PENGERTIAN REJAB
Rejab dapat diertikan sebagai kebesaran atau kemuliaan dan ia membawa maksud kepada bulan yang dibesarkan atau dimuliakan. Rasulullah s.a.w. mengekalkan nama ini dan mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab. Bagi umat Islam, kita memuliakan Rejab sempena dengan peristiwa besar yang berlaku dalam bulan tersebut, iaitu peristiwa Isra' dan Mikraj.
PERISTIWA-PERISTIWA PENTING DALAM BULAN REJAB
1) HIJRAH PERTAMA
Tentangan hebat daripada pihak musyrikin Mekah menyebabkan ramai orang Islam Mekah menderita. Ramai sahabat mula mengadu kepada RAsulullah s.a.w. akan penderitaan tersebut. Lalu Rasulullah s.a.w. memerintahkan agar mereka berhijrah ke Habsyah.
Tujuan mereka berhijrah adalah untuk memberi ruang baru kepada Islam untuk terus melebar ke seluruh tempat disamping menyelamatkan iman dan keselamatan umat Islam Mekah.
2) ISRA' DAN MIKRAJ
Isra' dan Mikraj bermaksud Rasulullah s.a.w. dijalankan dari Mekah ke Baitulmuqadis di waktu malam dan di angkat ke langit bertemu Allah s.w.t dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu.
3) PERANG TABUK
Tabuk diberi nama sempena dengan nama satu tempat di Semenanjung Arab di mana Rasulullah s.a.w dan 30 ribu tentera ISlam berkumpul. Pada peristiwa ini tidak berlaku pertempuran kerana tentera Rom berundur diri dan takut kepada kekuatan tentera Islam.
~ PI ~
Friday 17 May 2013
Saturday 20 April 2013
AYAT-AYAT KEFAHAMAN PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 4
Pembelajaran ayat kefahaman Pendidikan Islam tingkatan 4 memerlukan kepada penguasaan pembacaan ayat-ayat al-Quran tersebut. Ayat-ayat kefahaman secara audio tersebut boleh diperolehi disini untuk membantu pembacaan anda.
selamat mendengar ^___^
selamat mendengar ^___^
Subscribe to:
Posts (Atom)