NUFFNANG

Friday 25 September 2009

Ultimatum for Selangor Pas chief:Toe the line or get out! DAP dakwa Dr Hasan hipokrit & berlagak wira! DAP kutuk PAS Selangor (sebenarnya)!!

Ultimatum for Selangor Pas chief:
Toe the line or get out

V. Shankar Ganesh

KLANG: Pressure is mounting on Selangor Pas state commissioner Datuk Dr Hasan Ali to leave Pakatan Rakyat for his inability to “conduct himself as a team player”.

As the fallout from Hasan’s criticism of the Select Committee on Competency, Accountability and Transparency (Selcat) continues, the menteri besar has also been urged to write to the Pas leadership demanding answers for Hasan’s behaviour.

Pas’ Shah Alam member of parliament Khalid Samad said if Hasan could not function as a team player in the PR government, he should do the right thing and leave.

He said the Pas leadership should also evaluate Hasan’s performance as the state Pas chief and an executive council member as he constantly raised issues that made the coalition look unstable.

Datuk Dr Hasan Ali under pressure to leave Pakatan Rakyat
Datuk Dr Hasan Ali under pressure to leave Pakatan Rakyat

“He should be reprimanded by the Pas leadership for his actions,” Khalid said when contacted yesterday.

He said Hasan’s statements were viewed as Selangor Pas’ stand but that was not the case as they were never discussed at any party meeting.

Hasan was in the news after he criticised Selcat proceedings. Selcat had called up district officers to explain how allocations of RM500,000 each to each assemblymen by the previous state administration had been disbursed within the first two months of last year.

Hasan had complained that Selcat was bullying and victimising the officers.
He also said Selcat should be revamped.

Parti Keadilan Rakyat vice-president and Hulu Kelang assemblyman Azmin Ali said Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim should send a letter to the Pas leadership asking for an explanation.

“He must demand an explanation on Hasan’s attitude which is contrary to the Pakatan spirit of cooperation.”

Azmin said it should also be brought up in the PR presidential council meeting.

He added that he did not know whether it was mere coincidence or deliberate that Hasan’s actions, in bringing up issues such as beer sales or Selcat, came during by-elections.

The beer issue happened during the Permatang Pasir by-election while the Bagan Pinang by-election is next month.

Klang MP Charles Santiago, from the DAP, also said that Hasan should leave the coalition if he felt he could not agree with its decisions.

He said Hasan should stop playing the race card by trying to show that he was fighting for the Malays.

Santiago said Hasan seemed to be portraying himself as a Malay champion against Selcat chairman Teng Chang Kim.

Pas’ Tumpat MP Datuk Kamaruddin Jaffar said calling up senior civil servants to testify was normal parliamentary practice.

Kamaruddin, a second-term Parliament Public Accounts Committee member, said even ministers and the attorney general had appeared before the PAC.

“There were no complaints then.

“There is no issue of bullying or treating them like schoolchildren,” added the former Pas secretary-general.

In the case of Selcat, he said, calling up district officers could be termed as normal.

PKR supreme council member and fellow state executive councillor Dr Xavier Jayakumar said Hasan had crossed the line once too often and something must be done to stop this.

Hasan could not be reached for comment.

***************

Isu ini timbul apabila Dato Dr Hasan Ali , Exco Hal Ehwal Ugama Islam Kerajaan PR Selangor membidas tindakan Ronnie Liu (DAP), Exco Industri Kecil Kerajaan PR Selangor apabila pegawai JAIS menghalang penjualan terbuka arak dalam kawasan majoriti Melayu Shah Alam. Beberapa kenyataan rasmi Kerajaan PR Selangor yang bercanggah dikeluarkan selepas itu. Ini menimbulkan kekeliruan dan keresahan dikalangan rakyat.

Isu menjadi lebih rumit apabila Dr Hasan dititahkan untuk mengadap DYMM Sultan Selangor untuk menjelaskan kedudukan dan ketetapan Kerajaan PR Selangor dan bukanya MB Tan Sri Khalid Ibrahim. Isu ini juga dibawa ke Selcat, dimana ianya dipengerusikan Speaker DUN Selangor Teng Chang Kim, yang mewakili golongan chauvinis China DAP. Pegawai Kerajaan Negeri Selangor difahamkan meluahkan ketidak puasan hati mereka mengenai isu pengagihan peruntukan DUN dan cara Selcat mempersoalkan proses dan amalan pentadbiran.

Isu isu ini menunjukan jelas ‘Taring’ sebenar Pemimpin PR, yang sebenarnya ‘tidak sebulu dan sehaluan sehingga tahap bercanggah’, dalam aspirasi dan dasar. Ini makin rumit apabila berlaku proses perlaksanaan. Pemimpin PR hanya lebih berminat untuk bermain politik sehingga tahap mengadaikan bukan sahaja membelakangkan kepentingan majoriti mebatasi kehendak minoriti, malah melepasi sempadan norma kebudayaan, moral dan kepercayaan ugama, termasuk akidah bagi yang berugama Islam.

Sebagai parti yang kunun kunun berlandaskan Firman dan Hukum Allah s.w.t. dan sunnah Rasululllah S.A.W., amat jelas bahawa perjuangan PAS merupakan hanya untuk meraih sokongan politik, termasuk undi Bukan Islam dan Bukan Melayu. Kemampuan memperkukuhkan kuasa mejadikan ‘cara menghalakan matlamaf’.

Ini bukan kali pertama Pemimpin PAS Selangor membelakangkan kepentingan majoriti, termasuk Islam sebagai ugama Persekutuan Malaysia. MP Shah Alam Khalid Samad dan ADUN Batu Tiga Rodziah sebelum ini pernah membelakangkan bantahan penduduk Seksyen 19 dan 23 Shah Alam, yang majoritinya orang Melayu dan Islam mengenai isu pemindahan kuil Hindu sehingga berlaku kejadian perkauman dan menyinggung antara fahaman ugama berbeza.

Sebelum itu,dalam keputusan pertama Kerajaan PR Selangor atas cadangan membina sebuah pusat menternak babi skala industri bagi tujuan pasaran ekspot adalah tanda awal kegagalan PAS menjaga kepentingan dan sensitiviti orang Melayu dan Islam, sebagai warga majoriti negeri Selangor Darul Ehsan.

Dalam analisis akhir, PR jelas dengan segala idealism universal yang sebenarnya menimbulkan pelbagai komplikasi akibat memartabatkan kepentingan minoriti membatasi kepentingan majoriti merugikan rakyat dan negeri Selangor, negeri paling kaya, mengunakan paling banyak sumber dan ramai warga dalam Persekutuan Malaysia.

source : bigdogdotcom.wordpress.com


DAP dakwa Dr Hasan hipokrit dan berlagak wira

Sep 24, 09 7:10pm

Siasatan awam Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) tidak harus dibuat secara tertutup, kata seorang pemimpin DAP sebagai menjawab desakan PAS Selangor hari ini.

Wakil rakyat Petaling Jaya Utara, Tony Pua juga menuduh exco kerajaan Selangor Datuk Dr Hasan Ali, juga pesuruhjaya PAS negeri, sebagai seorang yang "hipokrit" dan "mahu berlagak wira" kerana mengkritik Selcat secara terbuka.

Beliau, yang juga ketua publisiti DAP, berkata saranan PAS itu bukan sahaja bertentangan dengan asas kewujudan jawatankuasa khas DUN Selangor itu tetapi juga semangat kerajaan Pakatan Rakyat yang mengutamakan "kebertanggungjawaban dan ketelusan."

"Jika pegawai-pegawai daerah atau kakitangan awam tidak melakukan apa-apa kesalahan atau melanggar undang-undang, tiada apa-apa untuk berasa malu," katanya hari ini.

Pua berkata siasatan Selcat yang pertama pada Mac lalu – berhubung dana Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis) – berjaya membongkar skandal tersebut.

"Siasatan awam Selcat setakat ini mendedahkan penyelewengan dan salah laku oleh pelbagai pihak termasuk bekas ADUN BN yang bersubahat dengan pegawai-pegawai daerah," katanya.

Dr Hasan baru-baru ini menggesa Selcat membuat rombakan susulan pendengaran keduanya berhubung pengagihan dana kerajaan kepada DUN oleh pentadbiran BN dan Pakatan Rakyat sekarang.

Menulis di blog peribadinya, Pua turut menyelar saranan Dr Hasan yang mengkritik pentadbiran Pakatan Rakyat tanpa merujuk majlis mesyuarat kerajaan negeri dan juga urusetia gabungan pembangkang itu.

Tambahnya, Dr Hasan tidak membantah apabila idea untuk menyiasat peruntukan kawasan DUN ditimbulkan dalam mesyuarat peringkat sekretariat Pakatan negeri.

"Dan sekarang beliau mahu berlagak sebagai 'wira' yang memperjuangkan hak pegawai-pegawai daerah yang diaibkan itu," katanya di tonypua.blogspot.com.

Seruan Dr Hasan supaya siasatan berkenaan dikendalikan oleh "tokoh bebas" juga tidak masuk akal.

"DUN Selangor sendiri telah dipilih oleh rakyat untuk memastikan kerajaan yang cekap, bertanggungjawab dan telus, dan tanggungjawab tersebut tidak boleh dilepaskan oleh dewan berkenaan," kata Pua lagi.

sumber - Malaysiakini


PAS mahu siasatan Selcat tertutup

PAS Selangor mahu pendengaran siasatan awam Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) dibuat secara tertutup agar pegawai kerajaan "tidak rasa diaibkan".

Setiausahanya Mohd Khairuddin Othman berkata jawatankuasa DUN negeri itu wajar belajar daripada insiden anugerah penyapu kepada pemimpin pihak berkuasa tempatan (PBT) oleh menteri besar waktu itu Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo yang dianggap memalukan.

Insiden ini disebut-sebut sebagai satu daripada beberapa faktor yang menyumbang penolakan meluas orang ramai terhadap kerajaan BN Selangor dalam pilihan raya umum lalu.

"Walaupun sah kewujudannya (Selcat), tetapi PAS Selangor mendesak proses pendengaran (siasatan) ke atas pegawai tinggi kerajaan dilakukan secara tertutup bagi menjaga integriti pegawai kerajaan itu sendri," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mempertahankan pendirian exco kerajaan negeri Datuk Dr Hasan Ali, yang juga pesuruhjaya PAS negeri, yang menggesa Selcat membuat rombakan susulan pendengaran keduanya berhubung pengagihan dana kerajaan kepada DUN oleh pentadbiran BN dan Pakatan Rakyat sekarang.

Membandingkan pendengaran jawatankuasa khas itu dengan sistem mahkamah, Mohd Khairuddin berkata:

"Walaupun mahkamah adalah terbuka kepada orang awam, tetapi mahkamah boleh menjalankan proses perbicaraan secara tertutup menurut budi bicara mahkamah itu sendiri."

Dalam perkembangan berkaitan, seorang pemimpin DAP bagaimanapun mempertahankan siasatan Selcat secara terbuka. [Baca juga: DAP bantah, dakwa Dr Hasan hipokrit]

Ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua juga menuduh Dr Hasan sebagai seorang yang "hipokrit" dan "mahu berlagak wira" kerana mengkritik Selcat secara terbuka.

sumber - Malaysiakini


Kesihan kau San!

Aku simpati dengan Hassan Ali sebab sekarang ini nampaknya dia tidak boleh membuka mulut. Buka sahaja dihentam, buka sahaja diganyang. Seolah-olah apa sahaja Hassan Ali kata, ia berbaur unsur-unsur UMNO. Baru-baru ini apabila kritik kerajaan Selangor pasal jual arak kat kawasan majoriti Melayu, Hassan dikecam dan diserang oleh rakan2 dalam pakatan termasuk rakan sebangsa dan seagama. Terbaru pasal Selcat pula!

Aku percaya dalam kedua-dua isu Hassan memberikan pandangan yang tulus tetapi ia dipandang serong oleh rakan dalam pakatan malahan dalam partinya sendiri pun. Aku tidak tahulah apa hubungan teguran Hassan terhadap Selcat dengan UMNO tetapi itulah modal puak2 pembangkang ini yang tidak boleh menerima kritikan. Di mana lojiknya teguran Hassan yang tidak senang lihat cara Selcat jalankan siasatan yang dikaitkan konon Hassan sudah dihimpit oleh puak2 UMNO untuk menjatuhkan kerajaan Selangor? Masya-Allah sempitnya pemikiran puak2 mereka ini.

Itulah nasib Pas yang jelas sudah dicampak dan ditendang oleh puak2 DAP dan PKR. Bukan sahaja teguran malahan idea-idea pempimpin Pas yang bijaksana seperti Hassan Ali kini sudah tidak dipakai lagi. Makin jelaslah sekarang ini siapa yang lebih berkuasa di Selangor sedangkan MB-nya pun tidak boleh berbuat apa2 dengan bawahannya. Dua kali limalah dengan Nizar di Perak dulu. Pas dan Melayu hanya boneka sedangkan yang mendalangi pentadbiran mereka adalah orang lain. Apa lagi yang boleh dibuat Hassan untuk "membetulkan" pentadbiran Selangor apabila setiap patah bicaranya disambut dengan maki hamun, celaan dan hinaan oleh rakan-rakan sekerajaannya?

Tapi paling aku kesihan ialah puak2 Pas yang masih mengagung-agungkan pemimpin DAP dan PKR yang konon mempunyai perjuangan yang seiring dengan Pas sedangkan amat jelas Pas dipergunakan oleh DAP dan PKR untuk berkuasa. Selepas menang, Pas dicampak di dalam tong sampah. Itulah yang berlaku ke atas Hassan Ali.

Nasihat aku kepada Hassan Ali, tak payahlah nak jadi jaguh sebab anda tidak mempunyai kuasa dan suara anda tidak didengari oleh rakan-rakan dalam kerajaan Selangor. Betul juga kata mereka, lebih baik Hassan letak jawatan exco dan kalau boleh letak jawatan sebagai ADUN sekali. Buat apa lagi nak perjuang Islam di Selangor sebab puak2 DAP dan PKR memang tidak boleh terima. Mereka selama ini berbaik dengan Pas hanya nak memerintah negeri dan kalau boleh negara bukan sebab menyokong perjuangan Pas.

Kalau nak tegur Selcat pun tidak boleh apa lagi nak menegakkan undang-undang Islam, hukum Hudud. Mimpi sajalah. Elok ADUN2 Pas kat Selangor duduk diam-diam kat rumah. Pergi masjid surau buat ibadat, cukup bulan ambil elaun wakil rakyat. Biarlah puak2 DAP dan PKR yang uruskan negeri. Dan kalau ada hal2 yang tidak betul berlaku diam-diam sajalah.

Ketahuilah, Hassan Ali dan puak2 Pas di Selangor (dan Perak... dan Penang) hanyalah umpama tebu... Habis madu nanti sepah dibuang.

Padan muka kau San...
Padan muka Pas!

source : mesintaipburuk.blogspot.com


Isu rombak SELCAT, Hassan Ali terus dikecam oleh pemimpin Pakatan

Rejim DAP tuduh Hassan ALi hipokrit dan berlagak wira

Wakil rakyat Petaling Jaya Utara, Tony Pua juga menuduh exco kerajaan Selangor Datuk Dr Hasan Ali, juga pesuruhjaya PAS negeri, sebagai seorang yang "hipokrit" dan "mahu berlagak wira" kerana mengkritik Selcat secara terbuka.

Beliau, yang juga ketua publisiti DAP, berkata saranan PAS itu bukan sahaja bertentangan dengan asas kewujudan jawatankuasa khas DUN Selangor itu tetapi juga semangat kerajaan Pakatan Rakyat yang mengutamakan "kebertanggungjawaban dan ketelusan."

"Jika pegawai-pegawai daerah atau kakitangan awam tidak melakukan apa-apa kesalahan atau melanggar undang-undang, tiada apa-apa untuk berasa malu," katanya hari ini.

"Dan sekarang beliau mahu berlagak sebagai 'wira' yang memperjuangkan hak pegawai-pegawai daerah yang diaibkan itu,"


Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Khalid Samad

"Beliau harus mencerminkan semangat berpasukan walaupun kita tidak gembira dengan keputusan-keputusan yang telah dibuat... bukannya membuat keputusan sendiri tanpa perbincangan, tidak sewajarnya membuat kenyataan seumpama itu di khalayak umum".



Mahfuz Omar

"Isu yang dibangkitkan ini sepatutnya tidak berbangkit... Selcat ini berkaitan dengan legislatif, ada unsur pemisahan kuasa antara bidang eksekutif dan legislatif... sepatutnya tidak berbangkit," katanya klik di sini

Kita sepatutnya sudah ada satu persefahaman apabila berada dalam parti ataupun kerajaan negeri. Mereka kena faham tentang fungsi dan skop tentang konsep pemisahan kuasa.

"Saya percaya jika mereka betul-betul faham, maka tidak akan timbul masalah seperti ini... saya tidak tahu sama ada beliau faham aspek ini ataupun tidak.

"Apa pun isu ini tidak seharusnya dibangkitkan secara publik. Dengan bertindak sedemikian, ini sudah macam menafikan hak yang pada legislatif itu sendiri," kata beliau lagi.



PB ucapkan tahniah kepada pemimpin PAS yang beratur panjang untuk hantam Hassan Ali yang membela kakitangan awam yang ditindas dan dhina oleh rejim ala Gestapo yang menggunakan nama SELCAT . Selepas Khalid Samad dan tony pua , pakar fitnah no 1 PAS Mahfuz pula mengambil giliran untuk membela sekutu mereka DAP yang pertahankan SELCAT.

PAS nampaknya bersorak riang dan terus mengampu kuat sekutu mereka DAP dan membiarkan kakitangan awam yang majoritinya Melayu diherdik ,dihina oleh rejim bangsat DAP ini melalui SELCAT. Aku hairan mengapa kenapa PAS ini cukup semangat sangat pertahankan DAP ini yang niat depa memang nak pijak kakitangan awam di Selangor ini berterusan ?? Kalau orang kerja kilang mungkin depa faham kerja bawah bangsa Cina macamana ,ini DAP nak buat pulak kepada kakitangan kerajaan ....


Kritikan kontroversi Hassan Ali terhadap SELCAT demi pertahankan maruah bangsa Melayu

Kami semua menyokong penubuhan Selcat. Tetapi yang saya agak, agak sedikit kecewa ialah dengan cara pengendalian Selcat itu."

"Anda tahu beberapa Pegawai Daerah sama ada yang dipanggil untuk disoal siasat atau diambil keterangan dan sebagainya, tetapi sebagaimana dilaporkan dalam pertemuan kita dengan Yang Dipertua-Yang Dipertua dan termasuk seluruh kepimpinan pentadbiran kerajaan negeri Selangor ini, mereka melahirkan rasa tidak puas hati mereka.

"Mereka merasakan mereka diaibkan, mereka merasakan imej mereka terjejas, mereka merasakan mereka tidak dilayan seperti pegawai kanan kerajaan, sebaliknya dilayan seperti budak sekolah dan dengan asakan soalan-soalan.

"Sebab itu mereka merasakan tiada ruang untuk memberikan jawapan-jawapan yang adil dan ada pegawai-pegawai daerah sendiri tidak tahu bentuk jawapan yang dikehendaki oleh Selcat, klik di sini untuk seterusnya ..


Isu Selcat: Hasan Ali syorkan rundingan 3 penjuru cari penyelesaian

'Saya tidak pernah cadang keanggotaan Selcat dirombak'

PETALING JAYA: Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali yang berpendirian mempertikaikan perjalanan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Dewan Undangan Negeri Selangor (Selcat), mahu satu pertemuan tiga penjuru - membabitkan Menteri Besar, Exco dan anggota Selcat diadakan bagi menyelesaikan isu menyelubungi badan itu.

"Dalam hal ini, saya ingin mencadangkan agar segera diadakan pertemuan antara Menteri Besar dan ahli-ahli Exco dengan Selcat bagi membincangkan segala pandangan, hujah dan dakwaan terhadap para pegawai kanan kerajaan negeri yang telah dipanggil Selcat.

"Selepas itu perlu disusuli dengan rundingan tiga penjuru antara Menteri Besar (Tan Sri Khalid Ibrahim) dan ahli-ahli Exco serta Selcat dan pegawai-pegawai kanan kerajaan yang terbabit demi menjernihkan suasana," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan malam tadi.

Dalam kenyataan dua halaman, Hasan yang juga Exco Kerajaan Negeri berkata, beliau tidak pernah mencadangkan agar keanggotaan Selcat dirombak dan dilantik daripada kalangan bekas-bekas hakim, penjawat awam dan individu yang berpengaruh sebagaimana yang dilaporkan.

"Sebaliknya apa yang saya cadangkan adalah supaya keanggotaannya dipilih daripada kalangan ahli Dewan Undangan Negeri Selangor yang berwibawa, dan memiliki kepakaran dan kebijaksanaan setaraf dengan keanggotaan Surhanjaya Diraja demi memilhara kehormatan institusi Selcat itu sendiri," katanya.

Pada Ahad lalu, Hasan yang ditemui wartawan mempertahankan kritikan dilemparkan pegawai-pegawai daerah sambil mengesyorkan agar format dan prosedur Selcat dikaji semula.


Pemimpin PAS, DAP terkilan pendirian Hasan Ali mempertikai Selcat

Hasan memberitahu, daripada hanya dianggotai oleh ahli-ahli politik memberitahu, keanggotaan Selcat boleh terdiri daripada bekas hakim, pegawai kanan kerajaan dan tokoh-tokoh masyarakat terkemuka.

Hasan berkata: "Kami semua menyokong penubuhan Selcat. Tetapi yang saya agak, agak sedikit kecewa ialah dengan cara pengendalian Selcat itu."

"Anda tahu beberapa Pegawai Daerah sama ada yang dipanggil untuk disoal siasat atau diambil keterangan dan sebagainya, tetapi sebagaimana dilaporkan dalam pertemuan kita dengan Yang Dipertua-Yang Dipertua dan termasuk seluruh kepimpinan pentadbiran kerajaan negeri Selangor ini, mereka melahirkan rasa tidak puas hati mereka.

"Mereka merasakan mereka diaibkan, mereka merasakan imej mereka terjejas, mereka merasakan mereka tidak dilayan seperti pegawai kanan kerajaan, sebaliknya dilayan seperti budak sekolah dan dengan asakan soalan-soalan.

"Sebab itu mereka merasakan tiada ruang untuk memberikan jawapan-jawapan yang adil dan ada pegawai-pegawai daerah sendiri tidak tahu bentuk jawapan yang dikehendaki oleh Selcat," kata Hasan lagi.

Selcat ditubuhkan oleh DUN Selangor selepas pilihan raya umum Mac 2008 untuk memantau selia dan memeriksa keupayaan, kebertanggungjawab dan ketelusan dalam segala urusan pentadbiran kerajaan negeri.

Anggotanya terdiri daripada Haniza Mohd. Talha (PKR-Taman Medan), Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa), Shaari Sungib (PAS-Hulu Klang), Edward Lee Poh Lin (DAP-Bukit Gasing), Sulaiman Abdul Razak (BN-Permatang) dan Ismail Sani (BN-Dusun Tua).

Speaker DUN Selangor, Teng Chang Khim merupakan Pengerusinya.

Minggu lalu, Khalid telah mempengerusikan satu mesyuarat membabitkan Exco dan pegawai-pegawai kanan kerajaan berhubung isu Selcat.

Khalid yang turut ditemui Ahad lalu berkata, satu mesyuarat membabitkan Teng akan diadakan bagi menyelesaikan isu Selcat.

KAEDAH SELCAT MENGHINA

Hasan menambah, beliau menyokong penuh obejektif dan falsafah penubuhan Selcat.

"Walau bagaimanapun ekoran siasatan awam yang dilakukan baru-baru ini khasnya yang melibatkan pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri ternyata Selcat perlu mengkaji semula prosedur serta teknik penyiasatan yang dilakukan," katanya.

Tambah beliau, sesi penyiasatan yang menggunakan kaedah menghina dan menjatuhkan maruah di samping lahirnya unsur tekanan sehingga mencetuskan ketegangan jelas tidak mencerminkan objektif dan falsafah penubuhan Selcat.

"Akibat kaedah ini maruah dan harga diri para pegawai kanan kerajaan telah teruk tercalar dan moral mereka menurun," katanya.

Oleh itu, kata beliau, sepatutnya siasatan Selcat yang berkisar sekitar perbelanjaan peruntukkan para Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) dalam kerajaan dahulu tidak sekadar memanggil pegawai-pegawai daerah untuk memberikan keterangan tetapi juga memanggil ADUN-ADUN yang berkenaan.

Dengan cara ini, jelas Hasan, Selcat akan memperoleh maklumat yang seimbang tanpa menyalahkan satu pihak semata-mata.

"Sesungguhnya pentadbiran negeri tidak mampu berfungsi dengan baik seandainya tidak wujud suasana harmoni antara ketiga-tiga pihak ini.

"Sesuai dengan semangat Hari Raya Aidilfitri saya merasakan sangat molek diadakan satu majlis ramah mesra dalam susana yang informal untuk membolehkan ketiga-tiga pihak ini berinteraksi dan berkomunikasi dalam suasana kesetiakawanan dan mahabah," katanya.

source : siratansuratan.blogspot.com


Pemimpin PAS, DAP terkilan pendirian Hasan Ali mempertikai Selcat


Mahfuz: Pesuruhjaya PAS tidak faham pemisahan kuasa eksekutif, legislatif

PETALING JAYA: Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali berhadapan dengan 'kritikan' pemimpin-pemimpin kanan Pakatan Rakyat termasuk partinya sendiri ekoran kenyataan beliau mempertikaikan perjalanan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Dewan Undangan Negeri Selangor (Selcat) yang kini menyiasat dakwaan salah guna peruntukan kerajaan negeri.

Beberapa pemimpin kanan yang dihubungi menyifatkan, selaku anggota eksekutif yang turut terlibat dalam penubuhan Selcat tahun lalu, Hasan yang merupakan Exco Kerajaan Negeri Selangor dan Pesuruhjaya PAS negeri, tidak sepatutnya mempertikaikan badan itu secara terbuka dengan membelakangkan kepentingan kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

"Isu yang dibangkitkan ini sepatutnya tidak berbangkit... Selcat ini berkaitan dengan legislatif, ada unsur pemisahan kuasa antara bidang eksekutif dan legislatif... sepatutnya tidak berbangkit," kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar ketika dihubungi mStar Online.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu menambah, sebagai anggota pentadbiran dalam kerajaan negeri sepatutnya ada satu bentuk persefahaman tentang soal pemisahan kuasa bidang antara eksekutif dan legislatif.

"Kita sepatutnya sudah ada satu persefahaman apabila berada dalam parti ataupun kerajaan negeri. Mereka kena faham tentang fungsi dan skop tentang konsep pemisahan kuasa.

"Saya percaya jika mereka betul-betul faham, maka tidak akan timbul masalah seperti ini... saya tidak tahu sama ada beliau faham aspek ini ataupun tidak.

"Apa pun isu ini tidak seharusnya dibangkitkan secara publik. Dengan bertindak sedemikian, ini sudah macam menafikan hak yang pada legislatif itu sendiri," kata beliau lagi.

Selain itu menurut beliau, dalam dunia sebenar tiada pihak yang disoal siasat oleh mana-mana jawatankuasa pernah atau akan gembira dengan cara dan prosedur siasatan dijalankan.

"Mereka yang disoal siasat mahukan layanan kelas satu," kata beliau sambil berseloroh.

Sehubungan itu Mahfuz menambah, Hasan sebagai anggota eksekutif seharusnya menasihatkan mana-mana pegawai kanan kerajaan, dalam kes terbaru Selcat yang melibatkan pegawai-pegawai daerah yang mengadu tentang perjalanan jawatankuasa itu, supaya mengambil tindakan yang mereka fikirkan wajar jika tidak berpuas hati dengan Selcat.

"Macam dalam kes Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh (dari DAP) yang digantung daripada menghadiri Dewan Rakyat selama setahun.

"Keputusan disyorkan oleh jawatankuasa Parlimen dan apabila beliau tidak berpuas hati, beliau mengambil tindakan mahkamah (yang sedang didengar)," katanya.

Oleh itu, ujar beliau, Hasan perlu memahami bahawa Selcat atau apa jua jawatankuasa sama ada di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri, anggotanya adalah terdiri daripada wakil rakyat, bukannya orang luar.

"Jadi bagaimana anggota Selcat boleh dianggotai oleh orang luar, macam bekas hakim? Jika pun Hasan tidak bersetuju, beliau seharusnya membawa isu ini kepada mesyuarat Exco untuk dibincangkan secara lanjut.

"Dan, kemudian membawa usul meminda Aturan Mesyuarat bagi mengubah keanggotaan Dewan dalam jawatankuasa... bukannya membuat kenyataan seumpama itu walaupun beliau merasakan tidak berpuas hati dengan Selcat," kata Mahfuz yang menafikan kenyataan Hasan itu menunjukkan Pakatan Rakyat Selangor berhadapan dengan krisis dan berpecah.

Speaker Dewan Undangan Negeri, Teng Chang Khim dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim juga tidak bersetuju dengan syor Hasan agar Selcat dirombak.


Hasan Ali syorkan rundingan 3 penjuru cari penyelesaian

Pendirian Mahfuz itu turut dilahirkan oleh salah seorang anggota Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.

Khalid Samad yang juga Ahli Parlimen Shah Alam memberitahu, Hasan seharusnya memainkan peranan sebagai anggota dalam "satu pasukan kerajaan negeri Selangor."

"Beliau harus mencerminkan semangat berpasukan walaupun kita tidak gembira dengan keputusan-keputusan yang telah dibuat... bukannya membuat keputusan sendiri tanpa perbincangan, tidak sewajarnya membuat kenyataan seumpama itu di khalayak umum," kata beliau.

Bagaimanapun beliau mengakui bahawa Selcat sebagai jawatankuasa yang baru kemungkinan ada kekurangan-kekurangan tertentu yang boleh diperbaiki dalam jangka panjang.

Khalid menambah, Biro Politik PAS yang mengadakan mesyuarat baru-baru ini juga telah meminta setiap pemimpin parti yang menganggotai pentadbiran negeri agar memperlihatkan pendirian bersatu dan secara berpasukan apabila ia melibatkan soal kerajaan negeri.

Kini, Pakatan Rakyat memerintah negeri Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Selangor.

Selain itu ujar Khalid, pegawai-pegawai kanan juga perlu menerima tujuan penubuhan Selcat di samping memperlihatkan rasa tanggungjawab mereka terhadap kepentingan rakyat.

Jelasnya, walaupun sebelum ini mereka bertindak mengeluarkan dana dengan menerima arahan daripada kerajaan negeri terdahulu (sebelum 8 Mac 2008), tetapi apabila ia melibatkan wang awam, pegawai-pegawai kanan terbabit perlu menunjukkan sikap tanggungjawab masing-masing.

DAP JUGA PERSOAL HASAN

Di George Town, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng juga mempersoalkan kenyataan Hasan sambil berkata, adalah sesuatu yang luar biasa bagi Pesuruhjaya PAS Selangor itu mengesyorkan agar Selcat dirombak sedangkan beliau turut menyokong penubuhannya tahun lalu.

"Jika undang-undang ini (penubuhan Selcat) tidak betul, mengapa beliau menyokong untuk ia diluluskan? Beliau seharusnya sedar tentang ruang lingkup kuasa dan bentuk tugas beliau.

"Nampaknya beliau tidak memahami situasi itu," kata Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.

Lim juga berpendapat, Hasan seharusnya membawa pendirian mempertikaikan perjalanan Selcat menggunakan saluran dalaman, bukannya secara terbuka.

Perjalanan Selcat menjadi isu sejak minggu lalu apabila ia dikritik pegawai-pegawai daerah yang dipanggil memberi keterangan mendakwa dilayan seperti penjenayah dan perlu menjawab soalan mengikut kehendak jawatankuasa tersebut.

Pegawai Daerah Klang, Bakhtiar Hussin menyifatkan Selcat tidak mencerminkan proses siasatan sebenar kerana lebih menjurus kepada serangan peribadi, selain menjejaskan imej serta kredibiliti dirinya sebagai penjawat awam sejak 30 tahun lalu.

Katanya, siasatan diketuai Teng dilakukan dalam suasana tegang dan tidak berhemah.

Selcat akan mengadakan pertemuan susulan selama lima hari bermula 21 Oktober ini.

Selcat ditubuhkan oleh DUN Selangor selepas pilihan raya umum Mac 2008 untuk memantau selia dan memeriksa keupayaan, kebertanggungjawab dan ketelusan dalam segala urusan pentadbiran kerajaan negeri.

Anggotanya terdiri daripada Haniza Mohd. Talha (PKR-Taman Medan), Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa), Shaari Sungib (PAS-Hulu Klang), Edward Lee Poh Lin (DAP-Bukit Gasing), Sulaiman Abdul Razak (BN-Permatang) dan Ismail Sani (BN-Dusun Tua).

Teng adalah Pengerusi Selcat.

Semalam bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Muhamad Khir Toyo juga berpendapat Selcat wajar dirombak keanggotaannya sambil memberitahu mStar Online bahawa kontroversi Selcat menggambarkan wujudnya rebutan kuasa antara Teng dan Menteri Besar Selangor.

source : mstar.com.my


APAKAH KESUDAHAN PEPERANGAN INI BAGI RAKYAT NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN?


PAS mahu siasatan Selcat tertutup


.

PAS Selangor mahu pendengaran siasatan awam Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) dibuat secara tertutup agar pegawai kerajaan "tidak rasa diaibkan".

Setiausahanya Mohd Khairuddin Othman berkata jawatankuasa DUN negeri itu wajar belajar daripada insiden anugerah penyapu kepada pemimpin pihak berkuasa tempatan (PBT) oleh menteri besar waktu itu Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo yang dianggap memalukan.

Insiden ini disebut-sebut sebagai satu daripada beberapa faktor yang menyumbang penolakan meluas orang ramai terhadap kerajaan BN Selangor dalam pilihan raya umum lalu.

"Walaupun sah kewujudannya (Selcat), tetapi PAS Selangor mendesak proses pendengaran (siasatan) ke atas pegawai tinggi kerajaan dilakukan secara tertutup bagi menjaga integriti pegawai kerajaan itu sendri," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mempertahankan pendirian exco kerajaan negeri Datuk Dr Hasan Ali, yang juga pesuruhjaya PAS negeri, yang menggesa Selcat membuat rombakan susulan pendengaran keduanya berhubung pengagihan dana kerajaan kepada DUN oleh pentadbiran BN dan Pakatan Rakyat sekarang.

Membandingkan pendengaran jawatankuasa khas itu dengan sistem mahkamah, Mohd Khairuddin berkata:

"Walaupun mahkamah adalah terbuka kepada orang awam, tetapi mahkamah boleh menjalankan proses perbicaraan secara tertutup menurut budi bicara mahkamah itu sendiri."

Dalam perkembangan berkaitan, seorang pemimpin DAP bagaimanapun mempertahankan siasatan Selcat secara terbuka. [Baca juga:
DAP bantah, dakwa Dr Hasan hipokrit]

Ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua juga menuduh Dr Hasan sebagai seorang yang "hipokrit" dan "mahu berlagak wira" kerana mengkritik Selcat secara terbuka.

.

.

.

DAP bantah, dakwa Dr Hasan hipokrit

Siasatan awam Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) tidak harus dibuat secara tertutup, kata seorang pemimpin DAP sebagai menjawab desakan PAS Selangor hari ini.

Wakil rakyat Petaling Jaya Utara, Tony Pua juga menuduh exco kerajaan Selangor Datuk Dr Hasan Ali, juga pesuruhjaya PAS negeri, sebagai seorang yang "hipokrit" dan "mahu berlagak wira" kerana mengkritik Selcat secara terbuka.

Beliau, yang juga ketua publisiti DAP, berkata saranan PAS itu bukan sahaja bertentangan dengan asas kewujudan jawatankuasa khas DUN Selangor itu tetapi juga semangat kerajaan Pakatan Rakyat yang mengutamakan "kebertanggungjawaban dan ketelusan."

"Jika pegawai-pegawai daerah atau kakitangan awam tidak melakukan apa-apa kesalahan atau melanggar undang-undang, tiada apa-apa untuk berasa malu," katanya hari ini.

Pua berkata siasatan Selcat yang pertama pada Mac lalu – berhubung dana Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis) – berjaya membongkar skandal tersebut.

"Siasatan awam Selcat setakat ini mendedahkan penyelewengan dan salah laku oleh pelbagai pihak termasuk bekas ADUN BN yang bersubahat dengan pegawai-pegawai daerah," katanya.

Dr Hasan baru-baru ini menggesa Selcat membuat rombakan susulan pendengaran keduanya berhubung pengagihan dana kerajaan kepada DUN oleh pentadbiran BN dan Pakatan Rakyat sekarang. [Baca juga: PAS mahu siasatan Selcat tertutup]

Menulis di blog peribadinya, Pua turut menyelar saranan Dr Hasan yang mengkritik pentadbiran Pakatan Rakyat tanpa merujuk majlis mesyuarat kerajaan negeri dan juga urusetia gabungan pembangkang itu.

Tambahnya, Dr Hasan tidak membantah apabila idea untuk menyiasat peruntukan kawasan DUN ditimbulkan dalam mesyuarat peringkat sekretariat Pakatan negeri.

"Dan sekarang beliau mahu berlagak sebagai 'wira' yang memperjuangkan hak pegawai-pegawai daerah yang diaibkan itu," katanya di tonypua.blogspot.com.

Seruan Dr Hasan supaya siasatan berkenaan dikendalikan oleh "tokoh bebas" juga tidak masuk akal.

"DUN Selangor sendiri telah dipilih oleh rakyat untuk memastikan kerajaan yang cekap, bertanggungjawab dan telus, dan tanggungjawab tersebut tidak boleh dilepaskan oleh dewan berkenaan," kata Pua lagi.

.

.

MAT SIRAT Ada yang tidak kena dengan perbalahan terang-terangan mereka sehinggakan mereka tidak saling mempercayai antara sesama sendiri lantas berusaha bagaikan tiada esoknya membuktikan keperkasaan masing-masing lantas teralpa dengan kesejahteraan dan keharmonian negeri di bawah tanggungjawab mereka bersama yang telahpun terjejas.

.

Ada yang mahukan siasatan Selcat tertutup, tidak kurang juga yang menggelar pemimpin agung Pas Selangor Dr Hasan sebagai hipokrit.

.

Apakah kesudahan kisah mereka berdua dan yang paling malang apakah kesudahan episod rakyat Negeri Selangor Darul Ehsan yang menyangkakan tarikh keramat 8 Mac 2008 lepas adalah saat manis mereka memilih kerajaan baru: ‘pakatan pembangkang’ ataupun gelaran baru mereka yang diberikan oleh GAP (golongan atas pagar) - ‘ada pakatan dalam pakatan pembangkang’?

.

Saya sememangnya kurang arif… anda di Selangor Darul Ehsan pasti lebih relevan untuk memberikan jawapan!

No comments: