Perlu diketahui sebelum menternak

on Friday, December 12, 2008

  • Keperluan tanah dan iklim
  • Penyediaan tanah
  • Kualiti air
  • Penternakan
  • Penjagaan dan pemakanan
  • Pemasaran

Pengenalan Lintah

on Thursday, December 11, 2008

  • Mengikut kajian oleh Universiti Malaya Terengganu, lintah yang biasa digunakan dalam perubatan di Malaysia ialah Hirudinaria Manillensis.
  • Lintah adalah haiwan invertebrata, iaitu haiwan tidak bertulang dan tidak berkaki.
  • Badan lintah adalah leper dan mempunyai penghisap di kedua-dua hujung badannya.
  • Penghisap hadapan (sucker) bertujuan menghisap darah, mengesan haba, cahaya dan darah. Ia mempunyai barisan gigi yang halus dan 3 rahang yang akan meninggal kan bentuk 'Y' selepas menghisap darah mangsa. Penghisap belakang menyokong pergerakan untuk melekap pada sesuatu permulaan.

Fakta Lintah

on Wednesday, December 10, 2008


  • Terdapat kira-kira 500 spesis lintah di dunia.
  • Kebiasaan saiz lintah di antara 50mm dan boleh mencapai 30cm.
  • Dalam program ternakan lintah ini hanya melibatkan penternakan lintah perut hijau dan perang.
  • Lintah yang diternak ialah Hirudo Medicinalis dan Hirudinaria Manillensis. Spesis ini mempunyai permintaan yang tinggi.
  • Menjadi bahan penting dalam penjagaan kesihatan manusia. juga dalam membuat barangan kosmetik.
  • Digunakan seawal 1000 sebelum masihi lagi.
  • Bermula dari Cina dan India dan dikembangkan oleh Eropah.

Hukum menggunakan lintah dalam perubatan



*Jawatankuasa Fatwa (JKF) Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Igama Islam Malaysia yang bermuzakarah bagi kali ke-81 pada 31 Mac 2007 telah memutuskan bahawa :

  • Hukum menggunakan lintah dan cacing dalam perubatan dan kosmetik adalah di haruskan.
*Berjual beli atas dasar menfaat yang diperolehi daripada kedua-dua haiwan tersebut juga adalah diharuskan oleh Islam

Faktor taburan lintah

on Tuesday, December 9, 2008

Faktor penting yang menentukan taburan lintah dalam air bersih mengikut keutamaan (Sawyer, 1986) :

  1. Kehadiran makanan
  2. Kandungan air semulajadi
  3. Air terlalu dalam
  4. Air yang sedikit beralun
  5. Saiz dan keadaan semulajadi sesuatu bahan air
  6. PH air yang bersifat alkali dengan PH optimum 5-7
  7. Suhu optimum air adalah di bawah 27°C
  8. Kandungan oksigen terlarut
  9. Jenis mendapan tanah : tanah berlumpur dan tahap kekeruhan air
  10. Tahap kemasinan tanah/air