TAZKIRAH


--------------------------------------------------------------------------------
Buat isteri-isteri dan bakal isteri di luar sana

Kisah Yang Menyentuh Hati buat sahabat-sahabatku yang dikasihi sekelian....

Isteri solehah~


Seorang isteri menangis2 nak mandikan jenazah suami dia..

bapa mertua dgn polis forensik tak bagi..

sambil menangis isteri berkata ini janji kami suami isteri..

jika abang mati dulu kamu (isteri) mandikanlah jenazah abang,

Andai kamu (isteri) mati dulu dari abang, abang akan mandikan jenazah kamu..

dari luar bilik mayat hospital seorang ustaz masuk tanya apa hal

kemudian ustaz tu kata tidak mengapa kalau isteri nak mandikan jenazah suami..

ustaz tadi bersama beberapa orang lagi temankan si isteri mandikan jenazah suaminya..

dengan tenang isteri membasuh muka suaminya sambil berdoa,

"Inilah wajah suami yang ku sayang tetapi Allah lebih sayangkan abang..

Moga Allah ampunkan dosa abang dan satukan kita di akhirat nanti.."

membasuh tangan jenazah suami sambil berkata

"Tangan inilah yang mencari rezeki yang halal untuk kami, masuk ke mulut kami.

moga Allah beri pahala untuk mu suami ku.."

membasuh tubuh jenazah suami sambil berkata

"tubuh inilah yg memberi pelukan kasih sayang pada ku dan anak2,

moga Allah beri pahala berganda untukmu wahai suamiku"

membasuh kaki jenazah suami sambil berkata

"dengan kaki ini abang keluar mencari rezeki untuk kami, berjalan dan berdiri sepanjang hari semata2 untuk mencari sesuap nasi,

terima kasih abang...moga Allah beri kau kenikmatan hidup di akhirat dan pahala yang berlipat kali gandanya"

selesai memandikan jenazah suaminya, si isteri mengucup sayu suaminya dan berkata

"terima ksih abang kerana aku bahagia sepanjang menjadi isterimu dan terlalu bahagia

dan terima kasih kerana meninggalkan aku bersama permata hatimu yang persis dirimu

dan aku sebagai seorang isteri redha akan pemergianmu kerana kasih sayang Allah pada mu."

Betapa sucinya hati seorang isteri pada suaminya....




-------------------------------------------------------------------------------------------------


ENGKAU YANG BERNAMA PEREMPUAN DAN WANITA...


Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat

Rasulullah saw menangis manakala ia datang bersama Fatimah.


Lalu keduanya bertanya mengapa Rasulullah saw menangis. Beliau menjawab,


"Pada malam aku di-isra'- kan , aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Karena, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya.

Putri Rasulullah saw kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.

Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.

Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking.

Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri.

Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta.

Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar,beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api neraka,"kata Nabi saw.

Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa merekadisiksa seperti itu?

*Rasulullah menjawab, "Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang digantung susunya adalah istri yang 'mengotori' tempat tidurnya.

*Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas.

*Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.

*Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka karena ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya karena ia bisa shalat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mau mandi junub.

*Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami."Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis............................................................................

ANDAI KU PUNYA ANAK INI....


saya kongsikan cerita yang saya catat dalam kelas pengajian yang saya hadiri:


dikisahkan ada sebuah keluarga ,suami, is3 dan seorang anak perempuan berusia 6 tahun. mereka bukanlah dari keluarga yg kaya tapi bercita-cita untuk hidup mewah seperti org lain. si ayah bekerja sebagai seorang penjual insuran dan isteri guru tadika...

si anak seorang yg ceria dan amat suka bermain. suatu masa mereka dilanda dengan keadaan ekonomi yg agak tertekan. lalu sesuatu yg dilakukan ,segala tindakan yang diambil amat berhati2. hinggalah si ayah amat berusaha keras siang malam bekerja, si ibu pula terpaksa berhempas pulas mencari pendapatan sampingan....

ditakdirkan ..alhamdulillah masalah mereka pun selesai,,ayah berjaya membeli kereta yang baru dan kehidupan bertambah baik.. namun yang terbaliknya...si ayah lebih mengutamakan kerja dari keluarga.begitu juga si ibu."ayah...ayah" adik nak lukis kereta ayah tapi tak pandai la...adik suruhlah ibu...ayah sibuk lah....kerana desakan si anak,,akhirnya terukirlah kereta ayah pada buku yang tak seberapa jadi rupanya ,,,kerana si ibu sibuk berhias untuk keluar..... si anak yg dahulunya akan melukis dan menulis bersama ibunya mula kesunyian...tiada siapa mengajaknya mewarna buku rama-rama kegemarannya...ibu,ibu,,,cantik tak adik warna kereta ayah?.yer cantik...ringkas jawapan ibunya....ibu bila nak lukiskan rama2 adik...nanti bila ibu dah balik ibu lukiskan yer sayang....si anak terdiam kedu....masing2 bekerja lebih masa.hinggakan si anak seolah2 kehilangan kasih sayang. 

suatu hari,,ujian datang lagi kepada keluarga ini....

si anak yang mula pintar berasa ingin mencuba segala sesuatu. bermula dari melukis, menulis hinggalah dia terjumpa sebatang paku. lalu di contengnya dinding rumah dengan paku tersebut. berasa tidak puas kerana tiada warna pada dinding tersebut, si anak keluar rumah dan menyambung garisan pada pagar rumah di sebelah luar hinggalah sampai ke kereta baru yang dibeli oleh si ayah lebih kurang sebulan lalu.

maka kelihatanlah calaran yang panjang dan berombak diseluruh badan kerata mpv ayah tadi.bila mana si ayah hendak keluar...maka tercegatlah dia tergamam melihat calaran yang menoreh kereta mpv kesayangannya... ayah sudah hilang pertimbangan....diambilnya rotan dan disebatnya tangan anak perempuannya tadi...si anak menjerit kesakitan...ayah semakin gila. mencapai apa sahaja yang ada didepan mata. baginya kereta itu lebih penting dari anaknya. "aku kerja siang malam,ko senang2 calarkan yer ". tidak cukup dengan rotan tadi si ayah mancapai besi cakar untuk menanam bunga yang ada di pasu bunga di halaman rumah. 

si ayah terjelepuk duduk bila mendengar isterinya menangis teresak-esak menolaknya sambil memeluk anak perempuannya. darah memancut dengan laju memercik ke baju ayahnya. barulah si ayah tersedar. anak perempuan malang tadi dikejarkan ke hospital. semua temujanji dengan klien dibatalkan. si ibu pula tidak jadi untuk shopping. doktor hanya mampu menggelengkan kepala pabila ditanya keadaan anaknya.

bila tirai diselak, anak perempuan tadi terus menangis mencari ibunya . si ayah datang rapat cuba memeluk.anaknya berundur ketakutan. dengan perlahan anaknya terketar-ketar menghulurkan kedua tangan yang berbalut rapi memohon ampun dan maaf pada si ayah."ayah..adik janji tak akan melukis lagi". si ayah dengan penuh hiba menafikan hasrat anaknya itu. adik, nanti ayah belikan adik color luna yang baru yer...ayah belikan adik pensel warna yang caaaaantik tau...galakan ayahnya tidak bersahut. si anak tunduk diam....ibunya berasa hairan....

bila anaknya menghulurkan sekali lagi tangannya,,,barulah kedua-duanya sedar tangan anaknya terpaksa dipotong kerana telah hancur di pukul ayah tadi. doktor tidak dapat menyelamatkan tangan anaknya itu. si ibu terjelepuk sedih , terbayang dia melukiskan kereta suaminya tadi dengan nada marah2 dan menjegilkan mata kepada anaknya...begitu juga rama2 yang dijanjikannya .....teriakan penuh dosa si ayah dan ibu pada anak yang tidak berdosa tetap tidak mampu mengembalikan tangannya.....

dimanakah kawarasan kita?. hinggakan mpv dan pangkat pv yang kita kejar?.berbanding kasih sayang anak yang telah terbukti ia adalah harta yang tak ternilai harganya......
kaya itu bukan segalanya...miskin itu bukan penghujungnya....

maksud hadith: bukanlah kaya itu dengan banyaknya harta, namun kaya itu dengan kayanya jiwanya. ( adab dan akhlak ).
bagaimana kita pula?. .......( p/s : saya tidak boleh luper cerita ni )

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sesaat yang membuatkan saya terharu bila mengikuti kelas pengajian rohani...


Just nak kongsi....kata-kata ustaz tersebut   
" Ingatlah wahai anak adam,,,sebelum kaki kamu melangkah untuk dihisab, kamu akan ditanya tentang 4 jenis perempuan...pertama : kamu akan ditanya tentang ibumu sendiri...menutup auratkah dia selama ini?..taatkah dia kepada Allah? kedua : kakak-kakakmu sendiri...adakah mereka juga beriman kepada hukum Allah atau selamber free hair lagi....ketiga : isterimu sendiri....bagaimanakah engkau mentarbiahnya?.kearah muslimah kah dia atau ke arah liberal kah dia?.sedangkah dosanya engkau yang tanggung...bukan sekadar "aku terima nikahnya"...bahkan aku terima disa-dosanya sekali...ingat wahai anak adam...yang terakhir adalah anak perempuan mu...berapa ramai org tidak segan silu membiarkan anaknya free hair dgn alasan kebebasan?. Percayalah wahai ayah-ayah...kalian akan dihumban ke neraka kelak akibat tidak menegur dan membetulkan perkara menutup aurat ini....kerana anak perempuanmu itu akan menyelar engkau kembali kerana tidak menegurnya semasa engkau masih hidup.....

Kalaulah semua org lelaki tahu perkara ini.....pastilah mereka banyak berfikir dan bersedih dari gelak ketawa....kerana beratnya tanggungjawab....

Kalaulah orang perempuan tahu perkara ini,,pastilah ia akan menangis kerana tidak sanggup menyusahkan ayahnya,,abgnya,,anak lelakinya dan suaminya yang dicintai...kerana perbuatan merekalah org2 lelaki sekelilingnya akan dihumbankan ke dalam neraka....



No comments:

Post a Comment