Semalam abis balik keje gua g teman kazen wa g Bandar Baru Bangi , g checking kad jemputan kawen dia yg dia tempah kad Warta tu.. Gua pun seumur hidup tak penah pegi tempat-tempat yg bertemakan perkahwinan mcm ni..So, gua pun teruja jugak la..leh gak menimba pengalaman mengurus bab2 kad kawen mcm ni kalau wa dah nak kawen nanti.. sambil wa belek2 contoh kad-kad kawen yg pelbagai rupa, bentuk, warna dan yg mengarut2 sewaktu dengannya.. gua pun sempat la sembang2 dgn kazen wa pasal bajet yg dah di korbankan untuk belanja buat kad jemputan kawen ni..
Dengan muka yg toya, kazen wa pun cakap murah jer… RM 0.80 sen sekeping..
Gua Tanya lagi brapa keping order?
Kazen wa pun jawab seribu keping…
ps: gambor ini bukan gambar sebenar.(sekedar hiasan semata-mata)
Gua diam, dlm kepala otak wa yg kaput & lembab ni pun mula la mencongak kali darab bahagi bajet yg dah beliau belanjakan.. dan wa dpt jawapannya melalui pengiraan yg ditunjukkan di bawah ini ya murid2..hehehehe(bajet2 ni buat gua teringat subjek math, subjek gua paling benci sejak dari Azali mohamad lagi…
RM 0.80 sen x 1000 = lapan rats bebbbb… (klu silap sila betulkan)
Dah setel kat kedai kad tu, gua ngan kazen wa pun terus lepak makan kat sebuah restoran western kat area2 situ gak yg namanya D’One Steak.(ntah hape2 yg no one tu gua pun tak tau). Gua sambung lagi cungkil2 sikit bajet kawen yg dah beliau hanguskan semata2 untuk bergelar Raja Samyy..ehh silap, Raja Sehari.. beliau dengan excitednya pun berceriteralah dengan penuh semangat waja(almaklumlah lagi sebulan nak tukar status dan bergambar habis-habisan untuk di upload dlm facebook buat tatapan satu galaksi bima sakti maya persada n)..
ps: gambar contoh ini diambil tanpa kerelaan pengantin tersebut.Jika beliau marah, maka saya akan menurunkan gambar ini. Tp ingat..bukan senang gambar org lain nak masuk dlm Blog EdruceZone ni..hehehe
Maka, terkeluarlah statement woo.kawen banyak duit nak pakai oo..
Setakat hari ni, I dah berabis 30k..katanya..sambil bercerita panjang lebar butir2 elemen yg mengakibatkan 30k tu hanguss..
Terkedu gak gua dgr 30k..
Balik dari situ gua pun terfikir.. kalu skrang ni dah 30k.. lagi 3-4 tahun entah2 dah naik jadi 50k.. Matilaaaa…mau keje lagi 5 tahun kumpul duit klu nak sampai amaun 30k tu..(OMG!!)
Moral of the story: klu duit tak cukup lagi..silalah kawen lambat2..(kecuali anda sanggup mengepoww bapak, ibu, kaum kerabat,member & housemate anda agar anda cepat kawen sebagaimana insan2 semasa lain..hehehehehe.
P/s: 30k itu jumlah yg boleh tahan besar utk gua yg bekerja sebagai penebar roti canai di JPSPP UPM ni..huhuhu.