Thursday, June 9, 2011

Meniaga - Kuat, Cekal, Sabar



Assalamualaikum Cik Limah. Dah balik rumah ke? :-)

Eh...jangan kecil hati. Bukan salam untuk Mak Limah je tau...tapi salam to U oll's jugak tau. Jangan mare..nanti kena jual...( 100 dirham! 6juta! 6 juta! )

(isk! apa punya ayat ni nyah?iskk)

Ewwaahh! Poyo gila tajuk entry. Macam Jutawan alaf baru nak bagi tips dekat orang ramai how to be a Super Duper Billionaire jek!

Orait semua. Ini entry memang pesta gambar. Nak tengok sila kan. Takmau tengok takpe. (harap-harap kamu cakap "eh..nak tengok..nak tengok" ). Hahahaha!

Jom mula sekarang! Tarik nafas dalam-dalam. Read between the line eh.. Ecehh!

Sebenarnya, saya suka tengok orang berniaga. Berniaga ni bukan nya mudah, tahu? (Ye...saye tau) Mana nak modalnya, mana nak cover segala belanjawan nya, mana nak rolling bagi hidup bisness nya. Belum kira lagi kalau ada pekerja yang macam-macam pesen karenahnya. Karenah customer lagi. Nak memuaskan hati semua. Belom masuk hal orang dengki iri hati. Memang asam garam dunia berniaga tak kira la kecil ke besar bisness dia.


Kena ada semangat, kena ada nawaitu yang konsisten. Selalu kena fikir positif. If ada masalah kena tanam dalam diri "ada hikmah sebaliknya". Insya-Allah. Rezeki kita Allah tentukan. Bukan nya setakat hangat-hangat tahi ayam serama ke apa. Walau ayam serama mahal, tak de maknanya hangat nya tuh (Aik? apakah kau cakap nih?)

Dunia berniaga juga banyak pancaroba nya. Dari sekecil seringan-ringan sehinggalah sebesar seberat-beratnya. Hanya cekal dan tabah hati saja lah yang boleh jadi pedoman. Iman tuh confirm kena masuk dalam list. Kang takdo iman kang kau guna ilmu guna-guna pulak kang! Hahahah!

Selain itu juga, skill juga perlu ada. Ada certain people, kalau cakap-cakap, memang dia stok marvelous tapi bila buat? Hampeh. Ada orang, tak payah cakap-cakap, tapi hasil OK. Tengok la macam mana.

Biasanya, orang yang berniaga ni ramai kawan-kawan nya. Rangkaian kawan-kawan dia, bersepah-sepah kat mana-mana. So senang lah if kawan-kawan tolong sebar. Insya-Allah. Dengan tahap servis kau yang superb, eden jamin...perniagaan bekembang pesat. Aaamiiin.

Eh...saya suka lah orang berbisnes-bisness ni. (Wey!! kau berapa kali nak cakap ha?? )

Eh...biar lah...suka hati I lah...Isk..!

Bagi orang yang agak kuno macam saya ini, saya lebih percaya menjual barang yang boleh ditatap di depan mata berbanding dari joint macam multilevel ke ape tah tuh. yang downline bagai tuh. (OK, sesiapa joint downline mane-mane, jangan ambil hati atau ambil pusing saya cakap, ini pendapat peribadi saya OK, kamu takkan lebam kena cubit atau ape pun..OK? :-)

OK. Sejak akhir-akhir ini, rasa entry saya penuh dengan rupabentuk makanan saja. Apa nak buat. Dah food lover yang jadi tuan. Hahahhaah!

Saya nak cakap pasal Kek, kuih dan burger saja dekat sini.

Kita mulakan dengan manis-manis dulu. Jom tengok . Lai..lai...Tatap semua ni dulu. Nanti kita cerita.

Kek Carrot untuk hantaran RM 100 sahaja. Cantik?
Kalau kek togel je RM45
FYI, nama aje kek ni Kek Carrot tau, tapi dia ada campur pisang, nenas & kurma. So rasa dia tak ada lah carrot semata-mata...tak gitu bapak nye?


Ini pun Kek Buah Prune. RM 95 Sahaja time entry ini dipublished..untuk hantaran...

Kek Buah Prune untuk hantaran.
RM90 sahaja sewaktu entry ini keluar...
Cantik tak mak nya? (kata bapa kepada emak)???


Amacam? Menawan tak? Bungan pun boleh makan tuhhh

Sesuai jadi kek kawen..fuhh

Kek lapis prune. Ini stok untuk hantaran punya. Amacam? Indah tak?Indah tak?
Harga saat entry ini keluar, If yang biasa punya cuma RM75 sahaja. Ha...OK ape? siapa nak layan kukus lama-lama ni? Orang yang sabar je tahan duduk tengok-tengok dalam periuk kukus tuh tauuuu


OK, selepas melayan mata dengan kek-kek yang macam geram tapi sayang nak makan, sekarang nak tempek gambar biskut pulakkk...Silakan melihat tanpa ragu-ragu. Apatah lagi was-was.


Biskut yang sekotak begini, RM4 sahaja. Walaubagaimanapun, harga adalah mengikut jenis biskut kamu pilih. Kalau biskut kering? Kamu aje lah letak sendiri ye? :-P

Biskut-biskut kamu boleh pilih macam yang ada kat bawah nih (dan bermacam-macam lagi lah)

UUiiiiiiii...tengok lah tart tergulong-gulong nih...nampak yummy kan?

Biskut Almond Fingers...Jejari Almond

Conflake Rocher...

Biskut Choco Hazel Chip, yang ini, mengikut kata tokei, RM22 sebekas 50biji.

Haaaa...dah berkenalan dengan serba sedikit hasil kerja nya? Sekarang mari kita berkenalan dengan Tuan Badan. Ini semua hasil Cik Tina kita. Kawan sekolah saya juga merangkap rakan sedorm saya time form 5. Tengok ganas jek dia, tapi jiwa lembut pandai buat kek pandai masak pandai buat cookies tak macam saya. Apa pun tak pandai..Haiih! Kira boleh anggap dia "dalam hati ada banyak taman-taman". Eceh!

Yang duduk sekitar Kajang tuh, apa kata cari dia?

So, sesiapa yang berminat, boleh lah menghubungi terus dirinya untuk meng-order. Ehem! Berkenalan? Errrr..I do not know...hahahah

Papehal, price yang dinyatakan adalah saat terkeluar nya entry ini. So pergi skodeng dan tanya khabar TINA eh..

Boleh usha FB dia. lah...

OK. Habis pasal kek-kek cantik yang macam sayang nak makan, tapi kalau tak makan rugi.

Sekarang kita berpindah ke cerita burger. Yeayy!

Semalam, time pukul 12 malam lebih, macam biasa saya balik dari kedai dekat Kelana Jaya tuh. Tiba-tiba mama cakap teringin nak makan burger. Sekali Mama cakap "teringin"..saya pun apa lagi, follow teringin juga nak makan. Terbayang-bayang burger panas-panas macam ajak saya makan. Hai!

Lepas tuh, untuk memenuhi hajat Mama...

(weh...hajat Mama je ke atau kau nih?)
(ah...senyap kau, yang penting burger sekarang)

Teringat saya dengan Burger Grill & Steam yang dekat dengan Flat PKNS dengan Flat Polis Kelana Jaya tu. Apa lagi..gear dimasuk tanpa curiga. (poyo kau!)

Terus tuju sini.



Senang jek nak pergi sini. Kau pergi cari je CIMB atau Public Bank Kelana Jaya yang berdekatan dengan Giant Lama tuh. Dekat situ ah ada seketol lori puteh yang berasap men-stim meng-grill roti dan daging burger.


Muka tekun tabah hati duduk menstim roti dan meng-grilled daging...
(ada sorang lagi, yang ni aku syak pekerja dia, yang muka seriu sorang lagi tuh tokei dia kot..)

Sedap woi wa cakap lu. Harga pon OK ape? Burger jalanan lagi marvelous I tell you compared to fast food yang ada jual burger yang terlintas dalam kepala kau orang tuh! Harga pon berbaloi-baloi. Hang anak 12 pun boleh sorang satu beb! Takde hal!

Jom usha harga.



Haaaa...hebat tak hebat la. Burung unta pun ada tau. Bukan daging unta pulak ye...Kau pilih je mane-mane, nescaya perut kenyang! Yang pasti kau bayar la. Aku tak sure kalau takat sedut bau asap burger kau kenyang ke tak. Bukan apa, takut balik kau terbayang-bayang je.Hahahah!

Oblong pon ado jugo..silo lah cubo yo...

Tengok burger dia diselaputi mayonis. Mama saya cakap "berladung-ladung mayonis". Mama tak suka mayonis banyak sangat. Saya? Aku rasa aku tak cakap pon kau boleh teka yang mana kot. * malu.


Ha...terliur tak?terliur tak? Pergi la cuba ye!

Tapi aku frust sebab tak ambil gambar signboard dia sebagai pedoman untuk kamu-kamu singgah try test. Sebab? Aku takut tengok muka tokei dia, takut dia marah aku (aku imagine dia garang).

OK. Selamat cuba-cuba..

* Saya suka tengok orang berniaga... :-) ---> Berapa kali kau nak cakap?



No comments: