10 Disember 2010

FADHILAT BULAN MUHARRAM




Muharram adalah bulan pertama dalam Sistem Takwim Hijrah (Hijriah). Muharram membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Mekah (Al-Baqarah: 91).

Peristiwa 10 Muharram

10 Muharram dinamakan juga Hari Asyura. Pada hari  itu banyak  terjadi peristiwa penting yang  mencerminkan kegemilangan bagi  perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran. 

Sabda Rasulullah SAW; 
"Sesiapa yang berpuasa sehari dalam bulan Muharram maka baginya menyamai 30 hari berpuasa. Sesiapa yang berpuasa pada 10 Muharram maka Allah anugerahkan pahala 10000 ibadah para Malaikat, dan dikurniakan pahala 10000 syuhada (mati syahid) dan dikurniakan pahala 10000 pahala Haji dan Umrah. Sesiapa yang melapangkan kesempitan keluarganya pada 10 Muharram maka Allah melapangkan kesempitannya sepanjang tahun tersebut. Seafdhal-afdhal puasa selepas puasa Ramadhan ialah puasa dalam bulan Muharram dan seafdhal-afdhal solat selepas solat fardhu ialah solat pada 1/3 malam 10 Muharram".

Di antara kelebihan Hari Assyuuraa :

1. Allah menjadikan Adam dan Hawa pada 10 Muharram
2. Allah memasukkan Nabi Adam ke syurga pada 10 Muharram
3. Allah menjadikan syurga pada 10 Muharram
4. Allah menyelamatkan dari api neraka pada 10 Muharram
5. Allah menyembuhkan bala Nabi Ayub pada 10 Muharram
6. Allah memberi taubat kepada Adam pada 10 Muharram
7. Allah mengampunkan dosa Nabi Daud pada 10 Muharram
8. Allah mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman pada 10 Muharram
9. Allah menenggelamkan Firaun pada 10 Muharram
10. Allah menerima taubat Nabi Adam pada 10 Muharram
11. Allah menaikkan darjat Nabi Idris pada 10 Muharram
12. Allah mengeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan pada 10 Muharram
13. Allah menyelamatkan Nabi Musa pada 10 Muharram
14. Allah mengangkat Nabi Isa ke langit pada 10 Muharram
15. Allah mengampunkan dosa Nabi Daud pada 10 Muharram
16. Allah menurunkan rahmat pertama pada 10 Muharram
17. Allah menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api Namrud pada 10 Muharram
18. Allah menciptakan langit, bintang dan sebagainya pada 10 Muharram
19. Allah menciptakan gunung-ganang pada 10 Muharram
20. Allah menciptakan lautan pada 10 Muharram
21. Allah menciptakan Qalam (pena) pada 10 Muharram
22. Allah menciptakan Luh Mahfuz (papan tulis) pada 10 Muharram
23. Allah menyelamatkan Nabi Ismail dari sembelihan pada 10 Muharram
24. Allah menurunkan hujan pertama pada 10 Muharram
25. Allah menyelamatkan bahtera Nabi Nuh pada 10 Muharram
26. Penyakit Nabi Ayub disembuhkan pada 10 Muharram
27. Nabi Isa diangkat ke langit pada 10 Muharram
28. Nabi Ibrahim dilahirkan pada 10 Muharram
29. Nabi Isa dilahirkan pada 10 Muharram
30. Hari berlabuhnya bahtera Nabi Nuh pada 10 Muharram

Amalan di Bulan Muharram

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Ikrimah berkata;  
"Hari Assyuuraa ialah hari diterimanya taubat Nabi Adam. Dan ia pula hari turunnya Nabi Nuh dari perahunya. Maka ia berpuasa syukur; dan ia pula hari tenggelamnya Firaun dan terbelahnya laut bagi Nabi Musa dan Bani Israil. Maka mereka berpuasa; kerana itu jika dapat; engkau berpuasalah pada hari Assyuuraa".

Dari  Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda, 
"Seutama-utama puasa sesudah puasa  bulan Ramadan ialah puasa bulan Muharram dan seutama-utama solat sesudah solat fardu ialah solat malam". (Sahih Muslim)
 
Abu Musa Al Madani meriwayatkan dari Ibnu Umar r.a.; 
"Barang siapa yang berpuasa pada hari Asyura adalah seperti berpuasa setahun dan siapa yang bersedekah pada hari Asyura adalah bagiku bersedekah setahun." (Riwayat Albazzar) 

Dari Aisyah r.a. katanya;
"Biasanya orang Quraisy pada masa jahiliah berpuasa pada hari asyura dan Nabi s.a.w. pun berpuasa. Ketika Baginda tiba di Madinah, Baginda juga berpuasa pada hari asyura dan menyuruh orang lain berpuasa juga". (SahihMuslim)

Rasulullah s.a.w. bersabda; 
"Berpuasa kamu pada hari ke sembilan dan sepuluh Muharam dan jangan meniru cara orang-orang Yahudi." - Riwayat Al Baihaqi

0 comments: