Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah. Kita bersua kembali. (n_n)
Saya sebagai pihak administrator memohon maaf atas sebab
sudah lama tidak mengemaskini Blog Dakwah Islamiah ini.
InsyaAllah. Mulai saat ini. Jika berpeluang, saya akan cuba
sedaya upaya untuk mengemaskini blog ini dengan medium-medium dakwah, nasihat,
tazkirah, doa dan macam-macam lagi. InsyaAllah.
Semoga Allah permudahkan. =)
Baiklah. Seperti yang tertulis pada tajuk post kali ini,
Istiqamah Dalam Melakukan Ibadah. Saya akan cuba mengupas sedikit tentang
kepentingan dan kelebihan atau khasiat apabila kita sentiasa beristiqamah dalam
melakukan ibadah. InsyaAllah.
Istiqamah secara umumnya bermaksud memberikan komitmen dalam
melaksanakan sesuatu perkara dengan penuh konsisten dan dengan penuh
kesungguhan. Atau dengan kata lain, istiqamah ialah ketetapan pendirian dalam
melaksanakan sesuatu perkara.
Kepentingan istiqamah dalam beribadah ialah mampu membentuk
akhlak dan sahsiah atau keperibadian kita dalam kehidupan seharian. Jika kita
tidak istiqamah dalam melakukan sesuatu ibadah, kita akan merasakan kekurangan
dalam diri kita. Seperti hati tidak tenteram atau terasa kekosongan dalam diri.
Perkara ini mudah terjadi terutama sekali apabila kita sudah berjaya istiqamah
dalam beribadah kepada Allah SWT sebelum ini dan terputus dari istiqamah pada
suatu ketika selepas itu. Hal ini kerana syaitan sentiasa berusaha sedaya upaya
untuk memusnahkan anak Adam sedikit demi sedikit dengan menjauhkan hamba Allah
dari istiqamah dalam beribadah kepada Allah SWT.
Oleh sebab itu, dengan apa cara sekalipun. Kita perlu
melawan segala kemalasan yang disebabkan oleh godaan syaitan yang ingin
menjauhkan kita dari istiqamah dalam melakukan ibadah kepada Allah SWT.
Sabda Rasulullah S.A.W:
"Berteguh-hatilah kamu (istiqamahlah) kamu meskipun
tidak akan mampu melakukan sepenuhnya. Ketahuilah bahawa bahagian terbaik dari
agamamu adalah sembahyang, dan tiada seseorang yang memelihara wudhu’, kecuali
orang yang beriman.” (HR Ahmad, Ibnu Majah, Al-Hakim dan Al-Baihaqi)
Dari keterangan hadis di atas, jelaslah bahawa kita
diperintahkan agar beristiqamah dengan bahasa yang agak tegas. Ini jelas sekali
terdapat hikmah yang AMAT HEBAT di sebalik perintah istiqamah.
Antara kelebihan istiqamah dalam melakukan ibadah kepada
Allah SWT ialah:
- Mereka akan selalu didampingi oleh malaikat.
Beruntunglah mereka yang didampingi oleh malaikat apabila
istiqamah dalam beribadah. Hal ini kerana, muslimin yang sentiasa didampingi
oleh malaikat akansentiasa merasa tenang, gembira dan tiada khuatir, mereka
akan sentiasa membuat kebaikan dan tidak akan bertindak mengikut hawa nafsu,
wajahnya akan sentiasa berseri dan dia tidak akan mudah marah atau tersinggung.
- Mereka tidak akan ada rasa takut.
Sebagai mana yang termaktub di dalam Al-Quran:
…janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak
baik terhadap kamu)…” (Surah Al-Fussilat: 30).
- Mereka tidak akan berasa sedih.
Sebaliknya, mereka akan berasa gembira dan bahagia kerana
hati mereka telah diisi dengan ketenangan dan ketenteraman akibat mereka
istiqamah dalam beribadah. Mereka akan sentiasa redha dengan segala ketentuan
Allah kepada mereka.
- Mereka akan mendapat balasan syurga di akhirat kelak.
Mereka yang istiqamah akan mendapat balasan syurga,
sebagaimana firman Allah di dalam Al-Quran:
"…dan terimalah berita gembria bahawa kamu akan beroleh
syurga yang telah dijanjikan kepada kamu.” (Surah Al-Fussilat: 30)
- Mereka akan dimurahkan rezeki.
Sesiapa yang istiqamah dalam kebaikan dan tetap dijalan yang
benar, maka mereka akan mendapat rezeki yang melimpah ruah, sebagaimana firman
Allah Ta’ala di dalam Al-Quran:
“(Nabi Muhammad diwahyukan menerangkan lagi): Dan sesungguhnya
sekiranya mereka (manusia dan jin) itu berjalan lurus di atas jalan (Islam)
itu, sudah tentu Kami akan memberi minum kepada mereka air yang segar.
(Pemberian yang demikian) supaya Kami menguji mereka dalam menikmati apa yang
Kami berikan itu (adakah mereka bersyukur dan istiqamah menurut Islam).
(Ingatlah) sesiapa yang berpaling daripada mengingati Tuhannya (dengan berlaku
ingkar, maka) Tuhan akan memasukkannya ke dalam azab yang amat berat.” (Surah
Al-Jinn: 16-17)
Lihatlah betapa beruntungnya orang yang berjaya istiqamah
dalam beribadah. Bagaimana dengan kita? Marilah kita mulakan beristiqamah.
Bersama-samalah kita merebut peluang-peluang yang diberikan oleh Allah SWT.
InsyaAllah. Semoga kita sentiasa mendapat rahmat dan keberkatan dariNya.
Semoga kita bertemu lagi. InsyaAllah. =)
Jika ada sebarang komen, cadangan or anything, sila
hantarkan kepada saya Suffian (Administrator)
di e-mel: Khalifahmalaya@gmail.com
Wallahua'lam~