NUFFNANG

Friday 21 November 2014

SERANGAN AGRESIF, PASMA GEMPUR KUBU HJ HADI DI TERENGGANU

SERANGAN AGRESIF, PASMA GEMPUR KUBU HJ HADI DI TERENGGANU

Satu poster ceramah yang dipaparkan facebook pro ulama, El Harakimenunjukkan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) berusaha untuk menggempur kubu Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Terengganu.

Dalam poster itu, PasMa akan mengadakan dua program serentak pada 28 November iaitu Forum “Mengembalikan Pemerintahan PR Terengganu” jam 3.30 petang dan ceramah isu semasa, jam 9 malam, yang akan diadakan di Jalan Balai Besar, Dungun.
Kedua-dua program itu membariskan penceramah dari PasMa, PAS, PKR dan DAP.
Penulis reformasi, Mohd Sayuti Omar (MSO) dijemput di kedua-dua program itu bersempena dengan pelancaran buku terbaharu beliau, “Inside Story – Kejatuhan Kerajaan PAS Kedah.”
Pada Isnin PAS Kedah menuntut MSO memohon maaf kerana buku terbaharunya itu sarat dengan fitnah.
Setiausahanya, Musoddak Ahmad berkata, MSO juga wajar memohon maaf kepada keluarga bekas Menteri Besar, Tan Sri Azizan Abdul Razak yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Kedah, memandangkan buku itu memfokuskan kepada pentadbiran Allahyarham.
“Keputusan dibuat dalam mesyuarat Badan Perhubungan Pas Kedah. Ketetapan menolak buku berkenaan disebabkan fakta dan maklumat dipaparkan tidak tepat dan beri gambaran negatif terhadap sejarah PAS Kedah,” katanya dilaporkan Sinar Harian.
Beliau berkata, pihaknya turut menggesa penulis menarik buku itu dari pasaran.
Musoddak berkata, pihaknya dengan kerjasama Lajnah Guaman Pas Kedah kini sedang mengkaji untuk menangani isu penerbitan buku itu dari aspek perundangan.
Sebelum ini, Muhammad Sanusi pernah menyelar penulis berkenaan kerana didapati memutar belit fakta dan urutan sejarah selain cuba menggambarkan Pas Kedah bawah pimpinan Azizan yang membentuk kerajaan pada penggal lalu bersikap tidak menghormati pihak lain, terutama DAP.
Muhammad Sanusi turut mempertikai tujuan buku itu diterbitkan berikutan terdapat percanggahan maklumat selain hanya merujuk kepada sumber yang boleh diragui kredibilitinya.
Tentang PasMa Terengganu, MSO menulis di blognya, Ahli Jawatankuasa NGO itu berjaya dibentuk dalam satu himpunan NGO berkenaan di Batu Buruk, Kuala Terengganu pada 5 November.
“PasMa Terengganu diterajui oleh bekas Wakil Rakyat Kota Putra Besut Abdul Aziz Abbas selaku Pengerusi. Manakala tiga orang Timbalan Pengerusi pula terdiri daripada Omar Abu Bakar, Daud Hassan dan Mokhsin.
“Setiausaha disandang oleh Wan Aimin Wan Ismail, Penolong Setiuasaha Aminuddin dan Bendahari Zakaria Ali yang juga merupakan adik kepada bekas Setiausaha Badan Perhubungan PAS Terengganu.
“Penubuhan PasMa Terengganu ini sudah tentu memberi pukulan hebat kepada kepimpinan PAS Terengganu yang sebelum ini telah melarang ahli PAS negeri menyertai NGO berkenaan. Kejayaan penubuhan PasMa Terengganu itu menggambarkan ahli PAS tidak menghirau larangan dikeluarkan PAS Terengganu,” lapor MSO.
Sebelum ini, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Satiful Bahri Mamat mengingatkan bahawa PasMa bukanlah satu persatuan yang baik kepada ahli PAS, malah menyifatkannya perosak di peringkat dalaman yang boleh menghakis kesetiaan ahli terhadap parti dan kepimpinan.
Menurutnya, kewujudan PasMa yang berpunca daripada rasa tidak puas hati ahli parti itu dan tidak senada dengan kepimpinan, dilihat membawa lebih banyak keburukan terhadap ahli parti.
“Mereka rosakkan parti dan tidak wajar ahli PAS bersama-sama mereka. Tugas mereka mengkritik PAS sedangkan PAS ada saluran dalam parti. Kita minta ahli PAS ikut parti.
“Orang yang berasa kecewa sahaja berada dalam Pasma. Kita harap jangan terlibat dengan NGO ini sebagaimana arahan PAS Terengganu sebelum ini,” katanya.

source : mymassa

No comments: