Thursday, December 1, 2011

WAU

Permainan wau atau pun lebih dikenali layang-layang suatu ketika dahulu lebih popular di kawasan pedalaman seperti di kawasan pantai dan kawasan lapang seperti di padang, sawah padi dan sebagainya. Kini permainan tersebut telah mulai popular dan diminati oleh pelbagai kaum termasuklah mereka yang menetap di kawasan bandar. Bukan itu sahaja, ia telah diperkenalkan hingga ke peringkat antarabangsa seperti di pasir gudang, Kite Festivals International Guests yang diadakan pada setiap tahun. Sambutan festival ini juga sangat memberangsangkan terutamanya peserta dari luar negara.

Selain wau, nama lain adalah layang-layang. Perkataan "wau" dikatakan berasal dari perkataan Thailand memandangkan negeri seperti Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah menggunakan perkataan tersebut.


Perkataan layang-layang pula digunakan di kebanyakan negeri-negeri seperti di pantai barat dan selatan semenanjung Malaysia seperti Selangor, Melaka dan Johor. Ini dapat dibuktikan menerusi catatan Tun Sri Lanang yang menyatakan bahawa Raja Ahmad bermain layang-layang bersama pemuda-pemuda serta kerabat Diraja, dan tidak pula disebut bermain wau. Selain itu kemunculan nama wau juga dikaitkan bunyi yang terhasil daripada busur yang diikat pada wau. Apabila dinaikkan ke udara, daun ibus yang dipasang pada busur tersebut akan menghasilkan bunyi "wau', "wau', "wau' secara berirama.

Kedatangan permainan wau di Malaysia tidak dipastikan kesahihan tarikh serta asal-usulnya. Walau bagaimanapun menurut sejarahwan Clive Hart, layang-layang di Malaysia berasal dari negara China. Ini kerana rekabentuk serta karektor mempunyai persamaan dengan layang-layang tradisional dari negara china. layang-layang pada masa dahulu menggunakan daun kayu yang lebar. Kemungkinan evolusi layang-layang di Malaysia juga turut menyerap unsur-unsur kebudayaan dari negara China. Permainan wau dikaitkan dengan mitos 'semangat padi' yang berasal dari utara semenanjung Malaysia iaitu negeri Kedah.


Diceritakan bahawa ada sepasang suami isteri di negeri tersebut yang bekerja sebagai petani di sebuah kaki bukit dengan menanam padi huma. Ketika mereka sedang menanam padi, mereka terjumpe seorang bayi perempuan lalu dipeliharanya bayi tersebut sehinggalah dewasa.Oleh kerana suaminya ingin mengucapkan syukur dan terlalu menyayangi anak gadisnya itu maka beliau selalu membawakan makanan ke tempat anak gadisnya bermain iaitu di baluh padi.Perbuatan suaminya itu telah menyebabkan sang isteri merasa sangat cemburu.Disebabkan perasaan cemburunya itu dia telah menyiksa anak gadisnya sehingga melarikan diri mengikut arah mata angin barat.Akibatnya,pada tahun itu juga padi yang ttelah dikerjakan tidak menjadi.Menurut Tok Nujum yang ditemui menyatakan  bahawa anak gadis mereka sebenarnya adalah meminta maaf mereka dikehendaki membuat sebuah lembaga yang menyerupai Wau Bulan dan diterbangkan menggunakan tali jerami.


Terdapat lima komponen asas bagi sebuah wau tradisional iaitu terdiri daripada kepala waubusur atau dengung, sayap wau, torek atau bahagian pinggang dan ekor wau. Di malaysia terdapat tiga jenis Wau Tradisional iaitu Wau Bulan,Wau Kucing dan Wau JalaBudi.


Pecahan dari tiga kategori tersebut terdapat beberapa lagi jenis wau tradisioanal mengikut negeri seperti; Wau Merak, wau Puyuh, Wau Kikik, wau Cenderawasih, wau Seri Bulan, wau helang, Wau Kotak, Wau Kapal, Wau Dodo Helang, Wau Seri negeri dan Wau Kangkang. Adiguru wau di Malaysia ialah Shafie b. jusoh. 
Wau Kucing

Wau Kangkang


Wau Jala Budi


Wau Daun

Wau Seri Bulan


Wau Merak

Wau Kikik

Wau Dodo Helang

Wau Burung

Wau Bulan



Wednesday, November 30, 2011

TOPENG

Topeng adalah satu daripada kegiatan membentuk dan membuat binaan.Proses penghasilan membuat topeng hingga ke peringkat kemasan.

Topeng adalah sejenis hasil kraf yang dibuat untuk menggambarkan rupa manusia,haiwan atau watak-watak fantasi.Topeng dipakai untuk menutupi bahagian di sekeliling mata,muka atau keseluruhan kepala.Terdapat tiga jenis topeng iaitu topeng mata,topeng muka dan topeng serkup.  

1. TOPENG MUKA

Topeng Muka 1

Topeng Muka 2

Topeng Muka 3

Cara Penghasilan 
Koyak kertas surat khabar lama kemudian rendam dalam air sehingga lembut agar mudah untuk dikisar.Kemudian kertas papier mache(surat khabar lama) dikisar hingga lumat agar mudah dibentuk dan kukuh.Kemudian perah airnya,letakkan kertas yang telah diperah kedalam bekas kemudian digaul dengan gam cair sehingga sekata agar mudah dibentuk.Kertas dikeluarkan dari besen untuk membentuk topeng.Tiup belon ikut saiz dan ikat agar dalam keadaan menjadi bulat.Tampalkan kertas tadi diluar belon separuh sahaja.Simpan belon ditempat yang sesuai agar tidak kempis.Biarkan kertas tampalan kering untuk beberapa hari.Tanggalkan kemudian jemur dibawah cahaya matahari hingga kering dan keras.Warnakan topeng mengikut watak yang dikehendaki.

2. TOPENG MATA


Topeng mata merupakan topeng yang dipakai untuk menutup mata sahaja.Anggota lain seperti mulut hidup dapat dilihat semasa memakai topeng mata.






3. TOPENG SERKUP


Topeng turut dapat diklasifikasikan kepada kesenian daerah.Pada zaman dahulu topeng di kesenian daerah umumnya digunakan untuk menghormati persembahan atau memperjelaskan watak dalam mengiringi kesenian.Menurut aspek kesenian daerah ini,terdapat beberapa jenis topeng. Antaranya ialah Topeng Jawa,Topeng Bali,Topeng Dayak,Topeng Pajegan,Topeng Panca dan Topeng Prembon.
  

Tuesday, November 29, 2011

ORIGAMI

Origami adalah seni lipatan kertas berasal dari Jepun yang tidak menggunakan alat dan bahan lain selain daripada kertas khas.







Monday, November 28, 2011

REKAAN CORAK: TIUPAN

Teknik tiupan ini menggunakan mulut atau selain mulut yang boleh mengeluarkan angin. teknik tiupana angin ini senang sahaja dan amat menarik kerana selain membuat corak (tidak terancang ) kita boleh juga menjadikan teknik ini sebagai menggambar. Contohnya seperti membuat ranting-ranting katu atau pokok yang rendang. Antara bahan-bahan yang digunakan ialah straw, kertas lukisan dan warna poster buncho




Sunday, November 27, 2011

REKAAN CORAK: PUALAMAN (MARBLING)

PENGENALAN
Pualaman ialah proses membuat corak di mana cat minyak pelbagai warna terapung-apung di permukaan kertas dan mewujudkan corak-corak di atsa kertas tersebut. hasil pualaman boleh digunakan dalam kegiatan membuat poster, grafik atau kulit buku. Suminagashi merupakan teknik pualaman yang paling lama dikenalpasti.


Teknik tersebut diamalkan di Jepun untuk menghasilkan corak daripada air dan dakwat kalografi. Secara amny, teknik pualaman boleh dilakukan dengan cara yang sangat mudah atau paling kompleks bergantung kepada yang ingin menh=ghasilkan corak. Umur bukanlah sesuatu faktor penghad untuk mempelajari teknik ini kerana semua orang (kanank-kanak hingga dewasa) boleh menghasilkan karya seni.


Contoh- Contoh Penggunaan Pualaman





Alatan yang diperlukan

  1. Cat Minyak
  2. Kaca
  3. Pisau palet
  4. Bekas berisi air
  5. Kertas lukisan (yang agak tebal )
  6. Penipis (Thinner)
Proses





  1. Bekas diisikan dengan air
  2. bancuh cat minyak dengan sedikit thinner dan dititiskan mengikut citarasa sendiri
  3. Kayu digunakan untuk mengacau dan menghasilkan corak yang dikehendaki
  4. Tangkup kertas lukisan ke atas permukaan cat/ air dalam bekas dan keluarkan dengan cepat
  5. Keringkan




source:Teknik Pualaman