Wednesday, September 3, 2014

Afee U-topia Masih Aktif

Siapa tak tahu lagu Maya Percintaan, Di Sini Pasti ataupu Mithali Cintaku maknanya dia bukanlah peminat rock kapak yang sejati. Sebab lagu-lagu ini lah yang selalu berkumandang di corong2 radio dan lagu2 ni lah lagu yang melonjakkan nama Kumpulan U-topia dalam persada muzik rock tanahair.

Mungkin ramai yang fikir kumpulan U-topia dah lama berkubur sama dengan banyak lagi kumpulan rock popular sekitar 80an dan 90an. Ternyata korang silap kerana Vokalis yang sememangnya vokalis asal dan satu-satunya vokalis kumpulan U-topia bak kata omputeh the one and only masih lagi aktif membawa nama U-topia dalam arena muzik tempatan.

Lagu-lagu popular U-topia yang sangat dikenali oleh masyarakat, bukan saja peminat rock yang sebaya dengan gua malah yang kecik2 pon boleh nyanyi sama2 dengan Bro Afee di persembahan pentas beliau. Nampak tak, betapa hebatnya penangan orang lama yang kita gelar Otai ni. 

Pada sekitar tahun 2012 nama Afee kembali menggegar arena muzik tempatan apabila lagu rakaman terbarunya, Maafkan Aku mula menguasai carta2 radio tempatan sekaligus melonjakkan nama vokalis U-topia yang selama ni kita tak pernah nak amik kesah. Sebagai peminat rock dolu2, gua akui.. memang gua xpernah tahu nama line up U-topia ni, tapi lagu2 diorang terpahat dalam hati gua. Tapi Bro Afee sendiri pernah berkata "Tak kenal orang takpa, yang penting lagu korang tau" ... mesti lah kan? sbb lagu tu yang membolehkan diorg cari makan.

Dikhabarkan juga Bro Afee kini merupakan Duta Produk bagi sebuah jenama automotif terkemuka iaitu MP-R Auto Perfomance. Maklumat lanjut klik sini http://mpr4u.my  dan Bro Afee sibuk keluar masuk konti-konti radio dalam rangka promosi MP-R dan turut serta turun padang bersama team MP-R.

Posting ni bukan apa, cuma untuk gua sebarkan pada korang yang Bro Afee masih aktif dan Kumpulan U-topia juga masih wujud lagi. 

Kepada lu orang yang mahu melihat Bro Afee beraksi di majlis korang samada secara solo atau bersama kumpulan U-topia, korang boleh terus direct contact Bro Afee di talian 013-674 5664

Sunday, April 14, 2013

VERSUS MUSIM KE-2 KEMBALI LAGI

VERSUS merupakan sebuah program realiti tv yang lain dari yang lain. Versus merupakan pertandingan yang terdiri dari band-band tempatan. Sejak program versus pertama dilancarkan, program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari para penonton.





untuk versus kali ini menampilkan Kyoto Protocol, Manifesto, Oh Chentaku, Kristal dan Estranged dan jurinya ialah Jennifer Thompson dan Loque (Monoloque). Rancangan ini akan keudara pada setiap Jumaat , 9.30mlm di TV9.

Wednesday, February 13, 2013

Resident Band KitaFM .. Month Of Joy dan Shu Kinyobi berjaya ke final Botb UTC Perak


Bersempena dengan perasmian Pusat Transformasi Bandar( UTC), pihak UTC mengadakan " Battle Of The Band " yang jurung kali di adakan. Dengan jumlah penyertaan hampir 30 buah band, 13 buah band telah layak ke final dan salah satu dari mereka ialah Shu Kinyobi dan Month Of Joy. Band-band lain yang turut layak ke final ialah The Shemnz, Silent Migration, Qiamat, Tivia, Septiktone, Sparrow, Revolta, Silverian, OPV band, Tomato Gebu dan Reyno Band. Acara akan diadakan pada 16/2/2013 bertempat di perkarangan UTC bermula pada pukul 1.00 petang.Untuk maklumat lanjut bolehlah ke link ini : https://www.facebook.com/events/423700371040312/ .Tahniah diucapkan kepada semua finalist
!