Friday 15 February 2013

Motivasi Siri 1:Greet Them! 'The Inspirator

{Motivasi Siri 1:Greet Them! 'The Inspirator'-part 1}

Alhamdulillah dalam kehidupan ini Allah memberi aku kesempatan untuk bertemu dengan pelbagai insan yang hebat-hebat.Ada diantara mereka yang tidak belatar belakang seorang intelektual.Hidupnya biasa-biasa tidaklah begitu dikenal dalam kalangan penuntut ilmu.Tetapi apabila beliau berbicara mengenai sejarah keilmuan,tutur katanya sungguh fasih seolah seorang peminat tegar Naruto menceritakan animasinya.

Status ini saya tujukan kepada mereka yang ingin menyimbak rahsia kejayaan para sarjana.Saya akan cuba mengaitkan antara keilmuan islam dan barat dalam hal ini.

Lihatlah dalam dunia peperangan,Dunia mengenal kegeniusan perang seorang panglima yang diberi gelaran pedang Allah Khalid bin al-Walid r.a.Namanya tertulis dalam daftar kekalan dengan huruf cahaya,ingatannya kekal dalam dewan-dewan penaklukan dengan baris-baris cahaya,beliau membela isalm dengan pedangnya mengharungi medan peperangan dengan mendedahkan dirinya kepada bahaya-bahaya,mempersembahkan rohnya dalam kerehatannya dengan memandang ringan musibah-musibah sehingga menhajadi teladan dalam penebusan,pengorbanan,kemuliaan dan keagungan.Fisikalnya yang kuat,permainan pedang,tobak dan panahnya termasuk yang terbaik diantara orang2 arab.Tercatat beliau tidak pernah mengalami kekalahan.

Abdurrahman bin Auf r.a pernah menyumbangkan separuh hartanya ditambah 40.00 dinar(jika ditukar bernilai billion pound),500 kuda dan 500 unta dan menyumbangkan 50 00 dinar fi sabillillah ketika meninggal,dan lebih banyak lagi yang beliau sumbangkan tatkala masih hidup.

Imam syafie rhm,menjadi imam seluruh ufuk yang mengadakan kaedah-kaedah dan mengasaskan usul-usul.Kegeniusan tiada tanding.Seorang pemuda yang fasih bacaan Alqurannya,indah lisannya dan mempunyai hafalan yang sangat kuat.Ketika umur 7 tahun beliay telah menghafal keseluruhan Al-Quran.Pada umur 12 tahun Beliau menghafal keseluruhan Al-Muwathta' Imam Malik rhm.Seorang sejerahwan muslim,ribuan hafalan syair2 arab yang beliau kuasai.

Rahsia apakah yang berselindung disebalik semua ini?

Sayangnya rata-rata daripada mereka apabila mendengar dan membaca kisah para-para orang berjaya,mereka berhenti hanya pada rasa 'kagum' dan 'takjub.Dan akhirnya disebabkan rasa kagum mereka itu berubah menjadi suatu sikap yang negatif.

Ramai yang akhirnya akan mengeluh,mereka LAINLAH!! DIORG MEMANG DAH DILAHIRKAN GENIUS!!

I ask u WHY??Why do some of us feel inferior?Why do we look at those at the peak of the mountain while thinking of ourselves as unworthy of reaching that peak as they have,or even climbing it as they did?

Ini masalah yang harus kita cermati kembali.It TIMES to BOUNCE BACK!!

We all say "We knew so and so and we sat with so-and-so"

Hal ini sering berlaku bagi peminat dunia nyanyian apabila bersembanga bawu ni Siti Nurhaliza atau siapa2 bagi autograph kat aku.Bagi peminat bola sepak,apabila berbual Messi dengan C.Ronaldo dulu kecik2 duk men guli ngan aku.Bagi yang meminat ceramah "aku belajar dengan ustaz Azhar Idrus,Dr Maza,fulan dan fulan kot ampa ada".Bagi minat korea ,hari duk puji Lee Min Ho,Kim Hyun Joog and macam-macam lagi.

But this is nothing to be proud of.What one can be proud of is to scale the as they did.Be brave and from now on be determined to utilise all the abilities you possess.

Berkata Ustaz Felix Siaw "pernahkah kita bertanya,mengapa ada orang yang ultra-genius seperti Imam Syafii yang menghafal Al-Quran ketika umurnya 7 tahun,sementara ada yang sampai meninggal juga tidak boleh menghafal surah Al-Fatihah?

Mengapa ada orang yang mempunyai banyak keahlian atau soft skill sementara kita tidak memiliki apapun.Dunia sekarang sangat aneh dan pelik.Betul atau tidak?
Kadang-kadang mesti ada kawan-kawan kita yang kata "Dia tu aku lihat taklah belajar sangat asyik main sahaja tapi result gempak,tapi aku ni belajar macam zombi duk cani gak?Mengapa??Jawapan itu ada pada anda dan ini yang saya cuba kongsikan.

Owh maybe ada yang akan berkata bakat.Bakat tidaklah memberi pengaruh yang besar akan tetapi sesuatu yang kita kenal sebagai HABITS atau kebiasaan.habits inilah yang bertanggungjawab terhadap kebaikan-kebaikan yang muncul.Sebaliknya habits buruk juga bertanggung jawab atas buruknya kehidupan seseorang.

Silalah baca buku karangan
1Setphen Convey-7 Successful habit
2.Enjoy your Life(terjemahan nikmatil hayah)-Dr.Muhammad Arifi.
3-habits-felix siaw

kesemuanya telah ada dalam bahasa melayu untuk percerahan.

Mungkin sebelum kita memasuki apa itu habits kita boleh berbicara sedikit tentang sarjana islam.Saya boleh untuk berbicara tentang sarjana moden tidak kira barat mahupun islam,tetapi demi untuk menembusi tembok pemikiran mereka yang mungkin memandang lekeh akan tokoh dahulu maka saya akan berbicara mengenai sejarah islam.

Mereka dahulu adalah orang biasa-biasa.Apabila anda mencermati sejarah anda akan melihat zaman kemunduran kemudian datangnya islam menukar keseluruhannya dalam masa 60 tahun.

Jika kita lihat dahulu bangsa arab sebuah bangsa yang tidak mempunyai apa-apa duduk ditengah padang pasir yang hanya dikelilingi oleh sahara.Tapi sejarah telah mencatatkan dengan tinta emas seketika dahulu suatu ummat berada ditengah-tengah peradaban besar dunia yang dibangun dalam hitungan abad,tiba-tiba dalam waktu yang singkat dapat bangkit dan mengguli Negara-negara yang gah.Bukan arab yang ingin saya bicarakan tapi ummat muslim itu sendiri.

Jika kita lihat dahulu Imperium Persia di sebalah timur dengan seluruh kejayaannya pernah menguasai wilayah yang sangat besar di dalam peradaban dunia dan ditakuti kerana pasukannaya yang kuat.Imeperium Romawi terletak di sebelah barat dengan kekuasaan yang tidak kalah luasnya dan sangat disegani.

Sementara satu ummat yang terletak di antara Persia dan Romawi,bangkit dalam waktu kurang dari 60 tahun,mampu menempatkan dirinya sebagai pemimpin,bahkan pada akhirnya dapat menakluki Persia dan Romawi serta memberikan kesejahteraan pada wilayahnya melebihi apa yang pernah diberikan oleh kedua imperiun tersebut..

Umar bin Khatthob RH mengatakan: “Kita adalah umat yang telah Allah Subhaanahu Wa Ta'ala berikan kemuliaan dengan Islam, maka bagaimanapun cara kita mencari kemuliaan tanpa Islam maka Allah akan tetap menjadikannya sebagai kehinaan.”

Kamu (Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat Yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik dan melarang daripada Segala perkara Yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). (Ali Imran:110)
Formula apakah yang membawa mereka semua bangun sehingga menjadi pemimpin dunia.Inilah yang kita akan berkongi bersama,saya akan cuba relate dengan kajian barat dan kitab-kitab turat yang dikarang para ulama.

Selepas ini saya akan berkongsi bersama anda tentang kejayaan para sarjana islam bermula dari zaman para sahabat sehingga pada abad ke 9 hijriah dengan nukilan yang ringkas.

Read more...
" WAHAI JIWA KETIKA TINTAMU MENULIS DI BUMI,HENDAKLAH JIWAMU MENDONGAK KE LANGIT "

Sunday 23 December 2012

RINTIHAN ZAMAN

RINTIHAN ZAMAN.

Hidup adalah susunan huruf yang sangat ajaib.Semakin aku memikirkanya semakin buntu aku dibuatnya.5 huruf yang masih tergantung maknanya diatas langit sana.Para ahli falsafah dari zaman ke zaman cuba untuk merungkainya tetapi semuanya hanya menjadi hambar.Kata-Kata begitu miteri  yang membawa penafsiran yang tidak terhingga.

Yang kutahu dan yang masih kutahu,
Yang ku lihat masih ku lihat,
Yang ku nikmati dan masih ku nikmati.
Ku berasa ku fahami semua,
Tapi…aku masih tidak fahami himpunan huruf ini

Hidup?Wanita?Cinta?Sahabat? dan …..
Di satu saat aku duduk besandar tiang di anjur rumah aku dengan berbekalkan biskut craker.Aku mula mendongakkan kepalaku keatas menatap lurus berusaha menembus hamparan awan dan langit semampuku.Mataku terus menatap tajam menembus langit,Namun,semakin lama aku menatap,aku merasa semakin tidak mampu menembus cakerawala gelap yang terdampar perkasa di atasku,mata  terasa letih...,letih,dan letih.Aku terbuai dalam lamunan keindahan langit.Fikiranku mengandaikan sekiranya aku dapat menjelajahi angkasa.Mataku yang menatap semakin berkedip kerana letih dan sakit melihat keagungan  langit.

 Aku cuba untuk membaca kehidupan zaman  sekarang.Jika dahulu aku membaca buku-buku dan nota kuliah tetapi kini ku dikehendaki membaca kehidupan!!!Aku lihat  manusiah yang hidup di zaman ini telah hilang pecaturannya.Sebahagiannya telah hilang arah tuju mereka.

Hidup di zaman ini sudah tidak merasa ketenteramannya penuh dengan mehna.
Keraguan dan kekacauan mula menghiasai dunia.
Para –para orang besar sibuk melakukan pelabagai makar,
sudah tidak dipedulikan lagi darah,air mata dan keringat rakyat yang penting poketnya dipenuhi dengan harta.
Begitulah telah kaya para pendusta..
Hidup di zaman ini,
Dimana sang pengkhianat diangkat menjadi  Hero.
Yang bercakap jujur  dan benar dianggap sebagai pendusta.
Orang-orang yang tidak amanah mula ditabalkan dengan pelbagai mahkota.
Sementara orang yang amanah ditinggalkan dilembah desa.

Hidup di zaman ini,
Keadilan sudah tidak diendahkan,
Jika kamu kesukaanku semuanya baik belaka,
Jika kamu kebencianku semuanya celaka,
Yang dusta boleh sahaja menjadi benar ,
Yang benar boleh sahaja menjadi dusta,
Lihatlah siapa yang bicara,jika kamu sahabat aku angkat,
jika kamu tidak sepakat maka kamulah musibat,

Hidup di zaman ini,
Pilihanku semuanya akan dilihat mulia,
Pilihanmu semuanya ditabal celaka,
Bila berjumpa semuanya berwajah manis belaka,
Di belakang sibuk membaca mantera,
Semua ini politik NAMANYA.

Hidup di zaman ini,
Yang kaya menjadi semakin kaya,
Yang misikin menjadi semkin miskin,
Mengapa ini semua terjadi seadanya,
Apa susah? zaman ini riba dianggap perkara biasa
Yang kaya ternak wang,Yang miskin ternak haiwan,

Hidup di zaman ini,
Sudah ada BANK,
Yang kaya ternak wang kerana kandangnya bernama bank,
Tidak perlu lagi ilmu penternakan,
Tidak perlu lagi ilmu peladangan,
Tidak perlu lagi modal,
Cukup dengan secarik “kertas kosong” maka ia kan beranak pinak.

Hidup di zaman ini,
Sudah seperti di zaman Robin Hood,
Lihat sahaja pecaturananya,
Anda,Kerajaan,Bank..
Lihatlah anda,
Siang pagi anda keluar untuk bekerja,
Dengan berbasikal buruk,cat yang sudah luntur,tayar yang sudah tiada angin,
Anda tetap gagah  untuk mengayuh di pagi yang buta dimana sang kepala sedang tidur kedengkuran,
Berbekal dengan parang toreh,Anda pun menoreh getah,satu pokok demi satu pokok,
Apabila matahari sudah menutup tirainya,Anda pun pulang ke rumah untuk member keluarga anda makan.

Kadangkala anda  terpaksa berlapar siang malam kerana pendapatan anda tidak mampu untuk menyara keluarga anda,
Begitulah juga yang kerja terpaksa bekerja naiki lrt,berpusu-pusu,
Terkejar-kejar masa, keluar bekerja
dengan hasrat mencari nafkah
tetapi bila pulang,
dengan hati yang sunyi dan resah
yang anda selindungi
di balik senyuman lelah kerana dek suasana pejabat.

Datanglah sebahagian manusia mengetuk pintu2 rumah anda,
Anda pun membukanya,dipaparkan kepada anda,
Cukai –cukai yang tinggi,cukai tanah,cukai pintu,cukai pelajaran,
Pinjaman itu,pinjaman ini,
Yang kaya boleh bebas dengan harta mereka,
Tetapi anda??

Kemudian datanglah sebahagian anasir-anasir ini,
Wahai rakyat-rakyat jelata dengarlah ,
EKONOMI sekarang tengah jatuh,
Maka diharapkan ANDA SEMUA kena BERJIMAT-CERMAT,

Diupahla ustaz,utazah dan para penceramah,
Maka bersungguh-sungguh la mereka,
Dalil-dalil mula dibaca kepada rakyat jelata,
Ada penceramah  yang  buat-buat menangis seolah pelakon terbaik dunia,
Dicertikatlah hikayat apakah benar atau tidak yang mengataskan nama agama
Itu semua tidak mengapa rakyat sekarang hanya tahu ikut secara buta tuli,
Mereka tidak akan fikir,
Maka tersebutlah…orang-orang yang membazir dijadi begini dan begitu

Kempen sana sini
“Wahai insan-insan sekalian,hidup ini kena berjimat cermat tak boleh membazir,
MEMBAZIR  itu amalan SYAITAN!!”
Maka yang insaflah mak cik2 dan pakcik2,
Yang memakan nasi lemak sebungkus dikurangkan jadi setengah bungkus,
Takut membazir namanya…
Dikurangkanlah pengunaan bahan mentah,garam dan sebgainya..

Tetapi apakah yang terjadi,
Anasir-anasir ini masih makan makanan yang mewah,
Satu meja mereka  boleh dimakan oleh 100 rakyat bawahan,
Karpet merah mereka sudah cukup untuk biaya ribuan masyarakat,
Mereka masih bersantai,bermain golf,berhiburan sana sini.
Apakah agama ini dihantar oleh Allah SWT utk menghukum manusia bawahan dan menghalalkan yang lain tidur dalam kekenyangan dan kemewahan??[1]

Hidup di zaman ini,
Manusia sudah tidak memandangkan kekayaan jiwa,
bagi mereka hidup dengan kekayaan material sebagai tujuan utama,
Mereka sudah tidak memerhatikan manusia yang berada di dalam lembah kehidupan,
Kumpulan airmata,kesedihan dari rintihan manusia di sana sudah tidak dihiraukan,
Airmata mereka yang mengalir ke tanah dan hilang lenyap dalam timbunan pasir,
Apakah masih ada orang yang peduli?
Mana mungkin mereka hendak peduli!!

Orang-orang diluar sana dibayangi kesenangan dan kemewahan.
Diluar sana rumah mereka beratapkan bumbung yang dibuat dengan batu,
Tetapi rumah disebalik lembah kehidupan hanya beratap daun pelepah,
Makanan anda pizza hut,KFC,MCD dan sebagainya,
Makanan mereka manalah sama KFC mereka adalah buangan anda kedalam tong sampah,

Mereka adalah orang yang sudah patah sayapnya sebelum terbang,
Terkulai dan jatuh,
Sudah tidak dapat berbangkit lagi.
Apatah lagi keadilan mereka..(ingin aku bual dengan panjang tapi apakah daya aku pergerakan jari masih belum mahu bermain)


Hidup di zaman ini,
Manusia telah kehilangan pedoman,
Semuanya mahu bumi menelan mereka,
Yang duduk di kota-kota besar mahu sisihkan diri diatas bukit-bukit dan gunung,
Semuanya ingin lari dari pahitnya kenyataan,dan pergi menuju keindahan khayal fantasi.

Hidup di zaman ini,
Para remaja bersorak “bebas”
Bebas dari ibu bapa, bebas dari agama,bebas daripada semua ikatan,
Akhirnya terpaksa menahan kebebasan daripada AIDS,

Hidup di zaman ini,
Dimana wanita kebanyakan bersifat lebih mempamerkan dirinya.
Dimana tambah terbenam matahari,tambah kecohlah di jalan raya dan di kedai kopi,
Hidup di zaman ini,Hati orang tidak merasa tenteram lagi di rumahnya.
Dimana orang-orang menari tersenyum-senyum utk menyembunyikan jiwa yang meratap,

Hidup di zaman ini semuanya mencari penawar dari masalah,
Maka berkempenlah Syaitan,
Ambilah ini kawan,
minumlah seteguk dan ceritakanlah semua masalah kamu kepadanya,
Maka para pemuda terpedaya,
Disebabkan kabutnya akan kebenaran inilah natijahnya…
Mulalah diteguk  whisky  Jack Daniels, ganja Silver Haze, Methamphetamine Hydrochloride ( Syabu ) , dan Eramine 5.

Selesai sudah teguk terasa dikeapungan,
Mulalah pencarian mencari wanita yang “bebas”,
Maka bermulah belenggu kepahitan zaman,
Yang masih ada rasa malu sanggup terjun kedalam bara api,
Yang tiada makan berakhirlah sejarah hidupnya.



Hidup di zaman ini manusia mula melepaskan dirinya daripada ikatan dan belenggu kepercayaan dan agama,..
(bersambung)





[1] Dr Maza-bicara buat pemimpin dan rakyat.

Read more...
" WAHAI JIWA KETIKA TINTAMU MENULIS DI BUMI,HENDAKLAH JIWAMU MENDONGAK KE LANGIT "

Wednesday 14 November 2012

ALAM SEMESTA MULA BERBICARA

ALAM SEMESTA MULA BERBICARA


bismillahirrahmanirrahim
Segala pujian bagi Allah SWT.Pemilik sekalian alam dan selawat serta salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW,ahli keluarganya,sahabat-sahabat r’’anhum dan sesiapa yang mengikuti mereka dengan ikhlas hinggalah ke hari kiamat..

Merasa senang atas kesenangan adalah senang
Merasa susah atas kesusahan adalah senang
Merasa senang atas kesusahan itulah yang sukar
.

Begitulah kata-kata seorang tokoh intelektual yang kukagumi yang sering bermain dibenakku ini ..Itulah perkara yang Allah boleh campakkan kedalam hidup setiap insan sehingga kadang kala insan itu tidak boleh buat apa-apa iaitu dukacita.~DR MAZA

Warna kegelapan datang menyapa dalam segala penjuru dalam pelbagai rona.Apakah diri ini mampu untuk menanggung derita ini?

Tak terawali dari sebuah niat
Tak terakhiri dari sebuah harap
Seketika kudapati jasad
Dalam konkongan sahara jiwa

Wahai kaki yang melangkah hendak kemana kamu?
Hujan berterusan mebasahi tubuh..
Cerita kehidupan yang dahulu ku fikir fantasi
Kini telah menjadi realiti...

Apakah ini awal penderitaan?
Apakah ini akhir perjalanan?
Terbenam hilang tanpa arah
Melangkah mencari sebuah misbah[1]
Fatamorga hanya bekal yang tak kunjung nyata
Berharap ia akhir perjalanan tapi ternyata itu bukanlah jalan orang beriman.
Hamba-Mu Rasa Berputus Asa
Siapakah Dapat Bersihkan Diri
Dari Segala Dosa yang Memburu
Setiap Hari Setiap Ketika

Tanpa ku sedari  dalam asyik lamunan keresahan aku telah rebah ketanah lalu airmata mula membasahi wajah..Plakk bahu aku ditepuk(Geng kenapa dengan ag ni ade problem ka?Nak kata ag putus cinta sejak dari kecik lagi aku kawan dengan ag tak pernah pun ag pikir pasal cinta ni..hmm heran aq sat ag okey sat ag tak okey?)aku tersentak disapa oleh sahabatku..soalan yang datang bertubi-tubi bagai tembakan peluru,aku tidak mampu menjawabnya hanya dengan senyuman yang dapat ku hiasi di wajah ini.

Aku mula bermonolog dengan jiwaku......
Wahai Jiwa mengapakah kesedihan remaja itu hanya sebatas cinta?Kenapakah cinta yang difahami remaja sekarang begitu sempit sebatas jantina?Apakah cinta mereka itu hanya sekadar fatarmogana yang berpaksi kepada fisikal semata?Apakah mereka benar-benar mengerti cinta sejati?Wahai jiwa aku tidak mengerti apa itu cinta?

Aku lihat, sungguh dunia sekelilingku telah mencermarkannya, dengan penuh noda-noda kekotoran melalui nyanyian para penyanyi,melalui gambaran murahan yang ditayangkan dikaca tv,melalui lagu-lagu erotisme oleh para pelakunya sebagai bentuk ekspresi perasaan...Wahai jiwa apakah engkau mengerti apa itu cinta?

Arghh.. aku kebingungan memikirkannya,mungkin kata cinta itu merupakan kata yang terdengar di telinga dan terasa di hati tetapi tidak mudah difahami oleh orang?Apakah cinta itu memiliki makna yang dalam,indah dan agung sehingga tiada kata-kata yang mampu melukiskan keindahan dan keagungannya.Hakikat cinta tidak dapat ditemukan,selain dengan segenap kesungguhan pengamatan dan penjiwaan sebagaimana yang dikata oleh ibn hazm?

Cinta mengapa engkau begitu sulit hendak difahami..sungguhku tahu engkau begitu tinggi nilainya tidaklah layak engkau dikotori..Cinta engkau sebuah kata yang sentiasa diperjuangkan oleh para nabi dan rasul agar tertanam subur dalam jiwa umat manusia.Bila sudah bersentuhan dengannya,perasaan orang-orang beriman pun akan bergetar dibuatnya.Lisan-lisan ahli ibadah pun tidak akan bosan untuk selalu menyebutnya..

Tetapi aku masih belum memahami wahai jiwa..arghh mengapa aku memikirkan hal ini?aku sudah kehilang separuh dari hatiku..Aku mesti mecarinya kembali agar aku bisa menghirup ketenangan kembali..Di mana aku ingin mencarimu wahai hati..sesungguhnya hati  ini telah kontang dan ia perlukan percikan kebahagiaan..aku mesti melakukan kembara untuk mencarinya..
“Ya Allah,periharalah hambaMu ini dalam mengecapi kemanisan hidayah”

Mengapalah lima huruf ini sering membingungkan diri ini?Alangkah indahnya lima huruf ini hanya sebatas angka ataupun hanya sebatas  puzzle..Mengapa begitu sulit untuk  aku merungkainya?Mengapa begitu dalam rahsianya?

Surah Faatir. Ayat 038.
Sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia di langit dan di bumi; sesungguhnya Dia mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada.

Lima huruf ini,tak pernah lepas dari kehidupan seharian insan,bahkan tiada sehelah nafas pun terlewat tanpa “lima huruf ini”,masih melekat erat pada tiap-tiap jiwa.Lima huruf inilah telah melahirkan beragam erti,beribu makna,berjuta misteri dan penafsiran yang tiada hingga,sebanyak nyawa yang pernah menyandangnya,sepanjang zaman yang telah dilewatinya.Lima huruf, adalah kumpulan kisah indah.Limah huruf adalah lanjutan kisah derita dan susah terkadang  menyembabkan tumpahan darah.Lima huruf adalah titian perjalanan yang  sungguh tak mudah.Lima huruf,yang pada hakikatnya hanyalah untuk ibadah..Lima huruf itu adalah HIDUP…

Hidup memang  benar-benar penuh hal  tak terduga,
Kadang-kadang begitu sulit untuk dipercaya,
Yang tak jarang memaksa kita untuk menerima realita,
Bahawa itu memang benar terjadi adanya..

Alangkah begitu besarnya peranan lima huruf ini..Tetapi aku cuba merenungi disekitarku,hidup di zaman ini bukanlah sesuatu yang mudah.Manusia mula sudah kehilangan jiwa mereka,mereka kehilangan arah tuju yang sepatutnya mereka tempuhi.Mereka sudah tidak ketahui bagaimana untuk sampai kepada kebenaran yang hakiki sesuai dengan keinginan Allah dan Rasul-Nya.Sungguh kerana begitu tebalnya kabut kebathilan,ia telah menghalangi cahaya kebenaran.

Wahai jiwa, apakah engkau sedang berada di zaman yang serba terbalik ini? Dimana sang pengkhianat diangkat menjadi  Hero.Yang bercakap jujur  dan benar dianggap sebagai pendusta.Orang-orang yang tidak amanah mula ditabalkan dengan pelbagai mahkota.Sementara orang yang amanah ditinggalkan dilembah desa.

Hidup di zaman ini sudah tidak merasa ketenteramannya penuh dengan mehna.Keraguan dan kekacauan mula menghiasai dunia.Para –para orang besar sibuk melakukan pelabagai makar, sudah tidak dipedulikan lagi darah,air mata dan keringat rakyat yang penting poketnya dipenuhi dengan harta.Begitulah telah kaya para pendusta..

Inilah zaman dimana manusia sudah tidak memandangkan kekayaan jiwa
bagi mereka hidup dengan kekayaan material sebagai tujuan utama
Inilah zaman dimana para pejuang kebenaran dicemuh dan dihina
Yang  pandai menghadirkan perasaan dengan cerita ditabalkan dengan pelabagai singgahsana.
Inilah zaman manusia sudah tidak bertuhankan Rabb Alam Semesta
Mereka mula bertuhankan harta dan wang,Apakah mereka lupa sesungguhnya ALLAH ITU MAHA KAYA!!
Inilah zaman dimana segelintir golongan agamawan sudah tidak jujur dengan agama
Mereka menghalunasi manusia dengan menggunakan agama demi kepentingan peribadi mereka,
Inilah zaman sebahagian manusia mula menampakkan kesolehan dengan pakaian agama
Pada hakikatnya merekalah golongan yang sering menghamburkan para manusia dengan berita dusta
Inilah zaman manusia hanya sibuk dengan kepentingan dirinya sahaja,
Mereka sudah melupai manusia yang hidup didalam lembah kehidupan dengan penuh derita
Inilah zaman orang baik yang membela rakyat Palestin yang dibunuh saban hari dituduh sebagai teroris,
Sementara yang membunuh dianggap sebagai penegak keadilan.
Inilah zaman nafsi-nafsi siapa lu siapa gua..
Mereka sudah tidak mengendahkan orang yang hidup disekitar mereka..
Inilah zaman dimana wanita kebanyakan bersifat lebih mempamerkan dirinya.
Inilah zaman dimana tambah terbenam matahari,tambah kecohlah di jalan raya dan di kedai kopi,
Inilah zaman  hati orang tidak merasa tenteram lagi di rumahnya.
Inilah zaman dimana orang-orang menari tersenyum-senyum utk menyembunyikan jiwa yang meratap,
Inilah zaman manusia mula melepaskan dirinya daripada ikatan dan belenggu kepercayaan dan agama,
YA Allah ZAMAN INI  manusia sudah meninggalkan AL-QURAN dan AS-SUNNAH..mereka meninggalkan ISLAM....apakah mereka sudah lupa dengan kata Seorang khalifah yang cukup wara’ UMAR r.a

Kita adalah umat yang telah Allah Subhaanahu Wa Ta'ala berikan kemuliaan dengan Islam, maka bagaimanapun cara kita mencari kemuliaan tanpa Islam maka Allah akan tetap menjadikannya sebagai kehinaan.”

Begitulah hidup dizaman ini ia penuh dengan kegelisahan,ketakutan dan tekanan jiwa.Sungguh hidup dizaman ini ibarat sebuah sampan yang berada ditengah lautan.Badai yang datang bertiup kencang,dayung ada hanya dapat menggantungkan harapan.Dipukul ombak secara bertubi-tubi.Jika mampu menahan ombak yang pertama,ombak berikutnya datang untuk membinasakannya...

Dunia ibarat air laut
Diminum hanya menambah haus
Nafsu bagaikan fatamorgana di padang pasir
Panas yang membahang disangka air
Dunia dan nafsu bagai bayang-bayang
Dilihat ada ditangkap hilang

Ya Allah ke mana harus aku bawa diri ini agar aku bisa meneguk sedikit air ketenangan agar ia  bisa merawat luka di dalam jiwa ini.Ya Allah aku telah silap dalam perhitunganku,aku menyangka bahawa keindahan dan kemanisan hari-hari yang telah ku tempuhi akan terus diwarisi tanpa siapa yang dapat menghalangi.Maafkanlah hambaMu ini Ya Rabb..Kini aku telah tersedar daripada lamunan yang menghiasi mimpi bahawa hari-hari yang akan dilalui tidak semestinya menjejaki warna-warna  pelangi yang indah,ceria dan bahagia.

Kini  duka mula menggantikan tawa,derita mula menggantikan hari-hari bahagia.Ternyata aku telah alpa akan nikmatMu,aku tidak pernah bersyukur terhadap kurniaan yang terbentang di hadapan mata.Wahai jiwa!Apakah aku ini termasuk dalam golongan yang  bertuhan kerana emosi?Apabila aku gembira aku melupakanNYA,apabila aku senggsara aku mula mencariNYA.

Di waktu mengenang rahmatMu
Terasa diri kurang bersyukur
PadaMu harusku memohon
Moga syukurku bertambah
Alangkah susahnya
Mendidik nafsuku
Yang tidak dapat melihat kebenaranMu
Bantulah hambaMu
Dalam mendidik jiwaku ini

Begitulah hidup,kadangkala  tawa dan bahagia tidak dapat menemuiMu wahai Rabb..Tetapi kini ku tahu sengsara telah membawa diri ku ini dari satu episod ke satu episod untuk kembali kedataran hidayahMu.Sengsara itu boleh menjelma dalam pelabgai rona warna.Jika hari ini kita dapati seorang insan yang hidupnya diliputi kemewahan tetapi ternyata hidupnya tidak sebahagia manusia-manusia yang hanya kais pagi sahaja kerana sengsara telah mencabut kenikmatan yang diperolehinya.
Aku membuka mataku dengan perlahan,walaupun masih belum jelas tetapi tetap terasa berat.Perlahan-lahan pandangan samar bertukar jelas.Udara sejuk yang menyelinap masuk ke dalam tubuh terasa seperti hendak membekukan aliran darah.Mata melilau kosong antara lautan bintang yan bertaburan jauh diangkasa.Ternyata malam sudah datang menyapa sementara harapan sudah tiada..

Kembara mencari hati ini mesti diteruskan.Keesokan paginya aku telah tekad untuk pulang ke kampung halamanku dengan harapan aku bisa ketemui hatiku disana.Jam telah menunjukkan 9.00 a.m sebentar lagi kapal yang hendak aku naiki akan mula belayar..

Waktu terasa semakin berlalu 
Tinggalkan cerita tentang sengsara
Apakah akan ada lagi tawa
Tuk hapuskan semua sepi di hati ?

Wahai Tuhan,janganlah kau cabut nyawaku di saat aku  sedang mencariMu.Inilah harapan kudusku terhadapmu.

Wahai Jiwa,
Tabahkanlah hatimu
Berjuang di rantau
Sedih pilu hanya engkau yang tahu
Di manapun ada ketenangan
Di manapun ada kebahagiaan
Bila insan kenal pada Tuhan

Plushh!!bunyi ombak yang memukul kapal ,ternyata aku sudah berada diatas kapal tanpa ku sedari.Ombak berdebur,kapal hanya laksana sebuah sabut dihempaskan gelombang.Entah di manalah tanah tepinya lautan itu.Pulau-pulau berserak dikelilingi karang aneka wana.Rasa kecil diri ini dihadapan laut,Dan laut pun kecil di hadapan sesuatu.Terlompatlah dari mulut Allahhu Akbar!

Aku mula memalingkan wajah kearah luar ternyata aku melihat sesuatu yang mengagumkan sebuah bangunan yang cukup indah dan unik.Melihatnya laksana melihat sebuah arkitekture sebuah mahligai yang mewah indah berseri,penuh dengan serba kebesarannya;jika dilihat dari luar,yakinlah manusia akan kepandaian dan kepintaran pembuatnya.JIka dimasuki ke dalam,tampaklah kepakaran penyusunnya.Segala manusia yang lalu lintas di hadapannya pasti akan memuji akan keindahannya itu.Segala manusia yang masuk ke dalamnya pasti akan kagum melihat susunannya yang elok dan rapi,gabungan di antara indah dan mulia.

Yang mengetahui benar akan kebagusan bentuknya,ialah seorang arkitek.Yang mengerti benar akan susunannya yang bermutu seni  yang tinggi,ialah seorang seniman.Yang sanggup merangkumkan kata pujaan dan menyanyikannya dengan susunan kata-kata nan indah,ialah seorang  pujangga.Semuanya sepakat mengatakan, “Ia indah!”
Jiwaku mula terdetak adakah ada apa-apa didalamnya?Wahai jiwa ingatlah perkara yang hendak kau cari adalah perkara rahsia.Mencarinya bukanlah dengan mata,bukan dengan telinga dan bukanlah dengan mantera.Tetapi bersihkanlah lebih dahulu jiwamu,didiklah ia dan latihlah ia sehingga ia menjadi halus laksana kilat kaca..

Tanpaku sedari aku sudah sampai ke destinasi yang dituju.Begitulah rentang waktu  yang tidak pernah berhenti dari putarannya,terasa begitu singkat rasa hidup ini..Allah berfirman dalama surah al-mukminun:
   
112. Allah bertanya lagi (kepada mereka Yang kafir itu): "Berapa tahun lamanya kamu tinggal di bumi?"
113. mereka menjawab: "Kami tinggal (di dunia) selama sehari atau sebahagian dari sehari; maka Bertanyalah kepada golongan (malaikat) Yang menjaga urusan menghitung
114. Allah berfirman: "Kamu tidak tinggal (di dunia) melainkan sedikit masa sahaja, kalau kamu dahulu mengetahui hal ini (tentulah kamu bersiap sedia).

Kini ku sudah sampai sebuah tempat yang jauh dari hiruk-piruk manusia.Sungguh perasaan ini ibarat garam kehidupan.Dengan perasaanlah manusia merenung,mencari ketenangan dalam pergolakan.Menampakan bahagia dalam sengsara.Menampak jernihnya masa depan dalam keruhnya  yang sekarang.Imbangan nada tinggi melengking dengan nada rendah mengendur,apakah ini muzik kehidupan?

Kepenatan mula dirasai,aku perlu mencari tempat untuk aku rehat seketika sebelum tiba di kampung.Berjalanlah diri ini diatas pasir pantai,terasa begitu sukar untuk ku rentasi.Mulalah diri ini terpikir bagaimana para penjuang dahulu merentasi sahara yang sekitarnya penuh dengan debu-debuan?

Akhirnya jumpa  juga dengan sebatang pohon untuk ku bersandar.Allhamdulillah.Duduklah aku sebentar dan mata pun mula terpaut pada sebuah pondok usang yang entah berpenghuni ataupun tidak..Aku hanya mampu melihat bekasnya sahaja tetapi orangnya sudah tiada lagi.
Begitulah hidup manusia hanya ibarat hitungan hari apabila cukuplah masa dia pun akan pergi.Dan alam ini masihlah tetap baharu dan tidak berubah,kerna yang menjaganya tidak pernah mati dan tidak akan mati,kekal selama-lamanya.Luas binaan alam yang luas tiada bertepi,binaan loteng langitnya,hamparan buminya,sehingga tersedia buat didiami oleh makhluk.Begitulah alam yang dijadikan Allah sentiasa baru dan indah.

Surah AlBaqarah. Ayat 022.
Dialah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya) dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa).

Kini aku bukan membaca buku-buku ataupun nota kuliah tetapi kini ku dikehendaki membaca kehidupan!!!Tidaklah dapat ku membaca kehidupan ini jika aku masih belum membaca dengan hati nurani .Jika dahulu wahai jiwa engkau membaca dengan jendela ilmu tetapi tidak diresap ke dalam hati,maka hari ini bacalah alam ini melalui jendela seni dan resapilah ia dalam hati.

Dengan perasaan seni yang halus itulah akan mengetar di hati dan menyebabkan inspirasi itu tumbuh dengan sendirinya.Lihatlah wahai mata dengan pandangan seni!!Bacalah wahai hati dengan penuh irama cinta!! Cinta itu lebih mendalam daripada sekadar perasaan suka atau gembira. Cinta itulah yang telah membina seluruh rangkaian hidup di maya pada. Tidakkah engkau lihat, tanpa cinta tiada agama, tiada keluarga, tiada negara, tiada kehidupan dalam ertikata yang sebenar.

Wahai jiwa carilah seni yang mengabungkan di antara rasa keindahan  dengan rasa kesempurnaan dan rasa kemuliaan .Seni yang bernilai tinggi telah menyebabkan seniman tersungkur di bawah cerpu  telapak kaki budi dan etika dengan kebenaran.Seni yang tinggi nilainya membawa si seniman fana yang hilang kembali ke datarannya.

Mata ini mula melirik dengan suasana sekeliling,memerhatikan lautan dengan ombaknya yang bergulung dengan menghadirkan bunyi yang begitu menenangkan,bukit-bukit dengan warnanya yang kehijaun.Hembusan bayu pantai menyebabkan pokok-pokok besar mula menari,pohon-pohon bambu yang ada disekitar mula bergeser antara satu sama lain.Burung-burung mengembangkan kepaknya terbang dari satu dahan ke satu dahan sambil berkicauan menghasilkan alunan irama yang mengindahkan.Dedaunan mula mengalirkan air mata enbunnya yang begitu jernih sehingga menyejukkan mata-mata yang memandang.Wahai jiwa,apakah ini irama muzik kehidupan?

Kebun-kebun bunga yang tumbuh mekar menghiasi seri alam dengan berbagai warna bunga,berbagai warna pohon  dan buah.Di dekat pohon manggis tumbuh rambutan,di dekat cengkih tumbuhnya durian padahal tanah setumpuk itu juga,padahal buahnya terdapat perbezaan.

Lebah-lebah yang berterbangan mula menyerikan bunga-bunga yang tumbuh mekar tetapi ia menimbulkan madu.Bunga-bunga itu juga diseri kupu-kupu,padahal dia menimbulkan sutera.Keindahan bunga yang mekar benar-benar telah menerbitkan rasa tenteram dalam jiwa apabila melihat rona warnanya yang indah pilihan,merah jambu,merah,hijau,hijau kekuningan,ungu dan sebagainya  yang tak kuasa tangan manusia menirunya.

Sekuntum bungaan yang lihat,baunya yang dicium,jambangannya  yang dipelihara dengan perasaan halus mempunyai rahsia-rahsia yang amat mendalam dan menunjukkan kehalusan ciptaan Tuhan yang menitahkan adanya ia.Apakah keindahan ini yang ku rasakan?Bunga yang telah kekurangan air,yang mulai tunduk laksana berhati sedih,yang berserak jatuh ke bumi,terpijak-pijak,menyedarkan perasaan halus menumbuhkan redha dan cinta dalam hati,terasa hendak berkenalan dengan pengarang dan pengubahnya.Wahai jiwa,alangkah cantik dan jelitanya bunga-bungaan ,alangkah halus perasaan yang dibawanya,sehingga ia dijadikan sebagai alamat kasih!

Wahai jiwa,Mengapakah bunga yang baru mekar menghadapkan wajahnya kepada cahaya matahari?Apakah hubungan bunga-bunga itu dengan cinta insan?
Perasaan apakah ini???Adakah alam semesta mula berbicara??

Alangkah banyaknya keindahan dalam alam ini.Bertambah direnung,dilihat,bertambah jelas kesatuan pokok dalam berbagai ranting.Kesatuan hulu dalam berbagai hilir.Alangkah miskinnya hidup ini,kalau mata terkembang,tapi tak melihat.Telinga terdandang,tetapi tidak mendengar.

Wahai jiwa,pandanglah langit bagaimana ia diangkatkan,pandanglah gunung bagaimana ia dipancangkan dan pandanglah bumi bagaimana ia dihamparkan..

Surah Ali'Imran. Ayat 191.
(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab Neraka.

Apabila berdiri di atas bukit dan merenung ke bawah,kelihatan lembah dan sungai yang mengalir dengan tenangnya.Suria memancarkan sinar,burung-burung bernyanyi keriangan,ayam berkokok dan air sungai mengalir menuju lautan.Apabila berdiri di tepi lautan yang luas itu,berjumpalah pula dengan hijaunya laut dengan hijaunya langit.Kapal dan bahtera berlayar laksana sabut kecil di antara ombak dan gelombang yang bergulung-gulung di atas pasir yang putih,terasalah kecilnya diri dihadapan kebesaran alam.Mata mula memandang ke dasarnya melihat ikan-ikan berenang dengan bahagianya.Tersimpan begitu banyaknya rahsia di dasar lautan yang tidak mampu diterokai.Kemudian berlayarlah lagi dengan bahtera yang ada terlihat pulau yang kecil-kecil,laksana diserakkan di hadapan mata.Didongakkan kepala ke arah sang suria melihat  pancaran yang panas itu  kearah lautan sehingga menjadi wap.Dan wap diangkat oleh awan ke langit.Setelah menjadi satu gumpulan mendung ia pun turun ke bumi dengan air mata iaitu hujan.Dari hujan mengalir sungai.Dibasahi bumi yang kering sehingga subur.Dibasahi akar-akar kayu,maka mekarlah bunga.
"
Allah, Dialah yang mengirim angin (tahap pertama), lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit menurut yang dikehendaki-Nya, dan menjadikannya bergumpal-gumpal (tahap kedua); lalu kamu lihat hujan ke luar dari celah-celahnya (tahap ketiga), maka apabila hujan itu turun mengenai hamba-hambaNya yang dikehendaki-Nya tiba-tiba mereka menjadi gembira." (Surat ar-Rum: 48).

Tanpa ku sedari air mata mula mengalir dan membasahi tubuhku.Melihat diri ini berasa begitu kerdil kepada Sang Pencipta.Wahai air mata, mengalir sepuasmu kerana ketakjubanmu kepada Sang Pencipta..

Menangislah wahai mata,
Mutiara meriwayatkan cinta,
antara hamba dan Tuhannya,
sendumu meriwayat duka,
jiwa hamba memanggil Pencipta,

Aku mula mengusap airmata dengan tangan ..Terlihatlah akan aku  seekor burung yang begitu cantik bertenggek di dahan.Aku mula memerhatikannya dari awal sehingga ia mulai lesap dari pandanganku.

Alangkah ajaibnya burung ciptaanMU ya rabbi..burung yang mampu terbang ribuan kilometer serta berupaya  mengekalkan tenaga dan keupayaan dirinya sepanjang perjalanan.Jika dilihat kepada diri ku ni,masih memerlukan kelengkapan seperti peta,bekalan makanan,pakaian dan sebagainya.Tetapi engkau tidak wahai burung?Engkau merentasi benua tanpa semua itu tanpa perlu peta dan GPS tetapi kau tahu jalan pulangmu dan kau tidak ada akal jika dibandingku.Sungguh Allah SWT telah menjagamu,Maha Suci Engkau Ya Rabb.
\   
Patutkah mereka menutup mata dan tidak memerhatikan (kekuasaan Allah pada) burung-burung Yang terbang di atas mereka, (siapakah Yang menjaganya ketika) burung-burung itu mengembang dan menutupkan sayapnya? tidak ada Yang menahannya (daripada jatuh) melainkan (kekuasaan) Allah Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya ia Maha melihat serta mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.( Surah Al-Mulk:19)

Habisnya perenunganku terhadap burung tadi,aku mula mendongakkan kepalaku keatas menatap lurus berusaha menembus hamparan awan dan langit semampuku.Mataku terus menatap tajam menembus langit biru,Namun,semakin lama aku menatap,aku merasa semakin tidak mampu menembus cakerawala biru yang terdampar perkasa di atasku,mata  terasa letih...,letih,dan letih.Aku terbuai dalam lamunan keindahan langit.Fikiranku mengandaikan sekiranya aku dapat menjelajahi angkasa.Mataku yang menatap semakin berkedip kerana letih dan sakit melihat keagungan  langit.

“Di luar sana,menurut para ahli astronomi,terdapat planet-planet dan juga bintang-bintang yang jauh lebih besar berjuta-juta kali dari bumi.Namun,mataku tak mampu melihat bintang yang terlalu besar itu,kerana terletak begitu jauh.Kalau sekarang aku berada di salah satu planet yang berhampiran dengan bumi,dapatkah aku melihat manusia dan bangunan-bangunan pencakar langit yang didirikan di bumi ini?Tidak...,aku tak akan mampu.Manusia dan segala kesombongan dan keangkuhannya akan lenyap dari pandanganku.Jangankan manusia,bumi tempat berpijak ini pun akan lenyap dari pandanganku..Lenyap tak bererti.Ke mana mereka?Tak lain kerana hilang,lenyap dan lebur dari pandanganku.Lebur dalam dakapan langit tak bertepi ini...”


Namun tatkala menghayati semuanya,kini aku sedar bahawa semuanya tidak ada ertinya di hadapan keluasan langit. Aku tak ubah seperti burung yang kelihatan seperti titik diangkasa.Aku umpama debu dan pasti lenyap di hadapan tujuh billion penduduk bumi. Tujuh billion penduduk bumi bagai debu dan pasti lenyap di hadapan planet bumi.Planet bumi pula umpama debu di dalam gugusan sistem suria.Gugusan sistem suria umpama debu jika dibandingkan dengan lautan galaksi,kerana galaksi adalah terbentuk dari jutaan debu-debu sistem suria yang ada di semesta.Galaksi pun begitu,bagai debu bila dibandingkan dengan supercluster..,kerna supercluster terbentuk dari jutaan galaksi,Seterusnya kumpulan jutaan supercluster yang bagai debu pun membentuk alam semesta..

“Diameter alam semesta ini menurut para ahli astronomi dianggarkan sehingga 30 juta tahun cahaya.Cahaya sahaja yang mempunyai kelajuan 300,000,000 meter jarak yang dapat ditempuh dalam satu  detik.Jadi berapa jarak yang dapat ditempuh cahaya bila memerlukan waktu sekitar 30 juta tahun!!!

Sementara fikiran terkesima dengan keluasan alam  semesta,aku mula bertanya aku dimana??}



Berkurun terukir sejarah alpa,
manusia dihanyut indah yang fana,
terlupa pada fitrah wujudnya,
hanya ditaraf hamba.

Tenggelam pada bisikan dunia,
tak sedar langkah mudik ke sengsara,
tergoda pada hasut sengketa,
rebut fatamorgana.


Surah AtTalaq. Ayat 012.
Allah yang menciptakan tujuh petala langit dan (Dia menciptakan) bumi seperti itu; perintah Allah berlaku terus menerus di antara alam langit dan bumi. (Berlakunya yang demikian) supaya kamu mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu dan bahawa sesungguhnya Allah tetap meliputi ilmuNya akan tiap-tiap sesuatu.

Airmataku mula mengalir lagi..aku sudah tidak mampu Ya Allah..Wahai jiwa, Jangan putus asa dalam memohon keampunan kepada allah

(#qãã÷Š$# öNä3­/u %YæŽ|Øn@ ºpuŠøÿäzur 4 ¼çm¯RÎ) Ÿw =Ïtä šúïÏtF÷èßJø9$# ÇÎÎÈ  
Berdoalah kepada Tuhan kamu Dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang Yang melampaui batas. (Surah al-A’raaf, 7: 55)

Tuhanku, ampunilah hambaMu ini.Sesungguhnya aku sangat kerdil dihadapanMu..Tidaklah layak aku untuk sombong di muka bumi.. Tuhanku ampunkanlah segala dosaku,Tuhanku maafkanlah kejahilan hambaMu, Tuhanku Kau pimpinlah diri ini,Yang mendamba cintaMu,Aku lemah aku jahil,Tanpa pimpinan dariMu.. Ya Allah, aku berlindung dengan redhaMu daripada marahMu.. aku berlindung dengan 'afiatMu (kesejahteraanMu) daripada hukumanMu.. dan aku berlindung denganMu daripada tindakanMu.. tiada dapatlah aku ini untuk menghitung pujian kepadaMu..Engkau itu wahai Allah sepertimana yang Engkau puji diriMu... Ya Allah, perkenankanlah... (HR Muslim)

Wajah dunia sudah bertukar rupa tidak sangka aku tinggal di sini begitu lama,rehat sekejap kemudian kembali bersandar di pohon ini..Siang mula hendak menutup tirainya,malam mula untuk menjelma..Kini aku sudah menemui  cebisan hatiku yang telah hilang..Rasa begitu sayu untuk ku tinggalkan tempat ini.Disinilah aku menemui keindahan yang cukup berharga lebih berharga daripada 1000 tahun usiaku dihabiskan mengumpul harta.Alangkah kersangnya hidup itu,kalau kerja pagi petang,siang malam,hanya menghitung membilang,membagi,membuat kali-kali.Memperinci ilmu pasti pada alam,tetapi tak meresapkan keindahan yang ada dalam alam.

Wahai jiwa, aku ingin duduk disini lagi untuk sebentar waktu..Aku masih ingin menikmati  sang suria terbenam....


“Matahari telah menyebarkan cahaya menerangi bumi dan memberi rasa kedamaian untuk semua makhluk.Sama ada sedar atau tidak,matahari penuh dengan sikap  memberi tanpa mengharapkan balasan.Seluruh penjuru alam semesta menunggu kehadiran sang suria untuk mengawal aktiviti seharian mereka.Matahari akan terus membakar dirinya sendiri sebagai pengorbanan pada alam ini agar sinar cahayanya selalu memberi semangat pada kehidupan makhluk bumi.Entah sampai bila,sang suria akan terus menyeksa diri dengan membakar dirinya sendiri.Sedangkan matahari semakin hari semakin tua,tidak ada kenikmatan dirasainya seperti makhluk alam ini menikmati cahayanya setiap waktu.Setiap hari,dia akan membakar diri sehingga ia akan hancur dan lenyap di sebalik pengorbanan yang tiada balasan.

Ketika itu,makhluk alam akan menyedari bahawa sang suria amat bererti dalam hidup mereka.Tanpa cahayanya bumi akan gelap gelita.Bahkan,kemungkinan segala peradabannya akan hancur dan lenyap.Ini adalah sebuah cinta yang tidak pernah dibayangkan dan terhakis.

Namun,lain maknannya bagi matahari,membakar diri adalah suatu bentuk pengabdian yang sempurna kepada Sang Pencipta.Walaupun dia tahu dengan membakar diri akan turut memusnahkan dirinya tetapi tidak ada yang paling indah bagi dirinya berbanding dengan  kemusnahan dan  kembali kepada Sang Penentu Takdir.Ini menggambarkan sebuah kepatuhan pengabdian yang tidak mungkin tergambar oleh kata-kata.Kebahagiaan bagi sang suria di kala setiap bahagian dirinya dibakar dan menjadi cahaya yang menyinari setiap makhluk-Nya.”

Bagi matahari,mengenali Sang Kuasa degan mendapati keindahan-Nya dan diizinkan untuk menyintaiNya sudah lebih daripada cukup sebagai alasan untuknya.Membakar diri sehingga tiba waktunya ia akan berakhir dengan kehancuran dan lenyap serta kembali dalam keagungan Sang Maha Kuasa,}

žcÎ) Îû È,ù=yz ÏNºuq»yJ¡¡9$# ÇÚöF{$#ur É#»n=ÏF÷z$#ur È@øŠ©9$# Í$pk¨]9$#ur ;M»tƒUy Í<'rT[{ É=»t6ø9F{$# ÇÊÒÉÈ   tûïÏ%©!$# tbrãä.õtƒ ©!$# $VJ»uŠÏ% #YŠqãèè%ur 4n?tãur öNÎgÎ/qãZã_ tbr㍤6xÿtGtƒur Îû È,ù=yz ÏNºuq»uK¡¡9$# ÇÚöF{$#ur $uZ­/u $tB |Mø)n=yz #x»yd WxÏÜ»t/ y7oY»ysö6ß $oYÉ)sù z>#xtã Í$¨Z9$# ÇÊÒÊÈ  
 Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang Yang berakal;
 (Iaitu) orang-orang Yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini Dengan sia-sia, Maha suci engkau, maka peliharalah Kami dari azab neraka.(QS.Ali Imran:190-191)

“Carilah bahagia di dalam rimba dan belukar,dilurah dan di bukit-bukit,di kebun dan di kayu-kayu,di daun yang hijau dan bunga yang mekar,di danau dan sungai yang mengalir.Carilah bahagia pada Sang Suria,yang terbit pagi dan terbenam petang,pada awan yang sedang berarak dan berkumpul,pada burung-burung yang sedang hinggap dan sedang  terbang,pada bintang-bintang yang sedang berkelip-kelip,dan yang tetap di tempatnya.Carilah bahagia di kebun bunga di dekat rumahmu,di bandarnya yang baru dibangunkan di barisan tanamannya yang baru diatur.Carilah di pinggir sungai sambil bermenung,di puncak-puncak bukit yang didaki dengan payah,ke dalam lurah yang dituruni.Carilah ketika mendengarkan akiran air tengah malam,pada bunyi angin sepoi-sepoi basah,pada persentuhan daun kayu ditengah sawah.Dalam semua saya sebutkan itu tersimpanlah bahagia sejati yang indah mulia,murni,sakti,yang menyuruh akal menjalar,menyuruh perasaan menjalar ke dalam keindahan,menghidupkan hati yang telah mati,mendatangkan ketenteraman yang sejati di dalam lapangan haya”t~Sayid Musthafa Luthfi(‘Majdulin)


Tundukku malu didepanMu
kernaku insan berdosa
kuadukan sesalanku
apakah kan Kau terima
kesunyian ini sedarkan diriku yang lena
tinggalkan semalam yang nanah
lantas meratap hina kan ku pada sempurnaMu
terpaut aku tak berpaling
ku bersyukur hanya padaMu tuhan
kau temukan laluan bermula
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara yang melepaskan dahaga
suburkan cahaya menerangi langkahku
semaikan segala hiasan indah cintaMu
ku mohon kau tenangkan gusar hatiku yang rawan
bimbang Kau singkirkan taubatku
kurayu Kau hulurkan keampunanMu padaku
kelakku zalimi diriku
Janjiku padaMu abdikan seluruh jiwa
sehingga masanya kau seru hujung nyawaku~UNIC Jalan Pulangku
Wallahu’alam.

Ditulis dan habis 24 MEI 2012

Rujukan:
Ceramah Dr.Asri.
Pelajaran Agama islam~hamka
Artikel berkenaan Bing Bang dan kajian hubble
Dll...
Bersambung......



[1] Kunci

Read more...
" WAHAI JIWA KETIKA TINTAMU MENULIS DI BUMI,HENDAKLAH JIWAMU MENDONGAK KE LANGIT "