Thursday 27 October 2011

Patung Bawah Lori?

Awak semua mesti suka patung kan? Tambah-tambah yang kecil dan comel. Tapi, sekarang kan (tapi rasa dah lama juga kot) ada trend terbaru, sangkut patung bawah kereta. ( Awak semua ada yang buat?)

PC mula tahu mengenai trend ini pun ketika kawan PC tunjuk pada PC ketika tengah memandu.

"Eh, tengok tu! Comel kan, comel kan buat macam tu!" 

Dimana sangkut entah, mungkin di ekzos..

 Tapi PC rasa tak comel langsung. Macam pelik dan tak ada apa yang menyeronokkan. PC rasa geli pula bila tengok kereta ada sangkut patung kat bawah begitu. (Harap maaf, takkan letak pada kereta kami!)

Yang lagi pelik dan buat PC geli hati, lori pun nak ikut trend itu!

Cuba tengok ini...

Gambar tak berapa bagus, maklumlah terus 'snap' dengan kamera telefon murah...
  
Patung spongebob besar punya! Haha...(anak dia punya agaknya dia rembat..)

Hemm..persoalannya, perlu kah trend begini? Terpulanglah kan...hak setiap individu..janji awak semua gembira dan bahagia! Layannnn...(^_^)

Masuk Mingguan Wanita!

Wah, Putera Kacak (PK) masuk majalah Mingguan Wanita (MW) Bil 1456 lah! (No bil majalah pun dah cantik, takut-takut orang ambil buat nombor ekor!) 



PK komen mengenai lelaki bila memilih kedai makan, sama ada lihat pada kesedapan makanan atau pelayan yang cantik? Ini jawapan PK...


Hehe jawapan baik saja kan...Maklumlah, tak mahu tengok renungan tajam Puteri Comel (PC) lah tu..(^_~)

Macam Mana Nak Beli?

Ada yang menghantar pesanan ringkas bertanya tentang bagaimana untuk membeli tudung bawal Aidijuma daripada kami. Berikut adalah jawapan dari kami untuk rujukan awak semua ye!

BAGAIMANA NAK MEMBELI DARIPADA KAMI?

Di bahagian tepi sebelah kanan awak semua ada tertera nombor telefon kami. Pilihlah yang mana satu untuk anda berhubung. Sila SMS area dimana anda berada dan berapa helai yang hendak dibeli. Selepas itu kami akan respon sama ada kami akan berjumpa anda di kawasan berdekatan.

KALAU BELI BANYAK DAPAT DISKAUN TAK?

Kami akan beri diskaun jika awak semua membeli tudung bawal Aidijuma dengan jumlah melebihi 10 helai bergantung kepada budi bicara sesama kita yang dipersetujui. Akan tetapi, jika tempat penghantaran jauh, (di dalam daerah Lembah Klang), kami akan menukarnya dengan kos penghantaran percuma

KALAU NAK TENGOK DULU BOLEH TAK?

Kami faham ada yang ingin merasa dengan jari jemari sendiri akan kualiti tudung bawal Aidijuma dan mencubanya sebelum membeli. Untuk area sekitar UiTM Shah Alam, UiTM Puncak Alam, kami boleh berjumpa awak semua pada masa dan tarikh yang dipersetujui. Untuk kawasan-kawasan lain, bergantung kepada keadaan dan berapa banyak yang ingin dibeli.

MACAM MANA NAK PILIH WARNA?

Sila lihat warna-warna di laman web aidijuma dan bolehlah beri nombor kod warna. Warna juga bergantung kepada simpanan yang masih ada.


Jika ada sebarang soalan, bolehlah terus hubungi kami...(^_^) 

Wednesday 26 October 2011

Jom cuba Tudung Aidijuma!

Sekarang ini pelbagai jenis tudung sudah berada di pasaran. Pemakai tudung tidak lagi dipandang sebagai kolot atau out-of-date. Si pemakai tudung bukan sahaja menunaikan kewajipan sebagai seorang wanita Islam, malah dapat juga menampilkan pelbagai gaya dengan tudung yang dipakai.

Kami nak berkongsi dengan awak semua tentang satu lagi jenama tudung yang baru tahun ini dipasarkan. Tudung Aidijuma! Tudung ini adalah hasil cetusan idea oleh Datin Norjuma Habib Mohamed. (awak semua mesti kenal kan?). Tudung yang cuba di'popularkan' semula iaitu tudung bawal!

Dulu, sebelum munculnya era selendang atau shawl, tudung awning dan pelbagai lagi, kita semua memakai tudung bawal kan? Tudung bawal ini ringkas dan si pemakai nampak lebih ayu seperti perempuan melayu terakhir! Hehe..daripada pendapat kami lah.

Awak semua nak tahu? Perkataan 'bawal' itu sebenarnya berasal daripada perkataan Perancis iaitu 'voile' atau disebut 'voil' yang bermaksud fabrik yang ringan, lembut dan kosong. Ia diperbuat daripada kain kapas, sutera, rayon atau wool. Perkataan ini kemudian di'Melayu'kan sebagai Bawal, mungkin kerana bunyinya hampir sama 'voile'.

Apa lagi awak semua, jom lah kita cuba pakai tudung aidijuma pula. Rasakan sendiri kualitinya yang memang memuaskan! Kalau awak semua berminat, bolehlah menghubungi kami seperti yang tertera di tepi laman blog kami ini. 

Sebagai pengedar, kami menjual dengan harga pasaran seperti berikut;


Tudung bawal kosong satu tona= RM9


Tudung bawal kosong dua tona= RM9


Tudung bawal kosong-bunga lace= RM19

Untuk kenal tudung aidijuma dengan lebih lanjut, awak semua boleh la lawati mukabuku aidijuma.

Terdapat pelbagai lagi pilihan warna menarik!

 



Selamat memakai Tudung Aidijuma!