Followers

Showing posts with label KEK. Show all posts
Showing posts with label KEK. Show all posts

Tuesday 8 September 2015

KEK PISANG dahhh viralll..

Assalamualaikum..
Kek Pisang tiba-tiba menjadi viral. Ini semua kerana Sis Duyung Lalink kita tu kan..dialah menjadi saspek utama dalam kek pisang viral nih hahahha..jangan pengsan atau saket dada kay lalinkk mucukkk..makaseh kerana meng'viral'kan KEK PISANG..hahaha..

Ramai dah mencuba tetapi tak pasti sama ada resepi yang sama dengan lalink atau resepi yang berbeda. Besar kemungkinan berbeda sebab rata-rata i lihat resepi yang dikongsikan itu adalah dari pelbagai blogger..tapi takpe..selera masing-masing kan berlainan..tak sama pun tak pe..

Resepi ini pula i dapat dari rumah Sis Azlita Aziz kita. Izinkan i berkongsi disini pula ya sis. Terima kasih. I ada buat tambahan isi pisang dan setelah dilecek i perapkan semamlam seperti yang pernah i belajar sebelum ini. I juga telah ubahkan ke sukatan gram. I lebih suka dengan sukatan gram berbanding sukatan cawan, kalau guna sukatan cawan, kena guna 2 ke 3 jenis sukatan cawan mengikut resepi, berbanding dengan gram hanya menggunakan 1 bekas sahaja untuk pelbagai sukatan.




KEK PISANG

Bahan-bahan..
350 gm pisang*
1 sdk serbuk soda*
1 sdk perasa pisang* - satukan dan lecekkan - perap semalaman
4 biji telur A
220 gm gula kastor
1 sdk perasa vanila
1 sdk ovalette
150 gm mentega - dicairkan dan disejukkan suhu bilik
300 gm tepung gandum**
1 sdk serbuk penaik** - **satukan dan ayak
3 biji pisang - belah 2 memanjang - hiasan

Cara-caranya..
1. Pisang yang dilecek dibiarkan sekurang-kurangnya 1 jam atau lebih baik semalaman.
2. Dalam mangkuk pengadun, satukan telur, gula, perasa vanila dan ovalette, pukul sehingga kembang 2 kali ganda.
3. Masukkan mentega cair dan pukul sebati.
4. Masukkan pula pisang lecek dan gaul rata.
5. Masuk pula adunan tepung sedikit demi sedikit dan kaup balikkan sahaja.
6. Tuang dalam loyang bersaiz 8 inci yang telah dioles dengan mentega atau 'spray cooking', lapik kertas minyak dan oles sedikit lagi.
7. Susun pisang yang dibelah 2.
8. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 170C selama 50 - 60 minit atau sehingga keperang-perangan.
9. Keluarkan dari oven dan sejukkan atas redai.


Tuesday 16 June 2015

RIZKI DARI ALLAH..

Assalamualaikum..
Antara tempahan-tempahan yang telah diterima. Dapat masuk mana yang sempat aja..mana-mana yang tertinggal boleh lihat di Facebook atau Instagram ya..

Terima kasih buat seluruh pelanggan-pelanggan JUICY CAFE & CAKES. Mohon maaf jika ada yang terkurang..




















Antara tempahan yang telah diterima. Jazakallah khoir buat seluruhnya..





Wednesday 10 June 2015

ORANGE CAKE

Assalamualaikum dan Selamat pagi kalian..
Sepanjang yang i ingat, cuma hanya beberapa kali sahaja i buat kek oren nih. Kali terakhir kalau tak silap Hari Lebaran tahun lepas. Itu pun i buat sebab atas permintaan dari mak.

Semalam sekali lagi i buat atas sebab hujung minggu ini akan ada tempahan kek oren. Yerla sebelum kita betul-betul nak jual, adalah lebih bagus jika kita cuba dulu kann..

Bahan-bahannya cukup mudah. Jika dirumah sentiasa ada buah oren bila-bila masa pun boleh buat kann..





ORANGE CAKE
Sumber : Google Minah Saleh

Bahan-bahan..
190 gm mentega
170 gm gula kastor
3 biji telur A
1 biji parutan kulit oren - perah jusnya
1 sdk pati oren sunquik
1 sdk pes oren KOEPOE
185 gm tepung gandum*
1 sdk serbuk penaik* - *satukan dan ayak
70 gm jus oren - dari parutan kulit tadi

Cara-caranya..
1. Dalam mangkuk pengadun, masukkan mentega dan gula kastor dan pukul sehingga berkrim atau mengambil masa dalam 10 minit.
2. Masukkan telur satu persatu. Sebiji telur pukul dalam 2 minit dan seterusnya.
3. Masuk pula parutan kulit oren, pati oren sunquik dan pes oren, pukul lagi sehingga sebati lebih kurang 5 minit.
4. Jika adunan telur berbintil, masukkan 2 sudu besar tepung dan pukul lagi sehingga rata diikuti dengan baki adunan tepung sedikit demi sedikit.
5. Tuang jus oren dan pukul hanya sebati dan rata.
6. Sediakan loyang bersaiz 7 x 7 inci, lapik dengan kertas minyak dan spray sedikit.
7. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 170C selama 45 minit atau sehingga masak.
8. Keluarkan dari oven dan sejukkan atas redai 5 minit baru dikeluarkan dari loyang.
9. Siap dihidangkan.



Tuesday 14 April 2015

BROWNIE IN A MUG

Assalamualaikum..
Hari sudah hampir malam. Biasanya malam-malam macam nih kita menanti masa nak lelap jer tapi sebelum itu nak jugak masukkan entry baru. Kalau masuk esok rasa macam tak puas hahaha..

Brownie In A Mug nih Awin yang bikin. I tengah masak rendang daging, tetiba Awin tayang adunan dalam mug. Ingatkan Awin buat air koko rupanya brownie. Memang dari minggu lepas lagi Awin nak buat..sekali Awin masuk dalam microwave memang masak hanya 1 minit 50 saat!! tTak percaya cuba laa..







BROWNIE IN A MUG

Bahan-bahan..
1/4 cawan gula kastor*
1/4 cawan tepung gandum*
2 sdb serbuk koko*
Secubit garam* - *satukan dan ayak
2 sdb minyak zaitun
3 sdb air

Cara-caranya..
1. Dalam mangkuk, satukan bahan-bahan kering dan ayak.
2. Masukkan minyak dan air dan gaul sehingga sebati.
3. Tuang dalam mug atau cawan yang sesuai.
4. Panaskan dalam microwave 1 minit 50 saat.
5. Keluarkan dan skop aiskrim dan hias mengikut kreativiti masing-masing.
6. Satu adunan ini hanya untuk 1 mug atau cawan.



Monday 16 March 2015

SUPER MOIST FRUIT CAKE

Assalamualaikum..
Minggu lepas i lihat sis Ina Harlina bikin Kek Buah. Baru tengok aja kita sudah terliur, belum makan lagi. Kebetulan juga ada customer yang ingin tempah Kek Buah minggu ini jadi tak tunggu sampai waktu tempahan i sudah bikin dulu hihi..lagi pula Kek Buah nih lagi lama lagi sedap tau.

Resepi pula i rujuk dari dua blogger kita iaitu sis Sheila dan sis Hana. I lihat resepi untuk kedua-duanya sama cuma sis Hana ada buat beberapa tambahan susu pekat dan oren sunquik. Terima kasih buat kedua-duanya sekali ya. 

Mentega pula i gunakan sebahagian mentega dari Indonesia dan sebahagian lagi mentega SCS. Menggunakan mentega yang berkualitas tinggi akan menjadikan Kek Buah kita lebih terangkat hehehe..seriuss tak bohong tau..








KEK BUAH
Sumber : Sis Sheila d'Dapoq & Sis Hanamemories

Bahan-bahan..
125 gm mentega SCS
125 gm mentega WIJSMAN
300 gm gula kastor
60 gm air panas
500 gm buah campuran kering
1 sdb susu pekat
1 sdb sunquik
350 gm tepung gandum*
2 sdk baking soda*
1 sdk cream of tartar*
1 sdk spekuk* - *satukan dan ayak
3 biji telur A
1 sdk perasa vanila

Cara-caranya..
1. Masak gula dalam kuali dengan api kecil sehingga gula larut dan menjadi perang.
2. Dengan perlahan, tuangkan air panas dan kacau sebati. Hati-hati sebab akan meletus.
3. Masukkan kedua-dua jenis mentega, susu pekat dan sunquik dan kacau lagi sehingga mentega mencair.
4. Masuk pula buah-buahan kering, gaul rata dan sebati dan biarkan sedikit mendidih. Tutup api dan biarkan sejuk.
5. Masukkan sedikit demi sedikit adunan tepung yang telah diayak dan gaul sebati.
6. Dalam bekas lain, satukan telur dan perasa vanila, pukul sebentar. Tuang dalam adunan tadi sedikit demi sedikit dan gaul sehingga sebati dan rata.
7. Tuang adunan dalam loyang bersaiz 7 x 7 inci yang telah dilapik kertas minyak pada dasar dan sekelilingnya serta di oles sedikit mentega atau 'spray cooking' dan ratakan. Tutup permukaan atas loyang dengan aluminium foil.
8. Kukus dalam pengukus yang telah dipanaskan terdahulu dan untuk mendapat kelembapan yang sempurna kukus selama 4 jam.
9. Biarkan sejuk di suhu bilik dan kemudian barulah disejukkan didalam peti sejuk semalaman. 
10. Potong semasa kek baru keluar dari peti sejuk bagi mendapatkan potongan yang cantik dan juga agar setiap potongan tidak berderai.
11. Siap dihidangkan.







Friday 16 January 2015

CROQUEMBOUCHE

Assalamualaikum..
Fuuuhhh!! Nama pun dah berbelit-belit lidah..terkehel tekok apatah lagi bibir..mau herot-herot kan hahhaha..begitu jugalah nak membuatnya youuu..

Dah buat choux dari semalam lagi..tapi disebabkan i menjadi mangsa vitamin M maka buatlah perlahan-lahan. Hari ini baru siap..itupun tidak sepenuhnya..sarang memang tak buek dahhh..vitamin M mai lagi tahap gaban kan hahhaha..hat nih cukup laaa..

Cara mat-mat..minah-minah saleh buat banyak cara. Ada yang letak atas kek macam i buat nih..ada yang takde kek..kosong jer bawah tu..ada yang bubuh ganache selain drizzle karamel..haiizzz kalau nak tulis macam-macam cara depa nih, mau bengkak jari i tau..

Idea i dapat dari SINI..kalau u all nak yang sebenar-benar resepi p la sana naaa..hat filling pun i tukaq cara lain..gambaq memang i tak ambil banyak sebab mula-mula ingat tak berapa jadi..rupa-rupa ok laa boleh la nooo dari takdak..jom la tengok..


Bahan-bahan kek..
185 gm mentega
150 gm gula kastor
3 biji telur A
1 sdk kulit lemon - sagat
185 gm tepung kek
4 sdb jus lemon
60 gm blueberry segar

Cara-caranya..
1. Dalam mangkuk pengadun, pukul mentega dan gula sehingga berkrim, lebih kurang dalam 10 minit.
2. Masukkan telur satu persatu bersama kulit lemon dan pukul sebati.
3. Masuk pula tepung sedikit demi sedikit dan gaul rata.
4. Tuang jus lemon dan gaul lagi sehingga adunan kesemuanya sebati dan rata.
5. Tuang adunan dalam loyang bersaiz 7 inci yang telah dilapik kertas minyak dan dioles sedikit mentega dan ratakan.
6. Tabur blueberry segar diatasnya.
7. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 180C selama 55 minit atau shingga masak.
8. Keluarkan dan sejukkan atas redai.

Bahan-bahan aising..
300 gm gula aising - ayakkan
3 sdb jus lemon

Cara-caranya..
1. Satukan kedua-dua bahan dan gaul sebati menjadi pekat.
2. Tuang ditengah-tengah kek, ratakan sedikit dan biarkan frosting meleleh dengan perlahan seperti gambar bawah.


Bahan-bahan choux pastry..
170 gm air
85 gm mentega
1/4 sdk garam
1 sdb gula kastor
125 gm tepung gandum - ayakkan
4 biji telur

Cara-caranya..
1. Dalam periuk kalis melekat, satukan air, mentega, garam dan gula, gaul sehingga mendidih.
2. Kecilkan api, masukkan tepung gandum dan gaul rata sehingga adunan licin.
3. Tutup api dan masukkan dalam mangkuk pengadun.
4. Pukul adunan lebih kurang dalam 8 minit supaya menjadi sedikit sejuk.
5. Masukkan telur sebiji dan pukul rata diikuti baki telur yang lain.
6. Rehatkan adunan dalam 15 minit, kemudian masukkan adunan dalam piping bag.
7. Sediakan kertas minyak yang telah dilukis dengan bulatan sebesar duit 50 sen lama dan letak didalam loyang besar dan sembur dengan 'spray cooking'.
8. Paipkan adunan diatas lukisan bulatan. Buat sehingga selesai. Choux nampak macam cair, jangan risau nanti akan naik membukit.
9. Celupkan jari dalam air, tekan sedikit dan ratakan adunan supaya menjadi bulat licin. 
10. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 200C selama 30 minit atau sehingga keperang-perangan.
11. Keluarkan dan sejukkan atas redai.
12. Boleh disimpan didalam bekas kedap udara sebelum digunakan.


choux pastry yang telah siap..

Bahan-bahan filling..
400 gm susu segar
1 sdk perasa vanila
2 biji telur
100 gm gula kastor
3 sdb tepung kastad
50 gm mentega

Cara-caranya..
1. Panaskan susu segar dan perasa vanilla dalam periuk.
2. Dalam mangkuk lain, pukul telur bersama gula kastor sehingga sedikit mengembang, masukkan tepung kastad dan gaul rata.
3. Tuang sebahagian susu panas dalam adunan kastad, gaul rata dan tuang sebahagian lagi dan panaskan diatas api kecil sehingga adunan menjadi kental.
4. Tutup api dan masukkan mentega dan gaul lagi.
5. Sejukkan sebentar sebelum dimasukkan dalam piping bag.

Bahan-bahan karamel..
400 gm gula kastor
1 sdk jus lemon

Cara-caranya..
1. Masukkan gula bersama jus lemon dalam pan kecil dan masak atas api kecil sehingga gula larut.
2. Panaskan semula jika karamel mula mengeras.
3. Untuk membuat 'sarang', gunakan baki gula yang ada cuma tambah 1 sdb glucose syrup dan panaskan semula.

Cara-cara menyusun CROQUEMBOUCHE..
1. Terdahulu, sediakan kon seperti gambar dibawah dengan menggunakan kad manila. Ukuran ketinggian dalam 10 inci, bulatan bawah dalam anggaran 5 inci dan bulatan atas dalam 1 inci. Balut dengan aluminium foil.


2. Letakkan kon diatas kek yang telah tersedia bersama frosting aising, tekan perlahan kon pada kek supaya melekat. Ketepikan.
3. Paipkan filling kastad kedalam choux pastry melalui bawah, setelah selesai sejukkan dalam peti sejuk.
4. Setelah bahan-bahan karemel telah mencair, keluarkan choux pastry yang sejuk tadi, dengan perlahan dan berhati-hati, celupkan kiri dan kanan choux pastry dalam karamel termasuk dasarnya dan susun di kon yang telah tersedia, mulakan dari bawah seperti gambar.


5. Panaskan karamel semula jika karamel mulai pekat dan buat sehingga selesai.
6. Setelah siap, drizzle karamel pada sekeliling croquembouche dan ayak dengan snow sugar atau hiaslah mengikut kreativiti kalian.
7. Untuk hiasan sarang, gunakan baki karamel, tambah 1 sdb glucose syrup, panaskan, Biarkan sedikit pekat dan drizzle keliling CROQUEMBOUCHE dengan menggunakan 2 garfu atau boleh google untuk cara yang lain. Ini i tak buat kay.


CROQUEMBOUCHE


Tuesday 13 January 2015

PECAN BUTTERSCOTH CAKE

Assalamualaikum..
Sudah dua kali i buat pecan caramel tu..kemudian tak jadi buat kek tapi makan macam tu aja..kunyah-kunyah sampai tak sedar dah nak habis hahaha..kannn..

Hari ini, Awin kata nak buat lagi..kali ini buat betul-betul. Itupun i lambat-lambat buat sebab vitamin R hilang dilautan sepi. Dua hari ini memang hilang sungguhlah vitamin R tu..nih pun gagahkan juga. Nasib baik sempat diselesaikan.

Resepi kalu nak diikutkan memang banyak ada kat mok cik mok cik gugel tu..dan rata-ratanya dari sahabat FB juga dari sis Ash Nasir. Terima kasih sis sudi berkongsi resepi dengan semua sahabat-sahabat di alam maya. Moga Allah lipat gandakan rizki sis sekeluarga. Aminn.

Untuk Pecan Butterscoth ini i buat versi yang mudah. Kek span i hanya menggunakan resepi yang ringkas yang menggunakan tepung optima. Butterscoth pula i lebih gemar menggunakan resepi yang biasa i buat untuk Roti Sarang Lebah. Maka..jika kalian mahukan resepi yang sebenarnya boleh layari Google yang mengatakan sumber dari Ash Nasir.









Bahan-bahan kek..
300 gm tepung optima
4 biji telur A
1 sdk perasa vanila
70 gm susu segar
80 gm minyak jagung

Cara-caranya..
1. Dalam mangkuk pengadun, satukan tepung optima, telur dan perasa vanila, pukul sehingga rata.
2. Masukkan susu segar dan pukul dengan kelajuan tinggi sehingga naik sekali ganda atau selama 8 minit.
3. Tuang minyak dan kaupbalik adunan sehingga sebati dan rata.
4. Tuang dalam loyang bersaiz 8 inci yang telah dilapik kertas minyak. JANGAN oles mentega.
5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 180C selama 35 minit.

Bahan-bahan butterscoth..
100 gm mentega
100 gm gula perang
180 gm uht whipping cream
30 gm corn syrup
1 sdk perasa vanilla
1/4 sdk garam
100 gm coklat putih - cairkan secara double boiler

Cara-caranya..
1. Dalam periuk kecil, cairkan mentega sehingga sedikit mendidih.
2. Masukkan gula perang, kacau sehingga gula perang larut dan sedikit pekat.
3. Dengan perlahan dan berhati-hati, masukkan uht whipping cream, corn syrup, perasa vanila dan garam, gaul berterusan sehingga sebati.
4. Tuang coklat putih yang telah dicairkan dan biarkan atas api dengan api kecil sehingga sedikit pekat.

Bahan-bahan pecan karamel..
100 gm gula kastor
100 gm pecan - potong kecil

Cara-caranya..
1. Dalam periuk kecil, panaskan gula sehingga cair dan keperang-perangan. JANGAN perang sangat nanti akan jadi pahit.
2. Masukkan pecan dan gaul secepatnya.
3. Tuang pecan karamel dalam loyang, ratakan dan biarkan sejuk.
4. Apabila sejuk, pecah-pecahkan pecan menjadi kecil.

Bahan-bahan frosting..
250 gm fresh cream - pukul bertanduk
150 gm butterscoth

Cara-caranya..
1. Apabila fresh cream telah dipukul sehingga bertanduk, masukkan butterscoth dan pukul lagi biar sebati.

KAEDAH MELAPISI KEK..
1. Potong kek kepada 3 bahagian. Ambil sekeping kek dan letakkan diatas papan kek.
2. Masukkan sebahagian BUTTERSCOTH dalam piping bag dan pipe kan pada keliling lapisan kek dan ratakan dengan menggunakan spatula.
3. Masukkan sebahagian FROSTING dalam piping bag juga dan pipe kan pada keseluruhan kek lapisan pertama dan ratakan dengan menggunakan spatula juga.
4. Taburkan PECAN KARAMEL dan tindihkan pula dengan kek lapisan kedua dan ulangi langkah-langkah nombor 2, 3 dan 4.
5. Setelah selesai melapisi kek terakhir, sapu nipis FROSTING pada keseluruhan kek dan sejukkan dalam 30 minit.
6. Keluarkan kek dari peti sejuk dan sapu habis FROSTING pada keseluruhan kek sehingga rata.
7. Tuang baki BUTTERSCOTH atas kek, ratakan dan biarkan butterscoth meleleh ditepi-tepi kek.
8. Hiaskan keliling kek dengan baki PECAN KARAMEL.
9. Sejukkan semula dalam kek selama 1 jam kemudian baru dihidangkan.




Saturday 20 December 2014

BASIC CHOCOLATE CAKE

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Malam tadi baru saja pulang dari KL dan hari ini i terima tetamu merangkap sahabat paling rapat dari zaman i muda-muda lagi. Tambahan pula kami hampir 3 tahun tak berjumpa. Masing-masing sibuk dengan hal masing-masing. Memang rizki kami ketemu semula dan masing-masing banyak berubah.

Bila sahabat baik berjumpa i dengan senang hati memasak makanan kegemaran beliau. Ayam masak lemak dan chocolate cake menu kegemaran beliau. Itulah yang mampu i hidangkan bersama 3 menu yang lainnya.

Resepi ini pula i ambil dari buku yang i beli di Big Bad Wolf di MIECC Seri Kembangan tempoh hari. 




Bahan-bahan..
125 gm dark chocolate compound - potong halus - cairkan secara 'double boiler'
300 gm tepung gandum*
25 gm serbuk koko*
2 sdk serbuk soda*
1/2 sdk serbuk penaik* - *satukan dan ayak bersama
125 gm mentega
150 gm gula kastor
150 gm gula perang
4 biji telur
2 sdk perasa vanila
225 gm sour cream
175 gm air panas

Cara-caranya..
1. Dalam mangkuk pengadun, satukan mentega bersama gula kastor dan gula perang, pukul sehingga berkrim dalam 4 minit.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil terus dipukul.
3. Masuk pula perasa vanila dan coklat yang telah dicairkan tadi, pukul sebati.
4. Masukkan tepung bersama sour cream secara bergilir-gilir dan diakhiri dengan tepung. Gaul sehingga sebati dan rata.
5. Akhir seklai masukkan perlahan-lahan air panas dan gaul sebati lagi.
6. Panaskan oven bersama 'bundt pan', oles 'bundt pan' dengan mentega dan tuang adunan.
7. Bakar dengan suhu 180C selama 40 minit atau sehingga masak.
8. Sejukkan atas redai selama 5 minit kemudian keluarkan kek dari 'bundt pan'.
9. Jirus ganache keatas kek dan hidangkan.

Bahan-bahan ganache..
200 gm dark chocolate compound - sagat halus
100 gm uht whipping cream
1/2 sdb mentega

Cara-caranya..
1. Panaskan uht whipping cream dalam periuk kecil sehingga berbuih ditepi-tepi periuk.
2. Tutup api dan tuang dalam bekas berisi coklat yang disagat.
3. Gaul sebati sehingga coklat larut dan gaul bersama mentega.
4. Sedia digunakan.




resepi i ikut buku ini..
beli kat MIECC RM15.00 sahaja..

Saturday 29 November 2014

AMIN..AMIN..AMINN..

Assalamualaikum..
Selesai sudah untuk kesemua tempahan buat minggu ini, Syukur yang tidak terhingga diatas pemberianNYA yang tak pernah putus. 

Terima kasih kepada semua yang mempercayai hasil dari Juicy Cafe, semoga kalian berpuas hati dengan hasilnya. Mohon maaf dari kami jika banyak kekurangan.

Kepada yang ingin mencuba boleh terus Whatsapp kami di talian 016-7614744.




cotton japanese cake..
pos ke Shah Alam.


marble rainbow dan chocolate cake..
pos ke Bandar Saujana Putra..


kek buah pos ke Kuala Lumpur..


roti sarang lebah COD ke Kulaijaya..


kek buah COD ke Singapore..


cake in jar..
salted caramel, red velvet & chocolate moist
COD ke Singapore


mini pavlova juga buat orang Singapore..


marble rainbow..buat orang JB..


brownies cheese untuk orang JB juga..


siap pack..

Terima kasih buat semua yang sudi menempah berulang kali. Mohon maaf jika ada kekurangan dari pihak kami Juicy Cafe.

Terima kasih semuaa..