Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III

Jumaat, 13 Mac 2015

Mencari maklumat di internet cara tumbuhan melindungi diri (TMK dalam Sains KSSR Tahun 5)

Rabu
11 Mac 2015
12.40pm-1.10pm
Makmal komputer
Kelas 6 Dedikasi (paling lemah)
5 Kumpulan murid


Sehari sebelum itu, saya sudah maklumkan kepada murid-murid untuk siapkan dahulu kerja rumah sebelum pergi ke makmal komputer untuk mencari maklumat sebagai kerja kursus berkumpulan.

Hasilnya, Alhamdulillah semua murid berjaya siapkan kerja rumah dengan baik walaupun terdapat 3 orang yang terkial-kial siapkan dahulu kerja tersebut sebelum bermain komputer.

Keadaan internet baik dan komputer sangat sihat tiada masalah.

Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan
4 Kumpulan lelaki
1 Kumpulan perempuan (kerana bilangan perempuan yang sedikit)

Sedikit taklimat diberikan dalam 2 minit sebelum memulakan aktiviti di komputer.

Guru siap sediakan komputer dalam keadaan terpasang dan murid hanya perlu buka laman web sahaja tanpa perlu hidupkan komputer bagi mempercepatkan masa pdp.

2 Kumpulan berjaya siapkan tugasan mencari maklumat dengan baik.

5 Jenis pokok yang berkaitan berjaya ditemui dan dimuat turun gambar tersebut.

Selepas cuti, akan sambung dalam menyiapkan tugasan dalam bentuk powerpoint.

Ini adalah kali pertama pengalaman saya bersama murid yang lemah dalam menggunakan internet dan menyediakan tugasan tahap KBAT.

Alhamdulillah

Murid berbaju pengakap itu membantu rakannya untuk mencari maklumat dan muat turun gambar.


Gambar di atas kumpulan murid yang berjaya menyiapkan tugasan pertama ini dengan cemerlang.


TAHNIAH





Bahan yang ringkas dan beberapa arahan langkah demi langkah untuk bantu murid memahami penggunaan internet dalam pencarian maklumat.


Setelah selesai pdp (1.10pm) murid pulang, saya minta murid biarkan komputer di paparan terakhir untuk semakan guru.


Alhamdulillah

Berjaya muat turun dengan baik.

Talian internet pada waktu ini memang cemerlang.

Terima kasih kepada Cikgu Zain selaku Guru Penyelaras Bestari yang beri kerjasama untuk saya menggunakan Makmal Komputer pada waktu ini di samping itu Encik Hanif selaku Juruteknik Komputer banyak bantu saya membuat semakan kerosakan teknikal jika saya hadapi masalah.









Ada fail yang sesat termuat turun secara tidak sengaja.

Saya tidak berapa faham kenapa jadi begitu.

Akan rujuk kepada Encik Hanif.






Alhamdulillah.

Pembelajaran alaf baru (abad 21)

*banyak yang perlu di baiki....saya tulis dalam refleksi....hehe.... kalo ade komen... di alu-alukan :)




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Sini

Related Posts with Thumbnails