam sebagai agamanya dengan kerelaan dan kehendaknya sendiri tanpa sebarang paksaan, mereka tidak boleh lagi meninggalkan Islam atau menganut agama yang lain.
Dalam zaman Rasulullah S.A.W. jika seseorang itu murtad, mereka diminta supaya bertaubat dan kembali kepada Islam. Andainya mereka enggan, mereka hendaklah dibunuh. Bertepatan dengan maksud sabda baginda;
"Barangsiapa yang menukarkan agamanya (dari Islam kepada agama lain) maka ia hendaklah dibunuh"
Satu kerugian besar bagi orang yang telah murtad ialah segala amalan baik yang dilakukannya ketika ia beragama Islam akan terhapus dengan sendirinya. Hal ini dijelaskan dalam Firman Allah S.W.T yang bermaksud;
"...dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) daripada agamanya (agama Islam) lalu dia mati sedang ia tetap kafir, maka orang-orang yang demikian rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan akhirat dan mereka itu ialah ahli neraka, kekal mereka di dalamnya (selama-lamanya)"
Ini adalah amaran Allah S.W.T. dan RasulNya supaya umat Islam tidak kira samaada berketurunan Islam atau yang baru memeluk Islam supaya tidak keluar meninggalkan agama Islam atau murtad dan masuk pula ke agama yang lain.
Di sinilah letaknya kekuatan iman dan taqwa dalam Islam, iman dalam diri seseorang Islam berperanan sebagai akar tunjang bagi sepohon pokok. Andainya akar tunjang pokok itu kukuh dan teguh, maka pokok itu tidak akan mudah tumbang menyembah bumi walaupun ditiup angin kencang dan ribut taufan. Begitu juga iman seseorang Islam itu. Jika kuat maka ia tidak mudah murtad walaupun disogok dengan berbagai-bagai pengaruh yang boleh memesongkan.
Semoga kita semua terselamat daripada pengaruh keduniaan yang seringkali menggugat aqidah dan keimanan umat Islam masa kini. Wallahua'alam.
* Ayat AlQuran tidak dimasukkan. Hanya mafhum dan pengertian sahaja untuk menjaga kesuciannya. Ya Allah, redhakanlah ‘ilmuku.
8Sahibus Samahah Zulfadhli Al Fahmi Abdul Hamid AsSarawaqi
E-mail: zulfadhli.alfahmi@gmail.com
”Dan di antara manusia ada orang yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredhaan Allah; dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hambaNya” (Surah Al Baqarah (2): 207)"
21.10.08
Menangis Yang Dituntut Syariat
Kata ahli Hikmah,"Dunia ini dimulai dengan tangis, dicelahi oleh tangis dan diakhiri dengan tangis." Menangis adakalanya dituntut oleh syariat. Abid yang menyintai Tuhan akan selalu menangis mengenangkan dosanya.Mereka memaksa diri menangis apabila mengenang nasib diri di hari akhirat dan membayangkan huru-hara pabila menjelang kiamat.Dalam hal ini menangis adalah dituntut. Setitis airmata yang jatuh kerana takutkan Allah akan dapat memadamkan api neraka di hari akhirat kelak.
Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w bersabda bahawa air mata dari tangisan pembuat dosa yang bertaubat adalah lebih disukai Allah dari tasbih para wali. Rasulullah s.a.w juga ada bersabda: "Kejahatan yang dibuat lalu menimbulkan rasa sedih adalah lebih baik dari kebaikan yang menimbulkan rasa takbur."Anas r.a berkata: Pada suatu hari Rasulullah s.a.w berkhutbah, lalu baginda bersabda dalam khutbahnya itu: "Andaikan kamu mengetahui sebagaimana yang aku ketahui, nescaya kamu akan sedikit ketawa dan banyak menangis." Anas berkata: seketika itu para sahabat menutup muka masing-masing sambil menangis teresak-esak.
Hari ini manusia terus menangis dan menangis, tetapi tangisan mereka amat jauh bezanya dengan tangisan para Nabi, Rasul dan sahabat. Jika orang soleh zaman dahulu menangis kerana mengenang nasibnya diakhirat tetapi orang hari ini menangis kerana takut kehilangan dunia. Tangisan ini datangnya dari sifat tamak dan tidak redha.
Kalau orang soleh takut berpisah dengan iman dan kecintaannya pada Allah, orang hari ini takut berpisah dengan dosa dan maksiat. Jika para Nabi dan rasul serta para sahabat takut menghadapi akhirat, orang hari ini seolah-olah berani dan tidak takut menghadapinya. Tetapi bila orang soleh berani menghadapi gelombang hidup duniawi, orang hari ini takut dan lemah hati dalam menghadapi kegagalan dan kekecewaan dalam hidup.
Menangis dan menangislah tapi biarlah kena pada tempatnya yang dibolehkan oleh agama. Apa akan jadi jika kita gagal diakhirat? Inilah sebenarnya kegagalan yang total... Jadi kalau perkara ini yang kita tangiskan, memang kenalah pada tempatnya. Abu Hummah(Shadujja) Bin Adilan Albahily r.a berkata: Bersabda Rasulullah s.a.w:"Tiada suatu yang lebih disukai oleh Allah dari dua titis dan dua bekas. Titisan airmata kerana takut kepada Allah dan titisan darah dalam mempertahankan agama Allah. Adapun dua bekas adalah bekas dalam perjuangan fisabilillah dan bekas perjuangan kewajiban kepada Allah." (Riwayat Attirmizi).

Tiada Ilah Melainkan Allah S.W.T.
Jika Penciptamu telah Maha Pemurah memberikan alat penglihatan bagimu pada waktu kamu masih berwujud daging dan segumpal darah dalam perut ibumu, kemudian Dia melengkapkannya dengan alat penangkap cahaya, sehingga kamu dapat melihat dan dapat membezakan apa yang ada disekelilingmu, baik yang jauh mahupun yang dekat.
Jika Khaliqmu telah memberikanmu pendengaran ketika kamu dalam rahim ibumu, lalu Dia lengkapkan dengan alat pendengaran, sehingga kamu dapat menangkap pelbagai gelombang suara. Dengan alat itu kamu dapat memperhatikan dan mendengar apa yang kamu perlukan, dapat menghimpun berbagai macam ilmu dan pengetahuan sampai kepadamu melalui alat pendengaran itu. Kamu juga dapat berbicara dan bergaul dengan masyarakat dunia melalui alat pendengaran yang sangat berguna itu.
Jika Khaliqmu telah memberikanmu kekuatan aqal, kesedaran, pengertian, perbezaan antara yang haq dan batil, sehingga dengan kekuatan aqal dan qalbu yang sedar kamu dapat dibezakan dari makluk yang lainnya. Dengan aqal yang diberikan-Nya kepadamu, kamu berhasil memanfaatkan benda-benda yang ada disekelilingmu untuk kepentingan hidupmu. Kamu berhasil menundukkan gunung, lautan dan daratan, kamu berhasil menyelam ke dalam lautan dan mengharungi angkasa raya.
Cubalah kamu renungkan, wahai manusia yang cerdik, seandainya kamu tidak mempunyai pendengaran, penglihatan dan aqal yang sihat, tentulah kamu tidak sanggup berpindah-pindah tempat untuk mencari tempat teduh yang aman. Kamu tidak akan menemukan makanan dan minuman dengan mudah. Kamu juga tidak akan sanggup menyelamatkan diri dari kebuasan haiwan dan keganasan manusia lainnya. Di saat itulah kamu akan berfikir, bahawa kematian adalah lebih baik bagi dirimu daripada hidup dalam keadaan buta, pekak dan tidak memiliki aqal yang sihat.
Kalau keadannya demikian, wahai anak manusia yang pintar, mengapa kamu tidak sependapat dengan kami? Bahawa kewajipan utama dan pertama umat manusia adalah beriman kepada Allah? Kewajipan utama lainnya ialah kamu harus menggunakan nikmat yang telah diberikan-Nya kepadamu untuk mengenal Dia, supaya kamu tahu apa maksud dan tujuan dirimu diciptakan.
Pernahkah kamu membayangkan, jika sampai Tuhanmu marah dan mengambil kembali apa yang telah diberikan-Nya kepadamu? Dia cabut pendengaranmu. Dia cabut penglihatanmu. Dia cabut aqalmu. Lalu adakah ada orang yang sanggup menggantikan semua perlengkapan yang engkau perlukan itu?
Tepatlah di dalam AlQuran, Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud*;
“Katakanlah, terangkanlah kepada mereka jika Allah mencabut pendengaran dan penglihatan serta menutup hatimu, siapakah Tuhan selain Allah yang kuasa mengembalikannya kepadamu? Perhatikanlah, bagaimana Kami berulang kali memperlihatkan tanda-tanda kebesaran Kami, kemudian mereka tetap berpaling juga” (Surah AlAn’am : 46)
Begitulah seharusnya sikap kita, iaitu menggunakan nikmat yang sudah tersedia untuk mengenal Khaliq, serta menggunakannya di jalan kebaikan supaya Allah S.W.T. tetap redha kepada kita. Sebagaimana Firman Allah S.W.T yang bermaksud;
“Maka ingatlah Allah, sebagaimana Dia telah mengajarkan kepadamu apa yang belum kamu ketahui.” (Surah AlBaqarah : 239)
Dengan demikian, kita akan termasuk ke dalam golongan orang-orang yang taat dan bersyukur kepada-Nya. Disamping itu, kewajipan utama dan pertama bagi seorang manusia yang beraqal ialah patuh pada perintah Tuhannya yang berFirman;
“Maka ketahuilah bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah” (Surah Muhammad : 19)
Kita harus benar-benar yakin dengan kalimah tauhid ini dan janganlah sampai aqidah kita menjadi goyang dan juga supaya kita masuk ke dalam golongan orang yang mampu melihat hakikat keimanan kepada Allah S.W.T, melalui jalan ilmu pengetahuan. Dengan demikian, manusia telah mengangkat darjat dirinya dari orang yang buta dan pekak, yang tidak mahu mengakui kebenaran Tuhan menjadi orang yang mencintai Allah S.W.T dengan kesedarannya sendiri. Walahu’alam.
“Ya Allah, limpahkanlah rahmat kepada junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarganya serta para sahabatnya, dengan limpahan rahmat yang aku dapat memperoleh rahsianya di dalam menghafaz AlQuran dan mengamalkannya. Dan berikanlah aku rezeki daripada AlQuran itu berupa ilmu yang bercahaya, serta limpahkan keselamatan yang banyak.”
* Ayat AlQuran tidak dimasukkan. Hanya mafhum dan pengertian sahaja untuk menjaga kesuciannya. Ya Allah, redhakanlah ‘ilmuku.
Zulfadhli Al Fahmi Abdul Hamid AsSarawaqi
E-mail: zulfadhli.alfahmi@gmail.com
”Dan di antara manusia ada orang yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredhaan Allah; dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hambaNya” (Surah Al Baqarah (2): 207)

19.10.08
Subscribe to:
Posts (Atom)