Wednesday, April 4, 2012

Kalau Beli Tiket Penerbangan, Beli lah Insurans nya sekali


 Assalamualaikum semua.

Kali ni nak cakap pasal Hak Pengguna. Ewwaah. Kali ini den bukan mahu jadi duta. Hahahah

Huarrghhh. Menguap.Hari ini boleh pula saya berasa mengantuk padahal kerja bersepah-sepah berlambak-lambak. Sekarang sesi buat regangan. Regangan urat dan tulang. Maklum lah, Akak bukan muda macam dulu-dulu lagi. 

Sekarang kerja kena main time-break. Sikit-sikit break. Kalau tak mata berpinar. Tengok sekeliling besar kecik besar kecik. Paham kan macam mana rupa besar kecik besar kecik tuh? Bukan bulat kecil bulat besar anak beruang tuh. Kepala pun goyang-goyang.

Hari itu kan saya ada bercuti lama kan? Alah yang kamu ingat aku cuti kahwin itu. Ingat tak? Kamu tahu ke siapa kamu nih? :-P . Sebenarnya bukan saya bercuti tapi ahli keluarga pergi percuti ke Sabah sempena majlis perkahwinan. Jodoh Pakcik saya jauh. Jumpa orang Sabah nun. Nasib bukan Timor Leste ke apa. Penat juga nak terbang rasanya. Ewwahh! Eh? Husband baru KD from there kan?

Jodoh kan ketentuan Allah yang Maha Esa, Ye tak?

OK, yang pergi terbang ke Sabah ialah Abah, Abang Ngah, Sepupu lelaki  yang diberi nama Jihe, Nenek saya yang dipanggil Mek, Makcik beserta suaminya. Yang tinggal tak lain tak bukan Aku yang yang tak bernasib baik dan Mama di Semenanjung. How dare you all! Tak mengapa, tak mengapa, aku nak pergi Vietnam nanti (in my dream).

Saya lah yang bertanggungjawap mem-book dan membeli tiket penerbangan pergi dan balik untuk semua kecuali Makcik dan suaminya.

Lain-lain semua my duty. Mereka tinggal naik kapal semata. Tak tahu menahu apa-apa selain dari itu. Hal penjagaan Abah diserahkan sepenuhnya oleh Abangah di sana. Bukan susah pun, just make sure bagi makan ubat, minum susu + oat and then hindari dari kemelahapan makanan laut dan makanan berlebih-lebihan.

Arah pergi ke Kota Kinabalu semua berjalan lancar. Mengikut yang dijadualkan. Alhamdulillah. Oh. Mereka menaiki Air-Asia ya wahai Tuan-tuan dan puan-puan. Tetapi arah pulang ke Kuala Lumpur terdapat la halangan pula. Halangan yang berbentuk "Flight Delay". Penerbangan lewat.

Dari jam 10.55am postponed ke 12.55pm langsung terus terbabas canceled dan ditukarkan menjadi 3.55pm. Tak sia-sia saya bekerja halfday pada hari itu. Just nice la kan. Pukul 2pm baru terhegeh-hegeh menuju ke LCCT. Eh tak. Yang itu niat dalam hati masa sebelum tahu hal kelewatan. Sebab lewat saya main-main dekat Kelana Jaya dulu. Heheheh!

OK, masa adik cakap penerbangan lewat, I tak kisah. Bila cakap postponed tak apa lagi. Tapi bila cakap dah tukar tiket, terus teringat blog kawan cakap hal Insurance. Mizz Zura a.k.a Zura ada gebang hal ini dalam blog. Ini bukan jualan insuran AIA ke Takaful ke Prudential atau sebagainya tau.

Terima kasih dekat dia, kalau tak mesti aku tak tahu menahu peduli nak claim apa-apa akibat dari kelewatan penerbangan tersebut. Mesti aku redha sahaja menunggu tanpa mengetahui aku/mereka mempunyai kelayakan untuk menebus hak pengguna yang comel.

Mari lah aku ulang tayang apa kepentingannya...... (klik untuk penambahtumbesaran imej atau klik sahaja link)

AirAsia Insure Travel Protection

Ini ya wahai puan-puan? 

* AirAsia Insure Travel Protection direka untuk melindungi kamu dan menenangkan fikiranmu semasa mengembara/menjelajah (?) secara domestik ataupun antarabangsa dengan penerbangan rendah/murah terbesar di Asia, AirAsia dari pembatalan perjalanan hinggalah ke kehilangan bagasi, kelewatan and kemalangan personal, kami akan "tutup" kamu. Hahahah! OK perkataan "tutup" ganti dengan lindungi.


OK. Aku tak hebat dalam menterjemah. Sebab itu tiada cita-cita menjadi ahli penterjemahan/pengalihan  bahasa dari kecil. Tapi suka ajuk perkataan yang didengar.

Kalau masuk website AirAsia ---> Link

Antara sebab-sebab yang melayakkan diri kamu menebus balik Insurans...

 Antara perkara yang kamu perolehi apabila menebus balik..RM200

Tak mahal pun beli Insurance. Imagine kamu bayar RM18, tapi mendapat tebusan balik sebanyak RM200. Berapakah gandaan nilaian itu wahai anak-anak ku?


So! apa yang perlu kamu buat? Cumalah...



Call nombor di atas. Eden rasa staf-staf yang menjawap telefon kebanyakan memang fasih English dari Bahasa. Sebab semua yang jawap call mesti terus tibai slang omputeh tanpa kompromi.. Tak mengapalah. Janji kau layan aku baik-baik comel-comel. Memang membantu sangat.

Kamu tak payah la takut. Kan hak kamu. Sayang tau duduk diam. Kan Kemahiran Hidup masa sekolah-sekolah dulu ada belajar tentang "Konsumerisme". Apa lagi...praktiklah!


Kamu cuma kena download borang SINI. Isi. Kemudian fax atau email. Kalau email sila majukan ke alamat email yang tertera di header borang dan CC ke claims@airasiainsure.com. Lepas beberapa hari buat lah follow-up saja-saja. Suara depa-depa memang terlatih habis ah. Sedap dengar ooi! Hahahah

Kemudian kamu tunggu lah dengan penuh harapan. Nanti saya kongsi apa feedback dia eh. Bentuk apakah RM200 itu? Adakah berbentuk refund matawang atau berbentuk voucher harga tiket? Atau apakah? Bantal? Trophy? Tak tau ahh

Sekian. Harap membantu. Sharing is caring. 


* Nak kongsi cerita. Kawan saya masa kena delay ke oversea. Flight dia delay berjam-jam ke berhari-hari. So semua makan minum dan penginapan ditanggung pihak penerbangan. See...see...janji kepada pengguna dikotakan gituuuu


Wassalam.

No comments: