Resepi Biskut 2016 - Biskut Pinky Blueberry



BAHAN-BAHAN


BAHAN

(1 ADUNAN)
Butter
250gm
Gula halus
100gm
Kuning telur
1biji
Esen vanila
1sudu teh
Tepung jagung
100gm
Tepung gandum
250gm
Tepung beras
2 sudu besar
Cornflakes
1/2 cawan dan dikisar
Susu tepung
2sudu besar


TOPPING:

Coklat perisa strawberry
Blueberry paste

CARA-CARA

1. Satukan tepung jagung, tepung gandum, tepung beras, susu tepung dan cornflakes kiasar.

2. Butter dgn gula diputar hingga sebati. Kemudian masukkan kuning telur dan esen vanila, putar seketika.

3. Masukkan campuran tepung tadi ke dalam adunan di atas dan gaul hingga sebati. Jika adunan lembik, campurkan adunan dengan tepung gandum sedikit demi sedikit.

4. Atur paper cup ke dalam paper cup tray. Kemudian ambil sedikit adunan, buat seperti bebola kecil dan masukkan dalam paper cup. Tekan bebola tersebut sebingga rata permukaan nya.

5. Bakar biskut tadi dengan suhu 120 Âșc sehingga masak. Setelah masak sejukkan terlebih dahulu biskut tersebut sebelum letak topping.

6. Masak coklat strawberry secara ”double boiler” sehingga coklat cair. Pipingkan coklat di atas biskut yang sejut tadi, hentak-hentakkan sedikit tray tersebut supaya coklat tersebut sama rata. Titikkan blueberry paste keatas coklat yang panas tadi dan lorekkan dengan pencungkil gigi. Biarkan sehingga coklat mengeras. Boleh juga masukkan biskut tadi kedalam  chiller supaya coklat cepat keras.

7. Setelah coklat keras, simpan biskut di dalam bekas kedap udara.


            SELAMAT MENCUBA 

El Nino: Sayangi Bunga-bungaan Kita



Pesanan buat diri sendiri. Musim panas El Nino yang melanda dijangka lebih panjang masanya. Bukan manusia sahaja merasa bahang panas yang luarbiasa, malah tumbuh-tumbuhan dan haiwan juga.

Jangan lupa, bunga-bungaan kita juga memerlukan air yang cukup. Klau boleh siraman perlu lebih kerap untuk mengurangkan panas berlebihan tanaman kita. Sedangkan kain pun boleh cuci 3-4 kali sehari sebab cepatnya kering :)

Walau apapun jua, tetap juga masih banyak nikmat yang kita guna setiap hari kurniaan Allah s.w.t. Semoga cuaca panas cepat reda seperti sediakala..amin

SALAM MAULIDURRASUL : KENALI BIODATA RASULULLAH



Hari ini 12, Rabiul awal 1436 H. Hari memperingati ulang tahun kelahiran baginda Nabi Muhammad s.a.w. Umat Islam amat terhutang budi kepada beliau. Beliau sayangkan ummat baginda. Bagai mana dengan kita, adakah kita kenal siapakah baginda...?

Mari kita mengenali lebih dekat biodata Rasulullah s.a.w.

Nama: Muhamad bin Abdulllah bin Abdul Muthalib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Qusai bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab

Nama-nama lain :
Ahmad, Al-Mahi, Al-Hasyir, Al-A’qib, Al-Mutawakkil.

Nama-nama Gelaran :
• Abu Qasim, Al-Amin.

Bangsa :
• Arab Quraisy

Agama :
• Islam

Tarikh Lahir :
• Hari Isnin
• 12 Rabi’ul Awal Tahun Gajah ( Riwayat lain 9 Rabiu’l Awal )
• Bersamaan 20 April 571 Masihi.

Bidan Nabi :
• Ummu Mas’ud.

Tempat Lahir :
• Di Syua’ib Bani Hashim di Makkah.

Bilangan Adik-beradik :
• Anak tunggal [ anak yatim ].

Nama Ibu :
• Aminah binti Wahab bin Abdu Manaf bin Zahrah bin Kilab.

Nama Ibu Susuan :
• Thuwaibah [ hamba Abu lahab ], Halimah bt. Abu Zuaib as-Sa’diah.

Nama-nama Pengasuh :
• Aminah, Thuwaibah, Halimatun as-Sa’diyah, Barakah al-Habsyiyyah digelar Ummu Aiman, hamba perempuan bapa Rasulullah SAW.

Nama-nama Isteri :
• Khadijah bt. Khuwailid, Saudah, A’isyah bt. Abu bakar, Hafsah bt. Umar, Zainab bt. Khuzaimah, Hindun bt. Abi Umaiyah, Zainab bt. Jahsyi, Juwairiah bt. Al-Haris, Ramlah bt. Abi Sufian, Sufiah bt. Huyi, Maimunah bt. Al-Haris.

Nama-nama Anak :
• Qasim, Abdullah, Ibrahim, Fatimah, Zainab, Ummu Kalsum, Ruqayyah.

Nama-nama Bapa Saudara :
• Hamzah, Al-Abbas, Abu Talib, Abu Lahab, Az-Zubir, Abdul Ka’bah, Al-Muqawim, Dhirar, Qusam, Al-Mughirah, Al-Ghaidak.

Nama-nama Emak Saudara Sebelah Ibu Dan Bapa :
• Sufiah, A’tikah, Barrah, Urwa, Umaimah, Ummu Hakim Al-Baidha’.

Bapa Saudara Dan Emak Saudara Yang Memeluk Islam :
• Hamzah, Al-A’bbas.
• Sufiah, Urwa.

Nama-nama Hamba Sahaya Perempuan :
• Mariah al-Qibtiah, Raihanah.

Nama-nama Hamba Lelaki :
• Aslam, Abu Rafi’, Sauban, Abu Kabsyah Sulaim, Syurqan, Yasar Nubi.

Nama Anak Angkat :
• Zaid bin Harithah bin Syarahil.

Nama-nama Khadam :
• Anas bin Malik, Abdullah bin Mas’ud, ‘Uqbah bin ‘Amir, Asla’ bin Syarik, Bilal bin Rabah, Abu Zar al-Ghiffari.

Setiausaha Nabi Sebagai Pencatat Al-Quran :
• Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, Zubir, Amir, Amru Al-‘As, Zaib bin Thabit, Muawiyyah, Ubai bin Kaa’b, Abdullah bin Rawa.

Setiausaha Sulit :
• Huzaifah b. Yaman.

Sifat Fizikal :
• Badan tinggi sedang.
• Rambut ikal mayang.
• Muka bulat, putih kemerahan, mata hitam gelap.
• Bulu dada nipis, keseluhan badan tidak berbulu.
• Bulu mata panjang, suara kasar, gigi hadapan renggang.

Sifat-sifat Yang Wajib Bagi Seorang :
• Siddiq [ benar ], Amanah [ jujur], Tabligh [ menyampaikan ], Fatanah [ bijkasana ].

Sifat-sifat Yang Mustahil:
• Kazib [ dusta ], Khianah [ pecah amanah], Kitman [ menyembunyikan ], Baladah [ bodoh].

Sifat-sifat Yang Harus :
• Makan, minum, tidur, berkahwin, sakit, demam.

Pendidikan :
• Al-Ummiy [ tidak pandai membaca dan menulis ].

Pekerjaan :
• Gembala Kambing.
• Berniaga.


Perlantikan Menjadi Nabi dan Rasul
 • Umur 40 tahun di Gua Hira’.

Guru Pertama :
• Malaikat Jibril ‘Alaihi Salam.

Tugas Utama :
• Menyeru manusia menyembah Allah SWT.

Jawatan Yang Diamanahkan :
• Menjadi Nabi.
• Menjadi Rasul kepada umat manusia dan jin .
• Ketua Pemerintah kerajaan Islam di Madinah.

Keistimewaan :
• Sebaik-baik makhluk yang dicipta.
• Mempunyai mukjizat terbesar dan terutama Al-Qur’an.
• Penghulu dan penutup segala Nabi dan Rasul [ Khatamun Nabiyyin ].
• Manusia pertama masuk Syurga.

Gelaran Dari Kalangan Nabi :
• Ulul ‘Azmi ŰŁÙˆÙ„ÙˆŰ§Ù„ŰčŰČم [ banyak menempuhi ujian berat daripada Allah ].
• Ű”لى Ű§Ù„Ù„Ù‡ Űčليه ÙˆŰłÙ„Ù…

Kenangan Manis :
• Dibawa melancong dalam peristiwa Isra’ dan Mi’raj.

Kenangan Pahit :
• Diusir oleh penduduk Ta’if.
• Semasa peperangan Uhud.

Pengalaman Pertama Menerima Wahyu
• Turunnya al-Quran Ayat Iqra’ [1-5 ayat, di Gua Hira’] pada 12 Rabiu’l Awal.

Pengalaman Yang Paling Menakutkan :
• Ketika melihat rupa asal Malaikat Jibril a.s. di ruang angkasa.

Hijrah ke Madinah
• Umur 53 tahun ditemani Abu Bakar as-Siddiq, sampai Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal bersamaan 24 September 622M.

Orang Yang Pertama Didakwah Dan Memeluk Islam :
• Lelaki Dewasa : Abu Bakar as-Siddiq.
• Perempuan Dewasa : Khadijah [ isteri Nabi ].
• Kanak-kanak : Ali bin Abu Talib.
• Hamba : Zaid bin Harithah.

Sahabat-sahabat Kanan
• Abu bakar as-Siddiq.
• Umar al-Khattab.
• Uthman bin Affan.
• Ali bin Abu Talib.

Mertua Dan Menantu Dari Kalangan Sahabat :
• Abu Bakar dan Umar [ mertua ].
• Uthman dan Ali [ menantu ].

Berita Yang Mengembirakan :
• Keislaman Umar bin al-Khattab.

Berita Yang Menyedihkan :
• Kematian Khadijah bt. Khuwailid [isteri Nabi].
• Abu Talib bin Abdul Mutalib [bapa saudara Nabi].
• Hamzah bin Abdul Mutalib [bapa saudara Nabi].

Peristiwa Yang Mengembirakan :
• Pembukaan Kota Mekah.

Penglibatan Dalam Peperangan :
• Peperangan Badar , Uhud , Khandak , Khaibar , Al-Fath , Hunain , Tabuk.

Nama Tempat Yang Pernah Dilawati :
• Syam , Baitul Maqdis [ Palestin ].

Catat Rekod Dunia :
• Pengembaraan yang jauh dari bumi ke langit sehingga ke Sidratul Muntaha bermula selepas waktu Isya’ hingga sebelum masuk waktu Subuh [ Isra’ & Mi’raj ].

Isteri Yang Paling Disayangi :
• ‘Aisyah [ ketika kesemua isteri-isteri Nabi masih hidup ].

Anak Yang Paling Disayangi :
• Fatimah.

Cucu Yang Paling Disayangi :
• Hassan bin Ali.
• Hussin bin Ali.

Sahabat Yang Paling Disayangi :
• Abu Bakar.  

Nasihat Nabi :
• “Jadikanlah kamu sebagai orang musafir yang sedang dalam perjalanan.”
Wasiat Nabi :
• Dalam Khutbah Wida’ [ Khutbah Selamat Tinggal ] “Aku tinggalkan dua perkara , kamu tidak akan sesat selama-lamanya sekiranya kamu berpegang dengan keduanya iaitu Kitab Allah dan Sunnahku.”

Syafaat Nabi :
• Kepada umat yang sentiasa berselawat ke atasnya.

Tarikh Wafat :
• Waktu pagi hari Isnin.
• 12 Rabiu’l Awal 11 H bersamaan 8 Jun 632M
• Umur 63 tahun , 4 hari.

# JOM BERSELAWAT..

Biskut Raya Versi 2014


Pejam celik, pejam celik..dah pun sampai ke penghujung Syawal. Walau bagaimanapun, suasana hari raya masih meriah di sesetengah tempat. Ada juga yang masih lagi buat kuih raya sebagai tambahan kepada kuih raya yang semakin berkurang, dalam pada acara kunjung-mengunjung masih lagi rancak.

Program rumah terbuka juga nampaknya masih lagi berlangsung untuk tempoh 10 hari lagi :). Alhamdulillah, kepada yang telah selamat berpuasa sebulan, dan ditambah pula dengan puasa sunat 6 Syawal... semoga amalan kita diterima Allah s.w.t hendaknya di samping menikmati kemeriahan Syawal.



RESIPI ISTIMEWA BLUEBERRY ALMOND SLICE UNTUK AIDIL FITRI




RESIPI


BAHAN

1 ADUNAN
BUTER
250 gm
MAJERIN
30 gm
GULA AISING
60 gm
ESEN VANILA
1 sudu  teh
TEPUNG KENTANG
100 gm
TEPUNG GANDUM
250 gm
CORNFLAKES
½ cwn di kisar
BAHAN HIASAN :
Jem blueberry atau jem kegemaran yang lain
Almond slice secukup nya
TOPPING:
2 biji telur ambil putihnya sahaja
150 gm gula aising
1 sudu teh tepung jagung
Pukul putih telur dan gula dengan kelajuan maksima. Campur tepung jagung. Pukul hingga kental (jika di terbalikkan adunan tak jatuh).

CARA MEMBUATNYA :

Campurkan tepung gandum, tepung kentang dan cornflakes kisar hingga rata kesemuanya. 
Putar mentega, gula aising dan esen vanilla hingga sebati. 
Masukkan campuran tepung tadi sedikit demi sedikit hingga habis dan menjadi doh yang lembut . 
Canai doh dan terap dengan acuan kegemaran anda. 
Cucuk biskut tadi dengan garpu atau pencungkil gigi.. 
Bakar biskut dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175 C selama 10 - 12 minit @ hingga kekuningan. 
Angkat biskut dan sapu dengan jem. 
Kemudian pipingkan topping di atas jem tadi. Atur almond slice di atas topping tadi. 
Akhir sekali bakar semula biskut tadi hingga masak. 
>> SELAMAT MENCUBA <<


COKLAT HADIAH HARI GURU 2014


Alhamdulillah... Sebahagian hasil tangan ibu sebagai tanda terima kasih kepada para guru. Orang yang bertungkus lumus memberi tunjuk ajak kepada anak-anak. Biarpun kecil dari segi harganya, namun tanda penghargaan adalah lebih utama...

Selamat Hari Guru



REKAAN KHAS BUAT MAJLIS PERPISAHAN GURU BERPINDAH.



Sudah lumrah sebuah majlis akan diadakan bagi meraikan seseorang yang disayangi apabila hendak berpindah. Tidak kira samada orang dewasa, belia atau remaja..hatta kanak-kanak.

Inilah “Puding Lapis Empat Rasa” sebuah ‘tanda perpisahan’ buat seorang guru yang akan berpindah. Walaupun tidak seberapa dari segi harga, tetapi nilainya tidak terkira. Apatah lagi hasrat untuk mengadakan jamuan perpisahan adalah daripada murid-murid Tahun 4 Bestari.

“Salam Perpisahan”

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh saya menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi..



# Puding Lapis Empat Rasa; sayangnya tak ambil gambar yang sudah dipotong. Lapisan pertama, pudding roll cake. Lapisan kedua, pudding coklat tabor coklat rice. Lapisan 3, pudding marble vanilla. Lapisan 4, pudding serikaya.

PANDUAN MEMUKUL TELUR PUTIH



Sebagai ‘tukang masak’ biskut dan kek pastinya tidak boleh lari daripada memukul telur di dalam penyediaan masakan. Namun masih ramai yang tidak mementingkan langkah-langkah terbaik bagi menghasilkan biskut dan kek berkualiti.

Sukacita kami ketengahkan beberapa tips yang boleh membantu meningkatkan kualiti biskut dan kek anda:

1.       Pastikan peralatan dalam keadaan bersih dan kering
2.       Saiz mangkuk hendaklah sesuai dengan kuantiti telur yang digunakan
3.       Perlahankan kelajuan pemutar sebelum menambah gula ke dalam adunan telur
4.       Gula ditambah hendaklah sedikit demi sedikit, setelah gula hancur baru ditambah lagi dan begitulah seterusnya.

p/s  kesan air atau minyak pada mangkuk adunan atau pemutar akan menyebabkan telur putih tidak akan mengembang.

  

TIPS PENTING SEBAGAI ASAS BUAT BISKUT BERKUALITI



Ramai yang ambil mudah terhadap proses membuat biskut dengan hanya mementingkan resepi semata-mata. Sedangkan sekiranya kita dapat mengamalkan petua-petua tertentu, ianya bakal menjadikan proses membuat biskut lebih sistematik dan biskut kita lebih berkualiti.

1. Baca dahulu keseluruhan resipi dan kumpulkan semua bahan dan alat-alat yang diperlukan

2. Gunakan bahan-bahan pada suhu bilik untuk campuran yang sempurna, melainkan diarahkan sebaliknya.

3. Bahan kering perlu disukat menggunakan sudu atau cawan penyukat, penuhkan cawan atau sudu kemudian ratakan dengan menggunakan belakang pisau.

4. Pastikan bahan-bahan penaik disukat dengan tepat

5. Apabila memeriksa sukatan cecair, hendaklah menggunakan cawan sukatan pada aras mata.

6. Susun biskut di dalam dulang pembakar dengan jarak yang sama.

7. Pastikan saiz biskut adalah seragam bagi memastikan tahap pembakaran tiap biskut adalah sama yang akhirnya akan memberikan kualiti yang sama

8. Gunakan lelemak sayuran untuk menyapukan gris pada kertas pembakar, penggunaan majerin atau mentega akan menyebabkan ianya mudah terbakar

9. Dulang pembakar perlu diletak pada bahagian tengah ketuhar ketika membakar.

10. Panaskan ketuhar terlebih dahulu 15 minit sebelum memulakan pembakaran biskut

11. Sejukkan dahulu biskut di atas rak dawai sebelum memasukkannya ke dalam bekas

12. Gunakan bekas yang berasingan untuk setiap jenis biskut yang berlainan jenis.

Kredit: Chef Wan




BIJAK BELANJA MENANGANI TAHUN HARGA BARANG NAIK


Setiap kali kedatangan tahun baru, kita pun mulalah mengimbau apakah pencapaian yang telah diperolehi sepanjang setahun yang lalu.. Ramai yang telah mencapai apa yang telah dirancang sejak awal tahun dahulu dan tak kurang juga yang terpaksa ‘carry forward’ apa yang belum tercapai.

Namun masih banyak sebab yang boleh dijadikan ‘kenapa’ kita perlu terus bersyukur. Sebenarnya, pencapaian bukan dalam bentuk kebendaan semata-mata, tetapi mungkin tanpa kita sedarai banyak pencapaian lain yang kita perolehi seperti pencapaian anak-anak, bilangan anak, nikmat kesihatan
berbanding orang lain dan berbagai-bagai lagi nikmat yang telah kita kecapi.

Kemungkinan juga pencapaian diperolehi dalam bentuk kerohanian. Ilmu agama telah bertambah daripada tahun lalu, solat awal waktu, lebih banyak tolong orang dan sebagainya. Tidak semua pencapaian dapat diukur dari segi kuantitatif sekiranya jumlah sama, tatapi cuba pula kita hayati secara kualitatif iaitu kualiti pencapaian kita.

Semoga kedatangan tahun 2014 lebih cemerlang, diberkati, dirahmati dan lebih baik daripada tahun 2013 dari berbagai aspek buat kita.
 
 

Dengan kos sara hidup yang dijangka meningkat (tak pasti berapa banyak), elok juga 2014 dijadikan tahun berbelanja dengan lebih berhemah untuk skop keluarga sendiri. Di samping anak-anak juga dapat mencontohi corak perbelanjaan kita untuk masa depan mereka yang lebih mencabar.

Suka saya kongsikan pesanan Rasulullah s.a.w. supaya kita bersedekah apabila menghadapi kesulitan kewangan.. memang pelik tetapi inilah satu formula yang sangat berkesan. Bukan juga jumlah sedekah yang menjadi ukuran tetapi berapa ikhlas kita dalam memberi sedekah.

 
“SALAM TAHUN BARU 2014”


TIPS BUAT KUIH RAYA MANTAP



Kerap juga berlaku walaupun berat timbangan bahan dah tepat,
tetapi biskut kadang kala terkeras. Ini adalah kerana beberapa kemungkinan yang kita tidak beri perhatian..

1. Tepung gandum diayak terlebih dahulu. jika biskut yang menggunakan serbuk penaik atau soda, sebaik-baiknya diayak bersama tepung gandum. Atau pun ada lain-lain tepung seperti tepung jagung atau tepung kastad yang turut digunakan juga perlu di ayak bersama.

2. Pastikan anda menggunakan gula halus untuk mendapat ‘hasil biskut’ yang lebih rangup.

3. Pastikan ketuhar sudah cukup panas sebelum memasukkan biskut

4. Penggunaan telur sebaik-baiknya di dalam suhu bilik

5. Sekiranya mentega disimpan di dalam peti sejuk, pastikan ia dikeluarkan terlebih dahulu.

Semoga kuih raya tahun ini lebih 'umph' daripada tahun-tahun lepas hehe  :)


Rahsia Rumpai Laut


Kolegen Rumpai Laut merupakan satu sumber gizi yang sihat dan bermanfaat untuk tubuh badan. Mempunyai nilai  nutrisi kolagen 10x  ganda lebih tinggi daripada sirip ikan yu  dan 24%  kolagen rumpai laut ini bersamaan dengan 2 keping sarang burung layang-layang serta mengandungi kalsium 37 kali lebih tinggi daripada hati ikan.

Manfaatkan hasil khazanah alam untuk kualiti hidup yang lebih bermutu...

Buat Duit Raya Dengan Kuih Raya



Ketika musim raya, ramai yang pokai. Tahukah anda apa puncanya?

Baju raya anak, tukar langsir baru, duit raya, cat rumah dan macam-macam lagi.

Selain itu, salah satu punca mereka (mungkin anda sendiri) pokai adalah kerana terpaksa memenuhi keperluan menjamu tetamu dengan kuih raya.

Kini, kuih raya adalah satu keperluan yang mesti ada dalam setiap isi rumah setiap kali tiba musim perayaan khususnya Hari Raya.

Anda ingat tak dulu betapa seronoknya kita semasa zaman kanak-kanak di mana kita turut membantu ibu bapa, makcik-makcik, nenek membuat kuih raya, menganyam ketupat, membakar lemang, manakala kakak-kakak kita pula sibuk mencuba resepi-resepi terkini kuih raya moden?

Zaman tersebut sudah berlalu dibawa arus kemodenan.

Wanita-wanita yang dahulunya akan sibuk di dapur setiap kali menjelang musim raya, kini sudah berkerja di syarikat-syarikat korporat, kilang-kilang, pasaraya-pasaraya sekurang-kurangnya 8-9 jam setiap hari. Komitmen di tempat kerja menyebabkan mereka tidak dapat lagi menyediakan sendiri kuih raya. Oleh kerana mereka berkerja, maka mereka ada kuasa membeli yang agak tinggi. Oleh itu, sebagai alternatifnya, mereka akan membeli kuih raya dari mana-mana pembuat kuih raya bagi memenuhi keperluan di hari lebaran. Senang, cepat dan mungkin lebih sedap berbanding kuih raya buatan sendiri.

Tahukah anda bahawa 1/3 daripada tenaga buruh di Malaysia adalah wanita. Menurut banci pada 1995, 47.1% wanita (lingkungan umur 18-50 tahun) di Malaysia adalah pekerja iaitu sebanyak 2.9 juta orang. Itu adalah 1995, bayangkan situasi sekarang. Sudah pasti jumlah tersebut semakin bertambah.

Jumlah wanita bekerja yang semakin bertambah dan kekurangan kemahiran dan masa untuk membuat kuih raya di kalangan wanita berkerjaya juga amat menyumbang kepada permintaan kuih raya ‘ready made’.

Peluang besar buat anda……Apa yang boleh anda lakukan?

1. Buat kuih raya
2. Pembekal kuih raya
3. Penjual kuih raya

Ketiga-tiga skop bagaimana menjana pendapatan dengan Kuih Raya telah kami huraikan dengan panjang lebar di dalam ebook ’Rahsia Kuih Raya’..... Rahsia bagaimana pengusaha-pengusaha kuih raya mengaut keuntungan selama ini.. http://www.rahsiakuihraya.com/

Bun, Pau dan Pizza..


Ramadhan bakal menjelma tidak lama lagi. Lepas tu hari raya..... Bahang hari raya dah mula terasa, kedai-kedai pakaian, perabot, keperluan membuat kuih raya dah mula merancang jualan mereka.


Tentu sekali ramai yang mula mencari resepi-resepi baru untuk juadah berbuka puasa. Kepada yang berminat untuk belajar membuat bun, pau dan pizza tetapi tiada masa nak ke kursus bolehlah dapatkan DVD video step by step ini.... Belajar dari rakan saya yang berpengalaman kerja di hotel.

Anda akan diajar melalui video yang sangat terperinci dari asas sehingga pandai. Ramai yang telah berjaya melalui panduan video ini.

Apa yang anda akan pelajari dalam video ini:

Modul 1: Membuat Bun Original

Modul 2: Membuat Aneka Inti Bun

Modul 3: Membuat Aneka Bun Special

Modul 4: Membuat Pau Original

Modul 5: Cara Menggunakan Mesin Mixer dan Industrial Oven

Modul 6: Cara Pembungkusan Bun

Modul 7: Cara Pengiraan Kos

Semua modul di atas diajar melalui video step by step.
Ada lagi Bonus: ebook pizza

Untuk lebih detail sila klik pada banner di bawah

Teknik Turunkan Berat Badan Tanpa Risiko


Masalah obesiti dalam masyarakat Malaysia semakin membimbangkan. Malah masalah ini telah menjadi punca kepada munculnya pelbagai penyakit kronik dalam diri penghidap obesiti seperti tekanan darah tinggi, sakit jantung, stroke dan banyak lagi.


Apa yang lebih menakutkan, penghidap obesiti berisiko untuk mengalami kecederaan pada bahagian organ dalaman. Seterusnya, kecederaan itu boleh menjadi semakin serius sekiranya obesiti yang dialami tidak diatasi.

Oleh itu, seseorang yang menghidap obesiti seharusnya menurunkan berat badan mereka bagi mengelakkan pelbagai masalah yang lebih besar timbul. Untuk turunkan berat badan, mereka perlu menggunakan teknik neutral yang tidak berisiko.

Jadi, mereka boleh bermula dengan mengamalkan atau memperbetulkan tabiat pemakanan salah kepada diet yang lebih betul dan teratur. Untuk bermula, ianya sangat mudah. Anda boleh mula sedikit semi sedikit dengan mengawal pemakanan anda selama ini.

1. Kurangkan Makanan Berlemak & Berkolesterol

- Secara umumnya, lemak dan kolesterol diakui penyebab kepada obesiti. Ianya banyak terkandung dalam daging, mentega, keju, kentang goreng dan lain-lain. Biasanya, lemak dan kolesterol boleh didapati dalam kesemua makanan segera. Contohnya Kentucky Fried Chicken (KFC). Selama ini, pusat makanan itu mungkin favourite anda. Apa kata selepas ini anda elakkan dari berkunjung ke sana. Sekaligus mengurangkan pengambilan makanan yang kurang berkhasiat itu.


2. Kurangkan Gula

- Antara makanan bergula yang menyumbangkan kalori tidak berkhasiat kepada badan adalah seperti aiskrim, minuman berkarbonat, coklat dan kek. Dengan memakan makanan itu, ianya bukan setakat menyebabkan anda gemuk malah berisiko untuk mendapat kerosakan gigi yang teruk, kencing manis, serangan jantung dan lain-lain penyakit kronik. Anda mungkin perlu membuat jadual khusus pengambilan makanan bergula agar tidak terlebih mengambilnya.


3. Kurangkan Garam

- Jika makanan bergaram diambil dalam kuantiti yang banyak secara kerap, ia boleh menjemput penyakit seperti tekanan darah tinggi. Malah, bahagian di bawah kulit boleh mengandungi banyak air disebabkan kandungan natrium yang tinggi dalam badan. Anda boleh mengelak dari terambil garam yang banyak dengan menghindari makanan seperti kentang goreng, makanan dalam tin, makanan ringan dan sebagainya.


4. Kurangkan Kafien

- Kafein dikatakan ubat tahan mengantuk kepada sesetengah orang. Sebenarnya, dengan pengambilan kafein secara kerap, ia menyebabkan seseorang itu mudah mengalami cemas, letih, susah tidur, sakit kepala dan lain-lain. Kafein juga mampu meningkatkan kuantiti gula dalam darah. Maka ia berkaitan dengan huraian gula di atas. Apa kata selepas ini anda banyakkan minum air masak daripada mengambil minuman berkafein. Ianya lebih berkhasiat dan baik untuk badan.


5. Kurangkan Bahan Perasa

- Kebiasaannya, bahan perasa seperti monosodium glutamate (MSG) banyak terkandung dalam makanan tin, makanan ringan dan sebagainya. Ia dicampur untuk menambahkan kelazatan seseuatu makanan. Tetapi, ramai yang tidak tahu bahawa bahan perasa itu boleh mengundang penyakit seperti alergi, kerosakan buah pinggang, otak dan lain-lain.

Sekarang, anda dah tahu kesan buruk kepada pengambilan makanan-makanan seperti yang telah diterangkan sebelum ini. Bahkan, makanan yang disebut boleh dikatakan diambil oleh masyarakat kita pada setiap hari. Kurangkan pengambilan makanan itu untuk jalani kehidupan dengan lebih sihat.

Nak buat memang susah pada permulaannya. Apa yang penting? Kuatkan semangat dan percaya kepada diri sendiri bahawa anda mampu lakukannya. Tak sakit pun jika anda tak makan makanan macam tu. Bertambah sihat dan cergas adalah!

Anda nak tahu lebih banyak tips pemakanan dan diet yang mudah lagi berkesan? Layari ke http://www.rahsiadietwanita.com/hop.php?ref=lina untuk dapatkan ebook Rahsia Diet Wanita.

Renungan Hadith

Enjin Carian Google