Friday, July 8, 2011

Penggunaan "yang berusaha", "yang dihormati", "yang berbahagia".... Soal Jawab..

Tuan, Saya seorang staf di UPM. Kadang-kala saya baca surat rasmi yang digunakan dalam UPM ini menggunakan Yang Berbahagia Profesor, Yang Berbahagia Profesor Madya. Bolehkah surat rasmi ini menggunakan sapaan tersebut? Sekian, terima kasih.Sapaan seperti Yang Berbahagia (kebiasaannya ditulis YBhg.) Profesor dan YBhg. Prof. Madya boleh digunakan lebih-lebih lagi dalamsituasi rasmi. Lain-lain26.05.2008
Saya ingin bertanya penggunaan 'salutation' dalam majlis rasmi. Antaranya : Siapa yang layak dipanggil sebagai Yang Berusaha, Yang Amat Berusaha, Yang Berbahagia, Yang Amat Berbahagia.Sapaan untuk 'Yang Berusaha' biasanya kepada pihak yang menganjurkan majlis; 'Yang Amat Berusaha' untuk pegawai tinggi kerajaan tingkatan kanan, misalnya dari Jusa C ke atas; 'Yang Berbahagia' kepada seseorang  yang menerima gelaran kehormat seperti Tan Sri / Puan Sri dan  Datuk / Dato' / Datin; 'Yang Amat Berbahagia' kepada Tun / Toh Puan. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku protokol.Lain-lain22.10.2009
Apakah kata pendek yang perlu ditulis untuk Yang Berbahagia Tan Sri .....Adakah Y.Berbahagia? atau Y.Bhg?Kata pendek Yang Berbahagia ialah YBhgLain-lain19.06.2007
Salam. Saya ingin mendapat kepastian penggunaan Yang berbahagia dalam ucapan majlis rasmi. Siapakah yang layak untuk panggilan tersebut.Hal ini kerana, saya mendapati perkataan Yang Berbahagia diguna pakai untuk semua orang.Kalau di sekolah ditujukan kepada pengetua, penolong kanan dan sesiapa saja.Harap maklum dan terima kasih.Ungkapan 'Yang Berbahagia'  dalam sesuatu majlis digunakan untuk:
1. Tetamu Kehormat yang paling tinggi. (Dari luar atau dalam)
2. Individu (bukan ahli politik) yang dianugerahkan gelaran kehormat seperti Dato'/Datin, Dato' Seri/Datin Seri, Tan Sri/Puan Sri dsb.
Sekiranya sesuatu majlis itu dihadiri oleh tetamu kehormat dari luar, dan sekolah bertindak sebagai penganjur, maka ungkapan yang sesuai untuk Pengetua Sekolah pada ketika itu ialah 'Yang Berusaha'.
Penggunaan ungkapan 'Yang Berbahagia' ini tidak tertakluk kepada individu tetapi kepada posisi seseorang individu dalam sesuatu majlis.
Lain-lain01.04.2009
Yang Berbahagia, Yang Berhormat, Yang Amat BerhormatYBhg.; YB; YABEjaan19.05.2009
Yang Berbahagia dieja YBhg...bagaimana dengan singkatan Yang Berusaha?Tiada singkatan untuk Yang Berusaha.Tatabahasa26.03.2009
Penggunaan Yang Berbahagia, Yang Berhormat, Yang Berusaha sama ada dalam ucapan/penulisan.Yang berbahagia = ditujukan kepada orang yang bergelar anugerah, yang diterima daripada raja, pembesar negeri, mencapai jawatan keagamaan yang tinggi dan sebagainya. Oleh sebab pertanyaan saudari memerlukan penjelasan lanjut, mohon saudari berikan no. faTatabahasa11.01.2006
Tolong berikan terjemahan "Yang Berhormat" dan " Yang Berbahagia"Gelaran "Yang Berhormat" dan "Yang Berbahagia" khusus digunakan dalam bahasa Melayu, oleh itu tiada padanannya dalam bahasa Inggeris.Penyemakan dan penterjemahan26.10.2007
apakah singkatan yang betul bagi Yang Berbahagia, Yang Berhormat?Singkatan yang betul bagi Yang Berbahagia ialah Y. Bhg. manakala Yang Berhormat ialah Y.B.Tatabahasa26.08.2006
APAKAH SALUTASI KEPADA GELARAN YANG BERBAHAGIA BERSERTA NAMANYA BOLEH DI ITALIC DALAM SURAT RASMI?Ejaan Yang Berbahagia (YBhg.) dalam surat rasmi tidak perlu dicondongkan (italic). Contoh, YBhg. Dato' dan YBhg. Dato' Ahmad bin Harun.Lain-lain12.03.2010

No comments:

Post a Comment