Latest Articles

BARISAN PELAPIS

Pada tahun 2013 beberapa orang anggota lembaga akan mengundur diri. Sebagai pelapis, anggota yang berminat dan berkeyakinan untuk menerima tanggungjawab sebagai anggota lembaga diharap mempersiap diri untuk masuk bertanding pada mesyuarat agung tahun depan. Beri khidmat terbaik untuk kemantapan koperasi kita. Aktifkan projek yang boleh menjana pendapatan demi keuntungan yang akan dinikmati oleh anggota-anggota koperasi. Semoga teraju muda boleh memberi lebih banyak idea dan tenaga demi kecemerlangan KAGUM. read more

ARAHAN SKM

Suruhanjaya Koperasi Malaysia telah mengeluarkan satu pekeliling yang meminta koperasi meletakkan sasaran hanya 1/3 sahaja anggota lembaga terdiri daripada anggota bersara, 2/3 adalah anggota yang sedang berkhidmat. Koperasi diminta melaksanakannya dalam tempoh 2 tahun.

Anggota yang sedang bertugas digalakkan mencalonkan diri bila pencalonan dibuka pada tahun depan bagi mengisi kekosongan yang ada. Secara tak langsung boleh menyumbang idea dan kepakaran untuk aktiviti yang lebih mencabar dan memberi hasil pulangan untuk faedah semua anggota. Insyaallah.....
read more

CADANGAN MENGURANGKAN KADAR PERKHIDMATAN PINJAMAN

Ada cadangan daripada anggota KAGUM untuk mengurangkan kadar perkhidmatan sekarang yang agak tinggi iaitu 6% kepada 5% atau 4% bagi menyaingi institusi kewangan di pasaran. Perkara ini terpulang kepada anggota yang membawanya sebagai usul di Mesyuarat Agung tahun 2013 nanti. read more

PELAN TAKAFUL BERKELOMPOK


PELAN

MANFAAT TAKAFUL
CARUMAN
SETAHUN
(RM)
UMUR
1 - 64

Kematian
Biasa
(RM)
Kematian
 Kemalangan
 (RM)
Lumpuh
Biasa
(RM)
Belanja
Kebumi
(RM)
A
Anggota
1,500
1,500
1,500
500
10.00
B
Anggota
2,500
2,500
2,500
500
15.00
C
Anggota
3,500
3,500
3,500
500
20.00
D
Anggota
5,000
5,000
5,000
500
30.00
65 - 75






E
Anggota



500
20.00

read more

RUMAH KEDAI KAGUM

PANDANGAN DARI TINGKAP TEPI DAN DEPAN

Anggota koperasi atau siapa saja dipelawa untuk menyewa sebuat lot kedai di Greentown Bussiness Square (Tingkat 3). Bangunan menghadap Bangunan Persekutuan. Lot kedai bersebelahan bilik pensyarah Institut Teknologi Perak. HUBUNGI Cik Nabilah 05-3131533
read more
Blogger Template by Clairvo