Selasa, 23 September 2014

Entri suka-suka

Assalamu'alaikum..

Lamanya tidak update blog..Bulan Oktober ni dekat setahun sudah tidak tulis entri baru. Terasa rindu pula pada dunia blogging. Jika dulu, masa zaman belajar. Rajin saja update blog. Kalau boleh tiap-tiap hari mo update entri baru. Sekarang, mo visit blog sendiri pun kadang-kadang tidak sempat.

Pada sahabat handai yang telah melangsungkan perkahwinan atau yang sedang dalam proses ke arah membina masjid. Ucapan sekalung tahniah, moga berbahagia di sisi insan tersayang yang bakal melengkapi dirimu. Pada mereka yang masih ternanti-nanti kehadiran pasangan, angan gusar.. Sabar ya..Cool bilang orang.. Biasanya yang lambat itu adalah terbaik buat kita. Hehe, kesimpulan dari apa yang ingin di sampaikan dari tadi sebenarnya jadilah seorang yang sabar dan tenang dalam segala hal. Okey?? Hihihi..

Kenapa perlu yakin?? kenapa perlu sabar?? kenapa perlu tenang??

Kerana......

"Segala kemenangan itu adalah bersama kesabaran, kesenangan itu bersama penderitaan dan sesungguhnya bersama kesusahan itu ada kemudahan"

Berlapang dada itu yang sebaiknya. Usah gusar jika lewat usia mu belum menemui jodoh. Kerana tiap dari kita, Allah telah tentukan rezeki masing-masing, ajal maut, jodoh dan pertemuan.

Pada insan yang streotype suka bertarik tali, lepas tangan, mempermain-mainkan perasaan orang lain dan seerti dengannya. Berhentilah dari menzalimi orang lain. Kelak Allah murka dengan perbuatanmu, bila ada insan yang tersakiti hatinya akibat kelakuanmu, berasa teraniaya dengan sikapmu. Itu bahaya..Doa orang yang teraniaya ni, tiada hijabnya dengan sang pencipta. Di khuatiri, berbalik pada diri sendiri. Nauzubillah min zhalik..Sekadar pesanan buat pedoman bersama. Betulkan niat tu.

"Jangan memberi harapan palsu dan bersifat belum pasti, kelak akan ada insan yang bakal di lukai, jangan menaruh harapan yang belum tentu di miliki, nanti hati kecewa sendiri, sebaliknya gantunglah segenap pengharapanmu kepada Illahi, nescaya dirimu tidak sesekali di zalimi, kerana Dia maha mendengar pengharapan mu setiap kali dirimu berdoa, dan Dia jua akan menunaikan dengan caraNya sendiri. Yakinlah Allah itu maha adil"

~Sekadar tinta, santapan rohani.

Ma'assalamah wa ilalliqoq




Ahad, 6 Oktober 2013

Usah gusar.. "Innallaha ma ana"

Cinta itu adalah kasih sayang. Seperti mana cinta Nabi kita S.A.W kepada umatnya yang tidak pernah padam hatta saat sakaratul maut pun nabi masih mengingati umatnya. Betapa kasihnya Nabi kepada kita. Medium cinta itu juga luas, bukan sekadar cinta antara suami isteri. Tetapi ada cinta yang lebih besar dari itu yakni Cinta kepada Allah yang maha pencipta, Cinta kepada Rasul, Cinta kepada ibu bapa, Cinta kepada sahabat, Cinta kepada saudara-saudara islam yang lainnya.

Cinta sahabat-sahabat Nabi kepada Rasulullah begitu besar nilainya. Tiada tara. Cinta saidina Abu Bakar as-siddiq yang sanggup membiarkan ular mematuk kakinya ketika bersama-sama baginda bersembunyi di gua Thur. Bisa ular yang menjalar dalam tubuh, sanggup ditahan kerana enggan untuk mengejutkan baginda yang tengah tidur di ribaan saidina Abu Bakar sehinggalah Rasulullah sendiri menyedari apabila air mata saidina Abu Bakar menitis terkena wajah rasulullah kerana tidak mampu untuk bertahan dari sakit patukan haiwan berbisa.

Kisah cinta saidina Umar Bin Al-Khattab kepada baginda. Ketika di awal perkhabaran kewafatan nabi, saidina Umar dan para sahabat lain hilang punca. Tidak mampu untuk menerima kenyataan kerana kecintaan yang luar biasa kepada Nabi Muhammad S.A.W. Sehinggakan Umar menyatakan dia akan memancung sesiapa yang menyatakan baginda telah wafat.

Kisah kaum Muhajirin dan Ansar yang mana golongan ansar sanggup menyumbangkan harta benda dalam menghadapi serangan musuh islam ketika perang badar, uhud dan khandak. Malah ada segelintir yang sanggup menceraikan isterinya untuk golongan muhajirin. Manakala kaum Muhajirin sanggup meninggalkan Mekkah, meninggalkan segala kekayaan yang dimiliki semata-mata ingin mengikut nabi berhijrah ke Madinah demi menegakkan syiar Islam.

Ada apa dengan cinta??

"La yu'minu ahadukum hatta yuhibbu li akhihi ma yuhibbu li nafsihi"

Maksudnya : Tidak beriman seseorang kamu hingga ia mencintai untuk saudaranya apa yang ia cintai untuk dirinya.

Jangan pernah sempitkan fikiran dengan cinta sesama manusia sahaja. Putus cinta?? Kecewa? Putus Tunang? Sakit Hati??

Siapa kita untuk menidakkan ketentuan-Nya.
Siapa kita untuk meningkah suratan-Nya
Carilah hidupmu, Kerana hidup ini bukan sekadar ruang bagi insan mencari apa saja yang dimahukan.
Tetapi, hidup ini hakikatnya adalah lapangan bagi kita sebagai insan menunaikan maksud asal diciptakan.

Berhenti dari berharap akan sesuatu yang lagha..

Adakala sesuatu yang di impikan tidak selalunya menjadi kenyataan.
Tetapi ingatlah wahai hati, Janji Allah itu pasti.
Kadangkala apa yang tidak diduga selalunya berlaku dengan tiba-tiba.
Biarlah kita menangis hari ini kerana kesakitan semalam,
Namun, usah biarkan dirimu ketawa berpanjangan..
Kerana kegembiraan yang belum pasti untuk selamanya.

Tetaplah tenang dan tabahkan hati,
Ingatlah bahawa badai pasti berlalu,
dan roda itu senantiasa berputar,
Jangan biarkan dirimu suka mengeluh,
Menggerutu atau bahkan mencaci maki akan nasib sendiri.

Jangan berkata 'Allah itu tidak adil', "Aku ingin berbicara kepada-Nya, mengapa nasibku sedemikian rupa"

Dimana keadilan-Nya? justeru, kerana Kasih sayang-Nya kepada hambannya. Allah merencanakan sesuatu yang lebih indah buatmu.

Manusia merancang dengan cita-cita tetapi Allah merancang dengan Cinta-Nya.

Kerana DIA adalah sebaik-baik perancang.


 

Wallahu a'lam...

Khamis, 3 Oktober 2013

Penghujung sebuah cerita

Assalamu'alaikum

Tinta pena..

Di saat orang lain mengukir senyuman. Apa aku perlu untuk cemburu?
Di saat dugaan datang menimpa. Apa aku perlu berkata "Hidup ini tidak adil"?
Peringatan buat diri, kerana fitrah manusia itu sering alpa, lupa dan leka..

"Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman" -Az-Zariyat : 55

Apa aku cemburu ??

"Kenanglah apa yang kita ADA supaya kita tetap bersyukur tetapi jangan di kenang apa yang orang lain ADA kelak kita akan menjadi kufur"

Dan ingatlah juga, tatkala Tuhan-Mu memaklumkan;
"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambahkan (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku amat pedih ( Ibrahim : 7)

Wahai hati,
Selamat berbahagia
Bahagia itu letaknya dihati
Cinta-Nya selamanya dimiliki
Letaknya juga ada didalam hati
Betapa peliknya aku jika berbicara tentang hati
Namun apa yang perlu dimusykilkan
Kerana Allah memberikan cinta yang terlalu agung
Yang didalamnya terkandung hikmah dan cinta
Teruskan langkah, jangan pernah lelah
Hidup ini ada hala tuju yang jauh
Tujuan hidup insani
Terlalu banyak lagi yang perlu dilakukan
Mimpi jangan biar kekal menjadi mimpi
Angan jangan biar jadi tujuan

Biarkan airmata menitis, tegarkan hati. Yakin dengan Allah hingga hujung nyawa.

Dari Abu Al-Darda r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud. Antara doa nabi Daud.

Maksudnya : Ya Allah Ya Tuhanku, Aku memohon kasih sayang-Mu dan kasih sayang orang yang mencintai-Mu, serta (kasihkan) amalan yang mendekatkanku kepada Cinta-Mu. Ya Allah Ya Tuhanku, jadikan kasih-Mu lebih aku sukai berbanding diriku sendiri dan ahli keluargaku dan dari air yang sejuk"

Jumaat, 20 September 2013

Cebisan Kehidupan

Hamparan langit nan membiru, mendamaikan jiwa...Sungguh kuasa Allah yang maha Agung. Menjadikan bumbung dunia yang amat indah. Sebagai khalifah, kita menjalani hidup di dataran dunia yang amat asing. Menjadi yang biasa itu mudah, tetapi terlalu mudah itu mencurigakan. Terpenjara... Aku tidak ingin menjadi sekadar yang biasa. Pilihan demi pilihan yang perlu dilakukan menyebabkan terlalu banyak benda yang perlu aku lepaskan.. Ya Allah, jangan Engkau biarkan aku menentukan nasibku sendiri. Walau sekecil zarah cuma... Tuntun hamba Ya Allah.. Semua yang terjadi pasti ada hikmahnya. Yakin dan percayalah diri.. Biar ia menjadi RAHSIA HATI.

....Biar tersimpan kemas di sudut hati,
Tidak terganggu biar di cabar,
Tenang saja mendamai di situ...

Rahsia hati,
Biar berbagai hadiah memujuk,
Tidak gentar untuk menghadap,
Terus bertahan tanpa berganjak...

Rahsia hati biar satu rahsia,
Terlalu sukar akal meningkah,
Biar serabut godaan mendatang,
Tidak pernah goyah walau di ancam..

Rahsia hati,
Kerana percaya,
Taat itu pilihan,
Ketenangan dijadikan jalan,
Kerana dunia ini bukan tempatmu,
Menanti kekasih hati datang menjemput,
Diammm,
Kerana tidak semua perkara perlu diucap,
Layangkan perkhabaran rindu melalui doa,
Biar terpisah kerana hijab,
Takkan pernah jadi halangan...

Jumaat, 13 September 2013

Coretan kata


" Kesedihan" simpan rapi di sebalik senyuman.
Bukan tidak mahu diceritakan kesedihan..
Cuma..rasa takkan ada yang faham.

".....so scared to lose you when you're not even mine"

........

Usah terlalu digenggam bimbang pecah berderai
Usah juga terlalu gemalai bimbang terlucut tanpa sedari
Jangan keliru antara angan dan impian
Angan hanya mimpi...impian pula bukan sekadar dinanti
Cuma perlu kenal pasti

Jalani hidup dalam kesederhanaan
Ada yang perlu di teliti
Ada yang perlu di fahami
Kerana hidup ini hanya persinggahan

Tatkala tiba di persimpangan.
Dua jalan yang berbeza.
Jika kamu pengemudinya
Pilihlah jalan yang memberi sinar
Bukan angan-angan sementara
Mohon doa kepada-Nya.

Sekilas yang membelit..

Berkat yang perlu di cari
Marah yang perlu disembunyi
Aib yang perlu disimpan
Tawa yang perlu di kawal
Kata-kata yang perlu dipelihara
Sabar yang perlu dipacu
Putus asa yang perlu dihindari
Ilmu yang perlu digali
Ego yang perlu dihenyek
Nafsu yang perlu ditempelak

Jalan kisah sehari-hari
Kadang kala tidak di sedari
Bila dilihat kembali
Malu menguasai
Kerana gagal mengawal diri

Aku sedar lewat ini aku sering terjatuh
Terhampat pada nasib yang belum menyebelahi
Percayalah wahai hati
Ada sinar yang tak pernah sirna
Yakin pada diri
Jaga relung hati
Jangan sampai kufur nikmat

Bujur lalu melintang patah...

~Usaha bangkit..Jangan mudah putus asa ^_^






Rabu, 11 September 2013

Jatuh Bangun

Duhai Tuhanku
Jatuh bangun ku menghamba Mu
Kadang cinta kadang ku melupa
Tegaku menyiksa hidup sendiri.

Duhai Tuhanku
Untuk yang kesekian kali
Ku bersujud meminta kembali
Hati yang dipijar indah cinta-Mu

Tuhan...Aku tanpa Mu
Hidupku menderita
Sunyi hati...Kelam jiwa
Bagai terpenjara.

Tuhan...Biarkan kini
Aku dalam rahmat-Mu
Meski jatuh dan terbangun
Ku tetap bertahan


Sabtu, 7 September 2013

Terpatri di hati

Tiada janji yang terpatri,
Hanya perasaan atau perasan,
Takkan ku biar hati ini menangis sendiri lagi,

...........
Aku izinkan ia gugur,
Gugur biar bersepai,
Andai kau carik,
Andai kau hiris,
Toreh kan saja,
Biar sampai jadi serpihan kaca,
Biar berdarah,
Biar bernanah,
Biar saja parut itu tersimpan menjadi tanda.

Andai rantaian kata itu engkau panah tepat ke hati,
Menembusi ruang qalbu,
Lepaskan saja panahan itu,
Akan ku benam ke dasarnya,
Biar sampai tembus ke belakang,
Biar ku simpan sebagai hadiah.

Terkadang, puisi menghenyak ku,
Menempelak satu dunia,
Salah faham yang tidak terniat,
Biar aku hentikan di sini,
Agar tiada episod duka lagi.

Terduduk, menyandar dahi cecah ke lutut. Sepi tangis dalam diri.

.....Monolog dalam diri......
.
'Kenapa susah hati' ??. Lewat usiaku ini teruji, sehingga kadangkala tersungkur. Baru tahu erti bangkit setelah ditempelak dengan peristiwa semalam.

Ya, kadangkala Takdir ALLAH itu menyakitkan. Tapi biarlah aku ikhlas menerimanya...
" Ikhlas mu itu belum cecah ke hati".
"Errrr"
" Kamu tidak menerima takdir Allah dengan ikhlas. Sebab itu, kamu selalu tidak berpuas hati dengan apa sekalipun"..

..........

Jangan di soal pada meraka yang tidak mengerti. Kerana mereka tidak mengalami.
-Soal hatimu yang menghadapi...

"Berdoa moga diberi keikhlasan pada hati yang berdaki"

Gapai pena dan menulis apa yang ada di benak mu... Tepuk dada, tanya iman.. ^_^