Islamic Widget

Tuesday, July 31, 2012

SAUDARI, KAMU CANTIK SEKALI... TAPIIIIIIII.....


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum..


cantik sekali....


Saudari, kamu cantik sekali


Tapi hanya di mata manusia. Sedangkan yang Maha Kuasa tak pernah memandang rupa atau pun bentuk tubuh kita. Namun Dia melihat pada hati dan amal-amal yang dilakukan hamba-Nya.


Saudari, kamu cantik sekali

Tapi cantik luaran tak akan pernah abadi. Saat ini kita boleh berbangga dengan kemolekan wajah ataupun bentuk tubuh. Namun beberapa waktu nanti, saat wajah telah keriput, rambut pun kusut dan berubah warna putih, tubuh tak lagi tegap, membongkok dimakan usia, tak akan ada lagi yang boleh dibanggakan. Lebih-lebih jika telah memasuki liang lahad, tentu tiada manusia yang mahu mendekat.



Saudari, kamu cantik sekali

Tapi kecantikan hanyalah pemberian dan untuk apa dibangga-banggakan? Sesungguhnya kecantikan patut disyukuri dengan cara yang baik. Mensyukuri kecantikan bukanlah dengan cara mempamerkan gambar atau membandingkan rupa, sedangkan hakikatnya wajah itu bukan milik kita.

Tidakkah engkau rimas bila banyak mata lelaki yang memandang berhari-hari? Tidakkah engkau malu ketika wajahmu dinikmati tanpa kebenaran engkau sendiri yang menayang gambar. Ataukah rasa malu itu telah punah musnah? Betapa sayangnya jika demikian sedangkan ia sebahagian dari keimanan.



Saudari, kamu cantik sekali

Tapi apa manfaat pujian dan kekaguman seseorang? Adakah ia akan menambah pahala dari-Nya? Adakah darjatmu akan meninggi di sisi Ilahi setelah dipuji? Tiada yang menjamin wahai ukhti. Mungkin malah sebaliknya, wajah cantik itu menjadikanmu tiada harga di hadapan-Nya, kerana kamu tak mampu memelihara sesuai dengan ketentuan-Nya.



Saudari, kamu cantik sekali

Kecantikan itu harta berharga bukan barang murah yang boleh dinikmati dengan mudah. Dimana nilainya jika setiap mata begitu leluasa memandang cantiknya rupa. Dimana harganya dan kehormatan sebagai hamba Tuhan jika setiap orang, baik ia seorang kafir, musyrik atau munafik begitu mudah menikmati wajah para muslimah?



Saudari, kamu cantik sekali

Alangkah indah jika kecantikan luaran itu dipadu dengan kecantikan hatimu. Apalah erti cantik rupawan bila tak memiliki keimanan. Apalah guna tubuh molek memikat bila tiada rasa malu yang lekat. Cantikkan dirimu dengan cahayaNya. Cahaya yang bersinar dari hati benderang penuh keimanan. Hati yang taat sentiasa patuh pada syariat. Hati yang taqwa, yang selalu menjalankan perintah dan menjauhi larangan-Nya. Hati yang sederhana, yang tak berlebihan dalam segala urusan dunia.




*p/s : nk yang cantik luaran memang senang nak dapat dan banyak sekali...bukan susah, petik jer jari ber'jujuk-jujuk' datang beratur...tambahan pula kalo yg berduit yg petik jari, lagi la ramai yg datang beratur...tapi itu tidak memadai dan tidak menjamin kebahagian dalam melayari bahtera rumahtangga...alangkah indahnya hidup ini jika mempunyai isteri yang cantik dari segenap aspek...cantik luaran dan cantik dalaman... tapi yang pasti cantik dalaman yang menjadi keutamaan bila hendak memilih untuk dijadikan pasangan hidup agar sama-sama dapat melayar bahtera hingga ke syurga yang hakiki dan kekal abadi...jika mempunyai isteri yang cantik luaran, itu adalah bonus kepada si suami...

**nota kaki : ok, ni jer yg aku nk tulis buat masa skang ni...yg len blom ada idea lg...adea la sangat kalo stkr cilok yg org punya...hahaha...tp xpe jnji yg aku nk sampaikan ni berfaedah walaupun cilok org punya...sekian terima kasih...ASSALAMUALAIKUM....(^_^)






Sunday, July 29, 2012

KU RINDUKAN SAAT MANIS KITA DAHULU....

salam ramadhan buat semua...


MEMANG BETUL LA KATA IMAM AL-GHAZALI, BENDA YANG PALING JAUH DENGAN KITA ADALAH MASA LALU...WALAU MCM MANA SEKALIPUN KITA CUBA, KITA TAKKAN DAPAT KKEMBALI KE MASA LALU...JADI HARGAILAH SETIAP DETIK DALAM HIDUP ANDA..JANGAN DISIA-SIAKAN SETIAP SAAT YANG BERLALU....

Mengimbau kenangan lalu sewaktu zaman kanak-kanak.........

horee, besok aku dh nk balik kampung....seronok sbb dh lama x balik, dh lama x berbuka puasa masakan mak, dh lama x jumpa adik-beradik, dan dh lama juga x jumpa sahabat2 teman sepermainan sewaktu kanak-kanak dulu...oh~ 

sebut pasal sahabat2 sepermainan masa kanak2 dulu, aku nk mengajak korang mengimbau kembali zaman masa kecik2 dulu kita betapa seronoknya kita mghabiskan masa bersama kwn2.(x tahu la plak kalo korg ni jenis yg suka duk terperap kat dalam rumah aje)

petang2 lepas asar lepas tengok citer Bajak Hitam @ masked rider @ flashman @ Dash yang kuro@power rangers terus masing-masing turun ke padang(sambil menggayakan aksi Bajak Hitam yang baru ditonton)..

bajak hitam@masked rider black
masa darjah 1 men bnd alah ni...ciap wat litar sendiri kat laman rumah nk race ngn member..
sape pakai tayar berduri,peluang nk menang tu besar...
petang2 lepas men, sblm maghrib ada la crita ni...lepak dlu dpn tv...hehehe

Epul: "okeh, hari ni kita lawan polis entri nk x?"
Kudin:"xnk lah...asyik main 2 aje, main sorok-sorok jom!"
Yusri:"bosan la sorok-sorok...main galah panjang best ni"
Azizi:"semalam kan baru aje main...."
Epi:"kalo mcm 2 main lompat tali lah"
Oyie:"tali getah dh putus la.."
Mamat:"main bola bayang nk? bola kaki tiga ker??"
Apis:"Bola dh hilang Epul baling masa main bola bayang kelmarin"
Kudin:"xper, kat rumah aku ader bola,,,jap aku g amik.." Kudin berlari-lari kencang mendapatkan bola d rumahnya

lagi rmai men, lagi best...kejar2 smpai xlarat nk berlari..mmg best sngt2...
permainan sorok2...ore klate pnggl men 'nusuk'....


ni peringkat-peringkat dlm permainan lompat getah



ni pulak cara nak men dia..ni adalah peringkat tertinggi...sapa lepas mmg power...

Tapi kalo time bulan puasa bertambah meriah jadinya! disamping sukan2 tradisional yg sedia ader, d tambah pula dgn mercun dan aktiviti lepas tarawikh yang meriah!syukur aku telah melalui hidup zaman kanak-kanak aku yg sangat indah dan penuh warna-warni! masa kecik2 aku ni mmg nakal sgt....x penah duduk diam. Tinggal dan bergaul dgn org2 kampung telah bnyk mmberi pengalaman yg susah budak2 skang nk dapat.

kitorang masa kecik men bedil (mercun) bawang, bedil Ggesek (mancis),bedil papan,bedil naga,
bedil ular..semua ni xberbahaya...tp bila dah besar xmen dah bedil2 ni...ni budak2 jer men...
TAPI INGAT !!! JANGAN MAIN MERCUN YER....


pada zaman kanak2 dulu semua sama saja. tak kira yang miskin atau berada semua dapat bersatu-hati, bersepakat menjayakan suatu aktiviti petang yg ceria! masa zaman dulu mana wujud PS3 ataw gameboy ataw computer games sumer. kalo dulu kalo musim main gasing, sumer simpan duit skolah beli gasing plastik kat kedai kampung. murah. 50sen saja sebiji. kalo musim wau, semua pakat2 buat wau, masuk semak cari buluh, belajar buat daripada yg mahir. kalo malas, beli saja layang2 plastik bergambar hero power rangers! wawawawaw....

gasing...kalo dulu nk bg nmpk cantik masa berpusing, kitorang kasi kaler kat bhgian atas gasing...mmg cantik...
nk tahan lama berpusing,potong ckit besi paku tu, pastu asah kasi tumpul hujung paku tu...

ni la satu2nya bnda yg aku xpernah buat tap pernah men...mmg best...kdg2 tnggl jer kat padang  pada waktu mlm..
lepas balik sekolah esok,pergi tgk balik...mmg best gler....


kalo tiba musim main lastik, senapang buluh sumer pakat masuk semak-samun cari cabang pokok senduduk untuk buat lastik dan cari buluh yg kecik wat senapang. kalo musim ngail ikan, sumer pakat cari buluh buat joran. ader rezeki dapat ikan puyu atau haruan....Horeee!

ni la rupa senapang buluh tu...pelurunya guna buah ap nama ntah xingt...
warna hijau kecik, ngam2 jer ngn lubang buluh tu...kalo kena mmg sakit...tp best...

kalo ader parit kecil, sumer pakat masuk parit cari ikan (ni pengalaman paling best skali kerana dlm aktiviti ni wujud kerjasama yg erat antara satu sma len untuk menjayakan misi menangkap ikan) sepila @ ikan laga....tangkap masuk dalam botol pas2 letak dekat2. ikan kuat akan 'berkokok' dan yang kalah mula menjadi pucat dan berjalur...."pengecuuttt..!!!" semua ketawa terbahak-bahak. gembira!

hahaha...lebih kurang cmni la gaya kitorang masa dlm parit tu...smbl tangkap ikan sambil mandi...
kdg2 dlm air 'cha' pun kitorang masuk rmai2...BUSUKKKKK!!!!tapi seronok....

kalo masuk hutan, ader bermacam2 jenis tumbuhan hutan yg boley makan sbrnya. pucuk kambing, buah senduduk, buah star, buah ketut, buah kiat dan beberapa lagi yang aku sudah lupa(dah xder kut....oh~)

bnyak lagi permainan2 klasik seperti teng2, laga biji getah, susun tin, kucing buta, bermain guli, batu seremban, tudung botol,emak-emak, lawan kad, konda kondi, bola kaki tiga, tali getah (yg ni kat skolah pun bleh men sblm cikgu msuk) dan bermacam2 lagi yg sudah amat jarang dilihat dimainkan oleh kanak2 generasi hari ini...oh~

ni nama dia teng2...aku pun xtau nma sbnr dia teng2...
yg aku tau, kat klate org pnggl 'DEKCOK'...hehehe
ni la yg dipanggl biji getah...masuk kebun getah cari bnda ni...
buah sape yg pecah dikira kalah...
ni permainan tudung botol...kdg2 susah, kdg2 senang...bergantung pada nasib...
tudung botol kicap, botol air  dan seangkatan dgnnya...
wow,bnyk gler...ni mmg hantu kad...lepas tepuk, kad sape yg terbalik dikira kalah dan kadnya dirampas...hahaha
yg ni pkai selipar boleh,paki bola tenis pun boleh...tp aku selalu men pkai bola tenis sbb tu kitorang pnggil
'BOLA KAKI TIGA'

Berbalik kepada sahabat2 teman sepermainan kita dahulu, semuanya sama. sama2 bergembira, sama2 melalui alam imiginasi kanak2 yang hebat! sama2 melalui cabaran dan dugaan demi keriangan bersama.....

tapi...

Itu semua dulu. kini apabila usia meningkat dewasa, apabila masa berputar laju, apabila masing-masing mula mengikut haluan hidup sendiri, hubungan akrab ketika zaman kanak2 dahulu aku rasakan semakin terhapus. Selepas tamat UPSR, ada yang sudah bersekolah di asrama penuh, ada juga yang bersekolah di bandar, dan ada juga yang berhenti bersekolah! oh~~

Jika dahulu, pantang bertemu pasti berderai gelak ketawa, tp kini apabila bersua, hanyalah sekadar 'Hai' ataupun menganggkat kening sahaja.Aku pun tidak faham kenapa mesti jadi begitu...padahal dahulu kawan sekampung! oh~

Ramai diantara teman sepermainanku telah berubah. Bermula dari hati suci bersih seorang anak kecil, tp apabila usia menigkat dewasa, sikap dan peribadi masing-masing telah berubah. Sesungguhnya cabaran dan dugaan telah mendewasakan usia.

Syukur aku masih ada kawan2 yang walaupun x berkelulusan tinggi, sekadar lepas tingkatan5, tp mempunyai perwatakan yang merendah diri dan berbudi pekerti luhur. Tak kisahlah apa kelulusan dan pekerjaan dia sekalipun, bagi aku keimanan dan peribadi dalam diri itu adalah yang utama. Apa yang hendak dibanggakan kalau dapat masuk Universiti tp iman dan akhlak dalam diri kita semakin terhakis...(ya Allah peliharankanlah aku daripada jalan kesesatan dan kejahilan, tunjukkan aku jalan keredhaan Mu ya Allah. sesungguhnya aku insan yang lemah)

Aku berasa agak terkilan. kerana sahabat2 sepermainan aku sewaktu kanak2 dahulu kini terasa semakin jauh. hubungan akrab sewaktu kecil dahulu hanya tinggal kenangnan. oh~~


Sedar atau tidak Ramadhan semakin meniggalkan kita. marilah bersama-sama kita menigkatkan amal ibadat di penghujung bulan yang mulia ini..dan bersempena dengan Aidilfitri yang bakal menjelang ni, aku ingin memohon maaf keatas saper2 yg pernah terluka@berkecil hati dgn sikap aku. Maaf ya~~~hehee


*JIKA DIBERI PELUANG, SUNGGUH AKU INGIN KEMBALI KE ZAMAN KANAK-KANAK WALAUPUN SEHARI..SUNGGUH AKU RINDUKAN SAAT-SAAT BERSAMA MEREKA DAHULU...AKAN KU SIMPAN MEMORI INDAH INI SAMPAI KE AKHIR HAYATKU....KU RINDUKAN SAAT-SAAT MANIS KITA DAHULU...

Saturday, July 28, 2012

LAMA GLER

Assalamualaikum

rasanya dah 'lamo' gler aku update ni...xtau la 'bkpo',rasa mls sgt2 nk tulis bnda alahan ni...
rasa mcm membazir masa*...hahaha...
tp aku xtau bkpo arini raso rajin plop nk update bnda ni...lgpun aku ni bukan reti sngt pasl bnda ni...
aku wat blog ni sbb aku nk blaja menaip...sbnrnya aku xtau nk citer ape dlm blog ni...
jadi kat bwh ni aku kongsi la ckit2 citer aku yg berlaku dlm hidup aku baru2 ni...

28 JUN 2012 - 17 JULAI 2012
ok, selama 3 minggu aku berkampung di negeri belah utara iaitu di UUM Sintok, Kedah...semuanya kerana tugas sebagai seorang perajurit negara...wataniah jer pun...hahaha
aku kat sana jadi fitik tauliah diraja...'kalo ore klate kato jadi kuli batok la'...
10 orang PK (diberi gelaran 10 JAHANAM oleh cik haslen sbb mmg jahanam kitorang kat sana..hahaha) dan 10 PKW (mereka xsempat jahanam krn dtg lewat dari PK)...
walaupun jadi kuli,aku tetap menjalankan tugas dengan penuh rasa tanggungjawab...hahaha
tnggungjwb la sngt...padahal sbb dibayar gaji...ye aku mmg suka duit, mata duitan la katakan...hehehe...

"DUIT BUKAN SEGALA-GALANYA, TAPI SEGALA-GALANYA PERLUKAN DUIT"

tugas aku kat sana senang jer, tp amat amat amat lah membosankan...tiada yg lebih bosan dari kebosanan yg aku alami kat sana...tugas aku hanyalah sebagai seorang pengusung...

mcm ni la tugas kami sebg pengusung kat pdg kawad tu...
sumpah bosan gler sbb duk berdiri jer kat tepi pengusung tnggu org pengsan

tp dalam bosan pun tetap ad memori yg menarik sbb dpt berkenan dgn palapes u len...walaupun xsama pangkat dan xsama pasukan (mksd aku ad inter ngn junior, ada laut dan udara) tapi tu xmenjadi batu penghalang utk kami berknlan dgn lebih rapat,erat, dan mesra...

mesrakan kami..walaupun ad inter, ad junior, ad palapes len...
tp tu xjadi penghalang utk kami saling mengenali antara satu sma len..

yg ni aku xtau diorang ad hubungan atau tak...hahaha..sori upload xoyak...


lagi bukti kemesraan kami walaupun yang tepi kiri tu jr, kat tgh 2 org tu laut,
dan kat tepi knan tu inter, kami tetap mesra...hehe
ni bnda paling penting untuk bergelar seorang pengusung tauliah diraja...
xde bnda ni, maka xwujud la  geng pengusung diraja....hahaha

pagi2 sblm memulakan tugas pengusung, ini lah penaik semngt kami..
tp aku selalu terveli nescafe 'o' yg xbergula...pahit nk mampus...
tp telan la jgk,dah beli kan...mahal plak tu...RM 1.20...

geng pengusung istiadat pentauliahan diraja terbaik...
kat sblh kanan tu lah aku yg serba kekurangan bersama
IC geng pengusung terbaik...hahaha

xtau nk ckp ape tntg gmbr ni...
dari kanan : stap hakim, fuad, stap wan....

hari last lepas Y.O baru dah abis kawad...kitorang bergambar utk terakhir kalinya...
tp aku xde pun dlm gmbr ni..awal2 dah blah sbb nk jadi org pertama tabik kat YO baru...
dpt la dlm RM50 ari tu...berbaloi tp sedih xdpt bergambar bersama mereka semua...

tp walau apepun, hubungan kami xterputus stkt itu shj...entah sape la yg dah tubuhkan satu group fb utk geng2 pengusung ni...jado kami masih berhubung dari jauh...hope dpt jumpa lg...hehehe


ni la group baru kitorang...
k, habis...bnyk lg nk cerita, tp tiba2 rasa mls plak..ckit2 dah la...hehehe
mmg xmenarik cerita aku ni...tp ad aku kesah???
jnji aku bleh tulis...aku punya blog,suka hati aku la nk tulis ape....hahahha

ASSALAMUALAIKUM....











Monday, December 26, 2011

---> BAHTERA ISLAM <---


Tidak ada cara lain yang boleh membawa kita mengetahui tentang akhirat selain daripada cara Islam kerana hanya Islam yang diutuskan khusus oleh ALLAH S.W.T untuk mengajar kita persoalan di alam kubur dan kebangkitan di akhirat. Sebanyak mana intelektual bergelar profesor,doktor dan ahli falsafah di dunia ini, tidak ada seorang pun yg sudah sampai ke akhirat. Disebabkan dia tidak mengenal akhirat bagaimana keadaannya, tidak tahu apa yang berlaku di dalam kubur, dan mana mungkin dia mampu memperincikan mengenai hal tersebut.

Lantaran itu apabila kita berpolitik, berpolitiklah mengikut cara Islam dan tubuhkan kerajaan dgn cara Islamik. Persoalannya, mampukah Islam di laksanakan??? Jawabnya boleh! Islam boleh! Disebabkan Islam itu datangnya daripada ALLAH S.W.T, maka mustahil dia akan menyuruh hamba-NYA melakukan sesuatu yang tidak mampu dilakukannya. Apa sahaja perintah-NYA yang diletakkan di atas bahu setiap hamba-NYA, menandakan hamba itu mampu melaksanakannya. Cuma akan ada halangan dan tentangan tertentu yang perlu dilalui sebelum berjaya melaksanakannya. Disebabkan adanya halangan dan tentangan tersebut, Islam menganjurkan umatnya supaya berjihad. Buat apa Islam ajar umatnya berjihad kalau setiap pekerjaan itu boleh dilaksanakan tanpa halangan.

Firman ALLAH S.W.T :
maksudnya,"Wahai orang-orang yang beriman,bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada ALLAH, supaya kamu beruntung".
 (Surah Ali Imran ayat 200)

Kalau Islam semudah itu, apakah tujuan ALLAH S.W.T mengajar hamba-NYA supaya berjihad? Apakah tujuan ALLAH S.W.T berpesan kepada hamba-NYA supaya bersabar? Apakah tujuan ALLAH S.W.T mengajar hamba-NYA melawan nafsu?

Apa yang pasti, memartabatkan Islam bukanlah perkara yang mudah, malah digalangi dengan seribu satu kesusahan. Perkara ini dinyatakan sendiri oleh ALLAH S.W.T dalam al-Quran.

Firman ALLAH S.W.T :
maksudnya, "Kalau yang kamu serukan kepada mereka itu keuntungan yang mudah diperoleh dan perjalanan yang tidak seberapa jauh pastilah mereka mengikutimu, tetapi tempat yang dituju itu amatlah jauh terasa oleh mereka".
(Surah at-Taubah ayat 42)

Oleh itu, melalui ajaran-ajaran begini, kita dapat fahami bahawa Islam bukan ajaran yang remeh. Dalam keadaan jerih payah, kita perlu berhempas pulas sehingga terpaksa mengorbankan harta benda dan nyawa, kita harus bersabar ketika sedang melaksanakan kerja-kerja ALLAH S.W.T. 

Orang Melayu zaman dahulu taat melulu kepada sultan, dan sesiapa berani mencabar perintah sultan walaupun ia berunsur kezaliman akan terima padahnya. Timbullah cerita Hang Tuah yang begitu taat kepada rajanya, sedangkan Hang Jebat dikatakan menderhaka. Hari ini tukarlah pola pemikiran kita 100% daripada Hang Jebat dan Hang Tuah kepada Hang Abu Bakar (Saidina Abu Bakar), Hang Umar (Saidina Umar), Hang Uthman (Saidina Uthman), dan Hang Ali (Saidina Ali). Barulah kita layak digelar Muslim dan bukan sekadar Melayu yang mudah lupa.



Notakaki : Idealogi Hang Jebat dan Hang Tuah berbeza dengan pemikiran Hang Abu Bakar dan Hang Umar. Hang Tuah sanggup membunuh sahabatnya Hang Jebat yang dikatakan menderhaka semata-mata mentaati perintah raja. Sedangkan Hang Jebat menderhaka kerana tidak setuju dengan perintah raja membunuh Hang Tuah tanpa usul periksa. Hang Abu Bakar dan Hang Umar hanya mencari kerdhaan ALLAH S.W.T semata-mata, bahkan Hang Abu Bakar meminta kaum Muslimin membetulkannya jika tindakannya menyalahi perintah ALLAH S.W.T dan Rasulullah S.A.W setelah diangkat menjadi khalifah umat Islam yang pertama.

p/s : dikopi dari buku INGATLAH TEMPATMU DI AKHIRAT...karya TUAN GURU DATO' NIK ABDUL AZIZ NIK MAT...

Saturday, October 8, 2011

RAHSIA SURAH AL - KAUTHSAR



Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga.Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa,mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal,bengkak,sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x,mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5)Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x,Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.


Wednesday, August 17, 2011

Jadilah Mutiara Asli, Sangat Sukar Ditemui, Apatah Lagi Ditatapi, Orang Tertentu Boleh Memiliki

LELAKI JAHAT , ATAU PEREMPUAN SUKA MENYERAH??


couple halal,tp selepas nikah..sblm nikah haram...

Bila laki tu cakap,

“Awk...walaupun dah berbelas tahun bersama awk...sya tak penah ada org lain,hanya awk sorang sj...”

Lepas tuh pompuan tuh tntu akan jawab,
 “awk tak borink, ek??”

Laki tu tntu balas,
“saya tak penah borink ngn awk...awk cute...dr dulu smpai skrg..”.

Dlm msa yg sma, laki tu angkut girl tu ke hulu ke hilir cam bini dia..mmg ar dia mngaku tak borink...puas hati asalkan ada girl yg tman dier. Girl tu tak cute pown..sj puji spy dia rsa syok nk lyan....then sbnarnya waktu girl tuh tak ada...dah rmai dah girl lain yg dia usha.....

Then, laki tu ckp,
“Saya rasa kn, awk lebih cute kalo pkai bju nih, tak apa..tkar ar bju...lg slesa..tak pnas.
 (bju yg mmudahkan proses mngintai)”

Dlm hati girl tuh,
 “wokey....ni akn jd bju favourite akuh, ni..”.

Sbnarnya tak comel pown, girl tu pkai cam tu.sng skit boy tu nak lpaskan nafsu mata aka cuci mata.dpt tgk sj pun ckup ar..tak dpt pegang pun tak apa..imagine jew sndiri..
Langkah pertama tuh.. 


Bila boy tu sembang...dia cuit bahu girl tu..
dgn slamba,
“kita kan kwn....”.

Pd hal....dlm hati...
“wah....lmbut giler bahu minah ni...kalo ak dapat pluk nih...gerenti esok dpt baby....”.

Come on la girl...prmpuan jnis apakah anda andai sng2 dpt dipegang sana sini???

Bila cintanya ditolak, laki tuh ckp..
”its ok... I always waiting for you. Hope still dpt jd bestfrend awk..”
Dlm persahabtan tuh, dia slalu jln2 ngn girl tu mrata-rata tak knal siang mlm...Biasa la...member, kan.....????

Pd hal, kalau btul dia cintakan girl tuh, dia akn cuba jg maruah girl tuh.

ok....this boy mmg baik ar..dimata pmpuan... Ayat dia ckup harmoni...
“wak...jom jalan2...borink giler. Dah beku otak nih, study...”.

Girl tu ckp...
”ok...tapi saya bwak kwn bley tak?takut nnti org pikir apa plak.”

Dgn pnuh gntleman...
”apa slhnya...sgan la plak, kalo kita berdua je..”

girl tu mmg terharu n dlm hati,
"so sweet....really understanding..".

Kat sini mmg slalunya girl terpedaya n cair hbis ar...pd hal sbnrnya dlm hati laki...
“sj jew...tnjuk baik....nampak ar cam hormat dia...bdak u*** la ktakan...hah,hah,hah...”

Mmg nampak SEPERTI rekaan n agakkan smata2... Girl akn ckp,
“tak smua laki cam tu, kowt...”.

Dan kalu tny llaki, llaki tntu tak akn mngaku. Tapi ingt2lah pesanan Rasulullah.. Apakah ciri plg jelas tuk knali lelaki yg baik... Siapa lbih bnr, Rasulullah ke..bf anda???


Wahai saudari...sbnarnya anda jarang sdar...mudah sgt nk knali n bezakan antara llaki yg baik dgn yg jht...mmg anda tak bleh bca air muka kami...jd Rasulullah ajar anda..Anda sj yg tak prasan...

Rasulullah pernah berpesan,
“wahai lelaki, tundukkanlah pandangn mu...jagalah mata mu”.

Lelaki yg baik akn sntiasa menjaga pndangn matanya..
Cirinya sgt mudah dilihat, tapi sangat sukar ditemui...

Girls...cuba fikir balik...
apa hadiah istimewa yg mampu anda brikan kpd suami anda nanti.. hadiah yg mampu bezakan antara dia dr lelaki2 lain, andai tubuh anda dah pernah disentuh oleh rmai lelaki..

Lelaki mana pun...akn terasa andai dia tahu,
ok...dlu bini aku ni pnah kluar dgn this guy...this guy tahu apa favourite dia...slalu shopping n jln2 dia suka jln dgn this guy kt skian2 tmpat..suka mkn apa..dia ketawa cam mana...
sadis sungguh!
Wahai gadis....ingatlah..sesi perkenalan sblum perkahwinan hanyalah sewaktu dalam pertunangn..
Dlm Islam, tak penah wujud istilah “cop”, “couple”, “dating”, dsb..yg wujud hanyalah pernikahan...



Jgn sesekali2 anggap,
“k...aku mmg jahat, so ssuai ar ngn mamat nih. Keluar sma2 pown tak pe ah..dah dua2 jht...lg pown nanti ak nk kawin ngn dia jg..”.

Sesungguhnya jodoh pertmuan itu di tangan Allah...
Once andai anda dpt suami yg baik,menyesal pun tak guna.Yang pasti,anda cuma akan rasa kesal dan bersalah seumur hdup.Pasti tak ada seorang pn manusia rela hidup dgn rasa kesal..

Stiap insan itu pernah mlakukan kesalahan...andai telah terlanjur...bersamalh kita bertaubat kpdNya.. Allah sntiasa bri pluang tuk kita brubah slagi Dia izinkan jantung kita berdenyut.. Kita tak tahu bila ia akn berhenti...Disaat denyutan itu berhenti..maka tamatlah masa yg Dia bg tuk kita...

 disaat itu.. Tidak ada lagi ayat power akan di dengar.. tiada juga lah rasa kamu2 wahai girl sekalian merasa diHARGAI..


nota kaki : ambo kopipes jah ni...100% tanpa edit ckit pun...malas...dikopipes dari http://dady-rahman.blogspot.com/2011/05/lelaki-jahat-atau-perempuan-suka.html

Friday, August 5, 2011

TERSEBUTLAH AL-KISAH BERUK YANG XDE KENA-MENGENA NGN BINATANG BERUK

pada suatu petang yg hening,sedang seorang driver teksi menunggu penumpangnya,maka datanglah seorang penumpang.dialog diantara mereka pun terajdi seperti dibawah.

penumpang 1(P1) : Beruk pokcik deh.
driver : naiklah.

selepas P1 naik,driver tersebut menjerit seperti dibawah.

driver : Beruk Beruk Beruk sore lg.cpt2  sapo lagi Beruk. 
penumpang 2(P2) : pokcik Beruk dok ???
driver : ho ho,naik lah.
driver : beruk sore lagi, beruk sore lagi, beruk sore lagiiiii.
penumpang 3 (P3) : pokcik sayo beruk jugok.
driver : naik naik naik.
penumpang 4(P4) : pokcik beruk ko???
driver : ho la, beruk la ni. bkpo,beruk jgk ko???
penumpang (P4) : ho la,pokcik. kalau bukan beruk sayo tok mari doh sini.
driver : doh, naik naik la. tunggu gapo lagi.

selepas kesemua penumpang naik,driver tersebut pun masuk kedalam teksinya.
ketika didalam teksi tersebut, driver itu berpaling kebelakang dan bertanya.

driver : beruk belako dok alek belakang tu????
P1,P2,P3,P4 : ho la, pokcik.

serentak mereka menjawab tanpa rasa apa-apa.lalu driver teksi tersebut berpaling ke hadapan semula sambil tertawa didalam hati.hahahaha.

p/s : beruk yg dimaksudkan diatas bukan BINATANG BERUK, tp yang dimaksudkan sebenarnya ialah KAMPUNG BERUK di Tumpat, KELANTAN. nama kampung itu telah ditukar kepada nama baru yang aku sendiri pun tidak tahu. cerita diatas benar2 terjadi tp ditulis semula dan ia tiada kaitan dgn mana2 individu sama ada yg masih hidup ataupun yg telah meninggal dunia ataupun sedang sakit,demam,batuk selesema,kencing manis,darah tinggi, sawan,stroke,denggi,kepialu,taun,cirit-birit, dan sebagainya la...tq krn sudi mebaca...hahahaha








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...