INTERNATIONAL CARROM BOARD CERTIFIED BY INTERNATIONAL CARROM FEDERATION. PLEASE CALL +6019-6656101

Thursday, May 16, 2019

PERALATAN PERMAINAN KAROM ANTARABANGSA GRED A

Kepada peminat karom tanah air yang berminat untuk memiliki papan karom berkualiti tinggi dan mengikut spesifikasi kejohanan atau lebih popular dipanggil papan kejohanan boleh hubungi kami.

Kami menyediakan peralatan lengkap permainan karom antarabangsa dan juga kelengkapan permainan karom Malaysia atau dipanggil karom tempatan. Kami menyediakan hanya peralatan permainan karom yang terbaik dan bermutu tinggi sahaja.

Sehingga berita ini ditulis kami sudah menjual papan karom antarabangsa pelbagai jenama seperti Synco Platinum 6 set, Synco Premium Champion 50 set, Precise Elegant Champion 24 set, Precise Elegant Rosy 10 set, Precise Elegant Bulldog 2 set dan papan karom Malaysia berjumlah 38 set. Jumlah semuanya 130 set. Manakala striker berdozen-dozen yang terjual atau lebih tepat tidak terhitung jumlahnya. Pelangan-pelangan kami datang dari seluruh semenanjung termasuk Sarawak, Sabah dan Labuan.

Stok adalah terhad kerana peralatan adalah diimport sepenuhnya. Permintaan peralatan karom berdasarkan kepada siapa cepat dia dapat (first come first serve basis).












Thursday, May 9, 2019

PERKIDMATAN PENGURUS ACARA DAN PENYEWAAN PERALATAN KAROM

Kami adalah pengurus acara sukan karom sepenuhnya yang mempunyai peralatan lenkap, tenaga kerja professional dan sokongan teknikal daripada pengadil yang bertauliah dan berpengalaman. Kami juga bersedia untuk mengadakan bengkel atau kursus intensif untuk membina kemahiran dan skil permainan serta pemahaman dalam undang-undang permainan.

Kami juga bersedia untuk menguruskan acara pelangan-pelangan samada berskala besar atau kecil dan mutu perkhidmatan yang diberikan tetap sama. Kami mempunyai perlatan karom berkualiti tinggi (grade A) yang diiktiraf dan selalu digunakan untuk kejohanan yang berprestij. Di samping itu juga kami menawarkan pelbagai perkhidmatan seperti penyewaan peralatan untuk latihan atau untuk persediaan kejohanan.

Satu permainan yang popular di kalangan masyarakat dan kini semakin mendapat tempat di semua peringkat umur dan dalam masa yang sama dapat merapatkan tali silaturahim dan ukhwah kekeluargaan atau persaudaraan. Di sini kami ingin memaklumkan kepada pembaca bahawa kami penyediakan perkhidmatan penyewaan dan penjualan peralatan karom antarabangsa dan karom Malaysia atau lebih popular dipanggil karom tempatan.

Untuk permulaan atau ingin mencuba peralatan karom, bakal pelangan disarankan hanya perlu menyewa sahaja. Konsep penyewaan yang cukup mudah dan praktikal. Jika berminat dan menepati cita rasa untuk memiliki peralatan berkualiti bertaraf kejohanan kami juga menyediakan perkhidmatan penjualan dan kami mempunyai stok. Penjualan bukan hanya papan karom sahaja tetapi termasuk peralatan berkaitan dengannya seperti kaki papan karom (stand), buah karom, gundu (striker), tepung pelicin dan lain-lain. Selain daripada aktiviti-aktiviti yang tidak tertera seperti di bawah juga boleh dipertimbangkan:

Aktiviti di hujung minggu bersama  keluarga.
Aktiviti di hujung minggu bersama kawan.
Aktiviti hari keluarga @ aktiviti taman perumahan.
Aktiviti cuti sekolah bersama rakan.
Latihan menjelang kejohanan.
Kejohanan berskala kecil atau besar.

PERALATAN KAROM YANG LENGKAP:

Papan karom grade A berkualiti dan bertaraf kejohanan.
Papan karom antarabangsa (saku di dalam) dan papan karom Malaysia (saku di luar)
Buah karom grade A berkualiti dan bertaraf kejohanan.
Gundu (striker) grade A berkualiti mengikut spesifikasi peraturan kejohanan.
Kaki papan grade A berkualiti mengikut spesifikasi peraturan kejohanan.
Tepung pelicin berkualiti mengikut spesifikasi peraturan kejohanan.
Berus juga sebahagian daripada peralatan yang disewa.






HARGA PENYEWAAN

- Sewaan peralatan untuk 24 jam (sehari semalam) cukup berpatutan.
- Penyewa boleh mengambil dan memulangkan sendiri.
- Peralatan juga boleh dihantar ke tempat pelangan dengan kos yang minima.

Untuk pertanyaan lanjut dan tempahan boleh menghubungi talian di bawah:
Call atau whatsapp +6019 – 6656101 atau email (suhaizanm@yahoo.com)

SYARAT-SYARAT PENYEWAAN YANG PERLU DIKETAHUI DAN DIPATUHI OLEH PENYEWA AKAN DIBERIKAN SEMASA PENGAMBILAN PERALATAN ATAU SEMASA PERALATAN DIHANTAR DAN SAMPAI KE TANGAN PELANGAN.


MOTO KAMI ADALAH:

ONLY THE BEST CARROM  BRINGS YOU TO THE  REAL EXPERIENCE

Friday, May 3, 2019

KEJOHANAN KAROM MAKSWIP 2019

Tarikh: 27/04/2019
Tempat: Rumah PPD Kuala Lumpur.

Berjumpa kembali Kejohanan Karom MAKSWIP 2019. Kejohanan kali ini telah bertembung dengan satu lagi kejohanan karom (local game) yang berlansung di Ipoh. Memandangkan ramai pemain-pemain yang akan ke sana, maka MAKSWIP mengambil keputusan kejohanan akan dijalankan hanya satu sahaja. Buat pertama kali kejohanan kali ini tidak disertai oleh pasukan yang agak sinonim dengan MAKSWIP iaitu pasukan daripada DBKL lelaki dan wanita. Begitu juga pasukan lelaki daripada UM yang hanya menurunkan pasukan kedua mereka kali ini kerana pemain utama mereka bertanding di Ipoh pada hari yang sama. Sungguhpun begitu UM masih lagi menghantar pasukan wanita dengan menurunkan pasukan utama mereka. Terdapat jua pasukan yang kembali semula di kejohanan kali ini dan tidak kurang juga beberapa pasukan yang baru atau pertama kali bermain karom antarabangsa. 

Sebelum kejohanan bermula sesi taklimat mengenai undang-undang permainan diterangkan oleh ketua pengadil dengan memberi penerangan asas yang agak terperinci dan juga kesalahan semasa giliran dan di dalam perlawanan. Sesi soal jawap juga diberikan dan beberapa pemain bertanya untuk mendapatkan kepastian. Secara keseluruhan nampaknya pemain-pemain sudah mula memahami undang-undang permainan dan ini merupakan satu petunjuk bahawa pemain-pemain sudah mula menunjukkan kesungguhan di dalam permainan karom antarabangsa.

Memandangkan kali ini hanya satu hari sahaja dan saya selaku ketua penadil melihat jika pasukan wanita bermain seperti biasa iaitu lapan papan saya jangka akan membawa hingga ke lewat malam. Oleh itu saya telah berbincang lebi awal dengan wakil MAKSWIP supaya kategori wanita terpaksa bermain hanya empat papan atau 25 mata sahaja untuk mengelak masa yang panjang. Wakil MAKSWIP bersetuju dan keputusan kategori wanita dijalankan hanya empat papan tanpa bantahan.

Pasukan lelaki dibahagikan kepada 4 kumpulan:

KUMPULAN A
1. LTAT
2. KESMA
3. UM

KUMPULAN B
1. LHDN
2. FRIM
3. JUPEM

KUMPULAN C
1. MIDA
2. PARLIMEN
3. TOURISM

KUMPULAN D
1. JKR KL
2. MAIWP
3. KESKEP

Manakala pasukan wanita dibahagikan kepada 2 kumpulan:

KUMPULAN A
1. UM
2. KESKEP
3. JUPEM A
4. RTM

KUMPULAN B
1. LDN
2. LTAT
3. MAIWP
4. JUPEM B





  
















 





 










 WANITA BERPASUKAN
KETIGA BERSAMA (JUPEM B)

 KETIGA BERSAMA (LHDN)

NAIB JOHAN (RTM)

 JOHAN (UM)

LELAKI BERPASUKAN
  KETIGA BERSAMA (MIDA)

  KETIGA BERSAMA (JKR KL)

NAIB JOHAN (UM)

JOHAN (JUPEM)

 PENGADIL

KETUA PASUKAN JUPEM LELAKI DAN KETUA PASUKAN UM WANITA BERSAMA TROFI


Sebagai rumusan secara keseluruhan perjalanan kejohanan berlansung dengan lancar tanpa sebarang permasalahan. Sungguhpun begitu terdapat dua kes yang berlaku kepada pasukan baru pada tahun ini apabila melakukan kesalahan dimana pemain secara tidak sengaja mengambil giliran pasangannya. Kami sebagai pengadil di samping menjatuhkan hukuman tetapi dalam masa yang sama mendidik dengan memberi pencerahan kepada mereka dan supaya lebih berhati-hati ketika mengambil giliran bermain terutamanya ketika perlawanan beregu.

Seterusnya sebagai ketua pengadil, saya melihat kematangan pengadil membuat keputusan yang bijak dalam mengendalikan perlawanan berlansung. Ada juga pengadil beberapa kali bertanya sebelum membuat keputusan akhir yang dikira bertindak bijak untuk mendapatkan kepastian terlebih dahulu daripada ketua pengadil. Selaku ketua pengadil saya memuji sikap pengadil sebegini yang tidak bertindak mengikut hawa nafsu tetapi mengunakan akal di dalam membuat keputusan yang tepat. Ini dapat mengawal keputusan pengadil yang tidak menentu atau lebih teruk lagi membuat keputusan yang salah. Keputusan yang tidak menentu atau bercelaru akan memberi impak yang tidak baik kepada mutu pengadilan dan Alhamdulillaperkara ini tidak berlaku di sepanjang kejohanan berlansung. Tahniah kepada pengadil-pengadil yang betugas dan pemain-pemain yang memberi kerjasama di sepanjang kejohanan pada kali  ini.

MAJU SUKAN DEMI NEGARA