BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, September 16, 2013

GEJALA SOSIAL: GANGSTERISME DAN PENYELESAIANNYA...


GANGSTERISME!!!!

Gangsterisme.... hakikatnya pelajar sekolah yang telah mula menggelarkan diri sebagai gengster sudah mula
mencabar undang - undang negara dan peraturan sekolah. Hal ini sungguh membimbangkan pelbagai pihak.

Pengaruh dari filem - filem yang berunsurkan gengster juga menjadi sebab berlakunya gejala gengsterisme ini. Kini, hampir 45 peratus dari filem tempatan mengeluarkan filem yang berunsurkan gengsterisme ini. Aksi yang dilakukan oleh para pelakon banyak memberi kesan buat remaja untuk meniru aksi mereka. Bukan itu sahaja, bahkan perkataan - perkataan yang tidak elok juga hasil dari filem - filem sebegini rupa menjadikan remaja menggunakannya sebagai perkataan harian yang digunakan.


Pengaruh rakan sebaya menjadikan remaja terjebak dengan gengsterisme ini. Bermula dengan sebatang rokok, kemudian dadah dan berakhir dengan gengsterisme. Kawan menjadi satu faktor yang kuat dalam menyumbang gejala gengsterisme ini. Kenalan yang tidak baik menjadikan kita terikut - ikut akan kegiatan dia. Oleh itu, memilih rakan yang baik menjadi jalan penyelesaiannya yang terakhir. Eloklah kita menyiasat latar belakangnya demi menjaga diri kita agar tidak terjebak dengan isu ini.


Kurang mendapat didikan agama dari ibu bapa menjadi kebiasaan didalam keruntuhan akhlak remaja kini. Ibu bapa yang tidak dapat menyara anaknya dalam pendidikan atau masa hadapannya menjadikan remaja tejebak dalam gejala ini. Sesetengah ibu bapa sanggup membiarkan anaknya lingkup dan menjadikan anak mereka memberontak. Didalam hal ini, ibu bapa perlu bijak menilai diri mereka sendiri dalam menentukan nasib anak mereka. Ibu bapa yang berfikiran positif akan mendidik anaknya dengan baik sehingga mereka berjaya melakar nama di menara gading. 

AYUH SAMA - SAMA MEMBANTERAS GEJALA GENGSTERISME INI"

0 comments: